Bab 7 : TQM Dalam Organisasi : Penambahbaikan Berterusan
TQM (Total Quality Management) atau dalam Bahasa Malaysia lebih dikenali sebagai
Pengurusan Kualiti Menyeluruh adalah merupakan falsafah kepimpinan organisasi untuk terus
menambahbaik produk dan perkhidmatan demi untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.
Tujuan pengamalan TQM dalam organisasi adalah untuk memberi penumpuan kepada
kelebihan aspek teknikal tetapi turut memberi penumpuan kepada elemen kemanusiaan.
Pemimpin perlu merancang dan memahami setiap aktiviti subordinat masing-masing secara
bersepadu kearah satu matlamat yang ingin dicapai secara kolektif melalui pendekatan yang
lebih fleksibel iaitu menggalakkan, mengiktiraf dan yakin dengan penglibatan, kemampuan
dan kebolehan subordinat.
a) Definisi :
Konsep TQM ini telah diiktiraf oleh sarjana pengurusan sebagai satu sistem kontemporari
yang memberi penekanan kepada 3 aspek utama iaitu penglibatan subordinat, kepuasan
pelanggan dan pembaikan kualiti yang menyeluruh. Dr. W.Edward Deming merupakan
perintis dalam pendekatan TQM dan beliau lebih dikenali sebagai bapa TQM. Falsafah
utama beliau ialah mencapai kemajuan dalam semua bidang bagi memenuhi keperluan
pelanggan (Besterfield,1995). Sehubungan dengan perkara ini Oakland (1993) talah
mendefinisikan TQM sebagai satu pendekatan untuk menunjukkan kecemerlangan
terhadap sesuatu hasil atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi bagi
memenuhi keperluan pelanggan untuk satu jangka masa tanpa satu titik kesudahan.
b) Sejarah
TQM dikatakan bermula dari pandangan atau falsafah yang diutarakan oleh beberapa
orang yang dikenali sebagai GURU KUALITI atau penyumbang kepada prinsip kualiti.
Sebagai contoh, W.Edwads Deming yang merupakan seorang perunding kualiti yang
cukup terkenal dari Amerika dan telah memberi banyak sumbangan berkaitan dengan
konsep TQM. Kitaran Deming umpamanya telah dibangunkan dengan keperluan
pelanggan dan juga untuk memberi penumpuan sumber-sumber yang terdapat didalam
semua jabatan di organisasi. Selain Deming, terdapat beberapa lagi falsafah dan tokoh
kualiti yang turut menyumbang kepada kemunculan konsep TQM. Antaranya ialah
Joseph M.Juran dan Philip B.Crosby. antara sumbangan yang dihasilkan oleh Juran
adalah ‘Juran Trilogy’ yang membincangkan perancangan, kawalan dan pembaikan
kualiti secara menyeluruh. Selain itu, beliau juga turut menghasilkan teori lain seperti ‘10
Langkah Menuju Pembaikan Kualiti’ yang bertujuan untuk membangunkan kesedaran ke
atas keperluan kepada pembaikan dan peluang pembaikan.
3) Kualiti sebagai anjakan paradigma
Menurut Hodgetts et.al.(1994) lagi, organisasi yang berparadigma memiliki amalan
kualiti menyeluruh,
menggalakkan pembelajaran dan
menjadi organisasi yang
terbaik di dunia seperti dijelaskan
dalam Rajah di bawah ini.
.
10 Nilai utama untuk jadi organisasi yang amalkan kualiti
a) Organisasi yang beasaskan pelanggan
b) Gaya kepimpinan daripada pemimpin yang memberi sokongan terhadap proses
kualiti.
c) Penyertaan semua pihak dalam organisasi tentang kualiti.
d) Sistem ganjaran yang memberi ganjaran terhadap kualiti agar mendapat sokongan
yang padu daripada semua.
e) Penurunan pusingan masa pengeluaran
f) Pencegahan dan bukan pengesanan agar kecacatan dapat dikurangkan
g) Pengurusan melalui fakta dalam mengukur kejayaan
h) Pandangan jangka panjang melalui pemantauan kualiti di persekitaran luaran
organisasi.
i) Pengurusan perkongsian wujudkan rangkaian dan meningkatkan kualiti.
j) Tanggungjawab orang awam tentang pencemaran.
4) Tujuan TQM
Pendekatan TQM juga membolehkan organisasi mengenalpasti proses aliran kerja dan
transformasi kerja. Di antara tujuan utama pelaksanaan TQM ialah :
- Mendapat sokongan dan komitmen pemimpin seperti mengadakan Hari ‘Q’
- Mengadakan perancangan strategi kualiti dalam perkhidmatan.
- Mengutamakan pelanggan
- Memberi latihan dan pengiktirafan kepada subordinat.
- Mengukuhkan semangat kerja berpasukan.
- Mengadakan pengukuran prestasi terhadap subordinat.
- Menekankan ciri-ciri kualiti dalam melaksanakan pekerjaan.
5) Peringkat TQM
TQM merupakan satu kaedah ulang menunjukkan bagaimana pemimpin menukar
organisasi kepada organisasi yang berkualiti. Terdapat pendapat yang mengatakan
bahawa kualiti perlu bermula dari pemimpin yang perlu dibuktikan melalui tindakan,
penghayatan dan komitmen terhadapnya. Pemimpin perlu membuat penetapan tema
sebagai garis panduan terhadap prinsip-prinsip kualiti yang diamalkan. Terdapat empat
peringkat yang perlu dilalui untuk kepimpinan organisasi bagi mencapai hasrat ini iaitu :
Terpaksa melalui 4 peringkat untuk kepimpinan organisasi iaitu:
i) Kesedaran TQM
Pemimpin perlu hakikat bahawa TQM adalah satu isu yang perlu diberi perhatian
yang sewajarnya.
ii) Mempromosikan TQM
Pemimpin adalah penggerak, pemangkin dan penghebah yang akan mengetuai
jawatankuasa dalam melihat, melaksanakan dan menilai program-program TQM.
iii) TQM sebagai satu cara hidup
Setiap pihak dalam organisasi perlu merealisasikan semangat TQM dengan
menjadikannya sebagai satu cara hidup bukan hanya sebagai lambang yang hanya
layak untuk dipertontonkan atau bertujuan untuk memenangi pertandingan.
iv) Program memperkasakan TQM
Pemimpin perlu pastikan setiap subordinat bertindak selari dengan tuntutan dan
garis panduan pengurusan TQM. Kepimpinan perlu bersedia untuk meletakkan
keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan subordinat dalam menjana agenda
kualiti.
6) Prinsip-prinsip TQM
TQM boleh digunakan untuk memperbaiki prestasi keseluruhan organisasi dengan
memaksimumkan kepuasan pelanggan. Ia merupakan satu usaha kearah kecemerlangan
organisasi melalui kerja berpasukan. Antara prinsip-prinsip utama dalam TQM adalah
penekanan ke atas kualiti yang bermula daripada pemimpin. Terdapat 11 prinsip utama
TQM iaitu :
a) setiap unit dalam organisasi bertanggunjawab kepada kualiti.
b) kualiti kepimpinan bermula dengan pimpinan atasan.
c) organisasi hendaklah sensitif kepada keperluan pelanggan.
d) menganggap setiap orang adalah pelanggan.
e) kualiti bertunjangkan kepada kesediaan untuk mengadakan pembaikian berterusan.
f) memberi perhatian kepada setiap proses secara terperinci.
g) usaha berpasukan diperlukan.
h) latihan dalam kualiti merupakan satu keperluan.
i) kualiti organisasi hendaklah diperbandingkan dengan aras perbandingan yang
kompetitif.
j) permasalahan hendaklah dikenalpastipuncanya dan diperbaiki seawall mungkin.
k) penumpuan kepada aspek kemanusiaan.
6) Tumpuan TQM
Tumpuan TQM adalah untuk membasmi sebarang bentuk pembaziran setiap masa, usaha,
sumber dan lain-lain. Berdasarkan prinsip Deming, Juran dan Crosby telah merumuskan
bahawa terdapat enam asas penggerak TQM dalam organisasi.
Pertama sekali ialah berkenaan dengan kualiti yang memberi penumpuan kepada
kehendak pelanggan. Kedua, proses saling perlu memerlukan yang diertikan sebagai
kerja berpasukan kearah satu matlamat dalam menghasilkan sesuatu produk atau
perkhidmatan. Ketiga, ukuran kawalan statistik pemerosesan (KSP). KSP merupakan satu
kaedah yang terbaik untuk mengukur tahap kualiti bukan sahaja setelah produk tersebut
memiliki ciri-ciri kualiti telah sedia terbina dan diakui hakikat kewujudannya. Keempat
terdapatnya unsur kesediaan untuk mendapat pembaikan berterusan atau apa yang
dikenali sebagai ‘Kai-Zen’. Kelima, memupuk semangat kerja berpasukan melalui
peningkatan tahap kerjasama di antara subordinat tanpa mengira peringkat, kedudukan
dan status. Keenam atau yang terakhir sekali adalah ukuran terhadap aras perbandingan
atau aras takat terhadap produk yang dikeluarkan. Ia berfungsi bagi memastikan
pengekalan proses pengeluaran yang terbaik, mengenalpasti kekuatan yang perlu
dipertingkatkan dan kelemahan yang mesti diperbaiki seawal proses kerja berlaku.
7) Kepimpinan Dan Penilaian Terhadap Pencapaian
Bagi merealisasikan pelaksanaan TQM ini dalam organisasi, pemimpin perlu bersedia
untuk membuat penilaian terhadap pencapaian dengan menilai tahap pencapaian
subordinat terhadap tugas-tugas yang mereka lakukan. Penilaian ini perlu dilakukan bagi
memastikan sejauhmana tugas-tugas yang dilakukan oleh subordinat telah mencapai
piawai yang telah ditetapkan.
8) Kesimpulan
Kepimpinan organisasi perlu memiliki satu keyakinan bahawa kualiti subordinat akan
menentukan kualiti produk yang akan dikeluarkan. Kesetiaan subordinat hanya akan
diperoleh apabila pemimpin meletakkan kepercayaan dan penghormatan terhadap
mereka. Dengan itu, guru besar di sekolah perlu yakin dan percaya terhadap guru-guru
bahawa akan menjalankan tugas mereka dengan cara yang terbaik sekali. Keyakinan
sebegini akan mendorong para guru untuk menjalankan tugas-tugas utama terutamanya
proses pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan keadaan yang amat
cemerlang. Dengan ini dapat meningkatkan prestasi sekolah dan menghasilkan murid-
murid yang bertaraf tinggi.
Bab 8 : Kepintaran Emosi
Kamus Bahasa Melayu (1994) telah mendefinisikan emosi sebagai perasaan pada jiwa
yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain) Manakala Oxford Advanced Learners’
Dictionary (1995), menyatakan bahawa emosi sebagai satu perasaan yang kuat dan
pelbagai jenis seperti kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokkan atau
gangguan pada perasaan. Oleh itu, emosi merupakan satu ciri jiwa manusia yang
mempamerkan perasaan-perasaan yang kuat yang berpunca dari psikologi (mental)
seseorang dan emosi merupakan tingkah laku kenalurian.
Menurut Cherniss dan Goleman (2001) pula menjelaskan bahawa kepintaran emosi
merupakan satu ukuran yang menentukan tingkat kejayaan seseorang. Biasanya halangan
untuk berjaya adalah bergantung kepada halangan yang berpunca daripada emosi
seseorang. Kepintaran emosi ini amat penting bagi seseorang pemimpin kerana
kepintaran emosi ini membolehkan pemimpin memahami perasaan dan emosi subordinat.
Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh pemimpin dalam usaha untuk memiliki
kepintaran emosi ialah mempunyai keseimbangan emosi, menangani stress, optimis,
kebanggan diri, komitmen untuk bekerja, teliti, keinginan untuk berubah, keyakinan,
penyerahan diri, toleransi, pertimbangan dan keupayaan bersosial.
1) Pendekatan dalam kepintaran emosi
Kepintaran emosi adalah kebolehan untuk menggunakan pengetahuan emosi bagi
menyelesaikan sesuatu masalah, penyertaan subordinat secara sukarela dapat
memberikan penyelesaian yang kreatif terhadap sesuatu masalah yang timbul. Kecekapan
kepintaran emosi dapat dilihat melalui lima pendekatan iaitu:
i) Kesedaran diri
Mengetahui emosi dan mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan bagi
pemahaman tentang psikologi dalam diri.
ii) Peraturan diri
Peraturan dalam diri adalah dikawal oleh emosi. Ia melibatkan pengurusan
dalam diri, bisikan/hati dan akal.
iii) Dorongan diri
Kawalan kecenderungan emosi dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk
mencapai sesuatu kejayaan.
iv) Empati
Merasai perasaan orang lain dan mampu membangunkan perhubungan yang
erat. Perasaan empati juga merupakan kesedaran yang ada pada pemimpin
terhadap perasaan serta mempertimbangkan perasaan mereka dalam usaha
untuk melaksanakan perubahan.
v) Kemahiran sosial
Mengawal emosi dalam suasana sosial dan menggunakan kemahiran untuk
memujuk, berunding dan memimpin. Ia merupakan satu kecekapan dalam
mengawal keberkesanan dalam perhubungan perorangan.
2) Pengaruh Kepintaran Emosi Dalam Menjana Perubahan
Perubahan yang berlaku dalam organisasi akan mempengaruhi emosi subordinat yang
merasai kesan langsung daripadanya. Individu akan merasakan kehilangan sesuatu dan
sedih apabila corak kerja yang mereka telah selesa dengannya diubah. Mengikut Nguyen
(1999) dalam melakukan perubahan pada peringkat individu kepintaran emosi merupakan
salah satu subset dalam kepintaran sosial di mana ia melibatkan kemampuan seseorang
memantau diri sendiri dan perasaan serta emosi orang lain. Kepintaran emosi juga
bertindak sebagai petunjuk untuk berfikir dan bertindak hasil daripada sesuatu maklumat
yang diperoleh.
Menurut perspektif interaksi sosial individu perlu dipengaruhi dalam melaksanakan
perubahan radikal yang dilakukan dalam sesebua organisasi. Selain itu, kepintaran emosi
juga perlu dan bukannya pengganti bagi sesuatu keadaan dalam organisasi yang
mengalami perubahan.
Mengikut Nguyen pemahaman tentang bagaimana emosi boleh mempengaruhi dan amat
diperlukan dalam perubahan radikal kerana ia akan mempengaruhi tiga aspek utama
perubahan iaitu penerimaan, mobilisasi dan pembelajaran.
Penerimaan dalam peringkat individu menunjukkan bahawa kesanggupan seseorang
untuk menerima perubahan yang dilakukan. Begitu juga dengan peringkat organisasi
yang perlu dipertimbangkan tahap kemampuan secara individu atau secara kolektif untuk
melakukan perubahan dengan mengemukakan cadangan terhadap perubahan yang bakal
diperkenalkan.
Mobilisasi menunjukkan kepada tindakan yang diambil oleh seseorang dalam melakukan
perubahan. Dalam peringkat organisasi ia merujuk kepada proses pengintegrasian dalam
segmen yang berbeza dalam organisasi untuk mengambil sesuatu tindakan dan mencapai
matlamat perubahan yang diharapkan oleh organisasi.
Individu dalam organisasi juga akan mempelajari sesuatu daripada hasil perubahan
gelagat. Dalam peringkat individu, seseorang akan mempelajari untuk berfikir dan
seterusnya bertindak dengan berpandukan kepada jangkaan hasil perubahan yang bakal
diperoleh.
3) Kepentingan kepintaran emosi dalam melaksanakan perubahan
Kepintaran emosi merupakan satu set kemahiran yang boleh digunakan oleh pemimpin
dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan perubahan kerana ia akan membuka ruang
kepada pemimpin untuk membuat perancangan yang lebih fleksibel, memotivasi diri
sendiri dan orang lain dan membuat keputusan dengan lebih berkesan.
Pemimpin perlu membuat perancangan yang flesibel:
Membuat perancangan terhadap perubahan dan pemimpin perlu analisis kesan akibat
perubahan.
Pemimpin juga perlu memotivasikan diri sendiri dan orang lain:
Pemimpin mempunyai kepintaran emosi untuk memahami emosi diri dan orang lain.
Pemimpin juga perlu membuat keputusan dengan lebih berkesan:
Membuat keputusan yang konstruktif. Persepsi individu terhadap perubahan seringkali
akan mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk mencapai faedah yang
optimum, memberi kepuasan yang tinggi dari segi sama ada dari segi implisit dan
intuitif.
4) Kesan pelaksanaan kepintaran
Kepintaran emosi memberi kesan kepada produktiviti organisasi kerana membolehkan
individu berfikir dengan jelas tanpa adanya tekanan dan menghapuskan pembaziran masa
akibat perasaan kekecewaan, marah, bimbang dan takut. Oleh itu, kepintaran emosi boleh
membangunkan kepimpinan seseorang pemimpin yang akan memberi kesan kepada
kejayaan dalam kerjaya kerana kepintaran emosi menentukan pelaksanaan kerja yang
lebih penting daripada kemahiran teknikal dan kognitif. Antara kelebihan-kelebihannya
ialah :
Pelaksanaan kerja berpasukan
Subordinat bekerjasama dengan semua orang.
Meningkatkan motivasi dan kefahaman atara satu sama lain.
Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Menggunakan masa dengan lebih strategik
Mengurangkan stress
5) Faedah-Faedah Yang Diperoleh Oleh Subordinat Kesan Daripada
Kepintaran Emosi Yang Tinggi
a) Subordinat dapat mempelajari tentang watak emosi mereka dan bagaimana emosi
ini memberi kesan kepada pencapaian kerja mereka.
b) Subordinat boleh membandingkan tugas-tugas yang spesifik dan membuat
keputusan yang berkualiti yang akan meningkatkan kemahiran kerja dan prestasi
kerja yang dijangka.
c) Subordinat memahami ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh diri sendiri.
d) Subordinat akan mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan pelbagai
pihak dengan lebih berkesan.
e) Membolehkan pembimbing mencari bantuan dalam menangani keperluan
psikologi subordinat apabila berhadapan dengan perubahan.
f) Membangunkan peer relationship sebagai asas pengukuran pencapaian.
6) Strategi membangunkan kepintaran emosi
Pemimpin perlu bijak dalam mengendalikan subordinat dan bertimbangrasa di dalam
membuat keputusan dan ketika menjatuhkan hukuman. Mereka juga tidak sepatutnya
terlalu mengikut emosi atau perasaan apabila berhadapan dengan gelagat subordinat
sedemikian. Pemimpin yang bijak mengawal emosi mereka, akan disukai dan disenangi
oleh subordinat sehingga mereka lebih bersedia melakukan perubahan dan komited
terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan. Strategi-strategi berikut boleh
membantu pemimpin di dalam membangunkan kepintaran emosi dalam menjana
perubahan organisasi.
i) Membuat pemilihan dengan teliti
Pemimpin perlu tahu akan strategi yang digunakan bagi memastikan
subordinat yang dipilih lebih bersedia untuk memberi sumbangan yang terbaik
kepada organisasi. Mereka yang dipilih hendaklah memiliki tahap kepintaran
emosi yang tinggi kerana golongan ini lebih bersedia untuk berhadapan
dengan cabaran yang mendatang.
ii) Memastikan hak keempunyaan organisasi
Organisasi perlu bersedia dari segi jaminan kelangsungannya dari aspek
keempunyaan dan hak yang perlu terjamin. Tahap jaminan kelangsungan
organisasi akan mempengaruhi emosi subordinat dalam organisasi. Organisasi
perlu mempunyai peguam, pakar perunding bagi menjaga hak tersendiri
organisasi.
iii) Penyediaan pelbagai kemudahan
Organisasi perlu menyediakan ruang atau tempat seperti bilik-bilik khas
kepada subordinat untuk bertemu di antara mereka dengan seliaan penyelia
yang berkebolehan dan berpengalaman dalam mengendalikan masalah
subordinat.
iv) Melakukan pengauditan emosi
Setiap organisasi perlulah membuat satu pengauditan emosi mengenai operasi
mereka dan menyiarkan hasil audit berkenaan untuk perkongsian bersama.
Mereka perlu sedar tahap kepintaran emosi yang dimiliki akan mempengaruhi
rangkaian operasi organisasi.
7) Cabaran membangunkan kepintaran emosi
Terdapat 3 kekangan yang akan dihadapi oleh organisasi dalam membangunkan
kepintaran emosi. Ketiga-tiga kekangan datangnya daripada pemimpin,
subordinat dan persaingan yang dihadapi oleh organisasi.
Pemimpin
Menangani pelbagai masalah apabila memperkenalkan perubahan.
Bertanggungjawab dalam membuat penilaian keatas pencapaian subordinat.
Subordinat
Persekitaran tempat yang kurang menyenangkan boleh membawa tekanan.
Tidak memahami prosedur atas urusan pelanggan akan menyebabkan
pertengkaran.
Persaingan
Persaingan akan berlaku akibat daripada pelbagai strategi dan taktik.
Pemimpin dan subordinat dalam sesebuah organisasi perlu memainkan peranan
yang signifikan untuk menghadapi cabaran.
Mempertajamkan persediaan dari aspek kepintaran emosi untuk membolehkan
mereka berfikir dan bertindak mendahului organisasi pesaing.
Kesimpulan
Pemimpin perlu bijak mengawal emosi apabila berhadapan dengan
subordinat atau pihak-pihak lain yang terlibat dengan perubahan. Mereka
perlulah bijaksana dalam menjaga hati semua pihak walaupun terpaksa
berhadapan dengan kerenah yang pelbagai. Sebagai contohnya, jika guru
besar di sekolah membawa sebarang perubahan di sekolah akan mendapat
tentangan dan sokongan daripada ramai guru. Oleh itu, guru besar perlu
mengawal emosi dan menjawab segala soalan yang dikemukakan dengan
keadaan yang baik supaya ramai guru menerima perubahan tersebut.
Bab 9 : Humor dalam organisasi : satu pelengkap
1) Maksud Humor
Humor bermaksud senda-gurau, melawak berseloroh dan berbual-bual secara bermain-
main. Humor ialah perbuatan atau kata-kata yang boleh mengelikan hati, bangkitan
ketawa dan lucu. Humor juga dianggap sebagai pelengkap dalam kehidupan organisasi.
Melalui humor seseorang itu dapat memahami ciri-ciri budaya yang terdapat di dalam
sesuatu organisasi supaya bersosialisasi dengan baik. Jika humor digunakan di tempat
kerja dapat mengurangkan permasalahan. Kebanyakkan daripada organisasi sudah
mempraktikkan kaedah ini dengan mewujudkan satu badan penasihat untuk memberi
tunjuk ajar kepada pemimpin tentang kepentingan humor agar suasana kerja menjadi
lebih harmoni.
2) Kepentingan Humor
Peranan humor dalam pembangunan organisasi telah mula diterima oleh pelbagai pihak.
Ini adalah kerana humor juga akan memberi peranan yang signifikan terhadap pencapaian
subordinat dan juga kemajuan organisasi.
Dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.
Apabila seseorang itu ketawa tekanan darahnya akan stabil, otot akan menjadi
relaks, banyak aksigen akan mengalir ke dalam saluran darah dan akhirnya akan
sampai ke otak. Semua ini akan membantu subordinat untuk menghadapi segala
kesulitan akibat daripada tekanan di tempat kerja.
Meningkatkan produktiviti
Apabila terdapatnya humor serta diurus dengan berkesan setiap subordinat akan
berasa gembira. Dengan ini melaksanakan tugas mereka dengan penuh semangat
dan akan meningkatkan produktiviti dalam organisasi.
Meningkatkan hubungan antara perorangan
Apabila humor dipraktikkan atau digunakan di dalam organisasi secara tidak
langsung akan meningkatkan keberkesanan komunikasi di antara satu sama lain.
Kadar lantik henti dan ketidakhadiran yang rendah
Subordinat tidak berasa bosan dan gembira untuk bekerja di bawah sesebuah
organisasi jika adanya humor.
Kurangkan konflik dalam organisasi
Organisasi yang mempunyai suasana yang membosankan, terlalu rigid dan
berstruktur berpotensi mempunyai kadar lantikhenti dan kadar ketidakhadiran
yang tinggi. Ini kerana subordinat bosan dengan kerja mereka lakukan akibat
ketiadaan ruang budibicara dan bergurau senda. Subordinat yang mempunyai
suasana yang menggembirakan memudahkan subordinat untuk mengambil
keputusan bagi menyelesaikan konflik dalaman.
Sebagai saluran pertandingan dalaman organisasi
Dengan adanya fungsi humor dalam organisasi, maka pihak organisasi berupaya
untuk mengadakan pertandingan. Dengan ini, setiap individu dalam organisasi
berlumba-lumba untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing.
Membina dan mengekalkan kerjasama
Humor dapat mengeratkan hubungan di antara subordinat dengan subordinat dan
subordinat dengan pemimpin. Selain itu, dapat mewujudkan hubungan seperti
kekeluargaan dalam organisasi.
Sumber hiburan dalam organisasi
Sumber hiburan ringan dapat meringkan beban tugas yang dipikul. Selain itu,
dapat menyediakan persekitaran yang ceria dan selesa.
3) Keburukan humor dalam organisasi
Walaupun kita tahu bahawa humor mendatangkan banyak kebaikan, namun perlu
juga mengetahui risiko yang bakal dihadapi oleh organisasi yang menerapkan unsur
humor dalam perjalanan organisasi.
i) Mengikis sikap serius terhadap tugas
Ia boleh berlaku apabila terlalu banyak unsur humor dalam organisasi yang
menyebabkan sesuatu arahan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
ii) Berlakunya konflik dalaman
Humor yang terlalu berat boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham
antara subordinat. Semua orang mempunyai persepsi masing-masing. Ada
yang boleh menerima humor dan ada yang tidak.
iii) Humor yang terlalu bebas.
Sesetengah individu suka menggunakan humor yang berbentuk kesat dalam
menarik perhatian individu lain.
4) Cabaran-cabaran mewujudkan Humor di tempat kerja
Ditempat kerja humor sering dilakukan secara spontan dan tidak terancang. Akibat
daripada keadaan ini kesilapan dalam mengurus humor akan mendatangkan kesan
negatif.
i) Kesukaran dalam menyesuaikan humor dengan penerima
Hendaklah bersesuaian dengan latar belakang budaya dan jantinapendengar
serta pengetahuan pendengar. Pihak organisasi juga perlu berhati-hati semasa
memilih humor agar mencapai sasaran pendengar yang mempunyai pelbagai
budaya hidup.
ii) Kesukaran menyesuaikan humor dengan tempat kerja.
Bagi membantu kejayaan humor dilakukan di tempat kerja ialah suasana
tempat kerja yang bersesuaian.
iii) Pendekatan yang diamalkan oleh organisasi
Apabila pendekatan berbentuk humor, subordinat akan memberikan komitmen
yang sepenuhnya. Apabila pendekatan berbentuk ceria atau santai dilakukan
dalam organisasi, nescaya subordinat akan memberikan komitmen yang baik
dengan pemimpin.
iv) Persefahaman di kalangan subordinat
Sesetengah orang lebih suka bekerja bersendirian berbanding kerja
berpasukan. Pemimpin perlu merancang dan perlu mengetahui bagaimana
cara untuk menerapkan unsure humor terhadap individu sebegitu.
Kesimpulan
Humor akan menjadi salah satu daripada aset yang amat berharga kepada sesebuah organisasi
apabila ia digunakan tepat pada masa, siapa dan keadaannya. Jika humor digunakan dengan cara
yang terbaik pastinya akan bertindak sebagai penghalang kepada tekanan kerja, meningkatkan
moral subordinat dan pemimpin juga mewujudkan kerjasama yang erat di antara mereka.
Contohya, di sekolah humor dijadikan sebagai satu aset yang amat berharga, guru-guru yang
bekerja di sekolah tidak mudah mendapat tekanan emosi dan bosan untuk bekerja. Oleh itu, jika
humor diamalkan dapat meningkatkan keseronokkan untuk bekerja dan juga dapat meningkatkan
produktiviti.