NOTA PENERANGAN
TN 2019
Amanah Perniagaan
TAMBAHAN / PINDAAN
Ruang Perkara Muka Surat
C Kerugian 12
F1 Maklumat cukai pegangan 13
G7 No. pengenalan bank 14
1
Nota ini bertujuan membantu amanah perniagaan melengkapkan Borang TN bagi Tahun Taksiran 2019. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 adalah benar, betul dan lengkap. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Ketetapan Umum No. 10/2013 berkenaan pencukaian amanah perniagaan boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TN KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-
(i) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) HK-8 / HK-9, (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF BESAR. Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan LENGKAP. Amaun dari ruangan A20 hingga A26 perlu diisi dengan nilai sen. Amaun di lain-lain bahagian hanya mengambil kira nilai ringgit sahaja.
Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang A19) RM 2,180,246.00 Cukai Kena Dibayar (ruang A24) RM 865,927.93
MAKLUMAT ASAS
Ruang Perkara Keterangan
1. Nama amanah perniagaan
Nama amanah perniagaan seperti didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
2. No. cukai pendapatan
Isikan nombor rujukan cukai pendapatan amanah perniagaan.
Contoh : TN 2012345621
TN 2012345621
3. No. rujukan (No.pendaftaran)
Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
4. No. majikan Nombor rujukan cukai pendapatan majikan.
Contoh: E 202154402
E 202154402
5. Tarikh mula beroperasi
Isikan tarikh mula beroperasi.
6. Tempoh
perakaunan
Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan amanah perniagaan.
Sila rujuk contoh-contoh di ruang 7.
PENDAPATAN BERCUKAI
CUKAI KENA DIBAYAR A24
A19
2 1 8 0 2 4 6 , ,
8 6 5 9 2 7 9 3 , .
2
7. Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa amanah perniagaan. Jika amanah perniagaan baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang 7.
Contoh 1: Amanah perniagaan yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.5.2018 hingga 31.3.2019 (11 bulan) Akaun kedua: 1.4.2019 hingga 31.3.2020 (12 bulan) Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2019 01/05/2018 - 31/03/2019 01/05/2019 - 31/03/2019 (11 bulan) 2020 01/04/2019 - 31/03/2020 01/04/2019 - 31/03/2020 (12 bulan)
Contoh 2: Amanah perniagaan yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.2.2018 hingga 30.4.2019 (15 bulan) Akaun kedua: 1.5.2019 hingga 30.4.2020 (12 bulan) Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2019 01/02/2018 - 30/04/2019 01/02/2017 - 30/04/2018 (15 bulan) 2020 01/05/2019 - 30/04/2020 01/05/2019 - 30/04/2020 (12 bulan)
Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada: 1.3.2017 hingga 28.02.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.3.2018 hingga 31.12.2018 (10 bulan) 1.1.2019 hingga 31.12.2019 (12 bulan) Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2018 01/03/2017 - 28/02/2018 01/03/2017 - 28/02/2018 (12 bulan) 2019 01/03/2018 - 31/12/2019 01/03/2018 - 31/12/2019 (22 bulan)
Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada: 1.7.2017 hingga 30.6.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.7.2018 hingga 31.5.2020 (23 bulan) 1.6.2020 hingga 31.5.2021 (12 bulan) Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2018 01/07/2018 - 30/06/2018 01/07/2017- 30/06/2018 (12 bulan) 2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan) 2020 01/07/2019 - 31/05/2020 (11 bulan)
2021 01/06/2020 - 31/05/2021 01/06/2020 - 31/05/2021 (12 bulan)
Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada: 1.1.2018 hingga 31.12.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.1.2019 hingga 31.5.2019 ( 5 bulan) 1.6.2019 hingga 31.5.2020 (12 bulan) Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2018 01/01/2018 - 31/12/2018 01/01/2018- 31/12/2018 (12 bulan) 2019 01/01/2019 - 31/05/2019 01/01/2019 - 31/05/2019 ( 5 bulan) 2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)
Contoh 6: Pembubaran amanah perniagaan Sebuah amanah perniagaan yang mempunyai tempoh perakaunan dari 1.1.2018 hingga 31.12.2018, mula dibubarkan pada 16.6.2018. Borang 75 pertama dan kedua disediakan seperti berikut:- 16.06.2018 hingga 15.12.2018 (6 bulan) 16.12.2018 hingga 15.06.2019 (6 bulan) Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2018 01/01/2018 - 15/06/2018 01/01/2018 - 15/06/2018 (5.5 bulan) 2019 16/06/2018 - 15/12/2018 16/06/2018 - 15/06/2019( 12 bulan) dan 16/12/2018 - 15/06/2019
01/07/2018 - 31/05/2020
3
8. Negara mastautin Rujuk kod negara di muka surat 15 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan kod negara.
9. Menjalankan perniagaan e-Dagang
Isi ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika amanah perniagaan berkenaan ada menjual apa-apa barang atau perkhidmatan secara dalam talian.
Jika ‘Ya’, isi juga ruang G9 di muka surat 3 dalam borang.
Amanah perniagaan dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:
i) Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.
Contoh: Amanah perniagaan menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos.
ii) Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.
Contoh: Amanah perniagaan menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.
iii) Membekalkan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
- Amanah perniagaan menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.
- Amanah perniagaan menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.
- Amanah perniagaan mengiklankan barangan atau perkhidmatan bagi entiti lain di internet.
- Amanah perniagaan adalah pemilik laman sesawang.
- Amanah perniagaan menyediakan perkhidmatan akses ke internet.
Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika amanah perniagaan tidak menjalankan e-dagang.
10. Menuntut / Menyerah kerugian di bawah peruntukan Relif Kumpulan
Rujuk seksyen 44A, ACP 1967 dan Ketetapan Umum No. 10/2013 berhubung syarat-syarat serahan dan tuntutan kerugian bagi sesebuah amanah perniagaan dalam kumpulan amanah perniagaan. Pilihan yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik. Amanah perniagaan menyerah dan menuntut adalah amanah perniagaan yang berkaitan jika sekurang-kurangnya 70% daripada unit yang dipegang berkaitan unit –
(a) amanah perniagaan menyerah adalah secara langsung atau tidak langsung (melalui medium amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia) dimiliki oleh amanah perniagaan yang menuntut, atau
(b) amanah perniagaan menuntut adalah secara langsung atau tidak langsung (melalui medium amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia) dimiliki oleh syarikat serahan, atau
(c) amanah perniagaan menyerah dan amanah perniagaan menuntut adalah secara langsung atau tidak langsung dimiliki oleh amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia.
4
Dalam menentukan paras pegangan sebanyak 70%, mana-mana pegangan langsung atau tidak langsung oleh amanah perniagaan yang tidak bermastautin atau diperbadankan di Malaysia adalah diabaikan.
Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya amanah perniagaan menuntut kerugian di bawah peruntukan ini dan kemukakan Borang TN (RK-T) bersama-sama dengan Borang TN.
Jika menyerah kerugian, isikan ‘2’ dalam petak berkenaan dan kemukakan Borang TN (RK-S) bersama-sama dengan Borang TN.
Isikan ‘3’ sekiranya tidak menyerah ataupun menuntut kerugian. Borang TN (RK-T) dan TN (RK-S) boleh diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM.
11. Layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Isi ‘1’ sekiranya amanah perniagaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Isi ‘2’ jika amanah perniagaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau ruangan ini tidak berkenaan.
12. No. pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan
Jika ruang 11 = 1, isikan nombor pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
13. Layak menuntut
insentif di bawah
seksyen 127
Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri. (i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-
layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau
layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti kerugian perniagaan.
(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-
tidak layak menuntut insentif; atau
permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri. Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.
BAHAGIAN A: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, PENDAPATAN BERCUKAI DAN CUKAI KENA BAYAR
Ruang Perkara Keterangan
A1 Pendapatan berkanun perniagaan
Jumlah semua pendapatan berkanun daripada perniagaan.
A2
Rugi perniagaan bawa hadapan
Kerugian perniagaan yang belum diserap oleh pendapatan tahun taksiran sebelumnya. Jika amaun A2 melebihi amaun A1, isikan amaun A1 dalam ruang ini.
Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.
A3 Jumlah A1 tolak A2.
Pendapatan Berkanun Lain
A4 Dividen Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.
A5 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
5
A6 Sewa, royalti dan premium
Sewa Amaun D dari Helaian Kerja HK-C16 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
Royalti Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).
A7 Pendapatan lain Pendapatan lain selain daripada A4 hingga A6 yang boleh dikenakan cukai.
A8 Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap sebagai pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat amanah perniagaan:
- Perolehan ini berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali
di bawah Jadual 4 ACP 1967.
- Perolehan ini diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan
perbelanjaan telah dibuat.
- Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4
untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu dimasukkan
sebagai pendapatan agregat amanah perniagaan.
- Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
- Masukkan amaun hasil pengiraan dalam ruang ini.
A9 Agregat pendapatan berkanun lain
Jumlah semua pendapatan berkanun dari A4 hingga A7.
A10 Pendapatan agregat A3 campur A9.
A11 Rugi perniagaan tahun semasa
Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format helaian kerja, Lampiran A1/A2/A3 daripada Buku Panduan Borang Nyata Syarikat. Campur semua kerugian larasan jika amanah perniagaan menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja berkenaan.
Amaun di A11 dihadkan kepada amaun di A10. Jika amaun di A11 melebihi amaun di A10, masukkan amaun A10 dalam ruang ini.
Pindahkan amaun daripada ruang A11 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.
A12
Perbelanjaan lain Peruntukan undang-undang membolehkan perbelanjaan berikut dibenarkan sebagai potongan daripada pendapatan agregat amanah perniagaan:
- Perbelanjaan mencarigali Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b).
- Perbelanjaan pra-operasi perniagaan Jadual 4B dan perenggan 44(1)(b).
- Perbelanjaan dibenarkan di bawah seksyen 60F atau 60H.
Masukkan amaun tuntutan (baki tahun-tahun sebelum dan tuntutan tahun semasa) dalam ruang ini.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
6
A13 Derma / hadiah a) Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6).
b) Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Ketua Arkib Negara. Subseksyen 44(6A).
c) Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000.00 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8). Perenggan 34(6)(g) tidak terpakai jika tuntutan telah dibuat di bawah subseksyen 44(8).
d) Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11).
A14 Hadiah wang atau kos sumbangan yang diluluskan
a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A10 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C) - Proviso kepada subseksyen 44(6).
b) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A9 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C) - Subseksyen 44(11B).
c) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A9 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B) - Subseksyen 44(11C).
A15 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di A10.
A16 Tuntutan kerugian di bawah peruntukan Relif Kumpulan
Ruang ini hanya berkaitan jika ruang 10 ditandakan dengan ‘1’. Isikan amaun kerugian yang dituntut mengikut peruntukan seksyen 44A dan kemukakan Borang TN (RK-T) bersama-sama dengan Borang TN.
A17 Jumlah pendapatan A10 tolak (A11 hingga A16).
Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.
A18 Pendapatan perintis kena cukai
Rujuk kepada seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 untuk menentukan kelayakan dan membuat pengiraan. Masukkan amaun dari Helaian Kerja HK-PC2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) dalam ruang ini.
A19 Pendapatan bercukai
Jumlah amaun A17 dan A18.
A20 Pecahan pendapatan bercukai
Pendapatan bercukai amanah perniagaan dikenakan cukai pada kadar 24% seperti syarikat [rujuk subperenggan 2(a) Jadual 1 ACP 1967].
Kadar cukai istimewa 19% bagi pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama (perenggan 2A Jadual 1 ACP 1967) TIDAK terpakai bagi amanah perniagaan.
7
A21 Jumlah cukai pendapatan dikenakan
Jumlahkan cukai pendapatan dari ruang A20a hingga ruang A20c.
A22 Pengurangan cukai atas pendapatan aktiviti penjelajahan dan pengeksploitan petroleum dalam Kawasan Pembangunan Bersama
Sila rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali yang berkenaan di dalam Portal Rasmi LHDNM:
http:// www.hasil.gov.my
A23 Seksyen 110 (lain-lain)
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)
Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) ke dalam ruang ini.
Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.
Seksyen 132 dan 133
Pelepasan cukai Seksyen 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.
Rujuk Lampiran F (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk menentukan negara-negara yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Gunakan Lampiran B3 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132. Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit. Pelepasan cukai Seksyen 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Gunakan Lampiran B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133. Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.
A24 Cukai kena dibayar A21 tolak A22 tolak A23.
A25 Cukai dibayar balik A22 campur A23 tolak A21.
A26 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan
Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan di mana amaun tersebut akan diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.
8
A27 Baki cukai kena dibayar / Cukai terlebih bayar
a) Baki cukai kena dibayar : A24 tolak A26.
b) Cukai terlebih bayar : A26 tolak A24.
AKUAN PENGURUS PEMEGANG AMANAH
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.
BAHAGIAN B: MAKLUMAT KEWANGAN AMANAH PERNIAGAAN
Ruang Perkara Keterangan
B1 Nama perniagaan Isi nama amanah perniagaan.
B2
Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang C) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi kod perniagaan bagi perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.
B2A
Jenis aktiviti perniagaan
Nyatakan jenis aktiviti perniagaan.
B3 Jualan / Perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru. Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.
B4 Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
B5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, B2.
B6 Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.
B7 Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
B8 Kos jualan (B4 campur B5 campur B6) tolak B7. Isikan ‘0’ jika tiada.
B9 Untung / Rugi kasar B3 tolak B8. Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika nilai negatif (rugi).
B10 Keuntungan pertukaran wang asing
Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.
B11 Pendapatan perniagaan lain
Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada B2.
B12
Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.
B13 Keuntungan tidak dikenakan cukai
Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.
B14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.
9
B15 Bayaran profesional, teknikal, pengurusan dan kos guaman
B16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin
B17 Bayaran kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.
B18 Gaji dan upah Ini termasuk bonus,elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.
B19 Kos opsyen stok pekerja
Jumlah kos seperti dalam Akaun Untung Rugi.
B20 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.
B21 Sewa / pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B22 Penyelenggaraan dan pembaikan
B23 Penyelidikan dan pembangunan
B24 Promosi dan pengiklanan
B25 Perjalanan dan penginapan
B26 Kerugian pertukaran wang asing
Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B26A Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP1967. Masukkan amaun/bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.
B27 Perbelanjaan-perbelanjaan lain
Jumlah semua perbelanjaan selain daripada B14 hingga B26, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B28 Jumlah perbelanjaan
Jumlah perbelanjaan dari B14 hingga B27.
B29 Untung / rugi bersih Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika rugi.
B30 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan:
Perundangan Perkara
33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada pendapatan perniagaan.
34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang melebihi 19% daripada saraan pekerja.
39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam apa jua bentuk.
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.
10
39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan kasar.
Contoh: Perbelanjaan mencetak dan mengedar
laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar.
Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham.
Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan.
Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi.
Derma
Denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan.
Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri).
Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian.
Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi.
Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya.
Perbelanjaan lain
39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah digunakan atau bermaksud digunakan sebagai modal.
39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan yang tidak diluluskan.
39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2) (ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak
(Jadual 3)
(iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)
39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109.
39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang dibayar kepada pihak lain selain daripada Kerajaan Negeri.
39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi seksyen 107A.
39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109B.
39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil melebihi RM50,000.00.
39(1)(l) Keraian.
11
39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di dalam atau luar Malaysia.
- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang ragu am) selain daripada peruntukan hutang ragu spesifik.
- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan modal dibenarkan dan modal berbayar.
- Perbelanjaan profesional berhubung dengan pemerolehan aset tetap atau pelaburan.
- Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan.
- Perbelanjaan selain daripada di atas.
B31 Kenderaan
B32 Loji dan jentera
B33 Tanah dan bangunan
B34 Aset tetap lain
B35 Jumlah aset tetap Jumlah dari B31 hingga B34.
B36 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas
Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.
B37 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.
B38 Penghutang Dagangan
Penghutang dagangan seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B39 Penghutang Lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-Kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pengarah.
B40 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B41 Pinjaman kepada Pengarah
B42 Baki tunai dan baki di bank
B43 Aset semasa lain Aset semasa selain daripada B38 hingga B42.
B44 Jumlah aset semasa
Jumlah aset semasa dari B38 hingga B43.
B45 Jumlah aset Jumlah B35, B37 dan B44.
B46 Pinjaman dan overdraf
Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.
B47 Pemiutang dagangan
Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang dagangan dan perkhidmatan yang diterima.
B48 Pemiutang lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman kepada pengarah.
Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.
12
B49 Pinjaman daripada Pengarah
Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B50 Liabiliti semasa
lain
Liabiliti semasa selain daripada B46 hingga B49.
B51 Jumlah liabiliti semasa
Jumlah dari B46 hingga B50.
B52 Liabiliti jangka panjang
Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B53 Jumlah liabiliti Jumlah B51 dan B52.
B54 Modal pemegang unit
B55 Baki bawa hadapan
B56 Pendapatan bersih tahun semasa
B57 Pengagihan pendapatan
Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B58 Baki hantar hadapan
(B55 campur B56) tolak B57.
B59 Akaun rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.
B60 Jumlah dana pemegang unit
Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.
BAHAGIAN C: TUNTUTAN KERUGIAN
Ruang ini disediakan untuk melaporkan kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran
kebelakangan:
Kerugian Tahun Taksiran Semasa
Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap / diserah dalam tahun
taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran
akan datang.
Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *
Kerugian diabaikan / diserap / diserah sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa;
dan
Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar
hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.
* Nota:
Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke
hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut
[Subseksyen 44(5F)].
Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44
Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran 2019.
Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.
13
BAHAGIAN D: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN
Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.
Guna Helaian Kerja HK-J ( Buku Panduan Borang Nyata Syarikat ) untuk melaporkan pendapatan ini dan simpan pengiraan cukai yang berkenaan untuk semakan.
BAHAGIAN E: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
E1
Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan asset atau ‘2’ jika tidak berkenaan.
E2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM.
Ruang ini hanya perlu diisi jika D1 = ‘1’. Isi ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ jika tidak. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan amanah perniagaan (pelupus). Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my .
BAHAGIAN F: MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN
Ruang Perkara Keterangan
F1 Membuat bayaran dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F.
Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya perkongsian liabiliti terhad
membuat bayaran dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai
pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan 109F. Isikan
‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
Helaian Kerja HK-M boleh digunakan sebagai panduan untuk penyimpanan rekod
Cukai pegangan di bawah seksyen 107A
Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor
bukan pemastautin.
Kadar cukai pegangan:
10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)]
Tambah
3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)]
(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109
Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967:
Faedah - 15% atas jumlah kasar
Royalti - 10% atas jumlah kasar
kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109A
Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang
dilaksanakan di Malaysia.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.
14
Cukai pegangan di bawah seksyen 109B
Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang
dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).
Cukai pegangan di bawah seksyen 109F
Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.
BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENGURUS PEMEGANG AMANAH
Ruang Perkara Keterangan
G1 Nama pengurus pemegang amanah
Nyatakan nama pengurus pemegang amanah.
G2 No. rujukan
(No. pendaftaran)
Isikan nombor rujukan (nombor pendaftaran) pengurus pemegang amanah.
G3 No. cukai
pendapatan
Isikan nombor rujukan cukai pendapatan pengurus pemegang amanah.
G4 No. telefon Nombor telefon pengurus pemegang amanah di premis amanah perniagaan.
G5 Nama bank Nyatakan nama bank di mana amanah perniagaan mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang G5 dan G6 adalah betul.
G6 No. akaun bank Nombor akaun bank amanah perniagaan berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang G5.
G7 No.pengenalan bank
Ini merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang, peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)], dan diterima oleh bank sebagai salah satu daripada semakan pengesahan tiga kunci selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran balik kredit cukai melalui EFT oleh bank.
G8 Alamat surat-menyurat
Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
Bagi tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui cek):
Sila pastikan alamat yang dilaporkan kepada LHDNM adalah terkini dan bukan alamat peti surat.
Cek pembayaran balik akan dihantar ke alamat surat-menyurat yang terakhir dalam rekod LHDNM.
G9 Alamat laman sesawang / blog
Alamat laman sesawang / blog amanah perniagaan (jika ada).
G10 Pegangan unit dalam amanah perniagaan
Peratusan pegangan unit secara langsung oleh pengurus pemegang amanah dalam amanah perniagaan.
15
BAHAGIAN H: MAKLUMAT 3 PEMEGANG UNIT UTAMA AMANAH PERNIAGAAN
Ruang Perkara Keterangan
H1a hingga
H1c
Nama Pengarah Nyatakan nama tiga pemegang unit utama amanah perniagaan
H2a hingga
H2c
Pegangan unit dalam amanah perniagaan
Peratusan pegangan unit secara langsung oleh tiga pemegang unit utama dalam amanah perniagaan
BAHAGIAN J: MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah peruntukan subseksyen 153(3) ACP 1967.
Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.
KOD NEGARA
Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang C untuk senarai yang lengkap.
Negara Kod Negara Kod Negara Kod
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
Top Related