7/28/2019 Nota Rasuah
1/12
RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janjimanis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya.
Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan
berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu
masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan
pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak,
memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi
yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam
bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and
corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or
the receipt of such reward
John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi
corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public
duty.
Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak,
menggoyahkan, memutar balik, menyogok).
Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau
pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar
dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga
dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada
mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang
dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya dirisendiri dan kaum kerabat.
7/28/2019 Nota Rasuah
2/12
NAMA LAIN BAGI RASUAH
Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah.
Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah
meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s.
w. t. berfirman yang bermaksud:-
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui (salahnya).
Hadis nabi SAW ada menyatakan :Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah
mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum
menghukum (HR. Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Masud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu
pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat
mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka
pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi
beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :
1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok
menyogok masih dilakukan oleh manusia.
2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa
nafsunya.
7/28/2019 Nota Rasuah
3/12
3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang
yang lain dan sebagainya.
Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentinganmanusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).
Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk
yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan,
diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka
hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-
mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan
tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.
HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH
1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau
yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT
NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA
MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Taala berfirman,
Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu
dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada
hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan
berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadits :-
Ertinya : Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan
keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain).
( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
7/28/2019 Nota Rasuah
4/12
2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti
rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan.
Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan
kejahatan.
3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan
mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam
neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.
SUAPAN ATAU SOGOKAN
Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah,
cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih
atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa
perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti
lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau
peratusan;
4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda
berharga;
5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti
atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau
prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan
termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa
atau kewajipan rasmi; dan
7/28/2019 Nota Rasuah
5/12
6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan
suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu;
PUNCA DAN SEBAB RASUAH
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun
begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang
manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada
qadha dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap;
1. Tamak dan haloba.
2. Dengki dan khianat.
3. Sombong dan Takabbur.
4. Suka berbuat yang haram.
5. Tiada keberkatan Hidup
6. Nafsu serakah.
7. Gila Kuasa.
8. Menafikan hak orang lain.
9. Ingin menunjuk-nunjuk.
10. Zalim dan kasar.
7/28/2019 Nota Rasuah
6/12
Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di
Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa
mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang
jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan
pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan
melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah
melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak
sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah,
kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan
makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau
Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.
Allah swt telah berfirman:
dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula
melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang
jenayah rasuah dilakukan.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan,
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi
antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.
Menurut seorang penulis, nilai ialah beliefs about right and wrong. Manakala etika pula
ditakrifkan sebagai thinking systematically about morals and conduct and making judgments about
right and wrong. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).
7/28/2019 Nota Rasuah
7/12
4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai
yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu
melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan
memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya
penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur
yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan
berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi
tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.
7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga
membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan
peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan
sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah
rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.
Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua
kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat
penting.
KESALAHAN RASUAH
Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah
(wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak
melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.
7/28/2019 Nota Rasuah
8/12
Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah
(wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak
melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu
dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal /
majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan
prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan
membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara
mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara
langsung atau tidak langsung.
KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA
1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan
seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan
turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.
2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang
sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang merekapelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang
kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana
kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang
tinggi.
3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan
permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya
jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.
7/28/2019 Nota Rasuah
9/12
4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah
orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.
5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes
rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan
kepada jabatan-jabatan berkenaan.
1. Kesan Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
2. Kesan Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi
membantu rakyat miskin diselewengkan.
3. Kesan Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
7/28/2019 Nota Rasuah
10/12
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH
Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada
berleluasa, antaranya:
1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakatseperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang
diredhai Allah Subhanahu wa Taala mahupun yang sebaliknya.
2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan
bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada
melakukan kejahatan.
3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada
melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.
4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal
dan merenung isi kandungan al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.
6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada
yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .. (11)
(Surah ar-Rad: 11)
7/28/2019 Nota Rasuah
11/12
7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah
ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada..
8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak
orang lain.
9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti
sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat.
10. Menjalankan hukuman tazir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk
orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.
11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada
berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai
Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.
KESIMPULAN
Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan
rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi
wasallam.
Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah.
Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama
bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya
daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.
(Hadis riwayat Ahmad)
7/28/2019 Nota Rasuah
12/12
Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam
telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:
1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaankehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.
2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi
antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang
daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan
keuntungan yang sederhana dan logik.
3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu
bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian
seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.
Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan
pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila
keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan
terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur
Top Related