Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 2
TAMADUN MESOPOTAMIA (SPM 2006 / 2014)
Bermaksud tanah di antara dua sungai.
Terletak antara sungai Tigris dan Sungai Euphrate
Kerajaan awal adalah Kerajaan Sumeria dan yang terakhir Chaldea
Faktor kejatuhan disebabkan serangan orang Parsi
org Sumeria bina petempatan
menjalankan aktiviti pertanian
bina sistem pengairan.
Perkampungan awal berkembang jadi kota
negara kota : Kish, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, dan Mari.
Ciri-ciri tamadun Mesopotamia . 1. Negara kota
Kawasan utama : pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan dan kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang.
Di dalam kota : istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
Jalanraya lebar dan lurus
Ada unit politik tersendiri dan agamanya.
Sungai memudahkan pengangkutan dengan kapal
Jalan laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
Setiap kota – sebuah kerajaan berdaulat
Setiap kota akan bersatu untuk menentang musuh
2. Organisasi sosial
Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat
pemerintah : Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.
Rakyat : terbahagi dua a) rakyat bebas,- petani, artisan, dan
pedagang. b) Hamba – daripada tawanan perang. 3. Sistem Pemerintahan
Pemerintahan berbentuk teokrasi
Raja dianggap tuhan, wakil tuhan dan pemilik negara kota
Raja Ketua tentera
Raja Ketua pendeta/agama
Raja berkuasa melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.
Raja berkuasa dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
Raja adalah Ketua pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
Masyarakatnya tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad –Raja Naramsin memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai Tuhan dan menggelar dirinya Raja Empat Penjuru Alam.
4. Pengkhususan pekerjaan
Rakyat : berkerja sebagai petani , artisan, dan peniaga
perdagangan antarabangsa : logam,kayu - kayan, emas dan perak
ditukar dengan hasil pertanian
Pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
Tukang rumah-
Rakyat yang berkhidmat sebagai tentera.
5. Aspek keagamaan dan kepercayaan
banyak tuhan: politiesme.
Raja sebagai wakil tuhan.
Era Raja Naramsin di Akkad : Raja Empat Penjuru Alam
Paksa rakyat sembahnya.
Pendeta ketuai upacara agama di Zigurat.
Tidak percaya kehidupan selepas mati
Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan.
6. Sistem tulisan
berasaskan gambar
berkembang menjadi simbol
ditulis pada tanah liat.
Gunakan pen rumput buluh
bentuk pepaku dikenali cuneifom.
Wujud jurutulis
Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh
kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.
Tentang kepahlawanan Gilgamesh
Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian.
Sumbangan Tamadun Mesopotamia 1. Aspek Perundangan Kod Undang-undang Hammurabi
Perkenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
Hukuman adalah setimpal dengan kesalahan
tetapi hukuman berbeza ikut susun lapis masyarakat.
Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.( dasar perundangan Mesopotamia)
Contoh: Jika bangsawan patahkan tulang bangsawan lain tulangnya akan dipatahkan. Jika bangsawan mencederakan mata rakyat biasa denda 1 wang perak
2. Sistem tulisan
tulisan cuineform/pepaku
Melahirkan sistem pendidikan
mewujudkan jurutulis
rekod urusan pentadbiran dan perdagangan
Semua urusan jual beli
Melahirkan tradisi kesusasteraan : epik Gilgamesh
3. Aspek Sains dan teknologi
Perkembangan ilmu astronomi : pencerapan bulan,bulan dan matahari dan guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.
Penciptaan kalendar 12 bulan.
Perkembangkan ilmu perubatan
Penciptaan roda dan kereta kuda
Kincir air : mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
Perkenalkan batu bata daripada tanah liat.
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 3
4. Seni bina
Mencipta arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres.
TAMADUN MESIR PURBA (SPM 2008 / SPMU 2015)
Terletak di tebing Sungai Nil
Anugerah Sg Nil
Pusat pentadbiran : Memphis, Thinis, dan Thebes.
Proses pembentukan tamadun Mesir Purba
Bermula dalam zaman logam
membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian.
bina peralatan kawalan air dan terusan
Dirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.
Berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.
Nome atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.
Mesir runtuh kerana serangan orang asing spt Libya, Yunani dan Rom
Ciri-ciri petempatan kekal
Disatukan oleh Firaun Menes
Semua nome disatukan jadi sebuah kerajaan.
Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis
Kemudian berpindanh ke Thebes
Menjadi tempat kediaman Firaun.
Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran.
Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
Struktur organisasi sosial
Firaun : berkuasa mutlak serta dianggap suci
Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
Firaun dianggap sebagai tuhan Horus
Digelar sebagai Raja Matahari iaituAmon-Re.
Firaun : ketua pendeta, ketua hakim, pemilik tanah dan ketua pahlawan.
Golongan bangsawan : -menjalankan pentadiran - menjaga keamanan - mengurus dan mengagihkan makanan - menjadi pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Rahib : dipertanggunjawabkan mentadbir hal keagamaan.
Jurutulis : menulis rekod kerajaan.
Rakyat bebas : petani,pedagang dan artisan.
Hamba : paling bawah. Pengkhususan pekerjaan
Kraftangan : penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan peralatan.
Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.
Perlombongan emas di Nubia Kepercayaan
Politeisme (byk tuhan)
Tuhan diikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
Mempercayai kepada kehidupan selepas mati
Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti
Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati
Solekan mayat, alat kelengkapan yang dikebumikan menggambarkan status mayat
Ciri-ciri sistem tulisan
Sistem tulisan hieroglif
tulisan bergambar.
Berkembang kepada hieratik
tulisan berangkai kemudian demotik
Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi.
bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
Berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1, Sumbangan Sains dan Teknologi.
Seni bina piramid-dibina Imhotep.
Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
Teknik pembinaan menggunakan batu bata.
Mencipta kertas daripada pokok papyrus
Sistem tulisannya iaitu hieroglif.
Kemajuan dalam bidang perubatan : memumiakan mayat.
Keilmuan dan kemahiran : fizik, kimia, perubatan dan pembedahan
ilmu matematik : untuk mengawal banjir.
Mencipta sistem pengairan : menyuburkan kawasan pertanian.
kalendar 365 hari , 12 bulan setahun. Sumbangan dalam pendidikan.
Untuk kanak-kanak sejak umur rendah
Di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.
Tujuan : lahirkan golongan pegawai kerajaan
Wujudkan juga ahli sains, geometri dan matematik.
DI sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
Dinasti awal : Dinasti Hsia
Dinasti Shang
Dinasti Chou Proses pembentukan melalui aspek berikut
Lembah Hwang Ho yang subur
Tapak Banpo : petempatan awal
Aktiviti penduduk : pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.
Pusat kerajaan : bandar Anyang .
Hwang Ho tanah subur kawasan
Petempatan awal. Tapak Banpo
Aktiviti ekonomi : pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu
Anyang dilengkapi tembok : menghalang pencerobohan musuh
Dikelilingi perkampungan didiami masyarakat petani.
Ketua pemerintah : Raja , golongan pembesar dan golongan agama
Dibandar terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
TAMADUN HWANG HO
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 4
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho 1. Organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang
Raja menduduki lapisan diikti golongan pembesar.
Golongan petani mendiami kawasan diluar negara kota.
Golongan artisan : kemahiran menguasai teknologi gangsa
menghasilkan senjata, perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.
Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.
Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
Sistem Pemerintahan Dinasti Shang
Pemerintahan beraja.
Pengganti raja : saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja-raja berkuasa ke atas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama.
Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja adil : kerajaan dan rakyat makmur dan sejahtera
Raja dibantu basngsawan
Golongan bangsawan : pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
Sistem Pemerintahan Dinasti Chou
membahagikan pemilikan tanah
melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
pembesar : ikrar taat setia
memberikan hadiah : kereta kuda,senjata gangsa, hamba dan binatang.
melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.
Agama dan Kepercayaan .
kepercayaan anismisme dan politisme : tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
Penyembahan roh nenek moyang.
Sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembah bukit, sungai dan gunung.
Yin – kuasa pasif
Yang – Kuasa aktif
Upacara sembah : permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.
Sistem tulisan
Berbentuk Rekahan tulang oracle
Awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.
Tulisan asal : gambar kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho Aspek Politik
pemerintahan monarki hingga Zaman
Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.
Raja : anak syurga dan mandat dari syurga.
Aspek Ekonomi
Sistem pengairan
Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.
Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.
Menggunakan batas .
Maenggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.
Aspek Sosial Tulisan
digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
diajar di sekolah-sekolah di Cina.
Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang kekal hingga kini
Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang
Berubah mengikut kesesusaian masa
Seprti unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang hiasan.
Penggunaan unsur Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
Feng Hsui : falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta .
alam semesta dan kejadiannya saling melengkapi Yin dan Yang
Pemerintahan Shang : sistem kalender telah diperkenalkan untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Amalan ini diteruskan upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Seni bina dan monumen agung dalam Tamadun Yunani (Athens-Sparta) Acropolis
Ibu negeri Athens
Pusat pentadbiran Athens
Pusat Keagamaan
Pembinaan di Tanah Tinggi Parthenon
Rumah berhala Dewi Athena
Utk ingat kejayaan bebaskan dri dari kuasa Persia
Pantheon
Kubah
terbesar di dunia
Tempat pemujaan & patung dewa
Tempat jlnkan kerja awam Seni bina dan monumen agung dalam Tamadun Rom Colloseum Maharaja Flavian
Tempat pertarungan pahlawan Rom
Pertunjukan teater
Kapasiti 80,000 penonton
Berbentuk bujur (kubah )
Aqueduct
Saluran air dalam tanah
Sumber gunung
saluran air dalam pintu gerbang
Berasaskan sistem graviti Seni bina dan monumen agung dalam Tamadun China Tembok Besar China
Bertujuan untuk pertahanan daripada serangan orang nomad (Orang Gasar)
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 5
Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti (Dinasti Chin)
Kota Larangan Merupakan istana raja Seni bina dan monumen agung dalam Tamadun China Tembok Besar China
Bertujuan untuk pertahanan daripada serangan orang nomad (Orang Gasar)
Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti (Dinasti Chin)
Kota Larangan Merupakan istana raja
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani
Semua negara Kota kecuali Sparta menumpukan perdaganga
sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang dan tidak sesuai utk pertanian
Kesannya perdagangan lalui jalan laut dengan wilayah luar di jalankan
Seperti Mesir, Syria dan Phoenecia.
Athens dan Corinth kurang makanan kerana kurang tanah pertanian.
Mereka mendapatkan makanan dari kawasan Selatan dan Laut Hitam.
Athens juga jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
Perdagangan kena cukai – Kesannya rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.
Tamadun India
Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa.
Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara
Alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China.
Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar.
Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.
Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas.
Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.\
Tamadun China
Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
Bidang pertanian ; Dinasti Han - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN MARITIM (SPM 2007)
kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan
terletak di pesisir pantai,lembah sungai da kepulauan
cth kerajaan-Srivijaya, majapahit dan Kedah tua
KEGIATAN
menangkap ikan dan memunggut hasil laut
pengeluar bijih logam spt emas dan timah
jadi penempatan mereka berubah menjadi tempat berdagang dan bertukar menjadi pelabuhan pembekal
MAKSUD PELABUHAN PEMBEKAL
pelabuhan yang memebekal bahan logam tempatan spt emas dan timah, bekalan makanan,hasil hutan spt gaharu rotan dan hasil laut.
cth Jenderam hilir dan klang, kuaal Berang dan Kuala selinsing
MAKSUD PELABUHAN KERAJAAN
Pelabuhan yang asalnya dari pelabuhan pembekal tetapi bertukar menjadi pelabuahn kerajaan apabila penempatan itu berkembang menjadi negeri
-Berfungsi sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.
-cthChampa, Kedah tua, Langkasuka
dan srivijaya. MAKSUD PELABUHAN ENTERPOT
Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil jajahan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang datang berdagang.
Pelabuhan ini juga membeli barang dari pedagang antarabangsa dan menjual kepada pedagang yang datang dari pelabuahn sekitarnya
CIRI-CIRI KERAJAAN MARITIM
penduduk terdiri dari orang tempatan , orang laut dan pedagang luar
BM telah menjadi lingua franca-bahasa yang ditutur secara meluas dan diguna dalam pelbagai urusan
FAKTOR PERKEMBANGAN MARITIM
semangat masyarakat maritim berdagang dan meneroka
mampu belayar kerana miliki kemahiran membuat perahu dan kapal layar
mereka mengetahui kaedah unutk pergi kesesbuah tempat berpandu bintang di langit
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 6
Pengaruh Hindu Buddha Di Asia Tenggara
Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme . Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di Angkor.
Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit
Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha. (SPMU 2014)
Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
Pedagang atau vaisya.
Golongan Brahmin atau pendeta.
Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
Amalan kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
Sistem beraja
Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan perdagangan emas dengan India.
Pengaruh Hindu yang terdapat dalam sistem pentadbiran kerajaan awal Asia Tenggara SPMU 2014
Penggunaan gelaran raja
Raja berada dipuncak pemerintahan.
Dibawahnya terdapat kerabat diraja,
Pembesar, ahli agama (Brahmin), rakyat dan hamba
Berkuasa mutlak dalam semua perkara.
Perintah raja adalah undang-undang.
Semua orang mesti mematuhinya.
Sesiapa yang membantah dianggap menderhaka.
Rakyat takut menderhaka kepada raja
Percaya raja merupakan bayangan tuhan ( dewa raja )
Dipercayai mempunyai kuasa sakti.
Diwujudkan pelbagai adat istiadat
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan raja
Upacara pertabalan raja.
Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin.
Untuk membezakan kedudukan raja dan rakyat
Mendirikan kompleks Kota melambangkan konsep alam semesta atau dikenali sebagai Orde Kosmos.
Pengaruh Agama Hindu Buddha Dalam Kesusasteraan Di Asia Tenggara (SPM 2012)
Menggunakan bahasa sanskrit
Disampaikan / ditulis dalam bahasa sanskrit
Penyampaian menggunakan bahasa berirama
Terdapat unsur metos dalam cerita
Terdapat unsur legenda dalam cerita
Meniru epik ramayana dan mahabrata
Watak meniru dalam epik Ramayana Dan Mahabrata
Terdapat teater wayang kulit
Terdapat cerita saduran Ramayana Dan Mahabrata
Sebab kerajaan awal membina monumen (SPM 2012)
Manumen ialah binaan atau bangunan daripada batu
Untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting.
Dalam bentuk candi, kuil, wat atau stupa, arca dan patung.
Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
Sebagai rumah ibadat
Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
Tempat menyimpan patung dewa utama
Sebagai lambang keagamaan
Contoh : Angkor Wat Dan Candi Borobudur
Melambangkan Orde Kosmos.
Di Thailand, Kemboja dan Thailand, rumah ibadatnya dikenali sebagai Wat
Di Burma ia dipangil Stupa
Di Indonesia ia di panggil Candi.
Pembinaan Candi-candi ini melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan
Kepentingan Bahasa Sanskrit
Untuk merekodkan ilmu pengetahuan
Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat.
Berkaitan Tentang agama
Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
Berkaitan Pemerintahan raja
Batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang
Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi
Memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang
Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat
Batu bersurat di Lembah Bujang
Bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama
Bacaan mentera / upacara keagamaan
Perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu
Seperti dosa / duka / derhaka / manusia / pahala / rupa / sengsara
Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
Pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata
Pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
Penceritaan lisan dan wayang kulit
Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,Hikayat Seri Rama
Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / Monumen
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 7
MAKSUD CANDI
bangunan purba daripada batu sebagai rumah ibadat Hindu Buddha
MAKSUD MONUMEN
bangunan purba daripada batu untuk mengingati peristiwa
penting dan orang ternama
-monumen boleh berbentuk kuil, wat, stupa, arca dan patung
CONTOH CANDI DI ASIA TENGGARA
Candi Lembah Bujang Candi Angkor Wat Candi Borobudur
CONTOH PATUNG -Patung Avalokitesvara Vishnu,Brahma Durga dan lingga -patung Drawapala dan nadiswara-menjaga candi dari dimasuki roh jahat STRUKTUR BINAAN CANDI BOROBUDUR FORMULA : B-B(borobudur untuk agama budha) -dibina untuk agama Buddha Mahayana -ada 3 tingkat -tingkat 1-sila (aspek moral) -tingkat 2-samadhi (aspek penumpuan) -tingkat 3-Panna (kebijaksanaan) -setiap tingkat melambangkan tahap kehidupan -3 tingkat melambangkan 3 tahap kehidupan -setiap tingkat diwakili patung stupa -ditingkat pertama terdapat ukiran cerita tentang Gautama Buddha -dibina dalam masa 75 tahun STRUKTUR BINAAN CANDI ANGKOR WAT -dibina untuk agama Hindu -melambangkan orde-kosmos -tinggi 213 meter -luas 208 ha -bahagian tengah ada tempat pemujaan -setiap sudut ada menara -bahagian luar dibina tembok -terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabhrata KEPENTINGAN CANDI -monumen agama Hindu Buddha -rumah ibadat Hindu Buddha -tempat simpan abu mayat raja dan keluarga
-tempat simpan patung Dewa utama -lambang keagongan pemerintah -lambang ketinggian senibina -lambang orde-kosmos(alam semesta) FORMULA-SUKSAAT S-tempat sembahyang/ibadat U-Upacara agama K-lambang keagungan S-senibina yg hebat A-agung A-abu jenazah raja dan keluarga T-tempat simpan patung dewa utama
BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
KEHIDUPAN NABI MUHAMAD SAW SEBELUM MENJADI RASUL (SPM 2010)
Keperibadian Nabi Muhamad saw
siddiq ( Berkata Benar)
amanah ( dipercayai )
Tabliq ( menyampaikan )
fatanah ( bijaksana ) Sebab mendapat gelaran Al Amin
sentiasa dipercayai dan berkata benar.
Pemimpin yang berkaliber dan pedagang yang jujur
Kesannya :
Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
Berjaya Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish.
Menjadi pemimpin unggul.
Sifat-sifat peribadi nabi muhamad s.a.w Ketua keluarga yang patut dicontohi.
Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun
Pengalaman Nabi Muhamad dalam perniagaan
Menjalan kan perniagaan secara berseorangan
Berkongsi perniagaan dengan temannya
Mengikuti bapa saudarnya ke syam
Menjalankan perniagaan siti khadijah
KERASULAN NABI MUHAMAD SAW.
Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca.
Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
Bacaan menggalakkan kajian.
Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.
Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat
1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
Cara pertama yang dilakukan ialah
membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.
PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH (SPM 2016) Cara dakwah berperingkat. Secara rahsia
Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabay baginda.
Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al- Arqam bin Abu Arqam.
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 8
Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di Makkah
Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.
Terbuka
Apabila mendapat perintah daripada Allah swt.
Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.
Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga.
Bila ramai memeluk Islam mula proses penentangan terhadap Islam.
Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur Penerimaan Terhadap Islam (SPM 2006)
Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan melemahkan penganutnya.
Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga , para sahabat yang terdekat dan golongan hamba.
Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.
Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana
Layanan yang saksama Kemurnian ajarannya. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara
lemah lembut dan berhikmah Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk
dengan menggunakan akal. Pendekatan yang baik seperti: Membandingkan nilai akhlak jahiliyah
dan nilai akhlak Islam. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk
menjawab soalan yang dikemukakan Penerangan dan teladan yang baik. Penyebaran dibuat dengan menanam
kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan pengorbanan
Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani
Penentangan Terhadap Islam (SPM 2012 / SPMU 2016)
Dicemuh.
Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda Nabi saw.
Cubaan membunuh Nabi.
Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.
Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah. Berjalan selama 3 tahun.
Tidak begitu berjaya sebab:
Bantuan daripada Abu Talib.
Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
Bentuk pemulauan orang Quraish:
Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
Sebab penentangan:
Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah – berhala.
Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.
Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan menindas.
Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.
Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim.
Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.
Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.
Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
Hijrah ke Madinah pada 622M
Perjanjian Hudaibiyah (SPM 2008 / SPMU 2014 )
Pada tahun 628 Masihi,orang islam berhasrat menziarahi Kota Makkah yang menjadi pusat ibadat bagi orang islam
Nabi Muhammad SAW juga ingin mengerjakan umrah
Kedatangan orang islam Madinah ke Makkah telah dihalang oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
Tindakan ini kerana maruah mereka tercabar dan risau akan kekuatan orang islam
Di Hudaibiyah,orang islam telah berusaha untuk menjelaskan tujuan sebenar kedatangan mereka
Menerusi utusan yang dihantar iaitu Uthman bin Affan
Malangnya pihak Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang islam tersebut
Apabila sampai berita khabar angin kematian Uthman ,orang islam Madinah telah bersumpah sedia “baiah al-ridwan” untuk membela kematian Uthman
Orang Arab Quraisy bimbang terhadap kata sepakat tersebut
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM MADINAH
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 9
Mereka telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding
Akhirnya termeterai Perjanjian Hudaibiah antara pihak islam dengan Arab Quraisy di Hudaibiah pada tahun 628 M,Bersamaan 6H
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang islam Madinah atau Quraisy Makkah
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa penjaganya tidak perlu dipulangkan
Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (629 M/ 7 H)
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
Umat Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya
Memberi kebebasan memasuki Makkah sambil beribadat di Kaabah
Nabi dapat merangka program dakwah islamiah ke seluruh Tanah Arab secara aman
Bilangan penganut islam meningkat
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul
Orang Arab Quraisy meniktiraf kerajaan islam di Madinah
Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy seperti Khalid al-walid
Menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah
Pembukaan Semula Kota Makkah (SPM 2013) Faktor pembukaan semula kota Makkah
Orang Arab Quraisy telah mencabuli syarat utama perjanjian Hudaibiyah
Mereka telah memberi sokongan kepada bani Bakar
Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
Merupakan stategi jangka panjang bagi meneruskan menyebaran dakwah Islam
Nabi berpendapat, jika Makkah dapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam Madinah akan menjadi mantap.
Faktor kejayaan Pembukaan semula Kota Makkah 1. Kekuatan tentera - Tentera Islam yang ramai iaitu 10,000 orang - Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam 2. Strategi yang berkesan - menyediakan 4 pasukan tentera - iaitu pasukan Malik bin al-Walid, Abu Ubaidah al-jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam - memasuki Makkah menerusi 4 arah yang berlainan - strategi mengepung kota Makkah dengan rapi 3. Kelemahan tentera Quraisy - Pengislaman pembesar Kota Makkah -Jaminan keselamatan kepada Quraisy Peristiwa Pembukaan Semula Kota Makkah
Semasa memasuki Makkah, Nabi Muhammad saw telah meminta sahabat mengumumkan kata-kata yang berunsur pengampunan kepada org Quraisy yang ditawan
Antara kata-kata Baginda ialah “Wakai kaum Quraisy, sesiapa yang memasuki rumah Abu Suffian, maka dia selamat. Sesiapa yang berada di rumah sendiri akan selamat, sesiapa yang memasuki masjid al haram dia juga akan selamat “
Nabi Muhammad saw telah meaafkan orang Quraisy dan membebaskan mereka
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
Pengislaman Abu Suffian dan Abbas serta orang Arab Quraisy
Nabi Muhammad saw telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung
Sifat pemaaf Nabi Muhammad saw menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
Agama menyembah berhala dihapuskan dan digantikan dengan agama Islam
Masyarakat Islam mula mendiami ilmu pengetahuan Islam
Madiinah dijadikan sebagai pusat pentadbiran Islam
Makkah pula dijadikan salah sebuah wilayah Islam
Makkah dijadikan kota suci umat islam
Membuka jalan kearah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islam telah tersebar secara aman / sukarela / tanpa paksaan
Makkah jadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat
Membuktikan negara Islam kuat di bawah Nabi Muhammad saw
T4B6 –PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.
KERAJAAN ABBASIYAH Pembentukan Kerajaan
Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
Amal sistem monarki warisan.
Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam
Sumbangan Abbasiyah
Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 10
Kegiatan utama:
Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
Catat segala idea atau percakapan
Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Kelebihan terjemahan:
Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
Kesan perkembangan ilmu
Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.
Perkembangan penterjemahan dan intelektual.
Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.
Lahirkan cendikiawan Islam spt:-
Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greek
Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.
Al-Battani – Matematik dan Astronomi
Abu Ishaq - Matematik dan Astronomi
Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
Al-Bitruni - Matematik dan Astronomi
Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-undang
Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-undang
Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undang
Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
AL-Kindi – Ilmu Mantik dan falsafah
Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan falsafah
Ibn al-Arabi – Ilmu Mantik dan falsafah
Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan falsafah
Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah
BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA
Penyebaran Islam di Asia Tenggara (SPM 2005, SPM 2007, Cara penyebaran: 1.Perdagangan ( Bagaimana ) a. Pedagang China, India, dan Arab. b. Hubungan dengan pelabuhan-
pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo China,Kepulauan Rempah spt Maluku dan Makasar.- Pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat .
c. Islam menjadi ikutan kerana kemurnian Islam dan tingkah laku pendakwah serta pedagang.
d. Semangat ingin mendakwah wujudkan perkampungan pedagang Islam .
e. Pedagang juga membawa para ulama. f. Sifat pedagang dan ulama – berhemah,
lemah lembut dan mahmudah – sopan santun, ikhlas, dan lemah lembut.
g. Wujud hubungan baik pedagang dengan penduduk tempatan.- pemerintah tempatan beri kelebihan – beri peluang berdakwah.
h. Jawatan Syah Bandar beri kepada pedagang Islam krn kejujuran dan amanah.
2. Perkahwinan a. Melalui prkahwinan biasa dan siasah b. Perkahwinan siasah dengan kerabat
diraja. Mansur Shah dan Muzaffar Shah
berkahwin dengan puteri raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi. Puteri Raja Melaka dkahwinkan dengan Raja Pahang dan Kedah.
c. Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dengan penduduk tempatan.
3. Pengislaman Raja dan golongan bangsawan.
a. Pengaruh Raja dan pembesar yang kuat membolehkan rakyat memeluk Islam.
b. Sebagai cth : Megat Iskandar Shah Melaka, Raja Malik al Salih Pasai
4. Keistimewaan Islam a. Mencakpi bidang kehidupan antaranya: i. konsep Tuhan yang Maha Esa, atau
Tauhid, ii. Keadilan, iii. hak individu dan masyarakat, iv. kehiidupan yang harmoni, v. menyanjung akhlak mulia, vi. konsep kebahagian di dunia dan akhirat. vii. Islam menuntut manusia berfikir secara
rasional dan pemikiran ini diterima.
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya Pendidikan (SPM 2011)
Pengaruh Islam terhadap pendidikan
2 jenis pendidikan – formal /tak formal
Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 11
Sistem Pedidikan Agama
Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan
Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
Pendidikan di rumah
Bentuk pendidikan tak formal
Pendidikan Al-Quran
Di rumah Tok Guru
Umur 7 hingga 15 tahun
Selepas waktu Zohor atau Maghrib
Kitab, Muqadam & Al-Quran
Bayaran percuma
Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajid
Sistem Pendidikan Pondok
Bentuk pendidikan – formal
Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
Penekanan Ilmu Agama
Guru daripada para pelajar yang lulus
Masa panjang hingga 10 tahun
Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
Sistem tersusun
Pakaian tutup aurat
Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal
Sistem Pendidikan Madrasah
Berdasarkan sukatan pelajaran
Secara bilik darjah
Ada jadual waktu
Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
Diawasi oleh mudir, guru besar
Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll
Sistem Pendidikan Madrasah
Sistemnya berbeza dengan sistem pengajian pondok atau masjid
Pendidikannya berdasarkan sukatan pelajaran
Dilaksanakan secara kelas
Terdapat tahap permulaan,tahap pertengahan dan pengkhususan
Pendidikannya diawasi oleh murid/guru besar
Madrasah diselia oleh sebuah lembaga / jawatankuasa kewangan
Peranan Istana – Pusat Intelektual
Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam
Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka
Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
Mansur Shah berminat tasauf
Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik.
Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi
Perdagangan
Penggunaan Mata Wang
Percukaian Pengaruh Islam Dalam Perdagangan
Kawasan asia tenggara menjadi tumpuan pedagang
Aktiviti perdagangan orang melayu merangsang perkembangan penggunaan mata wang dan percukaian
Perdagangan
Hasil lebihan pertanian, perikanan dan pertukangan akan dijual – secara kecil-kecilan
Pedagang islam menguasai perdagangan sejak abad ke 12- abad ke 18
Penglibatan orang melayu dalam perdagangan – sesuai dengan saranan islam kerana rezeki yang besar
Nabi muhammad s. a. W – terlibat dalam kegiatan perdagangan
Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke 15
Faktor-faktor melaka muncul sebagai pusat perdagangan
Kedudukan yang strategik – menggalakkan kapal singgah berlabuh Pelbagai kemudahan kepada pedagang di sediakan
Pentadbiran yang teratur dan cekap – pengurusan perdagangan menjadi efisyen
Peranan laksamana – uruskan kelautan
Perana syahbandar – ketua pelabuhan
Perkenalkan undang-undang laut melaka – membantu urusan perdagangan
Penggunaan bahasa lingua franca
Pengenalan sistem sukat dan timbang – sistematik dan seragam
Tahil dan kati – menimbang dan menyukat
Sistem bahara
Cara berniaga – mata wang dan sistem barter
PENGGUNAAN MATA WANG
Mata wang timah - Alteranatif kepada sistem barter dan berlainan setiap negeri
Melaka
Berbentuk bulat , tercatat nama pemerintah dan tarikh islam
Mata wang dari pasai, hormuz dan cambay boleh di guna pakai dan boleh di tukar dengan matawang tempatanJohor
Dikenali wang katun
Berbentuk bulat dan bersegi enam
Tiada tarikh tapi tertulis perkataan „ malik‟ atau „ sultan al adil „
Kedah
Berbentuk ayam jantan yang hinggap atas beberapa cincin
Diguna semasa pemerintahan sultan muhamad jiwa zainal abidin II
Matawang emas – berbeza mengikut negeri
Kelantan
Dikenali kijang kerana terdapat gambar kijang
Johor
Dikenali kupang
Mengandungi emas seberat 10 graim
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 12
Setiap mata wang ada nama sultan yang memerintah dan tertulis kafilatul mukminim
Mata wang eropah
Portugis – memperkenalkan – Bastardos, Soldors dan Dinheiros
Belanda – Ducats, Lion Dollars, Rix Dollars dan Syiling Belanda
Percukaian
Cukai – bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti atau barang tertentu
Sumber pengapatan Negara atau kerajaan
Jenis-jenis cukai
Cukai perdagangan
Setiap pedagang wajib membayar cukai
Dikenali cukai tetap – nilainya ditetapkan pemerintah berdasarkan kawasan atau Negara
Contoh : pedagang dari barat atau barat laut – 6%. Pedagang dari timur – 5%
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
Cukai diraja
Dikenakan kepada orang asing yang menetap di Melaka
Contoh : orang asing dari kepulauan melayu – 3% dan bukan dari kepulauan melayu – 6%
Riba, ceti dan zakat
Riba tidak dibenarkan – termaktub dalam hokum kanun Melaka
Ceti dibenarkan – pimjaman wang dan bayar dalam tempoh masa tertentu
Zakat – bagi golongan mampu dan dibayar kepada baitul Mal
ZAMAN GELAP (SPMU 2014, SPMU 2016) Definisi tentang Zaman Gelap di Eropah
Eropah mengalami zaman mundur
Kejatuhan empayar Rom di Eropah
Peringkat awal zaman Pertengahan
Masyarakat tidak menghargai ilmu pengetahuan
Perdagangan antarabangsa tidak berkembang
Perbandaran / Urbanisasi terbantut
Tidak ada pentadbiran pusat yang berkesan
Tiada pusat pertadbiran yang berkesan
Kehidupan masyarakat dikongkong oleh gereja
Ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah
Raja menjadi penaung utama dalam negara
Muncul golongan baron (tuan tanah) yang mendapat naungan istana
Sebagai tukarannya tuan tanah berkhidmat dan memberi cukai kepada raja
Golongan baron/ tuan tanah terlalu berkuasa
Baron (tuan tanah ) memberi perlindungan kepada petani.
petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
memberi khidmat kepada tuan tanah.
Petani yang tidak mampu, terpaksa serahkan tanah mereka
Petani menjadi hamba kepada tuan tanah
Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
Empayar Rom Barat telah runtuh
Berlakunya huru-hara / tidak selamat
Keadaan politik tidak stabil
Baron sangat berkuasa
Wujud sistem feudal
Tuan tanah dilindungi
Petani cari perlindungan daripada tuan tanah
Petani tidak mampu terpaksa serah tanah mereka pada tuan tanah (baron)
Petani terpaksa menjadi hamba kepada baron
Hierarki pemerintahan feudal menjadi punca utama berlakunya Zaman Gelap di Eropah.
Raja menjadi penaung utama dalam negara
Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
Muncul golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
Tuan tanah (baron) mendapat naungan istana /dilindungi
Sebagai tukarannya tuan tanah berkhidmat dan memberi cukai kepada raja
Golongan baron/ tuan tanah terlalu berkuasa
Baron (tuan tanah) memberi perlindungan kepada petani.
petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
memberi khidmat kepada tuan tanah.
Petani yang tidak mampu, terpaksa serahkan tanah mereka kepada tuan tanah (baron)
Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
Sebab gereja Katolik dapat mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap
Gereja katolik institusi berkuasa pada masa itu
Memiliki harta yang banyak
Menumpukan kegiatan agama
Pembelajaran ilmu akhirat Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal masyarakat Eropah dengan Masyarakat Melayu Tradisional Susun lapis masyarakat berbentuk pyramid
Raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara
Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
Pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana
Pembesar memberikan khidmat kepada raja
Rakyat biasa memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah/pembesar
Terdapat rakyat tergolong kepada golongan hamba
BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 13
ZAMAN RENAISSANCE (SPM 2009 / SPMU 2016) Maksud dengan renaissance
Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali „renisciment‟
Bermaksud “kelahiran semula”.
Merujuk kepada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
Kegemilangan tamadun Yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap
telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.
Faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.
Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar mereka.
Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.
Tokoh renaissance yang muncul di Itali.
Francesco Petrarch
Niccolo Machiavelli
Giovanni Bocaccio
Galileo Galilei
Leonardo da Vinci
Raphael
Idea yang disarankan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya The Prince
Seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai kuasa mutlak
Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi oleh rakyat
Rakyat harus memberikan kesetiaan sepenuhya kepada raja atau pemerintah
Kemudian barulah kepada Gereja Katolik
Sebab pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli sains dan matematikdi Itali pada zaman renaissance
Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
Gereja menekankan penjelasan tradisional.
Zaman Reformation. Maksud Reformation.
Berasal daripada perkataan reform
Bermaksud melaksanakan perubahan / pembaharuan terhadap sesuatu
Menghasilkan sesuatu yang lebih baik / membentuk sesuatu yang baru
Mempunyai kaitan dengan agama Kristian
Tokoh gerakan Reformation
Martin Luther
Huldreich Zwingli
John Calvin Idea-idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther
Menentang amalan institusi Gereja Katolik yang menjual Sijil Indulgences, iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.
Menentang amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Katolik.
Menentang cara dan gaya hidup penguasa Gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang terdapat dalam kitab Biblle.
Menentang gaya hidup penguasa Gereja yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan dan tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Faktor pembentukan zaman Reformation.
Pihak gereja meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
Pihak gereja mahu menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di tengah Itali
Menentang amalan rasuah
Banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan berlaku
Masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja katolik
Gaya dan cara hidup penguasa gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang terdapat dalam kitab Bible
Penguasa gereja Katolik cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
Gaya hidup penguasa gereja tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
Amalan penjualan sijil indulgence iaitu surat pengampunan
Kesan gerakan Reformation.
Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian
Mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
Raja England ( Raja Henry VIII ) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom
Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 14
BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
GETAH (SPM 2004 / SPM 2011) Faktor Perkembangan Getah 1. Peranan H.N.Ridley
Menyakinkan para peladang untuk menanam getah
Dengan cara mengadakan pameran
Mengagihkan benih getah secara percuma
Menemui cara penorehan getah “ibeden”/tulang ikan kering yang tidak merosakan getah
2. Perkembangan Industri
Industri kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik berkembang
Ini telah meningkatkan permintaan terhadap getah
3. Kemasukan modal asing
Modal milik pelabur EropahSyarikat perwakilan penting telah membuka ladang serta menguruskan ekspot getah
Contoh Harrison and Crosfield, Guthrie dan Sime Darby
4. Dasar British
Memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing
Kadar sewa tanah dan tariff cukai yang rendah
Memberikan 4% dividen kepada syarikat perusahaan getah
Pengecualian cukai ekspot selama 50 tahun
5. Insfrastruktur
Jalan raya dan jalan keretaapi dibina
Menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran
Untuk memudahkan golongan pengusaha(komprador)
6. Buruh asing
British membawa masuk buruh dari selatan India
Bekerja dengan gaji murah
Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di lading-ladang getah
Langkah Mengatasi Kejatuhan Harga Getah 1. Memperkenalkan Rancangan Sekatan
Stevenson 2. Menghadkan getah negara pengeluar 3. Memperkenalkan system kopun 4. Menghadkan hari menorah getah 5. Melaksakan Rancangan Peraturan
Getah Antarabangsa 1934 6. Mengenakan quota rendah kepada
pekebun kecil 7. Menaikkan premium tanah kepada
pekebun kecil getah INDUSTRI PERLOMBONGAN (SPM 2008) Perlombongan Bijih Timah Peranan Pembesar Melayu Dalam Perusahaan Bijih Timah Pada Abad ke-19
Menguasai lombong bijih timah
Pengusaha daripada China mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu untuk melombong
Memastikan bijih tmah dijual kepada mereka
Menentukan harga bijih timah
Mengadakan perjanjian dengan saudagar saudagar Negeri-Negeri Selat
Membawa masuk pelombong Cina
Faktor membantu perkembangan perusahaan perlombongan bijih timah 1. Perkembangan Revolusi Perindustrian
terutama perusahaan mengetin makanan dan kereta
2. Permintaan yang tinggi menyebabkan harga bijih timah tinggi
3. Kemasukan pelabur dari Eropah seperti Syarikat Tin Dredgin Co
4. Perkembangan insfrastuktur seperti jalan raya dan jalan kereta api dibina
5. Membawa buruh dari China bekerja dilombing dengan gaji yang murah
6. Penggunaan teknologi moden seperti kapal korek
Faktor Pemodal Eropah Menguasai Perlombongan Bijih Timah Pada Awal Abad ke 20 1. Diusahakan oleh syarikat antarabangsa
seperti Syarikat Tin Dredgin.Co 2. Mampu menyediakan modal yang
besar/banyak 3. Menggunakan teknologi moden/kapal
korek
4. Intensif buruh kepada intensif modal 5. Pemodal cina kekurangan modal masih
menggunakan pam kerikil 6. Pemodal Eropah mendapat sokongan ,
mengurangkan cukai ekspot terhadap bijih timah
KEDATANGAN TENAGA BURUH LUAR (SPM 2011) Faktor Kedatangan Imigran Cina dan India
Kepesatan pembangunan sector pertanian dan perlombongan
Kestabilan politik dan kemakmuran Tanah Melayu
Galakan British
Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
Peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang pertanian dan perlombongan
Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu
Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk 1. Petempatan berbeza mengikut kaum 2. Orang Melayu tinggal diluar bandar, orang
Cina dibandar , orang India 3. Pekerjaan rakyat berbeza mengikut kaun
– Melayu sebagai petani, orang Cina berniaga, orang India sebagai peladang
4. Bahasa pertuturan berbeza 5. Melahirkan system pendidikan vernacular Kepercayaan dan agama yang berbeza SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SPM 2015)
menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing
murid pelbagai kaum dipisahkan
tidak melalui sistem pendidikan yang sama
Pendidikan Melayu
tidak terbela/tidak ditingkatkan
hanya di peringkat rendah sahaja
kurikulum terbatas
sesuai dengan cita-cita British untuk melahirkan anak Melayu sebagai petani lebih baik daripada ibu bapa mereka
sekolah Melayu pertama di Telok Belanga di Singapura.
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, perak
Melatih guru untuk sekolah Melayu
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 15
Sekolah khusus untuk golongan elit MCKK
Pendidikan Tamil
Dibuka oleh kerajaan di bandar
Dibuka oleh pihak pengurusan ladang getah
Sekolah awam ialah Sek Vivekananda di Seremban
Berorientasi pendidikan negara India
Sukatan/buku pelajaran/tenaga pengajar dari India
Pendidikan Cina
Dibiayai oleh saudagar cina
Sekolah awal sekolah Chung Hwa di Kuala Pilah
Buku/sukatan pelajaran/tenaga pengajar dari China
Pendidikan Inggeris
Diusahakan oleh mubaligh kristian
Di kawasan bandar
Kurikulum berasaskan sistem pendidikan England
Di Negeri Selat Penang Free school dan Malacca Free school
Di Negeri-negeri Melayu penubuhannya agak lewat seperti King‟s Edward VII/Victoria Intitution
Penubuahan Universiti Malaya di Kuala Lumpur
TINGKATAN 5
THAILAND : BIROKRASI BARAT Birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh raja-raja di Thailand. Raja Mongkut
Melantik 80 penasihat Barat
bagi mengetuai jabatan
melatih pegawai-pegawai tempatan
penasihat kewangan dari Britain
penasihat pelabuhan dari Britain
penasihat polis dari Britain
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat Raja Chulangkon
Perkenal majlis penasihat rendah
Majlis mesyuarat tertinggi
Kabinet menteri
Juruaudit dari Britain Kesan birokrasi Barat di Thailand
Kemunculan golongan baru sebagai pentadbir
permodenan Thailand
Kekalkan kemerdekaan
perkenal sistem raja berpelembagaan NASIONALISME DI THAILAND Sebab berlaku gerakan nasionalisme di Thailand
Kerabat diraja menguasai politik
Raja kuasa mutlak
Raja boros
Raja lemah pentadbiran
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Pendedahan fahaman liberal, sistem demokrasi, Raja Berpelembagaan
Penubuhan parti rakyat
Cengkaman ekonomi oleh Kapitalis Barat
Cengkaman ekonomi oleh orang Cina Tindakan pemerintahan Thailand bagi membela masyarakat peribumi
meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan orang Cina
Menyekat penguasaan ekonomi China
Sekolah Cina dibubarkan
Akhbar China dibubarkan
Penduduk peribumi galak melibatkan diri dalam ekonomi
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya kepada penganut buddha
BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA
PERSATUAN (SPMU 2015) Persatuan Melayu Singapura (KMS)
Tokoh : Mohamad Euros Abdullah
Golongan berpendidikan Inggeris
Matlamat : menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu Singapura
Kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
Kejayaan: berjaya peroleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu
Berjaya tubuhkan cawangan di Melaka, Pulau Pinang
Persatuan Sahabat Pena Melayu (PASPAM)
Tokoh : Zainal Abidin B. A Matlamat :
menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan
Bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri
menggalakkan perpaduan dan persaudaraan
Kejayaan
pengasas kepada kesedaran perpaduan Melayu
Berpelembagaan sendiri dan organisasi kemas
Mendapat sambutan hangat Persatuan-persatuan Negeri di Sarawak
Tokoh : Dato‟ Patinggi Abang Haji Abdillah
Matlamat
mengeratkan perpaduan Melayu
Menggalakkan pendidikan
Menjaga budaya dan maruah bangsa
menegakkan ajaran Islam Kesatuan Melayu Muda
Tokoh : Ibrahim Haji Yaakob Matlamat
BAB 2 : NASIONALISME DI AT
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 16
menggalakkan perpaduan dikalangan orang muda
Meningkatkan tahap pendidikan
Kerjasama dengan Jepun bagi halau British
Kejayaan
jadikan KMM alat propaganda anti British
Membeli Warta Melayu dan jadikan alat propaganda anti British
Menubuhkan tentera semut untuk menentang British
Sebab kegiatan berpesatuan tidak menonjol di Sabah
Tidak sampai ke kawasan pedalaman
Kesulitan perhubungan
Lebih bersifat sosio ekonomi Kepentingan Kongres Melayu
Bincangkan kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan layanan pilih kasih British dalam pentadbiran dibincangkan
Mendapat sokongan intelek Melayu dan akhbar Melayu
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAMKESULTANAN MELAYU MELAKA (SPM 2010) WILAYAH PENGARUH
kawasan tempat tinggal rakyat / sempadannya diterima umum
WP: kawasan yg rakyatnya menerima / memperakui pemerintahan seorg raja
KMM ada kawasan pengaruh luas w/pun sempadannya tdk ditetapkan spt sempadan negara moden
Empayar KMM meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
LAMBANG
Simbol / tanda yg jadi identiti sesebuah negara
Bhs Melayu bhs kebangsaan / lambang penyatuan
KEUNGGULAN UNDANG-UNDANG
Utk mengawal masyarakat melalui peraturan yg diwartakan
Peranan udg² a. Memelihara keamanan b. Melindungi rakyat c. Menentukan struktur kerajaan,
kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima masyarakat
RAKYAT
Penduduk bagi sesebuah wilayah
Terikat kpd udg² dan peraturan dikuatkuasakan dlm wilayah
Zaman KMM rakyat b/jawab taat pada raja
KEDAULATAN
Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
Kuasa tidak boleh dihadkan oleh mana² pihak
KERAJAAN
Badan yg diberi kuasa utk a. Menguruskan pentadbiran b. Menjaga keamanan c. pertahan kedaulatan negara d. Jalin hubungan diplomatik dgn negara lain Maksud Pembinaan Negara Bangsa di
Eropah
Berasaskan sempadan rumpum bangsa dan persamaan bahasa
Pembentukan negara bangsa di Eropah
Idea ini tercetus kesan Revolusi Inggeris, Revolusi Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika.
Berasaskan mengikut sempadan rumpun bangsa
Nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa yang baru.
Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis
Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan malalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Mencadangkan dua prinsip :
a. penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
b. prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
Muncul negara baru berasaskan etnik dan bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Itali
Terdiri beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.
Menghalau Austria dari bumi Itali
Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.
Penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki
Beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.
Melalui pungutan suara rakyat - memperoleh majoriti untuk menyatukan Itali.
Apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Count Camillo menyatukan pula Rom dan Itali dan membentuk negara bangsa Itali.
Amalan realpolitik di Itali ini dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince.
Amalan ini menawarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlalamat politik.
Pembentukan negara bangsa di Jerman
Otto Eduard von Bismarck mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman
Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan perang.
Matlamat : menyatukan Jerman.
Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran anjuran Bismarck.
Menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia
Pembentukan kerajaan Islam di Madinah
Merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA & BANGSA
NEGARA BANGSA EROPAH DGN ISLAM
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 17
Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam.
Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang kaum.
Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda berjaya membentuk kerajaan Islam.
Kejayaan kerajaan Islam di Madinah : wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
Malayan union Faktor pengenalan Malayan Union
Persediaan membentuk kerajaan sendiri
Melahirkan pentadbiran yang licin
Menjimatkan kos pentadbiran
Membentuk sebuah bangsa Malayan Union
Supaya kaum pendatang melupakan negara asal mereka
Menumpukan taat setia kepada Malayan Union
Dapat menjamin sumber tenaga /pelaburan untuk memajukan negara tidak terbantut.
Menjamin penguasaan berterusan sumber ekonomi negara oleh British
Dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu
Faktor-faktor orang Melayu menentang Malayan Union Membantah tindakan Sir Harold MacMichael - Mengugut Raja-Raja Melayu - Baginda akan diturunkan takhta - Contoh Sultan Badlishah di Kedah
Sultan tidak diberi masa yang cukup - Untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri - Contoh Sultan Perak
Menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setiakawan
- Contoh Sultan Selangor/Sultan Johor
Keadaan tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik
Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu - Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli
Majlis Raja-Raja
- Hilangan takhta/kredebiliti sebagai ketua orang Melayu
- Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union
- Orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar
Pemberian kerakyatan yang longgar - Mengancam status quo orang Melayu - Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil - Ekonomi/pendidikan orang Melayu akan
mundur - Bimbang warisan tamadun sejak Zaman
Kesultanan Melayu Melaka akan hilang
Cara orang Melayu menentang Malayan Union Demonstrasi aman secara besar-besaran - Di Kota Bharu(Kelantan)/Di Alor Setar
(Kedah)/Di Batu Pahat ( Johor)
Bantahan secara berterusan melalui akhbar Melayu
- Warta Negara/Utusan Melayu/Majlis
Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu
- Menghantar telegram bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
Menubuhkan United Malays National Organisation (U.M.N.O)
- Sebagai benteng menentang Malayan Union
Mengadakan Kongres Melayu pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman
- Dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
- Kongres Melayu kedua pada 30-31 Mac 1946
- Membantah pengisytiharan MU pada 1 April 1946
Mengadakan rapat umum - Menunjukkan bantahan kepada ahli
Parlimen British/LD Gammans/David Reese Williams
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946
- Menyatakan bantahan kepada ahli parlimen British
Kesan pelaksanaan Malayan Union terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
Tiada sebarang kuasa
Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah
Reaksi terhadap gagasan Malayan Union.
Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu
Mengadakan demonstrasi sedara damai
Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu
Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu
Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
Mengadakan rapat umum
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
Implikasi bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union
Berjaya menyatukan orang Melayu
Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO
Semangat orang Melayu mempertahankan status-quo mereka
British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
British membatalkan Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk
Pertubuhan yang menyokong Malayan Union
Orang dagang
Golongan Melayu radikal
Parti Kebangsaan Melayu Malaya/PKMM
Angkatan Pemuda Insaf/API
AngkatanWanita Sedar /AWAS
Sebab golongan radikal dan Orang Dagang menyokong Malayan Union (MU)
Bersetuju dengan dasar penyatuan negeri-negeri Melayu
- Melicinkan pentadbiran - Menyokong dasar sama rata MU - Menolak sistem politik feudal - Menghapuskan perlindungan kepada
orang Melayu
Kerakyatan secara terbuka MU - Mereka boleh mengekalkan kerakyatan
asal
Janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
- Proses ke arah berkerajaan sendiri - Pemerintahan bersifat Barat
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 18
- Tidak mengiktiraf kuasa raja/pembesar Melayu
- Ingin melaksanakan kerajaan mengikut konsep republik
Penyatuan agama Islam - Hal ehwal Islam dipermudah
British cekap untuk membangunkan Tanah Melayu
- British merupakan kuasa besar Faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan Dato‟ Onn Jaafar
Sikap perpaduan antara orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat
Keupayaan memujuk dan mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan
Sokongan daripada pegawawi-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
seperti Sir Malcolm Mac Donald, Sir Edward Gent dan L.D Gammar
Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winsted, Sir George Maxwell dan Cetil Clementi
Sikap politik orang melayu yang sederhana
Penentangan melalui akhbar, demokrasi dan berkongres
Sikap raja-raja Melayu dan UMNO yang menuntut rundingan bukannya menuntut kemerdekaan
British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik yang radikal
Dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
Piagam tersebut tidak menggalakkan penjajahan baru
Kolonial harus memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 PERKARA YANG DICAPAI MELALUI TOLAK ANSUR
pembentukan pakatan murni
Islam sebagai agama rasmi
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kandungan Perjanjian Persekutuan 1957
Islam agama rasmi
bahasa Melayu bahasa kebangsaan
kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Yang diPertuan Agong ketua negara
pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
pemisahan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan
Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran di peringkat negeri
pentadbiran negara bersifat Demokrasi berparlimen
wujud 3 jenis kerakyatan
Kepentingan
Pembinaan negara bangsa yang kukuh
pembinaan negara yang sistematik
kewujudan negara yang punya undang-undang kukuh
membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
langkah ke arah kemerdekaan negara
pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
mewujudkan perpaduan kaum
Faktor pembentukan Malaysia Menghadapi ancaman komunis
Singapura pengaruh british Sosialis
Menggugat rancangan British beri kemerdekaan kepada Singapura
PTM pengalaman lama dalam membanteras ancaman PKM
Ancaman komunis juga wujud di Sarawak
Benteng kukuh hadapi ancaman komunis
Mempercepatkan kemerdekaan
Sabah / Sarawak / Brunei belum mampu berkerajaan sendiri
Dapat menjamin kemerdekaan
lebih awal
Dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik
Proses dekolonisasi British
Hampir kesemua negara telah mendapatkan kemerdekaan
PBB timbul usul tanah jajahan dimerdekakan
Menggalakkan ekonomi / Mewujudkan pasaran luas
Dapat manfaat sumber yang ada
Menggalakkan pelaburan
Dapat mengimbangkan jumlah & kadar pertumbuhan kaum Langkah-langkah pembentukan Malaysia Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak
Menerangkan matlamat penubuhan
Berbincang dengan pegawai British dari Sabah dan Sarawak
Hasil Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
Dipengerusikan oleh Donald Stephens
Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
Mengumpul pandangan penduduk
Menggalakkan kegiatan ke arah penubuhan Malaysia
Mesyuarat 4 kali
BAB 6 : PEMBENTUKAN MALAYSIA
BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 19
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold
Dipengerusikan oleh Lord Cobbold
Bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Dianggotai oleh PTM / Sarawak / Sabah / Brunei
Mesyuarat sebanyak 24 kali
Mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak
Bincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak
Sidang Kemuncak keUra-Ketua Kerajaan
Bantu penentangan daripada Indonesia dan Filipina
Perjumpaan 3 pihak adalah di Manila, Filipina
Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal menubuhkan MAPHILINDO
Bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB
Penubuhan Suruhamjaya PBB
Dibentuk oleh stiausaha agung PBB – U Thant
Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
Mendapati majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
Tindakan Indonesia
Mengisytiharkan dasar konfrantasi
Umumkan konsep Ganyang Malaysia
Serang kapal-kapal nelayan dari Tanah Melayu
Pencerobohan udara
Menghantar pengiring
Memburukan nama Malaysia
Menyerang Malaysia Tindakan Malaysia
Dapatkan bantuan tentera Komanwel
Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
Menghantar perwakilan di bawah Tun Abdul Razak
Tindakan Filipina
Mendakwa Filipina sebahagian milik Kesultanan Brunei
Menuntut hak terhadap Sabah Kandungan Perjanjian Malaysia 1963
Islam agama persekutuan kecuali Sabah & Sarawak
BM bahasa kebangsaan
Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bagi Sabah dan Sarawak Bahasa Inggeris bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
Sabah & Sarawak diberi kuasa mengawal imigresen
Sabah & Sarawak berkuasa dalam mengawal perkhidmatan awam
Bumiputera Sabah & Sarawak sama taraf bumiputera di PTM
Hal ehwal luar dibawah kuasa persekutuan
Cara pemimpin PTM menjayakan gagasan Malaysia.
Diplomasi politik
Bertolak ansur
Mengambil kira kepentingan bersama
Berbaik-baik dengan negara jiran
Dapatkan bantuan PBB
Keputusan berdasarkan perbincangan
Membuat rundingan Akta Malaysia
Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri-negeri yang dinamai Malaysia
Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
Diluluskan oleh Parlimen Britain
Ratu Elizabeth memperkenalkan Akta Malaysia
Diluluskan oleh parlimen PTM
Diperkenankan oleh YDPA Suruhanjaya Cobbold Laporan Suruhanjaya cobbold
1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong tanpa syarat
1/3 penduduk Sabah & Sarawak sokong dengan syarat dilindungi
1/3 inginkan kemerdekaan sebelum menyertainya
Cadangan Suruhanjaya cobbold
Perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan PTM 1957
Sabah & Sarawak diberi kuasa memerlukan dasar imigresen
Jaminan terhadap kedudukan bumiputera di Sabah & Sarawak
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia Sebab penduduk Sabah & Sarawak bersetuju menganggotai gagasan Malaysia
Peranan Kerajaan PTM dan British
Peranan pemimpin Parti Perikatan PTM
Peranan Parti Perikatan Sabah / Sarawak
Pertimbangkan pandangan Sabah / Sarawak
Lebih suka menyertai PTM berbanding Filipina / Indonesia
Dapat kemerdekaan awal
Dapat atasi ancaman komunis
SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA Kuasa pemerintahan
Malaysia amalkan demokrasi berparlimen
Mengamalkan konsep pengasingan kuasa,
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana, Badan kehakiman
Kuasa-kuasa tersebut dipegang oleh pihak berasingan
Bertujuan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Badan Perundangan
Fungsi : menggubal undang- undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Terdiri daripada YDP Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dewan Rakyat
Dewan terpenting : ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN
& PENTADBIRAN NEGARA
MALAYSIA
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 20
Mengandungi 219 orang ahli (sekarang 222)
Tempoh jawatan ialah lima tahun
Boleh disambung selagi dipilih / menang dalam pilihanraya yang diadakan
Tugas : menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta
Ahlinya dipanggil YB / Ahli Parlimen
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun Dewan Negara
Dewan tertinggi dalam pemerintahan Negara
Tugas : menyemak dan meluluskan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Rakyat
Mengandungi 69 orang ahli
Ahlinya digelar Senator
Dilantik mewakili setiap negeri tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
26 orang daripada ahlinya dipilih daripada 13 buah negeri ( 2 orang setiap negeri)
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan Ahli DUN
Dua orang ahi dilantik oleh YDP Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan K.Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
40 orang ahli dilantik oleh YDP Agong : sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan dan sebagainya.
Tempoh jawatan : tiga tahun boleh disambung maksima untuk enam tahun sahaja.
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Tarafnya sama dengan Ahli parlimen
Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
Peringkat / Proses Meluluskan Sesuatu Undang-Undang di Parlimen
Cadangan oleh Kementerian
Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
Bacaan Pertama di Dewan Rakyat (pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja)
Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan
Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di dewan Rakyat
Pembacaan Ketiga di Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.
Pembentangan di Dewan Negara. Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi.
Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara.
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
Istana Negara - Lambang keutuhan institusi beraja
Tempat bersemayam Yang Dipertuan Agung Lambang-lambang negara
Jata negara
Bendera Kebangsaan
Lagu kebangsaan Sebab lambang-lambang negara diwujudkan
Untuk menunjukkan kesetiaan
Kesanggupan untuk berkorban
Kecintaan terhadap tanah air
Lambang kemegahan penduduk JATA NEGARA
Maksud Lambang dalam Jata Negara 1. Empat jalur berlainan warna
mewakili negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
2. Lambang pokok
negeri Melaka dan Pulau Pinang 3. Lima bilah keris
Kelantan, Terengganu, Kedah,Perlis dan Johor
4. Burung Kenyalang
Negeri Sarawak 5. Gunung Kinabalu
Negeri Sabah
Harimau
Keberanian 6. Cogan kata : Bersekutu Bertambah Mutu
Semangat permuafakatan
Bulan sabit : Islam agama rasmi 7. Bintang gabungan 14 negeri BENDERA KEBANGSAAN
Nama bendera kebangsaan : Jalur Kebangsaan
Sebelum Bendera Kebangsaan : Union Jack
Maksud
Warna merah : Keberanian
Warna putih : Kesucian
Warna biru : Perpaduan
14 jalur : Kedaulatan raja-raja Melayu
Bulan sabit : Gabungan 14 negeri
Bintang : Gabungan 14 negeri Kepentingan mempunyai bendera kebangsaan
Lambang rasmi dan Identiti sebuah Negara
Lambang kemegahan penduduk
Mengukuhkan semangat cinta akan Negara
Tanda ketaatan kepada raja dan Negara
Meniup semangat patriotik
Simbol perpaduan, kebangsaan dan kedaulatan
Pilihanraya Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya
Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya
menjalankan pendaftaran pemilih
menjalankan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
Proses Pilihan Raya di negara kita
YDPA membubarkan parlimen
Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi
Penamaan calon
Parti yang bertanding menyiapkan manifesto.
Kempen pilihan raya
SPR mengumumkan tempat mengundi dan tempat pengiraan undi
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 21
Di tempat mengundi, pengundi diberikan kertas undian yang mengandungi lambang parti calon yang perlu dipilihnya.
Pengundi akan memangkah calon yang dipilih pada kertas undi dan memasukkan kertas undi dalam peti undi
Pengiraan Undi
Pegawai Pilihan Raya mengumumkan keputusan pilihan raya.
Syarat-syarat seseorang yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya
Mestilah warganegara malaysia
Berumur 21 tahun
Bermastautin di malaysia
Mempunyai akal yang sempurna
Bukan orang yang muflis
Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awan
Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalakan dalam mahkamah
Hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
Dihukum penjara tidak kurang daripada 12 buan
Denda tidak kurang dari RM2000
Belum mendapat pengampunan
Calon boleh bertanding atas nama parti atau nama individu sebagai calon bebas
Mereka harus kemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
Syarat-syarat seseorang menjadi Pengundi atau Pemilih
Mendaftat dalam Senarai Daftar Pemilih.
Warganegara berumur 21 tahun
bermastautin atau tidak bermastautin
tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Seseorang pengundi boleh mengundi dalam satu kawasan pilihan raya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka didaftarkan sebagai pengundi.
DASAR HALATUJU CARA BARU
Dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar melalui pendekatan
baru
Untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui penglibatan dalam sektor pelaburan
Mengelompokkan kampung-kampung menjadikan pertempatan yang lebih besar – kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik
Meningkatkan pendapatan petani dan penduduk desa melalui program usahawan desa
Pelaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
DASAR PENSYARIKATAN Ditubuh : 25 febuari 1983 Matlamat : Untuk m erangsang penglibatan
sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara
Perlaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia
Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama antara kerajaan dan swasta
Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja yang bertanggungjawab memajukan syarikat.
Sebuah panel perundingan antara kerajaan dan swasta ditubuhkan untuk melaksanakan dasar tersebut
Pegawai kerajaan di tempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan dan berkongsi kepakaran
Sektor swasta perlu difahami dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan nasional dalam ekonomi
Pihak kerajaan bertindak memberikan perkhiodmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta
DASAR PENSWASTAAN
Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pada Mac 1983
Matlamat penubuhan
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan atau barangan
Dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan pihak swasta
Cara perlaksanaan
Memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada pihak swasta
Unit Perancangan Ekonomi ( UPE ) bertindak sebagai memberi garis
panduan kepada kementerian atau jabatan yang ingin menjalankanpenswastaan
Pelaksanaanya boleh dilakukan secara sepenuhnya atau secara sebahagiaan
Faktor-faktor asas yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia. Faktor Sejarah
Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin
Kesultanan Melayu Melaka dengan China, India dan kepulauan Melayu.
Selepas merdeka , Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain.
Kemudian menyertai Komanwel.
Ancaman komunis semenjak sebelum merdeka mendorong Malysia mengamalkan dasar luar yang pro barat.
Faktor Ekonomi.
Mengamalkan pasaran bebas.
Menjalin hubungan baik dengan semua negara seperti British dan Amerika .
Negara tersebut menjadi pasaran utama.
Bagi menggalakan kemasukan pelabur , teknologi dan budaya kerja Jepun dan Korea, Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.
Faktor Politik.
menekankan pemeliharaankedaulatan negara-negara lain.
BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN
BAB 9 : MALAYSIA DALAM
KERJASAMA ANTARABANGSA
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 22
Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Faktor Geografi
Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kebanyakan negara di rantau ini.
Mendorong hubungan baik dengan Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.
Faktor Demografi.
Kerana mejoriti penduduk beragama Islam,
Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara Islam.
PERKEMBANGAN DASAR LUAR Tahap pertama Malaysia mengamalkan dasar pro barat.
Ia disebabkan faktor ancaman komunis.
Malaysia memerlukan bantuan ketenteraan dari negara Komanwel
Cont : British, Australia dan New Zealand.
Malaysia mengadakan perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA).
British akan memberi bantuan kepada
Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
Ekoran konfrantasi dan putus hubungan dengan Filipina
Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) DAN MAPHILINDO.
Dari segi ekonomi Malaysia masih bergantung dengan Britain.
Malaysia menjadi anggota Blok Sterling.
Malaysia menjual bijih timah dan getah.
Pelabur Britain juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia.
Tahap Kedua
Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali
berbaik-baik dengan semua negara.
Malaysia mengistiharkan konsep ZOPFAN.
Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam.
Masalah pelarian Vietnam dapat diatasi. Tahap Ketiga
Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap ke dua.
Tetapi penekanan diberikan kepada kepentingan ekonomi.
1982 Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan.
Bertujuan mengambil dan menerima nilai-nilai yang baik daripada Jepun dan Korea.
Dr Mahathir mempertingkatkan hubungan 2 hala dengan mengadakan lawatan ke negara Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
PERTUBUHABN NEGARA ISLAM ( OIC )
OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 1971.
Idea Tunku Abdul Rahman,
Ahlinya terdiri drpd 57 buah negara
3 buah negara lagi sebagai pemerhati Matlamat - Mengeratkan hubungan sesama negara
islam dalam segala bidang - bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam - untuk mengekalkan perdamaian dalam
segala persengketaan antara negara Islam
- bersama-sama memastikan tempat -
tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari
Sumbangan OIC kepada negara Islam: - Pertubuhan ini banyak memberi bantuan
kepada negara2 Islam - menghantar pasukan perubatan ke
Lubnan, Bosnia dan AfghanistanBantuan dalam bentuk kewangan seperti Sudan, Nigeria dan Chad
- OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi member perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Sumbangan Malaysia dalam OIC - Tunku Abdul Rahman diberi
perghormatan untuk menjadi setiausaha Agung OIC yang pertama - Malaysia telah menjadi perantara dalam
menyelesaikan peperangan iran –Iraq
- Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestine
dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
- Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003 - Malaysia menganjur persidangan
menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
- Tawaran biasiswa diberikan kepada para pelajar dari negara OIC utk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Faedah / keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia dlm OIC
mendapat pinjaman drpd Bank Pembangunan Islam
Bantuan OIC untuk menubuhkan UIAM
Mendapat penghormatan drpd Negara anggota yg lain kerana amat serius
dlm memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam. Cabaran Masa Depan Maksud
Berlandaskan pengetahuan (knowledgebased)
Merujuk kpd keupayaan seseorang
menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yg membawa kemajuan
Ukuran kekayaan sebelum globalisasi Kekayaan negara berdasarkan
Jumlah simpanan emas
Pemilikan tanah jajahan
Pemilikan sumber semulajadi
Pengeluaran barang
pertanian / industri Era globalisasi
K-ekonomi berperanan yg bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan disediakan.
Teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan penggerak utama dalam
- Menjana keuntungan - Kemajuan perniagaan - Peluang pekerjaan - Perkongsian pintar
Cg,Hanita/Cg.Sarapa Page 23
- Kepentingan modal intelek dan pekerja berpengetahuan
Faktor kejayaan k-ekonomi Cara menghasilkan modal intelek a) melalui ilmu pengetahuan b) semangat c) daya saing yg tinggi Pekerja Berilmu utk membangunkan industri berasaskan pengetahuan inovasi melalui penyelidika dan pembangunan (R&D) melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D) Peranan Kerajaan
menyediakan peruntukan besar utkR&D bagi menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten
menggalakkan rakyat supaya guna penemuan baru utk meningkatkan kemajuan bangsa dan negara
harapan agar Malaysia mampu bersaing pd peringkat lebih tinggi dan selari dgn matlamat globalisasi
K-masyarakat Maksud
merujuk kpd masyarakat yg berusaha membaiki dan memperkaya diri dgn pengetahuan agar terus dapat bersaing selaras dgn konsep pembelajaran sepanjang hayat
prasarana utk k-society dibangunkan oleh kerajaan terutama dlm pendidikan
UsahaKerajaan : sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan sekolah bestari dilengkapkan dgn IT utk memupuk rasa cinta pada IT
kurikulum diubahsuai agar dapat lahirkan pelajar kreatif, dinamis, kritis dan analitis
Kesan
melahirkan tenaga kerja berpendidikan tinggi, bermotivasi dan kemahiran tinggi selari dgn wawasan 2020
mewujudkan masyarakat Malaysia maju dan saintifik
Top Related