TAJUK 1 ALAM BELAJAR
Alam Fizikal:-
Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar dalam
bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik
darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar
pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan
yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya
auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu
pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.
Psikososial:-
Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah
laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam
aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru
yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap,
berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan
memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.
KOMUNITI PEMBELAJARAN
Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi
Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap
perkembangan dan pembelajaran individu.
Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam
setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.
1. Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan
menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan
guru.
2. Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh
mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran,
sekolah-jiran.
3. Ekosistem.
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak
dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya,
kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-
kanak tersebut.
4. Makrosistem.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat .
Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di
sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting
5. Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga
puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi
Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.
Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?
Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.
Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani
seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai
kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan
membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi
oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan
perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh
mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.
Peranan Dan Kepentingan Main Dalam Pembelajaran Murid-Murid
Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu
permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah
dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional
untuk setiap kategori.
Permainan Sosial
1. Permainan congkak
2. Permainan batu seremban
3. Permainan main guli
Permainan Kognitif
1. Permainan galah panjang
2. Permainan lari ikat kaki
3. Permainan tingting
Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepadaperkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan
Perkembangan Intelek Perkembangan sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan
Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.
Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.
TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,
4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajaruntuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.
Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.
Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.
Konsep Pembelajaran
Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi
menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
Teori Pembelajaran Gagne
Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling
mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis
pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar
telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri
pembelajaran untuk setiap peringkat.
Hieraki Pembelajaran Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh
1. Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila
seseorang menguap, kita dapat isyarat dia
mengantuk.
2. Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk
memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi
secara konsisten dan tekal supaya gerak balas
yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali
menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80
%.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali
akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk
mendapatkan pujian daripada ibunya.
3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam
pembelajaran kemahiran seperti
permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-
lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku
yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan.
4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar
memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian
bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia
memerlukan kemahiran berbahasa yang telah
dipelajari dahulu.
5. Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang
dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk
memudahkan proses mengkategori dan
menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang
sama,pelajar dapat membezakan rangsangan
atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting dan memberi gerak balas berlainan
untuk rangsangan yang berlainan.Pembelajaran
diskriminasi adalah sangat penting dalam proses
pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat
penting daripada maklumat tidak penting dan ini
memudahkan proses pengkodan maklumat
untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
6. Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian
berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-
ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat
membentuk konsep yang baik setelah membuat
persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang
dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan
banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia
dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
7. Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau
lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini
melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan
generalisasi.
8. Peneyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu
situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam
penyelesaian masalah,iaitu mengenal
masalah,mencari maklumat,membuat
hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.
Klasifikasi Hasil Pembelajaran Gagne
Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis
pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila
lengkapkan jadual di bawah.
Kategori Huraian
Maklumat lisan Mendapatkan semula maklumat yang
disimpan:
Keadaan dalaman yang menyokong
termasuk:
-ilmu sedia ada;
-strategi untuk memperoses maklumat
baru;
Kemahiran Intelek Operasi mental yang membolehkan
murid-murid memberi respon kepada
pelbagai konsapsi mereka berhubung
dengan persekitaran di mana mereka
berada.
Keadaan dalaman yang menyokong.
Strategi Kognitif Perencangan
Kawalan diri
Pemantuan pemikiran dan pembelajaran
oleh murid-murid termasuk:
-khusus kepada tugas
-umum
-eksekutif
Sikap Satu keadaan dalaman atau semulajadi
yang mempengaruhi pilihan tindakan
seseorang;
Kemahiran motor Kebolehan untuk melakukan pergerakan
fizikal mengikut urutan;
Melibatkan tiga tahap:
Belajar urutan yang berkenaan;
Amalkan pergerekan tersebut;
Murnikan pergerakan berasaskan
maklum balas daripada persekitaran;
TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen
Burrhus F.
Skinner
(1904 – 1990)
Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.
Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.
Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan.
Albert Bandura
(1925 –
sekarang)
Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .
Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.
Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan semula dan motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti.
Ivan PetrovichPavlov (1849 - 1936)
Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)
Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan anatar rangsangan dengan gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik.
Abraham Maslow
( 1908- 1970)
Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.
Keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan keperluan fisiologi,diikuti dengan keselamatan,kasih sayang,harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.
Secara semulajadi murid-murid kita hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari, bertindak ke ats persekitaran dan membuat pilihan atau keputusan, setiap individu berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator.
Jean Piaget
(1896- 1980)
Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif.
Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.Adaptasi dibahagikan kepada asimilasi dan akomodasi.
Emapat tahap perkembangan berkait rapat dengan umur. Setiap tahap perlu diberi penekanan khusus mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
Lev Vygotsky
( 1896- 1934)
Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.
Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi persekitara tersebut.
Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.
TAJUK 4 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN
Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan
bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori
pembelajaran yang dibincangkan.
PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa
model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai
panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan
JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.
1. Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep
• Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Model Behavioral
• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
• Pembelajaran Masteri
• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
• Pembelajaran Koperatif
• Main Peranan & Simulasi
• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenis ModelPengajaran
Contoh Huraian Implikasi terhadapPengajaran danPembelajaran dalambilik darjah
1. Model pemprosesanMaklumat
Inkuiri Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.
Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
Ekspositori Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.
Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.
2. Model Behavioral
PengajaranLangsung
Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah
Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Masteri
Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.
Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing
3. Model Sosial PembelajaranKoperatif
Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.
Main Peranan& Simulasi
Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.
Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.
4. Model Personal Synectics Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan
Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-
bidang-bidang yang lain.
prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.
Definisi, Jenis & Prinsip-Prinsip Setiap Pendekatan
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu
pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
AKTIVITIBerdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuksetiap jenis pendekatan
JenisPendekatan
Prinsip Pembelajaran Contoh aktiviti
Induktif Mengajar dari spesifik ke umum
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.
Deduktif Mengajar dari umum ke spesifik
Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.
Integratif Mengintegrasi isi kandungan &
kemahiran ke dalam satupelajaran
Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan
memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.
Eklektif Kombinasi deduktif, induktif atauIntegrative
Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.
Tematik Mengajar pelajaran mengikut satutema sahaja
Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.
Definisi, Jenis & Prinsip-Prinsip Setiap Strategi
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan
memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
• Strategi Pemusatan guru
• Strategi Pemusatan murid
• Strategi Berasaskan bahan
• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti
AKTIVITI
Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.
Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam PedagogiBestari
Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari
melibatkan:
4. Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya
pembelajaran)
2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,
berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)
5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,
mediatif, uclearc, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,
kajian masa depan dan strategi metakognitif)
Integrasi Kemahiran Generik Dalam Pengajaran DanPembelajaran
Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini
amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba
dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan
persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik
(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam
portfolio anda
TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,
1997).
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid
dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.
Perbezaan Individu
1. Budaya dan Etnik
2. Jantina
3. Kecerdasan
4. Gaya Pembelajaran
5. Sosio ekonomi
Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah
jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.
Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis
kecerdasan.
Kecerdasan Pekerjaan Sifat-sifat Utama
Logik Matematik Saintis, pakar statistik
ahli nuklear, ahli kaji
bintang
-Berminat dengan nombor.-Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah.-Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data.
Linguistik/Bahasa Pengarang,penyair,
wartawan, pemidato, ahli
politik
-Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis.-Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan.-Gemar membaca dan mencatat nota.
Muzikal Penggubal lagu, penyanyi,
pemain alat-alat muzik
-Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran.-Peka terhadap bunyi, ritma dan pic.-Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan menggubah lagu.
-Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.
Ruang (Spatial) Pelaut, juruterbang,
pelukis
-Gemar berkaitan ruang.-Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental.-Mempunyai ingatan visual yang kuat.-Mahir dari segi kordinasi mata-tangan.-Cenderung kepada seni.
Kinestetik badan Penari, ahli sukan, ahli
Gimnastik
-Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus.-Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan.-Belajar melalui aktiviti fizikal.
Interpersonal Juru jual, kaunselor, guru -Gemar berinteraksi dengan orang lain.-Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi.-Boleh bekerjasama dalam kelompok.-Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan.
Intrapersonal Ahli ulama, ahli falsafah,
ahli psikologi dan ahli
teologi.
-Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri.-Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan.-Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.-Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri.
Naturalist Ahli botanist, ahli pencinta
Alam
-Gemar berkaitan dengan alam semulajadi.-Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi.-Gemar menanam tumbuh-tumbuhan.-Gemar berinteraksi dengan haiwan.
Existentialist Individu yang berminat -Berkobolehan untuk
tentang hayat, evolusi
manusia dan kematian
menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian.
Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (2000)
Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah
perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada
stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran
iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)
memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang
memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
Lengkapkan ruang yang kosong.
Faktor Faktor Huraian
Rangsangan
Persekitaran
Cahaya Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang.
Bunyi Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi.
Suhu Suasana sejuk dan nyaman dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran
Reka bentuk tempat
Belajar
Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Rangsangan Emosi Motivasi Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru.
Keazaman & Tanggung-
Jawab
Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.
Struktur Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.
Sosial Perseorangan Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar.
Berpasangan Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.
Berkumpulan Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.
Orang dewasa Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.
Fisiologi Masa Belajar Memilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar
yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam.
Mobiliti Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.
Pemakanan Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar.
Persepsi Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar.
Psikologi Otak Kiri & Otak Kanan Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri)Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)
Refleksi Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir.
Gerak hati Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.
Global/Analitik Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.
TAJUK 6 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang
membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan
proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)
Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the
way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.
Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi
dengan contoh.
1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar
untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini
hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.
Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan
, penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.
2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu
kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar.
Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia
melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan
praktikal perkara yang dipelajari.
Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan
ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.
Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang
melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada
murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai
utiliti.
Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.
Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.
Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu
tugasan.
Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.
1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan
perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang
isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.
Jawapan: Nilai Utiliti.
2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.
Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak
jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan
mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi
Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun
menghadapi kekangan masa.
Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik
3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan
kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan
bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa
mangatakan itu bukan matlamatnya.
Jawapan: Nilai Intrinsik
4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor”
oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau
tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai
prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya
sebagai seorang angkasawan.
Jawapan: Nilai Pencapaian
5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan
bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar
tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan
alam sekitar.
Jawapan: Nilai Intrinsik
Teori-Teori Berkaitan Motivasi
Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori
Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet
isikan jadual di bawah.
Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi
Konsep Idea Utama Huraian
Perspektif tentangMotivasi
Behaviorisme Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner.
Humanistik Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers.
Kognitif Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom.
Sosial-Kognitif
Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.
Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa
Pem bentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.
1. Strategi Umum2. Prosedur dan peraturan3. Kerjasama murid
1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan
Strategi Autoritatif-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.
Mengurus kumpulan
1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.
2. Prosedur peraturan
1. Rutin pentadbiran2. Pergerakan murid keluar masuk kelas3. Pengurusan bilik darjah4. Rutin pengajaran dan pembelajaran5. Interaksi antara guru dan murid
3.Kerjasama murid 1. Membina hubungan positif dengan murid. 2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama 3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.