Download - Oooooooo

Transcript

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.

i. Perekodan Peristiwa

Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Ali mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru).