PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG, TUARAN
KERTAS KERJA
PROGRAM LATIHAN GIMRAMA 2013
ANJURAN:
UNIT PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG
TUARAN, SABAH
PADA:
3 HB HINGAA 23 HB JANUARI 2013
TEMPAT:
DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG
1
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan 2
2 Matlamat
4
3 Objektif
4 Tarikh
5 Masa
6 Tempat
7 Kumpulan sasaran6
8 Jurulatih terlibat
9 Kewangan 7
10 Surat Rasmi 8
11 Lampiran 11-12
12 Jadual latihan 12-15
13 Senaman lantai 17-32
14 Bibliografi 33
ISI KANDUNGAN
2
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
1.0 PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan
menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi sukan tahunan yang dipertandingkan di daerah
Tuaran. Sukan ini bukan sahaja dapat melahirkan atlet yang berkemahiran malah bakal
melahirkan atlet yang mampu bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan itu, unit kokurikulum dengan kerjasama unit pendidikan jasmani Sekolah
Kebangsaan Tambalang ingin memohon peruntukan dan permohonan untuk mengadakan
latihan persediaan sukan gimrama sempena kejohanan yang bakal berlangsung pada awal
Januari tahun 2013. Latihan selama 3 minggu ini dapat membekalkan atlet yang akan
bertanding dengan latihan yang cukup serta persediaan mental dan fizikal serta emosi sebelum
bertanding.
Tambahan pula, dengan perancangan latihan ini dapat mendedahkan pada jurulatih akan
kelemahan yang dapat diperbaiki serta mencongak strategi yang berkesan untuk digunakan
kelak. Dengan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih yang akan melatih atlet dan
ianya dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Tambahan, ianya juga mewujudkan
hubungan yang erat antara guru dengan murid yang bakal berada di dalam pusat latihan ini
dalam menjadi sebuah pasukan yang unggul.
3
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
2.0 MATLAMAT
Dapat memberi persediaan yang cukup kepada peserta gimrama yang bakal bertanding
dari segi mental, fizikal dan emosi sebelum menyertai pertandingan yang sebenar.
3.0 OBJEKTIF
Memenuhi kehendak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).
Menyediakan satu pasukan gimrama ke Kejohanan Gimrama MSSM Tuaran.
Peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam gimrama.
Mempertingkatkan potensi dan memperkembangkan keupayaan biomotor peserta ke tahap
yang optima.
Jurulatih dapat merancang perancangan dan strategi.
Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta dan pihak yang terlibat.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pasukan Gimrama Sekolah Kebangsaan Tambalang Tuaran (12 0rang )
5.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 3-23 JANUARI 2013 (21 hari)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tambalang
4
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
PENGERUSI
Encik Bahari bin Shafik ( Guru Besar )
TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Haji Naim bin Kassim ( GPK KoKurikulum )
SETIAUSAHA
Encik Mohd Hafiz Ibrahim bin Halim ( Setiausaha Sukan )
BENDAHARI
Encik Kairul Nizam bin Salim
Ketua Jurulatih
Encik Mohd Saiful Bin Saidon
Penolong Jurulatih
Cik Noor Balqis Binti Safian
Encik Abdul Qarim bin Aslam
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Encik Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahani
5
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
7.0 SENARAI NAMA ATLET GIMRAMA
No Nama Tahun
1 Azrul Hisham bin Rani 4 Pintar
2 Azmani bin Sharif 4 Pintar
3 Abdul Syukur bin Ramzan 5 Pintar
4 Faizul Bahari bin Salleh 5 Pintar
5 Fazail bin Abdullah 6 Pintar
6 Baharin Sarbani bin Jamal Nasir 6 Pintar
7 Angelia Samsons 4 Bijak
8 Govinder Priya a/p Govinder Raja 4 Bijak
9 Siti Nur Atiqah binti Halim 5 Bijak
10 Lawrencia Lajius 5 Bijak
11 Elisha Puala 6 Bijak
12 Jessica Tamido 6 Bijak
8.0 JURULATIH TERLIBAT
Encik Moh Saiful Bin Saidon
Cik Noor Balqis binti Safian
Encik Abdul Qarim bin Aslam
6
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
9.0 PERANCANGAN LATIHAN
(LAMPIRAN A )
10.0 BAJET PROGRAM LATIHAN GIMRAMA 2013
ANGGARAN KOS
BIL PERKARA KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH
(RM)
1 Makanan
(pagi, tengahari dan malam)
15 orang x 21
hari
4.00 1260.00
2 Baju t-shirt pasukan 15 helai 35.00 525.00
3 Kotak first aid I kotak 50.00 50.00
4 Pil vitamin 3 kotak 25.00 75.00
5 Peralatan Sukan :
- Gelung plastik
- Belantan kayu sintatik
- Reben satin
- Bola getah/sintatik
20 gelung 15.00 300.00
6 unit 30.00 180.00
6 unit 15.00 90.00
6 biji 40.00 240.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 2720.00
11.0 SUMBER KEWANGAN SAMPINGAN
Sumber kewangan dibiayai sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah serta pihak PIBG.
12.0 ACARA YANG DISERTAI
Gimnastik irama : senaman dan rutin lantai bersama alatan
7
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
PENUTUP
Dengan ini, diharapkan agar program latihan ini akan dapat dilaksanakan dengan baik
dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada murid. Komitmen dan kerjasama
menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan program latihan ini
berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala kerjasama yang dihulurkan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Disediakan oleh,
……………………………………...................
(ENCIK MOHD SAIFUL BIN SAIDON)
Ketua Jurulatih
Program Latihan Gimrama 2013
Sekolah Kebangsaan Tambalang, Tuaran
8
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Ketua Jurulatih Gimrama,
Sekolah Kebangsaan Tambalang,
89207 Tuaran,
Sabah.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tambalang,
89207 Tuaran,
Sabah . 20hb OKTOBER 2012
Tuan,
MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN DAN KELULUSAN PROGRAM
LATIHAN GIMRAMA TAHUN 2013
Dengan ini segalanya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Unit kokurikulum dengan kerjasam unit pendidikan jasmani akan mengadakan program
latihan sukan gimnastik untuk tahun 2013 sebagai persediaan menghadapi pertandingan pada
awal januari 2013.
3. Program latihan ini diadakan bertujuaan untuk memberi atlet bersedia dengan lebih awal
untuk menjadi juara pada tahun 2013.
4. Bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.
5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih .
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan tugas,
................................................
( MOHD SAIFUL BIN SAIDON)
9
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Ketua Jurulatih Pasukan Gimrama,
Sekolah Kebangsaan Tambalang.
10
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Lampiran A
Fasa Latihan
Latihan adalah satu proses yang meliputi beberapa proses pembelajaran. Ia seharusnya
mempunyai hubungkait dengan perubahan konsep, sikap dan kemahiran individu yang dilatih
(Brum Ley1991).Faktor asas latihan adalah dari aspek fizikal, psikologikal dan persediaan
teoritikal yang harus digabungkan dalam program latihan.(Bompa1994) Walaupun faktor
latihan mempunyai pertalian yang kuat, namun ianya dilihat dari aspek kemahiran yang
hendak dipertingkatkan.
Berdasarkan rajah 1 di bawah, persediaan fizikal dan teknikal mewakili asas prestasi yang
hendak dicapai oleh pemain kemudian barulah diikuti oleh persediaan taktikal dan psikologi.
Gimnastik irama merupakan pergerakan berkoordinasi yang bersifat estetik. Ia dilakukan
dengan irama denagn alatan atau tanpa alatan.
Dalam persiapan latihan ini, memokuskan keapda tujuh pergerakan tubuh badan iaitu :
Imbangan
Melentik
Meringkuk dan melunjur
Gerak edar
Pusingan badan
Lompatan
Ketangkasan
11
PERSEDIAAN PSIKOLOGI
PERSEDIAAN TAKTIKAL
PERSEDIAAN TEKNIKAL
PERSEDIAAN FIZIKAL
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Tambahan, gimnastik irama juga disertai dengan manipulasi alatan. Terdapat lima jenis
kumpulan alatan iaitu :
Alatan bulat dan padu
Alatan bulat dan leper
Alatan lembut dan berombak
Alatan panjang, langsing dan lembut
Alatan keras dan padu
Jadual berikut telah memuatkan semua jenis latihan yang bakal dilalui oleh ahli gimnas
sekolah dalam melengkapkan diri sebagai seorang juara.
12
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
JADUAL LATIHAN GIMRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG 2013
MINGGU PERTAMA
HARI
8.00-10.00
pagi
10.00-10.30
pagi
10.30-12.30
pagi
3.50-5.00
petang
ISNIN Latihan
Kecergasan
Fizikal R
E
H
A
T
Latihan
Imbangan
(sebelah kaki)
Latihan
Melentik
(melutut,melentik ke
belakang)
SELASA
Gerak Edar
( langkah
bersilang )
Pusingan
(dua pusingan
berterusan di
atas 1 kaki)
Ketangkasan
( guling bahu )
RABU
Teknik alatan
( melambung
dan menyambut)
Teknik alatan
( memutar )
Teknik alatan
( memusat )
KHAMIS Latihan
Kecergasan
Fizikal
Lompatan
(lompat
langkah)
Pusingan
( kombinasi pilihan
sendiri)
JUMAAT Gerak Edar
( langkah
bersilang )
Teknik alatan
( memutar )
Latihan
Melentik
(melutut,melentik ke
belakang)
SABTU Bebas Bebas
13
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
MINGGU KEDUA
HARI
8.00-10.00
pagi
10.00-10.30
pagi
10.30-12.30
pagi
3.50-5.00
petang
ISNIN Latihan
Imbangan
(imbangan
melutut)R
E
H
A
T
Ketangkasan
(ringkuk badan
dan ayun)
Gerak edar
( berlari)
SELASA
Latihan
melentik
( melutut
melentik ke sisi)
Lompatan badan
(lompat bintang)
Latihan kelenturan
RABU
Teknik alatan
( alatan lembut
dan berombak)
Teknik alatan
( alatan
panjang,langsing
dan lembut )
Teknik alatan
( alatan keras dan
padu )
KHAMIS Latihan
ketangkasan
Gerak edar
( langkah skip)
Pusingan
( bebas)
JUMAAT Meringkuk &
melunjur
(lentikan
kucing)
Teknik alatan
( bebas ) bebas
SABTU jogging Senaman lantai
14
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
HARI
8.00-10.00
pagi
10.00-10.30
pagi
10.30-12.30
pagi
3.50-5.00
petang
ISNIN Latihan
Kecergasan
fizikal R
E
H
A
T
Ketangkasan
(guling depan)
Melentik
(dirian dan melutut
melentik sisi)
SELASA
Pusingan
(pusingan bebas
mengikut rentak
muzik)
Lompatan badan
(lompat regang
dan lentik)
Gerak edar
(berjalan dan
berlari )
RABU
Latihan
kelenturan
Teknik alatan
( alatan bulat
dan leper )
Teknik alatan
( alatab bulat)
KHAMIS
Latihan
ketangkasan Latihan bebas Latihan bebas
JUMAAT Tayangan video Senaman lantai bebas
SABTU Sesi motivasi Bebas dan motivasi
MINGGU KETIGA
15
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
TUGASAN 2
16
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
SENAMAN LANTAI
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai
mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang
hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang
titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal.
Rajah menunjukkan contoh kawasan senaman klantai yang digunakan dalam pertandingan
gimnastik
17
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pelan Lantai bagi individu bersama alatan
Alatan yang digunakan :
Gelung plastik
Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat
daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang
sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas. Terdapat
juga gimas yang menu balut gelung dengan pita pelekat yang berwarna-warni.
Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat
gelung di samping menjadikannya lebih menarik.
18
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Belantan
Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama
penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan
latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih
berpengalaman.
19
Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.
Panjang 40-50 cm
Berat 150 g minimum bagi satu belantan
Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada
tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm.
Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis
pusatnya tidak melebihi 3 cm.
Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan satu : berjalan
Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan bebola kaki serta
luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas
bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan kehadapan. Tangan yang dihayun
kedepan hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada dalam keadaan
badan tegak dan pandang ke depan.
Pergerakan dua : berlari
20
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan cuma dilakukan dengan
cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah
kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.
Pergerakan tiga : melompat
Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.
21
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan empat : chasse ke hadapan
Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah.
Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri untuk gerakan
yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan
untuk lompatan, layangan atau pusingan
Pergerakan lima : chasse sisi
Gimnas akan bergerak ke sisi dengan membuka langkah kaki serta mendepakan tangan untuk
keseimbangan sewaktu melompat ke sisi.
22
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan enam : langkah grapevine
Gimnas akan berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi. Langkah kaki kiri dan
silang kaki kanan ke depan kaki kiri dan hulur kaki kiri ke sisi. Kemudian langkah
kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.
23
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan tujuh : berlari dan kuang hadapan
Gimnas akan berlari dari penjuru ke penjuru hadapan dengan kelajuan terkawal. Tangan
dihayun dan badan ditegakkan. Mata memandang ke hadapan. pindahkan berat badan dari
belakang ke hadapan dan kedua-dua tangan menekan lantai dan tolak ke atas dan lakukan
pusingan di udara. Mendarat dengan kedua kaki dengan gaya menyerap daya.
Pergerakan lapan : kuang belakang
Gimnas berjalan dengan bergaya sambil tangan dan kaki dihayunkan. Kepala didongakkan ke
atas dan kedua-dua tangan dilunjurkan ke belakang dan pinggang dilentikkan. Mata
memandang ke belakang dan kedua-dua kaki diangkat ke atas dan tangan menyokong dan
menolak badan ke atas dan lakukan pusingan dan mendarat dengan kedua kaki. Tangan
didepakan dan mendada bergaya.
24
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan sembilan : Putaran dan pivot
Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh
dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat
berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh
putaran (180°), putaran penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen
asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan
25
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan
mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan,
dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan estatik. Gimnas perlu berada di atas bebola
kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot.
Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas hendaklah berada dalam tegap dan
gimnas perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut
serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan
tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot.
26
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan sepuluh : alunan
Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan
atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke
depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan
kemahiran gerakan gimnas yang agak susah.Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik
supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak.
Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh
badan. Gimnas akan menggerakkan badannya kehadapan dan kebelakang dalam menyerupai
bentuk lalunan ombak samada berdiri atau baring di atas lantai. Peserta berdiri tegak dan
tangan di didepakan ke belakang dan pinggang peserta dibengkokkan ke belakang dan
dibengkokkan kembali ke hadapan dan bergerak dengan lemah lembut dan perlahan
menyerupai bentuk alunan yang berirama. Kepala peserta digoyangkan mengikut alunan
bunyi irama muzik yang dipasang dan tangan didepakan dan berdiri tegak apabila selesai.
27
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan sebelas : mengguling gelung di hadapan badan,ke kiri dan ke kanan
Gimnas memegang gelung dengan tangan dominan dan menggulingkan ke hadapan dan
berlari mendapatkannya. Gimnas boleh berlari sambil melakukan lompatan atau langkahan
agar menampakkan pergerakkan yang lebih menarik. Kemudian, gulingkan gelung ke arah
sisi sambil gimnas bergerak ke arah sisi kanan dan kiri sambil sebelah tangan diangkat dan
mata memandang tepat ke hadapan .
Pergerakan dua belas : ayunan bulat
Gimnas memegang gelung dengan tangan dominan dan berdiri tegak. Kaki dibuka seluas
bahu dan tangan yang bukan dominan didepakan ke sisi. Mata memandang tepat ke hadapan
dan gelung mula dihayunkan oleh tangan dominan dan berat badan dipindahkan ke sebelah
tangan dominan. Hayunan dibawa turun melepasi paras pinggang dan berat badan
dipindahkan ke bahagian bukan dominan. Hayunan dibuat mengikut irama bunyi muzik yang
dipasang dan berdiri tegak selepas tamat rutin.
28
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan tiga belas : putaran mengelilingi pinggang
Gimnas berdiri tegak. Gelung dipegang dan dimasukkan ke dalam badan melalui kepala dan
diletakkan di atas pinggul. Kaki kanan diangkat dan dibengkokkan 90 darjah dan pinggang
mula memusingkan gelung mengikut arah lawan jam. Tangan satu dilunjurkan kehadapan dan
satu lagi diangkat ke atas untuk tujuan imbangan. Mata memandang tepat ke arah hadan.
Pergerakan empat belas : lambung dan sambut hadapan statik
Gimnas berdiri tegak. Tangan dominan memegang gelung. Mata memandang ke hadapan.
Tangan yang memegang gelung dibawa ke belakang dan tangan yang satu lagi didepakan ke
sisi. Hayunkan gelung dari belakang ke atas dan lepaskan gelung di udara. Jengketkan kaki
untuk pemindahan daya dan sambut dengan tangan dominan. Badan berdiri tegak ketika
menyambut gelung.
29
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan lima belas : putaran menggelilingi kaki
Gimnas dalam keadaan baring di lantai. Kaki dominan diangkat lurus ke atas manakalabukan
dominan diangkat membengkok di bawah kaki dominan. Tangan diletakkan di bawah untuk
tujuan imbangan. Putarkan gelung di pergelangan kaki dan putar mengikut irama muzik yang
dimainkan.
Pergerakan enam belas : ayunan belantan atas kepala
Gimnas memegang dua belantan di kedua-dua tangan. Badan berdiri tegak sambil kaki dibuka
seluas bahu. Mata tepat memandang ke hadapan. Tangan kanan dihayunkan ke hadapan
membentuk satu bulatan manakala tangan kiri pulan menghayunkan belantan ke arah
belakang membentuk bentuk bulatan juga. Ulang pergerakan mengikut rentak muzik dan
berhenti dengan meletakkan belantan ke posisi asal.
30
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan tujuh belas : lambung dan sambut di udara
Gimnas berdiri tegak sambil kaki dibuka seluas bahu. Tangan dominan memegang belantan
dan mata memandang tepat ke hadapan. Belantan dilambungkan ke atas udara dan gimnas
berlari menyambut belantan di udara. Mendarat dengan serapan daya dan tangan didepa dan
mendada bergaya.
Pergerakan lapan belas : ketuk belantan di udara dan lantai
Gimnas berdiri tegak sambil kedua-dua tangan memegang belantan . kaki dibuka seluas bahu
dam mata memandang tepat ke arah hadapan. Gimnas memulakan langkahan berjalan, skip
dan lompatan. Sewaktu melakukan pergerakan ,kedua-dua tangan dihayunkan agar
menampakkan pergerakkan yang menarik serta dirapatkan ke udara untuk diketuk . kemudian,
belantan diketuk ketika gimnas melutut atau tunduk ke bawah lantai. Perlakuan digayakan
mengikut muzik yang dimainkan.
31
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
Pergerakan sembilan belas : ayunan atas kepala
Gimnas duduk kangkang sambil kedua-dua kaki didepakan. Kaki kiri didepakan ke belakang
manakala kaki kanan didepakan ke hadapan di atas lantai. Badan tegak dan mata memandang
tepat ke hadapan. Kedua-dua tangan memegang kemas belantan dan ayunkan belantan ke atas
kepala. Ayunan dibuat kehadapan dan kebelakang oleh kedua-dua tangan.
Pergerakan dua puluh : membulat di hadapan kepala
Gimnas berdiri tegak sambil memegang kedua-dua belantan. Kaki dibuka seluas bahu dan
mata memandang tepat ke hadapan. Dalam keadaan sedia, ayunkan kedua-dua belantan di
hadapan kepala sambil tangan berputar mengelilingi badan.
32
PERGERAKAN KREATIF DAN ARTISTIK HBPE 2103
BIBLIOGRAFI :
Haji Gapor Ahmad,(2007):kejurulatihan Dan Sains Sukan,Kuala Lumpur:Utusan
Publication Sdn Bhd
Norhazlina Abdul Wahab,(2008):Penggerak Kehidupan,Selangor,Dawama Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002),Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4,Kuala
Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia
Richard A.Magill,(2011):Motor Learning and Control 9th,Singapore:The McGraw Hill
Companies
33