KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
MODUL PENGAJARAN
KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU
MASALAH PENGLIHATAN
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
K A N D U N G A N Muka Surat
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 1
Fokus Mata Pelajaran 2
Pelaksanaan Modul KAIMaL 2
Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan KAIMaL 2
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 2
Pentaksiran 3 Modul 1 : Orientasi dan Mobiliti.
Anggota badan dan deria saya 5 Saya dan bilik darjah 15 Pengurusan diri saya 21 Pratongkat 31 Saya dan Tongkat Putih 43 Persekitaran sekolah saya 49
Modul 2 : Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas
Saya dan titik-titik Braille 61 Saya dan peralatan khas 69
Modul 3 : Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masalah Penglihatan
Saya dan Komputer 81 Saya dan Perisian Pembaca Skrin 95 Ceria Bersama-sama Papan Kekunci 99
iv
1
PENDAHULUAN Modul Teras Asas: Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). Komposisi Modul Teras Asas KAIMaL terdiri daripada disiplin ilmu dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti, kemahiran Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. Di dalam modul ini, murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. KAIMaL dilaksanakan sebagai kurikulum modular yang terbahagi kepada 3 modul iaitu :
i. Orientasi dan Mobiliti ii. Kemahiran kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. Asas TMK masalah penglihatan
Standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua murid Tahun 1 pendidikan khas masalah penglihatan. MATLAMAT Modul teras asas KAIMaL ini adalah untuk melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF
i. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti ii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan
peralatan khas iii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan iv. Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. v. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat
tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti. vi. Meningkatkan kemahiran sosialisasi.
2
FOKUS MATAPELAJARAN 1. Orientasi dan Mobiliti.
a) Anggota badan dan deria saya b) Saya dan bilik darjah c) Pengurusan diri saya d) Pratongkat e) Saya dan tongkat putih f) Persekitaran sekolah saya
2. Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas
a) Saya dan titik-titik Braille b) Saya dan peralatan khas
3, Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Masalah Penglihatan
a) Saya dan Komputer. b) Saya dan Perisian Pembaca Skrin. c) Ceria Bersama-sama Papan Kekunci
PELAKSANAAN MODUL KAIMaL Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid. Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan modul KAIMaL :
1, Dokumen Standard 2. Panduan Pengajaran
Dokumen Standard disediakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dokumen standard ini dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil yang mengandungi standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu. Dokumen Standard ini diterjemahkan dalam bentuk Panduan Pengajaran bagi mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan teknik yang akan dilaksanakan. Guru disaran untuk menggabungkan tunjang-tunjang seperti Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Fizikal dan Estetika dan Keterampilan Diri.
Dokumen Standard dan Panduan Pengajaran disediakan dengan menggunakan pendekatan Masteri di samping penggabungjalinan pendekatan pedagogi yang sesuai. Guru menyediakan aktiviti pengayaan untuk murid berpencapaian tinggi dan aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah agar dapat menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk mengubah suai modul mengikut keperluan murid dan berpeluang meningkatkan kreativiti mereka.
3
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bagi mencapai kehendak Standard Pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah seperti berikut:
i. Inkuiri ii. Konstruktivisme iii. Pembelajaran kontekstual iv. Pembelajaran interaktif v. Pembelajaran koperatif vi. Perbincangan vii. Simulasi viii. Projek ix. Kajian lapangan x. Pembelajaran Masteri xi. Kecerdasan pelbagai
PENTAKSIRAN
Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif. Guru boleh menggunakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid dan pemerhatian untuk ditaksir. Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya bagi merancang dan menyediakan bahan P&P yang sesuai.
4
5
MODUL 1 TEMA 1
ANGGOTA BADAN DAN
DERIA SAYA
6
7
Standard Kandungan : 1.0 Anggota Badan dan Deria Saya
i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada
ii) Memaksimumkan penggunaan deria-deria lain iii) Memahami dan mempraktikan penggunaan anggota
badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian
Standard Pembelajaran : 1.1 Mengenal pasti anggota badan. Masa : 30 minit Bahan Bantu Mengajar : Model patung manusia dan murid. Aktiviti Pengajaran 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang anggota badan.
Contoh - Guru : Pagi tadi kamu makan apa? Murid : Roti. Guru : Kamu pegang roti dengan apa? Murid : Tangan, cikgu.
2. Guru menerangkan tangan merupakan salah satu anggota badan.
3. Guru memberitahu murid bahagian anggota badan.
Contoh: kepala, tangan kiri, tangan kanan, badan, kaki kiri dan kaki kanan.
4. Murid menyebut bahagian anggota badan yang ada pada model patung.
5. Guru meminta murid menamakan anggota badan mereka yang disentuh . 6. Guru meminta murid melakukan pergerakan fizikal mengikut arahan yang diberi.
Contoh: melangkah ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang serta menamakan anggota badan yang bergerak.
Cadangan aktiviti
8
Penilaian: Menggunakan borang penilaian seperti di bawah. Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
BIL NAMA
AKTIVITI MENGENAL PASTI ANGGOTA BADAN
CATATAN Kepala
Tangan Kiri
Tangan Kanan
Badan Kaki Kiri
Kaki Kanan
1.
2.
3.
9
Standard Kandungan : 1.0 Anggota Badan dan Deria Saya
i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada
ii) Memaksimumkan penggunaan deria-deria lain iii) Memahami dan mempraktikan penggunaan anggota
badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian
Standard Pengajaran : 1.2 Mengenal pasti organ deria. Contoh: telinga, mata, hidung, kulit dan lidah. 1.2.1 Menyatakan fungsi deria. Contoh: kulit-sentuhan, lidah-rasa,mata-lihat, hidung- bau, telinga-dengar.
1.2.2 Membezakan ransangan yang diterima oleh organ deria.
Contoh: deria sentuh-permukaan, deria bau- busuk/wangi, deria dengar-bunyi, deria rasa-manis/masin/masam/pahit.
Masa : 60 minit. Bahan Bantu Mengajar : Bahan maujud seperti gula, garam, kopi, limau kasturi, loceng, dan kertas pasir. Aktiviti Pengajaran 1. Guru memperdengarkan lagu Deria Saya.
* Rujuk Lampiran 1. 2. Murid menyanyi dengan bimbingan guru.
_____________________________________________________________________ 3. Guru menunjukkan organ deria yang ada pada anggota badan manusia. 4. Guru meminta murid menamakan organ-organ deria yang ada pada mereka. 5. Guru meminta murid menyebut fungsi setiap organ deria tersebut.
Cadangan aktiviti
10
6. Guru meminta murid menyentuh pelbagai jenis permukaan dan meminta murid menyatakan perbezaan permukaan yang disentuh.
7. Guru meminta murid mendengar pelbagai jenis bunyi daripada rakaman dan meminta
menyatakan perbezaan bunyi yang didengar. 8. Guru meminta murid menyatakan perbezaan rasa. 9. Guru meminta murid menyatakan bau yang dihidu. 10. Guru meminta murid menyatakan apa yang dilihat di sekelilingnya. Penilaian: Menggunakan borang penilaian di Lampiran 2.
11
Lampiran 1
Lagu : DERIA SAYA
Kalau rasa gembira tepuk TANGAN Kalau rasa gembira tepuk TANGAN
Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira tepuk TANGAN
Kalau rasa gembira tarik TELINGA Kalau rasa gembira tarik TELINGA
Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira tarik TELINGA
Kalau rasa gembira pegang HIDUNG Kalau rasa gembira pegang HIDUNG
Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira pegang HIDUNG
( Mengikut melodi lagu “Kalau Rasa Gembira”)
12
CONTOH BORANG PENILAIAN : MEMBEZAKAN RANGSANGAN YANG DITERIMA OLEH ORGAN DERIA
Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
NAMA
2 JENIS PERMUKAAN
2 JENIS RASA 2 OBJEK YANG
DILIHAT 2 JENIS BUNYI 2 JENIS BAU
(Deria Sentuh) (Deria Rasa) (Deria Lihat) (Deria Dengar) (Deria Hidu)
Kasar Licin Manis Masam Dekat Jauh Kuat Perlahan Wangi Busuk
1. Ramly bin Putih √ × √ √ × × √ √ √ ×
2.
3.
Lampiran 2
13
Standard Kandungan : 1.0 Anggota Badan dan Deria Saya
i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada
ii) Memaksimumkan penggunaan deria-deria lain iii) Memahami dan mempraktikan penggunaan
anggota badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian
Standard Pengajaran : 1.3 Menggunakan deria-deria untuk menentukan kedudukan dan arah. Contoh: bau masakan – di kantin atau di dewan makan. Masa : 60 minit Bahan Bantu Mengajar : Bahan maujud. Aktiviti Pengajaran : 1. Guru meminta murid menunjukkan arah kedudukan perabot di dalam bilik darjah.
Contoh: -
Di mana meja guru?
Di mana tong sampah?
2. Guru membawa murid ke tempat-tempat yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh tempat: a) Kantin. b) Tandas. c) Pintu pagar sekolah. d) Kolam ikan. e) Bilik guru. 3. Guru mengadakan sesi soal jawab.
Contoh: Guru : Kamu berada di mana sekarang? Murid : Kantin, cikgu. Guru : Bagaimanakah kamu tahu? Murid : Ada bau masakan, cikgu.
Cadangan aktiviti
14
Penilaian: Penilaian dibuat secara lisan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
15
MODUL 1 TEMA 2
SAYA DAN
BILIK DARJAH
16
17
Standard Kandungan : 2.0 Saya dan Bilik Darjah
i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 2.1 Bergerak di dalam bilik darjah dengan bantuan guru.
2.2 Bergerak di dalam bilik darjah tanpa bantuan guru (pemerhatian guru).
Masa : 60 minit Bahan bantu mengajar : Perabot di dalam bilik darjah.
Aktiviti Pengajaran 1. Guru menepuk tangan dan meminta murid berjalan ke arahnya.
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk melakukan aktiviti dengan bantuan guru.
Contoh : bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam bilik darjah, ke meja, ke rak buku dan lain-lain.
3. Guru memberi arahan kepada murid untuk melakukan aktiviti secara bersendirian. Contoh : bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam bilik darjah, ke meja, ke rak buku dan lain-lain.
. Penilaian: Penilaian dibuat secara pemerhatian oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Cadangan aktiviti
18
19
Standard Kandungan : 2.0 Saya dan Bilik Darjah i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan
selamat Standard Pembelajaran : 2.3 Menyatakan petunjuk yang dilalui semasa
bergerak di dalam bilik darjah. : 2.4 Menceritakan perasaan selepas melakukan
pergerakan di dalam bilik darjah. Contoh: dengan bantuan dan tanpa bantuan.
Masa : 60 minit Bahan bantu mengajar : Perabot, pintu dan tingkap.
Aktiviti Pengajaran 1. Murid diminta meneroka bilik darjah. 2. Murid diminta menyebut peralatan yang ada di dalam bilik darjah.
3. Guru meminta murid menyatakan petunjuk-petunjuk yang menyukarkan pergerakan. 4. Guru meminta murid menjelaskan kesukaran semasa bergerak tanpa bantuan guru. 5. Guru menerangkan kepada murid jenis-jenis petunjuk yang telah dilalui semasa melakukan pergerakan di dalam bilik darjah. Penilaian: Penilaian dibuat secara lisan dan pemerhatian oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Cadangan aktiviti
20
Info Guru:
ISTILAH MAKSUD
Orientasi
Proses menggunakan deria yang masih ada bagi seseorang itu untuk
menetapkan/ menentukan kedudukannya dengan objek dan
persekitarannya.
Mobiliti Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Petunjuk Kekal Tanda atau petunjuk yang tidak boleh diubah kedudukannya. Contoh:
dinding, pintu, longkang.
Petunjuk Sementara Tanda atau petunjuk yang boleh berubah kedudukannya.
Contoh: bakul sampah, pasu bunga, meja.
Petunjuk Jangkaan Tanda atau petunjuk yang tidak dijangka.
Contoh: perubahan pada persekitaran
21
MODUL 1 TEMA 3
PENGURUSAN
DIRI SAYA
22
23
TEMA 3
Standard Kandungan : 3.0 Pengurusan Diri Saya
i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik
Standard Pembelajaran : 3.1 Menjaga kebersihan diri dan anggota badan. Masa : 60 Minit Bahan Bantu Mengajar : Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, sikat, minyak
rambut dan bedak.
Aktiviti Pengajaran 1. Guru memperdengarkan lagu Bangun Pagi.
* Rujuk Lampiran 3. ___________________________________________________________________
2. Guru memberikan beberapa jenis peralatan dan bahan pengurusan diri untuk dikenal pasti
oleh murid.
Contoh: berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, sikat, minyak rambut, bedak.
3. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid tentang penggunaan peralatan
pengurusan diri.
a. Alat dan bahan digunakan untuk menggosok gigi (berus gigi, ubat gigi).
b. Bahan digunakan untuk membersihkan badan (sabun, syampu).
c. Alat dan bahan digunakan untuk berdandan (sikat, minyak rambut, bedak)
4. Guru menerangkan cara yang betul untuk memberus gigi, mandi, membersih badan, mengelap badan, memakai pakaian dan berdandan.
5. Kemudian guru meminta setiap murid melakukan aktiviti tersebut.
Cadangan aktiviti
24
Penilaian: Menggunakan borang penilaian seperti di bawah. Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
NAMA ALATAN KEGUNAAN ALATAN
CATATAN YA ( √ ) TIDAK ( X )
Berus & ubat gigi
Sabun
Syampu
Sikat
Minyak rambut
Bedak
25
Lagu : BANGUN PAGI
Bangun pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka terus mandi,
Minum susu,
Makan roti,
Pergi sekolah suka hati.
Lampiran 3
26
27
TEMA 3
Standard Kandungan : 3.0 Pengurusan Diri Saya.
i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik
Standard Pembelajaran : 3.2 Menggunakan tandas dan bilik air dengan cara
yang betul. Masa : 60 Minit. Bahan Bantu Mengajar : Mangkuk tandas, paip, pintu tandas, pam tandas, sinki, sabun Aktiviti Pengajaran 1. Guru memperdengarkan pantun teka-teki kepada murid. * Rujuk Lampiran 4.
2. Guru meminta murid menjawab beberapa soalan mengenai pantun yang telah diperdengarkan. ___________________________________________________________________
3. Guru membawa murid ke tandas untuk memperkenalkan bahagian-bahagian dan peralatan
dalam tandas.
Contoh: Mangkuk tandas, paip, pintu tandas, pam tandas, sinki, sabun.
4. Guru menerangkan tentang penggunaan peralatan dalam tandas dan bilik air dengan cara
yang betul.
5. Guru meminta murid menamakan peralatan dalam tandas dan kegunaannya.
Cadangan aktiviti
28
Lampiran 4
Pantun Teka-teki
Hijau melata pokok palas,
Hijau lagi daun jemuju;
Bila perut rasa memulas,
Ke mana tempat harus dituju?
Jawapan : Tandas
Bila hajat sudah selesai,
Tarik atau tekan kegunaan saya,
Jika adik orang pandai,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : Pam tandas.
29
TEMA 3
Standard Kandungan : 3.0 Pengurusan Diri Saya.
i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik
Standard Pembelajaran : 3.3 Menyatakan waktu aktiviti harian.
Masa : 60 Minit Bahan Bantu Mengajar : Model jam dan jam bersuara. Aktiviti Pengajaran 1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu Pukul 6.00 Pagi. * Rujuk Lampiran 5. 2. Guru meminta murid menjawab beberapa soalan berkaitan dengan lagu yang telah dinyanyikan. Contoh: Berdasarkan lagu yang telah dinyanyikan, “Pukul berapakah kita perlu bangun pada setiap pagi?” 3. Guru mengaitkan tujuan menyanyikan lagu „Pukul 6.00 pagi‟ dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. _________________________________________________________________ 4. Guru menerangkan kepada murid tentang cara mengurus masa dengan baik. 5. Guru meminta murid menjawab beberapa soalan berkaitan dengan pengurusan masa. Contoh: i. Pukul berapakah loceng masuk ke kelas pada waktu pagi dibunyikan. ii. Pukul berapakah loceng waktu rehat dibunyikan? 6. Guru menceritakan tentang pentingnya mengurus masa dengan baik di rumah. Contoh: Waktu mandi, waktu makan, waktu belajar, menonton televisyen, waktu
beribadat/sembahyang.
Penilaian:
Penilaian dibuat secara lisan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Cadangan aktiviti
30
Lampiran 5
Lagu : PUKUL 6.00 PAGI
Pukul 6.00 pagi,
Mesti saya bangun,
Terus gosok gigi,
Makan dan minum.
Salam pada ibu,
Salam pada ayah,
Terus ambil buku,
Pergi sekolah.
( Mengikut melodi lagu Tanya Sama Pokok )
31
MODUL 1 TEMA 4
32
33
Standard Kandungan : 4.0 Pratongkat.
i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 4.1 Bergerak dengan pemandu celik: 4.1.1 Bergerak dengan teknik pemanduan celik. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : - Aktiviti Pengajaran 1. Guru meminta murid-murid secara berpasangan bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu
Air Pasang Pagi.
Air Pasang Pagi Air pasang pagi surut pukul lima,
Nona bangun pagi siram pokok bunga, Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur ayam mengeram. _____________________________________________________________________ 2. Guru menerangkan kepada murid tentang teknik sentuhan:
a) Guru meminta murid (pemandu celik) menyentuh belakang tapak tangan rakan sebagai
isyarat.
b) Guru meminta murid memegang lengan/tangan pemandu celik dalam keadaan selesa.
c) Guru meminta murid berada dalam keadaan bersedia sebelum bergerak. Pemandu celik perlu berada setengah langkah di hadapan.
3. Guru menunjukkan sekali lagi langkah-langkah pemanduan celik yang betul sebelum murid
melakukan aktiviti pergerakan.
Cadangan aktiviti
34
Penilaian: Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
Aktiviti Betul ( √ ) Salah ( X ) Catatan
Sentuhan awal
Cara pegang
Sedia untuk bergerak
Info Guru: * Cara memegang pemandu celik adalah berbeza mengikut ketinggian. Contohnya, murid dengan guru dan murid dengan rakan sebaya.
35
Standard Kandungan : 4.0 Pratongkat
i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 4.2 Bergerak menggunakan teknik penghadang atas (upper hand) dan penghadang bawah (lower hand) jika perlu. 4.3 Bergerak menggunakan teknik menyusur (Trailling). Masa : 60 Minit. Bahan Bantu Mengajar : Bahan maujud – pemadam api, tong sampah. Aktiviti Pengajaran 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman mereka bergerak dari satu tempat
ke satu tempat yang lain. Contoh: Guru : Siapakah yang pernah terlanggar pintu? Guru : Siapakah yang pernah terlanggar meja? _____________________________________________________________________
1. Guru menunjukkan kepada murid dua teknik perlindungan diri iaitu pengadang atas dan
pengadang bawah.
2. Guru menerangkan kepada murid bahagian tangan yang digunakan untuk trailling.
3. Guru menunjukkan teknik tangan dan posisi badan yang betul sebelum memulakan trailling. a) Kedudukan belakang tapak tangan dengan tempat/objek trailling. b) Postur badan semasa trailling. c) Jarak badan dengan tempat/objek trailling. d) Kedudukan tangan kiri/tangan sebelah lagi semasa trailling (sebagai perlindungan diri)
4. Guru membuat simulasi bersama beberapa orang murid sebelum melakukan aktiviti
tersebut. 5. Murid melakukan aktiviti secara individu dengan bimbingan guru.
Cadangan aktiviti
36
6. Guru meminta murid melakukan aktiviti trailling secara berpasangan dengan bimbingan guru.
7. Guru meminta murid melakukan semula aktiviti yang telah dipelajari dalam kumpulan. 8. Guru merumuskan pengajaran pada hari tersebut. Penilaian: Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
KEMAHIRAN KAEDAH TANDAKAN ( √ ) / ( X )
CATATAN
Teknik Trailling Kedudukan tangan.
Posisi badan dengan tempat/objek trailling.
Pengadang Atas
Kedudukan tangan.
Pengadang Bawah Kedudukan tangan.
37
LAMPIRAN 6
Cara Pegangan Tangan Pemandu Celik Yang Betul.
38
LAMPIRAN 7
Keadaan lengan yang betul sebelum memulakan pergerakan.
39
LAMPIRAN 8
Cara melindungi bahagian atas badan (tangan kiri/tangan sebelah lagi)
40
LAMPIRAN 9
Cara melindungi bahagian bawah badan (tangan kiri/tangan sebelah lagi)
41
LAMPIRAN 10
Teknik menyusur (Trailling).
42
43
MODUL 1 TEMA 5
SAYA DAN
TONGKAT PUTIH
44
45
Standard Kandungan : 5.0 Saya dan Tongkat Putih.
i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 5.1 Menyatakan bahagian tongkat. Masa : 30 minit Bahan bantu mengajar : Tongkat putih. Aktiviti Pengajaran 1. Guru membacakan pantun teka-teki kepada murid-murid. Contoh : Badanku panjang boleh dilipat,
Warnaku putih berseri-seri, Cubalah teka jika dapat, Apakah nama aku diberi?
(Jawapan : Tongkat putih). 2. Murid-murid diminta memberikan jawapan pantun teka-teki tersebut. 3. Guru memberi penghargaan kepada murid-murid yang menjawab dengan betul. _____________________________________________________________________
4. Guru menunjukkan sebatang tongkat dan menerangkan kepada murid bahagian-bahagian
tongkat serta fungsinya. a. Tali b. Pemegang Tongkat c. Batang Tongkat d. Hujung Tongkat
5. Guru meminta murid memegang bahagian-bahagian tongkat dan menamakannya.
Cadangan aktiviti
46
Info Guru:
Tali: Dimasukkan pada pergelangan tangan agar tongkat tidak tidak terlepas dari pegangan
Pemegang / grip: Tempat yang betul sebagai pemegang.
Batang: Laras sebagai panduan untuk mengesan objek/petunjuk.
Hujung tongkat: Mengesan sesuatu pada permukaan.
47
Standard Kandungan : 5.0 Saya dan Tongkat Putih.
i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 5.2 Menggunakan teknik asas tongkat putih dengan cara yang betul:
5.2.1 memegang tongkat putih dengan cara yang betul 5.2.2 mengayun tongkat putih dengan yang betul
Masa : 2 jam Bahan bantu mengajar : Tongkat putih. Aktiviti Pengajaran 1. Guru meminta murid memegang tongkat masing-masing. 2. Guru meminta murid menunjukkan dan menyebut nama bahagian-bahagian tongkat yang
dipegang.
3. Guru menerangkan cara memegang tongkat yang betul:
a) Pegangan (grip) iaitu ibu jari berada di sisi pemegang dan jari telunjuk diluruskan selari dengan laras tongkat. Pegangan perlulah selesa dan tidak terlalu kuat.
b) Pergelangan tangan digerakkan ke kiri dan kanan atau sebaliknya mengikut permulaan langkah kaki (kiri atau kanan didahulukan) memainkan peranan yang penting semasa mengayun tongkat.
c) Keadaan pangkal/ hujung pemegang tongkat perlu sentiasa berada sedikit kehadapan daripada paras pusat ketika menghayun tongkat.
d) Pergerakan/ayunan tongkat perlu mengikut langkah yang betul. e) Tongkat diayun lebih kurang 10 cm lebih luas daripada kedua belah bahu. f) Hujung tongkat hendaklah diangkat kurang lebih 15 cm daripada permukaan lantai/
tanah dengan membentuk arc semasa membuat ayunan (kiri dan kanan atau sebaliknya).
g) Guru menggunakan dua buah kerusi/dua buah meja/dua buah pasu bunga sebagai sempadan bagi latihan ayunan. Murid dikehendaki bergerak ke hadapan dalam jarak 5 meter. Guru mengira ayunan tongkat dengan tepukan/menyebut ‟tip-tap‟.
Cadangan aktiviti
48
Penilaian: Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
BIL PERKARA TANDAKAN
(√) / (×) CATATAN
1.
Cara memegang tongkat (grip).
2.
Kedudukan jari telunjuk.
3.
Kedudukan tangan ketika mengayun tongkat.
4.
Pergerakan pergelangan tangan ketika mengayun tongkat.
5.
Pangkal tongkat dengan paras pusat ketika mengayun tongkat.
6.
Pergerakan/ayunan tongkat (langkah).
7.
Kedudukan hujung tongkat dari permukaan tanah semasa membuat ayunan (kiri dan kanan atau sebaliknya).
49
MODUL 1 TEMA 6
PERSEKITARAN SEKOLAH
SAYA
50
51
Standard Kandungan : 6.0 Persekitaran Sekolah Saya.
i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 6.1 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di persekitaran sekolah dengan bantuan pemandu celik. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : Tongkat putih. Aktiviti Pengajaran 1. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah ke:
a) padang sekolah. b) perpustakaan. c) kantin.
2. Guru membahagikan murid secara berpasangan yang terdiri daripada seorang murid rabun
sebagai pemandu celik dan seorang murid buta. 3. Guru memulakan permainan Roda Impian:
a) Guru menyediakan satu roda pusingan yang mengandungi nama-nama bangunan di sekitar kawasan sekolah.
b) Murid akan memutar roda tersebut. Apabila roda berhenti, murid dikehendaki membaca nama bangunan yang perlu dituju (dengan bantuan guru).
c) Murid perlu pergi ke bangunan tersebut bersama dengan pemandu celik dan mengaplikasikan teknik-teknik yang betul. Guru akan memantau dan menilai murid di sepanjang perjalanan.
d) Murid yang berjaya mendapat penilaian terbaik akan dianugerahkan hadiah atau ganjaran.
Penilaian : Penilaian dibuat secara pemerhatian oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Cadangan Aktiviti
52
53
Standard Kandungan : 6.0 Persekitaran Sekolah Saya
i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 6.2 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di persekitaran sekolah tanpa pemandu celik. (dengan pemerhatian guru)
Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : - Aktiviti Pengajaran 1. Guru menjatuhkan benda berloceng di atas lantai dan meminta murid mencari benda
tersebut.
2. Guru memberi penerangan tentang cara bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 3. Guru menunjukkan cara bergerak tanpa pemandu celik. Guru menerangkan kepada murid
bagaimana mengenal pasti petunjuk-petunjuk berikut melalui kaedah tunjuk cara:
2.1 petunjuk kekal (landmark)
2.2 petunjuk berubah (clue)
4. Guru membantu murid mengenal pasti petunjuk kekal seperti dinding, tangga dan
longkang manakala petunjuk berubah pula seperti bau, tong sampah dan suhu.
5 .Guru memerhatikan pergerakan murid dari satu tempat ke satu tempat tanpa
pemandu celik.
Contoh: kantin, pejabat, tandas, pondok bacaan, pusat sumber.
6. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. 7. Guru menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menjalankan
aktiviti.
Cadangan aktiviti
54
Penilaian : Penilaian dibuat secara pemerhatian oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
55
Standard Kandungan : 6.0 Persekitaran Sekolah Saya.
i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat
Standard Pembelajaran : 6.3 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di persekitaran sekolah dengan tongkat putih. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : Tongkat putih. Aktiviti Pengajaran 1. Guru bersama murid menyanyikan lagu Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga. * Rujuk Lampiran 11. _____________________________________________________________________ 2. Guru membimbing murid bergerak ke kawasan sekolah menggunakan tongkat:
a) kantin b) pejabat c) padang d) dataran perhimpunan e) pondok bacaan
3. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah mereka lalui. Contoh: Apakah masalah yang kamu hadapi semasa bergerak ke lokasi tadi? 4. Guru meminta murid berjalan ke satu-satu lokasi sendiri dengan menggunakan
tongkat putih.
Cadangan aktiviti
56
Penilaian : Arahan: Tanda ( √ ) bagi aktiviti yang boleh dilakukan dan ( X ) bagi aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh murid.
LOKASI TEKNIK MENGGUNAKAN TONGKAT.
TANDAKAN (√) / (X)
CATATAN
Dari bilik darjah ke kantin
Memegang tongkat putih
Mengayun tongkat
Bergerak mengikut rentak ayunan tongkat
Info Guru: Guru digalakkan membuat gambar rajah timbul pelan sekolah.
57
Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu dimana ada,
Nenek ku kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi.
Lagu : NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA
Lampiran 11
58
60
61
MODUL 2 TEMA 1
SAYA DAN
TITIK-TITIK BRAILLE
62
63
Standard Kandungan : 1.0 Saya dan Titik-titik Braille i) Mengenal dan mengetahui kedudukan titik braille Standard Pembelajaran : 1.1 Mengenal titik Braille. 1.2 Mengenalpasti enam kedudukan titik Braille dengan betul. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : Mesin Braille, kertas kraft, buku panduan kod Braille
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,bola ping-pong dan bekas telur yang diubahsuai.
Aktiviti Pengajaran : 1. Guru menarik perhatian murid kepada kepentingan tulisan Braille dengan
mengedarkan kad perkataan dalam tulisan Braille.
2. Guru menarik perhatian murid kepada kepentingan tulisan Braille.
3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang mesin Braille.
4. Guru memberi pendedahan tentang titik Braille yang dihasilkan.
5. Guru memperkenalkan kedudukan titik Braille kepada murid.
Cth: bekas telur telur yang diubahsuai dan bola ping-pong.
a. Titik 1
b. Titik 2
c. Titik 3
d. Titik 4
e. Titik 5
f. Titik 6
6. Guru memperkenalkan kod Braille kepada murid.
a. Nombor – 0 hingga 9
b. Huruf – a hingga z
Cadangan aktiviti
64
Borang Senarai Semak Mengenal Titik Braille
BIL NAMA MURID MENGENAL TITIK CATATAN
TITIK 1 TITIK 2 TITIK 3 TITIK 4 TITIK 5 TITIK 6
1 MENG CHUI √ √ √
Borang senarai semak PENILAIANNN
65
Contoh BBM
Lampiran 12
66
Kekunci yang terdapat pada mesin braille
Titik 1 Titik 5Titik 3 Titik 2 Titik 6Titik 4
“ Space Bar”
TITIK YANG
TERHASIL
Kekunci Titik
Lampiran 13
67
Saya dan titik braillle
Titik 1
Titik 5
Titik 3
Titik 2
Titik 4
Titik 6
Abjad
a b c d e f g h i j
k l m n o p q r s t
u v w x y z
Lampiran 14
Huruf
68
Bagi penulisan nombor simbol tanda angka digunakan, dengan mengabungkan dengan huruf a,b,c,d,e,f,g,h.i,j, dengan penambahan tanda angka sebelum huruf maka dibaca sebagai nombor 1,2 3,4,5,6,7,8,9,0 Kod braille tanda angka.
1 4 3 2
7 8 9 6 0
5
Nombor
Titik 5
Titik 3
Titik 2
Titik 4
Titik 6
Titik 1
Lampiran 15
Nombor
69
MODUL 2 TEMA 2
SAYA DAN
PERALATAN KHAS
70
71
Penilaian:
Standard Kandungan : 2.0 Saya dan Peralatan Khas
i) Mengenal dan menggunakan ”slate and stylus” serta mesin braille dengan betul
Standard Pembelajaran : 2.1 Mengenal slate dan stylus. 2.2 Menyatakan kegunaan slate dan stylus. 2.3 Menggunakan slate dan stylus dengan betul. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : Pensel, buku, pemadam, pembaris slate dan stylus, dan kertas kraf. Aktiviti Pengajaran 1. Guru memberikan beberapa jenis objek yang berbeza dan meminta murid menamakan objek tersebut. Contoh: pensel, buku, pemadam, pembaris dan slate dan stylus. _____________________________________________________________ 2. Guru memperkenalkan slate dan stylus. (Lampiran 9 - gambar slate dan stylus) 3. Guru menunjukkan cara menggunakan slate dan stylus. 4. Guru meminta murid membuat latihan menulis. Guru menilai kemahiran murid memasukkan kertas kraf ke dalam slate dan menggunakan stylus dengan betul.
Cadangan aktiviti
72
73
Penilaian:
Standard Kandungan : 2.0 Saya dan Peralatan Khas.
i) Mengenal dan menggunakan ”slate and stylus” serta mesin braille dengan betul
Standard Pembelajaran : 2.4 Mengenal bahagian mesin Braille. 2.5 Menggunakan mesin Braille dengan betul. Masa : 60 Minit Bahan bantu mengajar : Mesin Braille, kertas kraf. Aktiviti Pengajaran 1. Guru memberikan mesin Braille pada setiap murid dan meminta murid menyentuh
bahagian-bahagian mesin Braille. __________________________________________________________________ 2. Guru menyatakan bahagian-bahagian yang ada pada mesin Braille. * Rujuk Lampiran 10.
a. Pemegang - memegang mesin Braille. b. Paper Feed Knob - pemutar untuk memasukkan kertas. c. Kekunci:
i. Titik 1,2,3,4,5, dan 6. ii. Tidak bertitik (space, back space, line space).
d. Margin kiri dan margin kanan - menentukan margin yang sesuai. e. Carriage Lever - untuk mengerakkan head gear dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan.
3. Guru menerangkan kaedah penjagaan mesin Braille dengan betul: a. Cara menyimpan. b. Cara membawa. c. Larangan:
i. elakkan dari terjatuh, terhantuk, dan terlanggar. ii. memasukkan benda asing ke dalam mesin Braille. iii. menggunakan kertas yang dibenarkan sahaja
Murid dapat menunjukkan dan menamakan bahagian mesin Braille
Cadangan aktiviti
74
Gambar slate dan stylus.
Lampiran 16
75
bar kedudukan kertas di dala
Lampiran 17
MESIN BRAILLE
76
margin kiri margin kanan
carriage
carriage
head
paper
stop
MESIN BRAILLE
77
Kekunci yang terdapat pada mesin braille
Titik 1 Titik 5Titik 3 Titik 2 Titik 6Titik 4
“ Space Bar”
TITIK YANG
TERHASIL
Kekunci Titik
KEKUNCI TITIK BRAILLE
78
80
81
MODUL 3 TEMA 1
SAYA DAN
KOMPUTER
82
83
Saya dan Komputer (i)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 1.0 Saya dan Komputer i) Murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Standard Pembelajaran: 1.1 Mengenal pasti bahagian-bahagian tertentu sebuah
komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, sistem unit).
Masa: 2 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit dan persembahan mengenai bahagian-bahagian komputer (MS Powerpoint)
1. Guru membimbing setiap murid secara individu untuk menyentuh setiap bahagian komputer. 2. Guru menerangkan kepada murid mengenai fungsi setiap bahagian komputer secara umum. 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 4. Guru mengendalikan kuiz lisan mengenai bahagian-bahagian komputer dan fungsinya.
1. Guru meminta murid menyentuh dan menyebut setiap bahagian komputer. Guru menggunakan senarai semak untuk merekod maklum balas murid. 2. Guru meminta murid untuk mengeja setiap bahagian komputer. Guru menggunakan senarai semak untuk merekod maklum balas murid. 3. Guru meminta murid untuk memberitahu fungsi setiap bahagian komputer yang mereka sentuh. Guru menggunakan senarai semak untuk merekodkan maklum balas daripada murid.
Cadangan aktiviti
84
Penilaian 1 Nama: Mohammad Razlan bin Ibrahim Mukhtar Kelas: 1 Cekal Arahan: 1. Guru meminta murid untuk menyentuh dan menyebut nama bahagian-bahagian komputer yang disentuh. 2. Tandakan (/) pada kotak-kotak yang bersesuaian.
Bil Komponen-komponen Komputer
Boleh mengenal pasti
Tidak boleh mengenal pasti
1 Monitor
2 Tetikus
3 Papan kekunci
4 Sistem unit
5 Pembesar suara
6 Pencetak
7 Embosser
Senarai Semak
85
Lembaran Kerja 1
Namakan bahagian-bahagian komputer berikut.
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
86
Penilaian 2 Nama: Muhammad Razlan bin Ibrahim Mukhtar Kelas: 1 Cekal Arahan:
1. Guru meminta murid mengeja komponen-komponen komputer. 2. Tandakan (/) pada kotak-kotak yang berkaitan.
Bil Komponen-komponen Komputer Boleh mengeja Tidak boleh mengeja
1. Monitor
2. Tetikus
3. Papan kekunci
4. Sistem unit
5. Pembesar suara
6. Pencetak
7. Embosser
Senarai Semak
87
Penilaian 3 Nama: James Leong Kelas: 1 Cekal
Arahan: 1. Guru bertanya murid mengenai fungsi setiap komponen. 2. Tandakan (/) pada kotak-kotak yang berkaitan.
Bil Komponen-komponen Komputer Boleh menyatakan
fungsinya
Tidak boleh menyatakan fungsinya
1. Monitor
2. Tetikus
3. Papan kekunci
4. Sistem unit
5. Pembesar suara
6. Pencetak
7. Embosser
Senarai Semak
88
89
Saya dan Komputer (ii)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 1.0 Saya dan Komputer i) Murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Standard Pembelajaran: 1.2 Menghidup dan mematikan komputer dengan kaedah
yang betul.
Masa: 1 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit dan Persembahan MS PowerPoint
Menghidupkan komputer 1. Guru membimbing murid secara individu untuk mencari suis elektrik yang bersambung dengan komputer. 2. Guru membimbing murid secara individu untuk menghidupkan suis elektrik. 3. Guru membimbing murid secara individu untuk mencari butang kuasa pada sistem unit. 4. Guru membimbing murid secara individu untuk menghidupkan komputer dengan menekan butang kuasa pada sistem unit. Mematikan komputer
Nota: Sesuai diajar setelah murid menguasai kemahiran pada Perisian Pembaca Skrin.
1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Alt dan F4 untuk mengarahkan komputer memaparkan arahan mematikan komputer. 2. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci U untuk mengarahkan komputer mematikan dirinya. 3. Setelah komputer dimatikan, guru membimbing murid secara individu untuk menutup suis elektrik Guru meminta murid untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Guru menggunakan senarai semak untuk merekodkan tindakan murid.
Cadangan aktiviti
90
Penilaian 4 Nama: Tee Hui Sin Kelas: 1 Bestari Tarikh: 11 Januari 2009 Arahan 1. Guru meminta murid menghidup dan mematikan komputer. 2. Tandakan (/) pada kotak-kotak yang berkenaan.
Langkah Tindakan Murid Boleh melakukan
Tidak boleh melakukan
1. Mencari dan menghidupkan suis elektrik
2. Mencari dan menghidupkan butang kuasa pada sistem unit
3. Menekan kekunci Alt dan F4 untuk mengarahkan komputer memaparkan arahan mematikan dirinya.
4. Menekan kekunci U untuk mengarahkan komputer mematikan dirinya.
5. Matikan suis elektrik.
Senarai Semak
91
Saya dan Komputer (iii)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 1.0 Saya dan Komputer i)Murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Standard Pembelajaran: 1.3 Murid menggunakan komputer dengan berhemah
Masa: 1 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit dan Persembahan MS PowerPoint
Cara-cara Penjagaan Komputer Guru menerangkan cara-cara penjagaan komputer. Peraturan Makmal Komputer Guru menerangkan peraturan makmal komputer. Guru menggunakan senarai semak untuk menilai pemahaman murid tentang cara-cara penjagaan komputer dan peraturan makmal komputer.
Cadangan aktiviti
92
Cara-cara Penjagaan Komputer
1. Dilarang meletakkan benda berat di atas komputer.
2. Elakkan komputer daripada terkena benda panas.
3. Elakkan komputer daripada terkena air.
4. Elakkan komputer daripada terjatuh.
5. Jangan makan atau minum semasa menggunakan komputer.
6. Kendalikan komputer dengan betul.
7. Matikan suis elektrik selepas digunakan.
Peraturan Makmal Komputer 1. Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
2. Bertanggungjawab semasa menggunakan peralatan komputer.
3. Dilarang mengalihkan sebarang peralatan dari tempatnya.
4. Dilarang membawa beg, makanan dan minuman ke dalam makmal.
5. Jangan buang sampah merata-rata di dalam makmal.
6. Laporkan semua permasalahan peralatan kepada guru.
93
Penilaian 5 Nama : Raju a/l Gopal Kelas : 1 Dedikasi Tarikh : 13 Januari 2010 Standard Kandungan: 1.0 Saya dan Komputer
i) Murid menggunakan TMK dengan beretika dan bertanggungajawab
Standard Pembelajaran: 1.3 Menggunakan peralatan komputer secara berhemah Arahan: 1. Guru bertanya murid Betul atau Salah bagi setiap soalan berikut. 2. Tandakan ( / ) ke dalam kotak yang sesuai
Bil Soalan Benar Salah
1 Kamu tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
2 Kamu dibenarkan mengalihkan peralatan dari tempat asalnya.
3 Dilarang membawa beg, makanan dan minuman ke dalam makmal.
4 Jangan buang sampah merata-rata di dalam makmal.
5 Kamu boleh meletakkan benda berat di atas komputer.
6 Elakkan komputer daripada terkena air.
7 Kamu mesti mematikan komputer sebelum mematikan suis elektrik.
8 Kamu boleh makan dan minum semasa menggunakan komputer.
Jumlah
Senarai Semak
94
95
MODUL 3 TEMA 2
SAYA DAN PERISIAN PEMBACA SKRIN
96
97
Saya dan Perisian Pembaca Skrin (i)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 2.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin. i) Menggunakan perisian pembaca skrin Standard Pembelajaran: 2.1 Membina kemahiran mengecam bunyi dan kedudukan kekunci.
2.1.1 Mengenal bunyi setiap kekunci (kekunci A hingga Z dan kekunci 0 hingga 9).
2.1.2 Mendengar dan mengenal pasti setiaip kekunci (huruf dan nombor) dengan menggunakan perisian pembaca skrin
Masa: 2 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit, Perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan perisian pembaca skrin contohnya JAWS 9.0.
1. Guru mengunakan perisian pembaca skrin untuk menaip kekunci A hingga Z dan meminta murid menyebut kembali kekunci yang telah ditekan. 2. Guru mengunakan perisian pembaca skrin untuk menaip kekunci kekunci 0 hingga 9 dan meminta murid menyebut kembali kekunci yang telah ditekan. 3. Guru mengunakan perisian pembaca skrin untuk menaip kekunci A hingga Z dan meminta murid menulis kembali kekunci yang telah ditekan. 4. Guru mengunakan perisian pembaca skrin untuk menaip kekunci kekunci 0 hingga 9 dan meminta murid menulis kembali kekunci yang telah ditekan. Guru menggunakan lembaran kerja untuk menilai tahap pencapaian murid.
Cadangan aktiviti
98
Lembaran Kerja 2
Tulis huruf atau nombor yang kamu dengar.
a __ __ __ __
h __ __ __ __ __ __
l __ __ __ __
k __ __ __ __ __
d __ __ __ __ __
j __ __
1, __, 7, __, 6, __
4, 0, __, __, 5, __
9, __, 5, 4, __, __
3, 6, __, __, 7, __
99
MODUL 3 TEMA 3
CERIA BERSAMA-SAMA PAPAN KEKUNCI
100
101
Ceria Bersama-sama Papan Kekunci (i)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 3.0 Ceria Bersama-sama Papan Kekunci i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari. Standard Pembelajaran: 3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci.
2.1.1. Mengenal pasti kedudukan kekunci huruf dan nombor.
Masa: 6 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit, Perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan perisian pembaca skrin contohnya JAWS 9.0.
1. Murid diperkenalkan kepada nama jari-jari yang ada pada tangan mereka. 2. Home key bagi tangan kiri: A, S, D, F dan bar ruang. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 3. Home Key untuk tangan kanan: J, K, L, ; dan bar ruang. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 4. Jari telunjuk kiri: G, R, T, V dan B. Jari telunjuk kanan: H, U, Y, M dan N. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 5. Jari hantu kiri: E dan C. Jari hantu kanan: I. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 6. Jari manis kiri: W dan X. Jari manis kanan: O. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 7. Jari kelengkeng kiri: Q dan Z. Jari kelengkeng kanan: P. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. Guru mencetak teks yang ditaip oleh murid dan menyemak ketepatan murid.
Cadangan aktiviti
102
Jari-jari Saya
103
Jejari dan Kekunci A hingga Z
Kedudukan Jejari pada Home Keys
104
Latihan menaip Home Keys
Latihan menaip jari telunjuk
asdf dsfa jkl;
lada
l:kj
sasa
lala laka
rata gara
mama
amah
nama
naya
bayu maya
grtbv vgbtr muyhn
raba
hyunm
bata
arab raga
dada adad jala
sada
sala
fasa
jaka kala
105
Latihan menaip jari hantu
Latihan menaip jari manis
ikal
alis
kaki
kucai
kisi
kecah
lidah kecil
eci cie ceri
desa
ciri
acar alih kadi
xwo wox law
now
low
box expo
lexis
kawal
wakil
polar
cowok
women
lobak
poket wulan
106
Latihan menaip jari kelengkeng
pqz zqp que
pear
zoo
pita zest aqua
paha
qari
azan
zaman
quran
burqa
panda queen
107
Ceria Bersama-sama Papan Kekunci (ii)
Aktiviti Pengajaran
Penilaian
Standard Kandungan: 3.0 Ceria Bersama-sama Papan Kekunci i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari. Standard Pembelajaran: 3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci.
3.1.1. Mengenal pasti kedudukan kekunci huruf dan nombor.
Masa: 1 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit, Perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan perisian pembaca skrin contohnya JAWS 9.0.
1. Kekunci nombor bagi jejari tangan kiri: 1, 2, 3, 4 dan 5. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. 2. Kekunci nombor bagi jejari tangan kanan: 6, 7, 8, 9 dan 0. Guru membimbing murid untuk menaip berdasarkan modul yang diberikan. Guru mencetak teks yang ditaip oleh murid dan menyemak ketepatan murid.
Cadangan aktiviti
108
Jejari dan Kekunci Nombor
Latihan menaip nombor
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 12 23 34 45 56 67 78 89 90
123 456 789 901 321 654 098
100 200 300 600 700 800 900
109
Ceria Bersama-sama Papan Kekunci (iii)
Aktiviti Pengajaran
Standard Kandungan: 3.0 Ceria Bersama-sama Papan Kekunci
i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari. Standard Pembelajaran: 3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci.
3.1.2. Mengenalpasti kedudukan kekunci Space bar (Bar Ruang) , Tab, Enter, Backspace, Delete dan kekunci anak panah.
Masa: 2 jam
Bahan Bantu Mengajar: Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, pencetak, embosser, sistem unit, Perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan perisian pembaca skrin contohnya JAWS 9.0.
Mengenalpasti kekunci Bar Ruang pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Bar Ruang pada papan kekunci. 2. Murid akan menekan kekunci Bar Ruang untuk meneroka fungsinya. Mengenalpasti kekunci Tab pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Tab pada papan kekunci. 2. Murid akan menekan kekunci Tab untuk meneroka fungsinya. Mengenalpasti kekunci Enter pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Enter pada papan kekunci. 2. Murid akan menekan kekunci Enter untuk meneroka fungsinya. Mengenalpasti kekunci Backspace pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Backspace pada papan kekunci. 2. Murid akan menekan kekunci Backspace untuk meneroka fungsinya. Mengenalpasti kekunci Delete pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci Delete pada papan kekunci. 2. Murid akan menekan kekunci Delete untuk meneroka fungsinya.
Cadangan aktiviti
110
Penilaian
Mengenalpasti kekunci anak panah pada papan kekunci 1. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci anak panah kanan pada papan kekunci. Murid akan menekan kekunci anak panah kanan untuk meneroka fungsinya. 2. Guru membimbing murid secara individu untuk menekan kekunci anak panah kiri pada papan kekunci. Murid akan menekan kekunci anak panah kiri untuk meneroka fungsinya. 3. Guru membimbing murid secara individu untuk mendapatkan kekunci anak panah atas pada papan kekunci. Murid akan menekan kekunci anak panah atas untuk meneroka fungsinya. 4. Guru membimbing murid secara individu untuk mendapatkan kekunci anak panah bawah pada papan kekunci. Murid akan menekan kekunci anak panah bawah untuk meneroka fungsinya. Guru meminta murid untuk menekan kekunci Bar Ruang, Tab, Enter, Backspace, Delete dan anak panah pada papan kekunci. Guru menggunakan senarai semak untuk merekodkan tugasan murid.
111
Jejari dan Kekunci Bar Ruang, Tab, Enter, Backspace, Delete dan anak
panah
Kekunci Bar Ruang
Kekunci Tab
Tekan kekunci Bar Ruang dengan menggunakan ibu jari tangan kanan atau ibu jari tangan kiri.
Kekunci Bar Ruang berfungsi untuk menjarakkan satu ruang.
Tekan kekunci Tab dengan jari kelengkeng tangan kiri.
Kekunci Tab berfungsi untuk menganjak kursor beberapa ruang ke kanan.
kucing suka|makan ikan kucing suka |makan ikan
saya suka air tebu
|adik suka air oren
saya suka air tebu
|adik suka air oren
112
Kekunci Backspace
Kekunci Delete
Kekunci Enter
Tekan kekunci Enter dengan jari kelengkeng tangan kanan.
Kekunci Enter berfungsi untuk memulakan baris atau perenggan baharu. Tekan kekunci Backspace dengan jari kelengkeng tangan kanan.
Kekunci Backspace berfungsi untuk memadamkan kesilapan di sebelah kiri. Tekan kekunci Delete dengan jari kelengkeng tangan kanan.
Kekunci Delete berfungsi untuk memadamkan kesilapan di sebelah kanan.
anjing jiran saya |garang anjing jiran saya
|garang
ibu beli sayur sawii| ibu beli sayur sawi|
saya sayang |payah saya sayang |ayah
113
Kekunci Anak Panah Kanan dan Kiri
Kekunci Anak Panah Atas dan Bawah
Tekan kekunci anak panah kanan dan kiri dengan jari kelengkeng tangan kanan. Kekunci anak panah
kanan berfungsi untuk menggerakkan kursor ke kanan dan kekunci anak panah kiri untuk menggerakkan
kursor ke kiri.
Tekan kekunci anak panah atas dan bawah dengan jari kelengkeng tangan kanan. Kekunci anak panah
atas berfungsi untuk menggerakkan kursor ke atas dan kekunci anak panah bawah untuk menggerakkan
kursor ke bawah.
ayah suka baca b|uku
ayah suka baca |buku
ayah suka baca |buku
kakak suka nasi lemak
|adik suka nasi putih
|kakak suka nasi lemak
adik suka nasi putih
kakak suka nasi lemak
|adik suka nasi putih
114
Penilaian 5 Nama : Wong Sau Mun Kelas : 1 Amanah Tarikh : 12 Januari 2010 Arahan: 1. Guru meminta murid untuk mengenalpastikan kedudukan kekunci Bar Ruang, Tab, Enter, Backspace, Delete dan kekunci anak panah. 2. Tandakan (/) dalam penyataan yang sesuai.
No. Kekunci Boleh mengenalpasti Tidak boleh mengenalpasti
1 Tab
2 Enter
3 Spacebar/ Bar Ruang
4 Delete
5 Anak panah atas
6 Anak panah bawah
7 Anak panah kanan
8 Anak panah kiri
Senarai Semak
115
Aktiviti Pengayaan Latihan Menaip
Arahan: Taip teks latihan yang berikut.
she has a tall glass
saya ada jaja lala
he eats seeds at sea
dia jual beg papa
the jungle is very big
van mama bawa raga ayam
i have a big goal
hanya ada bara kayu jati
mom gave me a lime
adik sila alih kaki
a girl in a red dress
mama cuci kucai ceri
please pass the pears to me
ikan bawal kecil mama
we have time for a quiz
zaman pesan peluk pahat
the pizza is very hot
tadi qari baca quran
please turn to page 65
saya ada 3 ekor kuda
i am 7 years old today
ada 10 biji buah kelapa
please subtract 3 from 33
ibu beri adik 60 sen
116
117
Top Related