Download - Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

Transcript
Page 1: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

1

Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran

Universiti Malaya

Page 2: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

2

BAHAGIAN 1PENDAHULUAN

Panduan ini disediakan oleh Unit Perkhidmatan Perlindungan

Sinaran (UPPS) bagi pihak Universiti Malaya yang berurusan¹

dengan punca sinaran² untuk pengiktirafan pekerja Universiti

Malaya sebagai pekerja sinaran (radiation worker) oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

(AELB) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Panduan ini menggariskan perkara

asas yang diperlukan oleh Universiti Malaya di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

(Akta 304) serta subsidari perundangan yang dikuatkuasakan dibawahnya terhadap hak dan

tanggungjawab pekerja yang diiktiraf sebagai pekerja sinaran Universiti Malaya. Panduan

ini diterimapakai bagi pekerja sinaran Universiti Malaya yang ditafsirkan sebagai pekerja

oleh Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan

Asas) 2010 di bawah Akta 304 yang menetapkan bahawa:

“Pekerja” ertinya mana-mana orang yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen,

sama ada atau tidak dia diambil kerja oleh pemegang lesen itu, dalam pengendalian

atau penggunaan, atau yang akan bersentuhan dengan mana-mana bahan radioaktif,

bahan nuklear, benda yang ditetapkan atau radas penyinaran.

Maka, pekerja sinaran Universiti Malaya adalah seorang pekerja yang diiktiraf secara

bertulis oleh AELB/KKM untuk melaksanakan kerja-kerja sinaran di bawah pengawasan

Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Penyelia Perlindungan Sinaran (PY) di seluruh

kampus Universiti Malaya.

¹ berurusan termasuk aktiviti memiliki, memindah, mengendali, mengeluar, menjual,

menstor, mengguna, membeli, memproses, memperdagang, mengilang atau sebagaimana

yang ditetapkan oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

² punca sinaran termasuk radas atau bahan yang berupaya mengeluarkan sinaran mengion

dan perkakas lain yang perlu untuk melengkapkan peralatan tersebut.

Page 3: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

3

BAHAGIAN 2 JUSTIFIKASI PELANTIKAN PEKERJA SINARAN

Kakitangan Universiti Malaya yang dikehendaki mengendalikan punca sinaran milik³

Universiti Malaya perlu dilantik dan diiktiraf sebagai pekerja sinaran. Carta Alir

Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan

pelantikan pekerja sinaran oleh Unit/Jabatan/Fakulti akan melalui proses saringan

justifikasi dan penilaian oleh UPPS berdasarkan perkara tersebut :

1. Jenis punca sinaran yang dikendalikan

2. Kemungkinan magnitud dedahan pekerja yang berpotensi

3. Dedahan Pekerjaan di Kawasan Kerja (Kawasan Seliaan dan Kawasan Kawalan)

4. Pekerja sinaran yang sedia ada

5. Pekerja Wanita

6. Penyiasatan latar belakang pekerja sinaran baharu sebelum diambil bekerja

7. Tahap Kebolehpercayaan

(Semakan dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia,Jabatan

Insolvensi Malaysia dan mana-mana pihak berkaitan sekiranya perlu)

8. Status Perjawatan pekerja

9. Status disenarai hitam oleh AELB/KKM

10. Laporan Pemeriksaan Perubatan Pra Pekerjaan

11. Pengiktirafan Pekerja oleh AELB/KKM

³ punca sinaran yang dilesenkan dalam Lesen LPTA/A/276 Universiti Malaya bagi tujuan

bukan perubatan dan punca sinaran yang dilesenkan dalam Lesen KKM/R/0521 Fakulti

Pergigian bagi tujuan perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Perlesenan Tenaga

Atom 1984 (Akta 304).

Page 4: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

4

BAHAGIAN 3 HAD DOS UNTUK PEKERJA SINARAN

1. Had dos tahunan yang ditetapkan oleh Universiti Malaya adalah seperti yang

ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran

Keselamatan Asas) 2010.

2. Had dos operasi untuk personel ditetapkan pada 10mSv/tahun atau lebih rendah

tertakluk kepada kelulusan AELB/KKM, supaya had dos tahunan sebanyak

20mSv/tahun tidak dilampaui.

3. Bagi had dos dalam hal keadaan khas, Pemegang Lesen akan memohon kelulusan

bertulis terlebih dahulu daripada AELB/KKM untuk satu perubahan sementara pada

kehendak had dos bagi pekerja tertentu.

4. Bagi kes di mana had ini dilampaui, Pemegang Lesen akan melaporkan kepada

AELB /KKMdengan kadar segera.

Page 5: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

5

BAHAGIAN 4 TANGGUNGJAWAB PEKERJA SINARAN

Tanggungjawab pekerja sinaran disediakan berdasarkan Program Perlindungan Sinaran

yang telah diterimapakai oleh AELB dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom

(Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 No. 40 di bawah Akta 304.

Tanggungjawab pekerja sinaran Universiti Malaya adalah seperti berikut :

1. Mematuhi semua arahan, prosedur dan peraturan yang dikeluarkan oleh PPS atau

PY bagi mengawal dedahan sinaran mengion.

2. Mengendalikan peralatan sinaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh

PPS atau PY bagi mengelakkan sebarang dedahan yang tidak perlu kepada dirinya

atau kepada rakan-rakan sejawatnya.

3. Menggunakan alat pengawasan personel dan apa-apa kelengkapan peranti

sebagaimana yang disediakan dan diarahkan oleh pemegang lesen, untuk

menghadkan apa-apa kemungkinan dedahan.

4. Melaporkan serta merta kepada PPS atau PY sekiranya berlaku kerosakan atau

kehilangan sebarang kelengkapan perlindungan sinaran seperti Optically Stimulated

Luminescene (OSL), alat pengukur/pengesan sinaran dan sebagainya.

5. Tidak mengganggu, memindah, mengubah atau mengalih apa-apa peranti

keselamatan atau kelengkapan lain yang diberikan untuk perlindungan dirinya atau

perlindungan orang lain, melainkan jika diberikan kuasa untuk berbuat demikian.

Page 6: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

6

6. Memeriksa bekas dedahan dengan alat pengesan sinaran sebelum ia dipindah atau

digunakan untuk memastikan punca sinaran dalam kedudukan yang selamat dan

berperisai.

7. Melaporkan serta merta semua kejadian dedahan sinaran tak sengaja kepada PPS

atau PY.

8. Dalam keadaan luar biasa, pekerja akan mengambil langkah-langkah perlu

mengikut prosedur yang ditetapkan dan segera memberitahu PPS atau PY mengenai

keadaan itu.

9. Melaporkan kehamilannya (bagi pekerja wanita) serta merta kepada PPS atau PY

dan Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan.

10. Mematuhi langkah-langkah sekuriti yang ditetapkan oleh Pemegang Lesen.

11. Melaporkan sebarang kejadian luar jangka berkaitan sekuriti kepada PPS atau PY.

Page 7: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

7

BAHAGIAN 5 PEKERJA SINARAN

Kakitangan Universiti Malaya yang diiktiraf sebagai pekerja sinaran oleh AELB /KKM

dilindungi oleh Pemegang Lesen (dalam kontek ini adalah Universiti Malaya) tertakluk

kepada Akta 304 bagi tujuan pengoptimuman perlindungan pekerja daripada dedahan

pekerjaan dan keselamatan. Oleh kerana kawasan kerja pekerja adalah kawasan yang

dikelaskan sebagai kawasan seliaan dan kawasan kawalan, maka Pemegang Lesen

hendaklah menyediakan tatacara perlindungan dan keselamatan kepada pekerja seperti

berikut :

1. Pemantauan Kakitangan / Pekerja

Pekerja dibekalkan oleh UPPS dengan personal dosimeter Optically Stimulated

Luminescence (OSL) yang diganti/ditukar secara bulanan. Pemakaian OSL ini

adalah mandatori kepada pekerja semasa mengendalikan punca sinaran di kawasan

kerja. Bagi pekerja yang bekerja di kawasan kawalan, pekerja juga akan

dibekalkan dengan electronic personal dosimeter bagi mendapatkan bacaan secara

direct reading. OSL merupakan personal dosimeter yang diterimapakai oleh

AELB bagi memantau had dos pada pekerja.

2. Rekod Dedahan Dos

Keputusan dos pekerja dari personal dosimeter OSL dianalisis dan direkodkan

dalam Buku Rekod Perubatan (Seksyen B) Borang Rekod Dedahan Pekerja

(Sinaran) oleh UPPS. Setiap keputusan dos dimaklumkan kepada pekerja dan

penyiasatan terhadap dedahan yang berlebihan akan dijalankan bagi menentukan

keadaan dan akibat. Dedahan yang berlebihan akan dilaporkan kepada AELB oleh

UPPS.

Page 8: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

8

3. Pengawasan Perubatan Pekerja

Pengawasan perubatan dijalankan terhadap pekerja oleh

seorang pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan

oleh AELB. Pengawasan perubatan melibatkan pemeriksaan perubatan pra

pekerjaan, kajian semula kesihatan secara berkala, pemeriksaan perubatan apabila

ditamatkan kerja atau bersara dan pemeriksaan perubatan khas. Pemeriksaan

perubatan, penyiasatan dan rawatan hendaklah disediakan oleh Universiti Malaya

tanpa mengenakan sebarang bayaran terhadap pekerja. Kesimpulan pemeriksaan

perubatan dan penyiasatan dimaklumkan kepada pekerja untuk rujukan dan

tindakan pekerja. Penyenggaraan rekod perubatan pekerja adalah seperti yang

termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan

Sinaran Keselamatan Asas) 2010 No. 39 di bawah Akta 304 oleh UPPS.

4. Diperuntukan dengan Latihan

Pemegang lesen akan mengadakan sama ada secara dalaman atau luaran, latihan

atau kursus perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran yang baharu sebagai

latihan atau kursus pra-pekerjaan. Latihan atau kursus perlindungan sinaran

(refresher and awareness courses) diadakan oleh Pemegang Lesen secara dalaman

(in house) atau luaran (dikendalikan oleh pusat latihan yang diiktiraf oleh AELB)

kepada semua pekerja sinaran. Latihan ini diadakan sekurang-kurangnya sekali

dalam tempoh tiga (3) tahun atau lebih kerap sekiranya difikirkan perlu atau

diarahkan oleh AELB. Ia bagi mematuhi keperluan perundangan Peraturan-

Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010

No. 15(8) di bawah Akta 304 yang menyatakan bahawa:

“Pemegang lesen atau majikan hendaklah menyediakan latihan, latihan

semula dan kemudahan yang sesuai bagi mengemaskinikan kemahiran dan

pengetahuan pekerja”

Page 9: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

9

Latihan atau kursus ini antara lainnya akan menekankan perkara-perkara berikut:

a. Menerangkan fungsi Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat di

bawahnya.

b. Tanggungjawab sebagai pekerja sinaran.

c. Risiko kesihatan yang terlibat dalam kerjanya sebagai pekerja

sinaran.

d. Langkah pencegahan yang perlu diambil.

e. Cara bekerja menggunakan peralatan sinaran dengan

selamat dan berkesan termasuk sistem penghadan dos.

f. Penerangan tentang bahaya peralatan sinaran.

g. Cara pengelasan kawasan kawalan, seliaan dan bersih.

h. Pelan dan prosedur kendalian biasa.

i. Pelan dan prosedur sekiranya ada kejadian atau kemalangan

sinaran.

j. Latihan kecemasan dan langkah pemulihan selepas kejadian

atau kemalangan sinaran.

k. Latihan menerapkan budaya sekuriti bagi bahan radioaktif dan di tempat kerja.

l. Penerangan secara teorikal tentang konsep, elemen-elemen dan kehendak-

kehendak pelaksanaan sekuriti.

Page 10: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

10

BAHAGIAN 6 SYARAT LESEN: URUSAN LESEN

Pemegang Lesen (dalam kontek ini adalah Universiti Malaya) hendaklah memastikan

hanya Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL)⁴, Pegawai Perlindungan Sinaran

(PPS)⁵ atau Penyelia (PY)⁶ sahaja yang berurusan dengan AELB/KKM.

⁴ Butiran OBTL (AELB-Lesen LPTA/A/276):

a) Nama : Profesor Dr. Noorsaadah Abd Rahman

b) No.Kad Pengenalan :

c) Jawatan : Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi)

⁴ Butiran OBTL (KKM- Lesen KKM/R/0510):

a) Nama : Prof. Dato` Dr. Zainal Ariff Bin Abdul Rahman

b) No.Kad Pengenalan :

c) Jawatan : Dekan Fakulti Pergigian

⁵ Butiran PPS :

a) Nama : Hajah Nor Aina Binti Mahazer

b) No.Kad Pengenalan :

c) Jawatan : Pegawai Sains Kanan

⁶ Butiran PY :

a) Nama : Puan Anis Afiqah Hassan

b) No.Kad Pengenalan :

c) Jawatan : Penolong Pegawai Sains

Page 11: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

11

BAHAGIAN 7 RUJUKAN

1. Program Perlindungan Sinaran Universiti Malaya.

2. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

3. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986

4. Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan

Asas) 2010

5. Syarat-syarat Lesen LPTA/A/276 Universiti Malaya

Page 12: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

12

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PENGIKTIRAFAN PEKERJA SINARAN

Tidak

Ya

Mula

PTPO / Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Menerima Permohonan Pelantikan Pekerja

Sinaran dari PTj

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Menyemak Permohonan Pelantikan

Layak?

Pegawai Sains / Penolong

Pegawai Sains

Maklum kepada PTj

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Memohon Pemeriksaan Perubatan Pra Pekerjaan

dari BSM

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Menerima surat kebenaran Pemeriksaan

Perubatan Pra Pekerjaan dari BSM

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Maklum kepada pekerja yang akan dilantik untuk

menjalani pemeriksaan perubatan pra pekerjaan

A

Page 13: Panduan Pengiktirafan Pekerja Sinaran Protection Services/Pandua… · Carta Alir Pengiktirafan Pekerja Sinaran seperti di Lampiran A. Namun begitu, setiap permohonan pelantikan pekerja

13

Tidak

Ya

Tidak

Ya

A

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Pemeriksaan Latar Belakang Pekerja yang akan

dilantik

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Menerima Pengesahan Laporan Pemeriksaan

Perubatan dari Pengamal Perubatan yang dilantik

Pegawai Sains / Penolong

Pegawai Sains

Maklum kepada pekerja

dan PTj yang melantik

Layak?

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Permohonan Pengiktirafan Pekerja Sinaran UM

dalam Sistem e-SPP atau Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM)

Lulus?

Pegawai Sains / Penolong Pegawai Sains

Laporan Pemeriksaan Perubatan dimaklumkan

kepada pekerja dan Personel Dosimeter

dibekalkan kepada pekerja yang diiktiraf

Tamat