MENU UTAMA
KESENIAN KEBUDAYAAN TARIAN KEBUDAYAAN PAKAIAN KEBUDAYAAN PERMAINAN - PANTUN TEKA-TEKI SOALAN LATIHAN
PILIH TAJUK ANDA
KELUAR
1. PANTUN TEKA-TEKI
Sungai Langat airnya tohor, Tampaknya keruh waktu gerhana,Kalau ghazal popular di Johor, Dondang sayang terkenal di mana?
Jangan malu hendak bertanya, Nescaya akan orang tunjukkan,Dikir barat itu namanya, Negeri asalnya sila sebutkan.
2. PANTUN TEKA-TEKI
Waktu petang menjahit bidai, Mari disimpan di dalam bangsal,Jawablah wahai adik yang pandai, Dari manakah ngajat berasal?
3. PANTUN TEKA-TEKI
Dalam gua ada bahaya, Usah dibuat tempat bertapa,Pakaian Malaysia gambaran budaya, Baju cheongsam pakaian siapa?
4. PANTUN TEKA-TEKI
MENU MENU
SENI DAN BUDAYAMASYARAKAT MALAYSIA
GHAZAL
MENU
GHAZAL
Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai "gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Pada
masa kini ghazal Melayu lebih dikenali sebagai ghazal Johor. Irama ghazal berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara alat muzik yang
digunakan adalah seperti sebuah peti harmonika, satu set tabla, gambus, violin, gitar, markas dan
tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9 orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju
melayu lengkap bersongkok dan samping.
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Dondang Sayang merupakan satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh
mesra. Perasaan ini disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik masyarakat Melayu Melaka. Penggunaan bahasanya terhad, tidak seperti bahasa
pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada permusuhan atau pergaduhan
dan merupakan satu bentuk pengucapan yang boleh melindungi kata-kata yang keterlaluan atau yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Tambahan pula dendangan
Dondang Sayang membawa alunan lagu yang lunak, membuai perasaan. Nyanyian-nyanyian dalam Dondang Sayang biasa
diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola, dua orang pemain rebana dan seorang
pemain tawak (gong kecil).
DIKIR BARAT
DIKIR BARAT
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Alat muzik yang biasa digunakan ialah rebana ibu dan anak dan tetawak.
RODAT
RODAT
Kedatangan pedagang Arab ke Terengganu pada abad ke-19 telah melahirkan teater rodat. Permainan rodat merupakan salah satu daripada kesenian rakyat Terengganu yang masih subur hingga sekarang. Permainan ini terdiri dari satu pasukan atau lebih yang digabungkan. Selalunya mereka ini berpakaian seragam melayu bersongkok hitam, berselepang dan bersamping. Satu lagi kumpulan ialah kumpulan Mak Inang yang terdiri dari penari-penari atau perempuan. Persembahan yang dijayakan dengan nyanyian syair dan sajak ini banyak berperanan membantu pembentukan sosio-budaya masyarakat. Nasihat, adat, jenaka, mesej dan pengajaran yang terkandung dalam persembahan rodat disampaikan bersama paluan rebana. Rodat mendapat tempat di majlis perkahwinan, berkhatan, pesta kebudayaan dan majlis sambutan hari keputeraan
TARIAN ZAPIN
MENU
TARIAN ZAPIN
Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu.
Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.
MENU
TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa
menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkurungmong.
TARIAN SINGA
TARIAN SINGA Tarian Singa berasal dari Tanah Besar China
dan telah ditarikan semenjak hampir seribu tahun yang lampau. Tarian ini berkembang bersama kebudayaan masyarakat Cina khususnya di Malaysia. ‘Tarian Singa Atas Tiang’ adalah seni tarian singa masyarakat Cina Malaysia yang termasyhur. Tarian ini semakin terkenal selepas tahun 1974.. Tarian Singa Atas Tiang ini mula berkembang maju di kalangan masyarakat antarabangsa sejak tahun 1980an
TARIAN KLASIK INDIA
MENU
Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.
TARIAN KLASIK INDIA
PAKAIAN KEBUDAYAAN
BAJU KURUNGCHEONGSAMSARI
MENU
BAJU KURUNG
CHEONGSAM
SARI
MENU
LATIHAN KEFAHAMAN
Alamat Laman Web yang boleh dilayari bagi membantu pelajar menjawab soalan
www.heritage.gov.my/ http://daftarwarisan.gov.my http://allmalaysia.info/msiaknow/arts/ http://travel.tourism.gov.my/my/about/
culture_music.asp
1.Pemuzik ghazal terdiri daripada …
A 4 orang lelakiB 6 orang lelakiC 8 orang lelakiD 10 orang lelaki
2.Dondang sayang dinyanyikan dalam bentuk …
A SajakB SyairC PantunD Seloka
3. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua dikir barat…
A Tok SelampitB Tok DalangC Tok NujumD Tok Juara
4. Apakah alat muzik yang mengiringi permainan rodat?
A RebanaB GendangC SerunaiD Gong
5. Di manakah asal Tarian Zapin?
A Kampung Gelam Patah, Johor.B Kampung Gelang Patah, Johor.C Kampung Geylang Patah,
Johor.D Kampung Gelong Patah, Johor.
6. Pakaian bagi kaum perempuan India ialah sari, apakah pakaian bagi kaum lelaki India?
A BhotiB GhotiC ShatiD Dhoti
7. Fabrik pakaian cheongsam diperbuat daripada …
A Sutera dan kapasB Sutera dan buluC Sutera dan satinD Sutera dan linen
8.Negeri yang terkenal dengan tarian Ulik Mayang …
A PahangB KelantanC KedahD Terengganu
SOALAN TAMAT
Top Related