8/10/2019 Pbs Sejarah Original
1/8
1
PENGENALAN
Kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4)
merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940/4). Kerja kursus ini
memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka
sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah. Panjang
esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas
cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.
Tajuk kajian yang saya akan kaji adalah Azah Aziz : Tokoh Budayawan Melayu Tersohor
di Malaysia. Faktor yang menyebabkan saya ingin mengkaji mengenai Azah Aziz adalah
kerana beliau salah seorang tokoh wanita Malaysia yang digelar sebagai Tokoh Budayawan
Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil tradisional, perhiasan, pakaian
tradisional dan kraftangan tradisional Melayu. Sejak 1950-an , beliau menulis dan
berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian
drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN. Beliau pandai berpantun
dan pantun yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai contoh pantun hasil
nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah Mastika sejak sekian lama. Beliau antara
wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui
syarikatnya sendiri, 'Akaz'.Penglibatan beliaudalam bidang kesenian dan kebudayaan yang
dapat menyumbangkan kepada kemajuan ekonomi negara telah menarik minat saya untuk
mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai tokoh budayawan melayu yang tersohor di
Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mastikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mastikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun8/10/2019 Pbs Sejarah Original
2/8
2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang akan dikaji dalam Kerja Kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) yang bertajuk Azah Aziz : Tokoh Budayawan
Tersohor di Malaysia adalah ;
1. Menganalisis berkaitan penglibatan Azah Aziz dalam bidang kebudayaan.
2. Mengenalpasti hasil-hasil karya tulisan Azah Aziz.
3. Mengenalpasti sumbangan Azah Aziz dalam bidang kebudayaan sehingga dapat
memajukan ekonomi negara Malaysia.
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian yang dihadapi oleh saya untuk meneruskan kajian mengenai Azah
Aziz : Tokoh Budayawan Melayu Tersohor di Malaysia adalah ;
1. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Azah Aziz untuk berjaya dalam bidang
kebudayaan ?
2. Apakah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Azah Aziz ?
3. Apakah anugerah yang diterima oleh Azah Aziz sepanjang penglibatan dalam bidang
kebudayaan ?
8/10/2019 Pbs Sejarah Original
3/8
3
SKOP KAJIAN
Skop kajian saya menjurus kepada sejarah penglibatan Azah Aziz dalam bidang kebudayaan
bermula tahun 1940-an sehingga kini. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan bagaimana
beliau boleh terlibat dalam bidang kebudayaan melalui kajian berkaitan latar belakang
kehidupan beliau. Seterusnya, kajian ini akan memperlihatkan hasil-hasil karya
penulisannya yang dicipta oleh beliau seperti puisi tradisional dan dalam bidang penerbitan
buku. Kajian ini juga akan mengetengahkan berkaitan kejayaan yang diperoleh oleh Azah
Aziz hasil daripada usaha kerasnya dalam bidang yang diceburi sehingga mendapat gelaran
Tokoh Budayawan Melayu. Skop kajian saya juga akan meliputi sumbangan Azah Aziz dari
awal penglibatan beliau dalam bidang kebudayaan sehingga ke akhirnya.
8/10/2019 Pbs Sejarah Original
4/8
4
SOROTAN KAJIAN
Sorotan kajian lepas yang pernah dibuat kajian mengenai Azah Aziz : Tokoh Budayawan
Melayu Tersohor di Malaysia yang saya perolehi hasil daripada aktiviti pengumpulan,
menganalisis dan membuat kesimpulan terhadap data tersebut mendapati beberapa sorotan
kajian lepas seperti dalam buku Azah Aziz: Kartika di Langit Seni (Zahara Nawawi,2002)
yang mengisahkan perjalanan hidup Azah Aziz melalui zaman remajanya ketika perang
Jepun dan pengajian beliau terganggu semasa peperangan tersebut. Selain itu, buku Rupa
dan Gaya: Busana Melayu (Penerbit UKM,Bangi,2006) Azah Aziz menyatakan bahawa
orang Melayu begitu terpesona,terharu dan kagum terhadap unsur-unsur alam. Seterusnya
sumber sekunder pula iaitu dengan penggunaan internet yang diperolehi daripada laman
Wikipedia : Azah Aziz serta biografi Tokoh Wanita Malaysia (PERTIWI,Pelanduk
Publications). Selain itu, saya juga menggunakan sumber lisan iaitu Puan Siti Ramah binti
Haji Mujin dimana Azah Aziz telah dijadikan sebagai idola beliau dengan mencontohi cara
pemakaian baju kurung seperti Azah Aziz.
8/10/2019 Pbs Sejarah Original
5/8
5
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan untuk melaksanakan kerja kursus Pentaksiran Berasaskan
Sekolah adalah kaedah perpustakaan melalui beberapa cara iaitu pencarian bahan rujukan
atau sumber seperti sumber primer, sekunder, dan lisan. Selain itu, saya menggunakan
kaedah lapangan, pemerhatian ,temu bual dan soal selidik. Data yang telah saya kumpulkan
akan diproses dan diubahsuai bagi keperluan pembentangan dalam bentuk penulisan esei
ilmiah yang merangkumi data-data kajian. Akhirnya, apabila semua tugasan telah siap
dikumpulkan dan dimurnikan,kerja kursus ini akan dibukukan serta dijadikan bahan bukti
bahawa calon ada melaksanakan kerja kursus ini yang membawa wajaran markah sebanyak
20% dalam penggal 2.
8/10/2019 Pbs Sejarah Original
6/8
6
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Pengenalan
Azah Aziz adalah seorang budayawan yang bergiat aktif dalam bidang penulisan serta
kerana hobi dan minat beliau terhadap kebudayaan Melayu. Sejak tahun 1950-an, beliau giat
mengembangkan dan memperkenalkan kebudayaan dan kesenian Melayu melalui ceramah
dan penulisan.
Isi kandungan
1. Latar belakang kehidupan Azah Aziz
Mengisahkan kehidupan beliau yang berdarah campuranMelayu,Turki danArab.Beliau
bersekolah di Sekolah Convent diJohor Bharu dan mengikuti pendidikan Jepun semasa
Perang Dunia II. Kemudian beliau berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz dan mereka
mendapat seorang anak, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, kini Gabenor Bank Negara.
2. Kerjaya yang diceburi
Merujuk kepada pekerjaan yang pernah disandang oleh beliau sejak dari tahun 1949
sehingga 2003. Pada mulanya beliau bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor
Bharu sehinggalah menjadi seorang ahli lembaga penasihat perpustakaan negara.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Turkihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johor_Bharuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johor_Bharuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Turkihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu8/10/2019 Pbs Sejarah Original
7/8
7
3. Khidmat Azah Aziz kepada masyarakat
Beliau merupakan wanita terawal memperjuangkan nasib dan hak wanita terutama isu
persamaan gaji lelaki dan wanita serta cukai berasingan bagi isteri yang bekerja. Beliau
juga memprjuangkan Pindaan Undang-Undang Perkahwinan orang bukan Islam dan
keluarga Islam. Beliau juga antara pengasas Pertubuhan Tindakan WAnita Islam
(Pertiwi) yang aktif membela nasib wanita dan kanak-kanak di Malaysia.
4.
Tokoh budayawan
Merujuk kepada gelaran beliau sebagai Budayawan Melayu kerana hobi dan minat
beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan
tradisional Melayu. Sejak 1950-an , beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan
dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival
Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.
5. Hasil-hasil karya penulisan
Merujuk kepada hasil-hasil karya beliau dari segi penulisan puisi tradisional dan moden
untuk kanak-kanak serta penerbitan buku beliau, antaranya ialah Di Taman Seni, Marilah
Bermain dan Selayang Kenangan.
6. Sumbangan dalam masyarakat
Beliau menjadi ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Tun Abdul Razak, Ahli
lembaga FINAS, ahli majlis penasihat kebudayaan kebangsaan, ahli lembaga penasihat
KARYANEKA. Ahli lembaga pembangunan Kraftangan Malaysia dan ahli Tribunal
Hak Cipta.
Kesimpulan
Keseluruhan hasil kajian adalah mengenai penglibatan Azah Aziz khususnya dalam bidang
kebudayaan. Selain itu, kita juga dapat melihat kesan daripada perkembangan dalam bidang
kebudayaan negara kepada masyarakat.
8/10/2019 Pbs Sejarah Original
8/8
8
PENUTUP
Kesimpulannya, kerja kursus bagi kertas Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah
STPM (940/4) yang bertajuk Azah Aziz : Tokoh Budayawan Melayu Tersohor di
Malaysia merupakan kajian yang bertemakan Sejarah Ekonomi. Di dalam kajian ini akan
nanti akan diterangkan dengan lebih mendalam dan lanjut mengenai kejayaan Azah Aziz
dalam bidang kesenian dan kebudayaan. . Akhir kata saya, saya memohon kepada Allah
S.W.T agar setiap perjalanan semasa melakukan aktiviti kerja kursus bagi kertas Pentafsiran
Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) ini akan berjalan lancar tanpa sebarang
masalah yang tidak diingini daripada berlaku.
Top Related