LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH
NOVEMBER 2012
Pengenalan
Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh terletak di Hutan Simpan Pasoh, di dalam daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia
telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan terkenal di serata dunia sebagai pusat penyelidikan hutan pamah tropika. Sebanyak 12 projek
sedang aktif dijalankan di SPF Pasoh yang dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh di peringkat FRIM. Teras penyelidikan di
SPF Pasoh ialah kajian demografi pokok 50-ha yang telah dimulakan pada tahun 1985 oleh Centre for Tropical Forest Science (CTFS)
dan kajian perubahan mikro iklim dan hutan tropika sejak 1990 oleh National Institute of Environmental Studies (NIES), Jepun. Ia
juga kerap menerima lawatan daripada para penyelidik dan pelawat umum daripada dalam dan luar negara. SPF Pasoh juga
menawarkan kemudahan penginapan, seminar dan lawatan berpandu di Denai Alam dan Arboretum Pasoh. Ia kini diuruskan oleh tiga
kakitangan tetap FRIM.
Laporan Ringkas
Pada bulan November ini SPF Pasoh telah menerima lawatan dari Syarikat Nippon Express bagi melihat keadaan sekitar Stesen sebelum membuat
penghantaran container NIES yang mana akan dipasang di bawah menara Pasoh. Pihak SPF Pasoh bersama Cawangan Ekologi Hutan telah
mengikuti kursus dalaman iaitu Kursus Penilaian Karbon selama dua hari di SPF Pasoh pada 7-8 Disember 2012. Kakitangan SPF Pasoh juga
telah mengadakan aktiviti gotong – royong di dalam stesen dan kuarters luar, Taman IPP Simpang Pertang dibantu oleh kakitangan Cawangan
Ekologi Hutan. Pada 30 November 2012 pula telah berlangsung Mesyuarat QMR SPF Pasoh di bilik Seminar Stesen.
Pada bulan ini juga kakitangan SPF Pasoh telah membuat penilaian sasaran kerja tahunan (SKT) dan masih menumpukan kepada kerja-kerja
membersihkan sekitar kawasan stesen, memesin rumput dan merumpai di Taman IPP Simpang Pertang serta memotong pokok tumbang di jalan
masuk utama stesen serta jalan masuk ke petak kajian 50-Ha dan Menara Tiga Segi stesen.
Aktivit-aktiviti di SPF Pasoh pada bulan November 2012
Menerima lawatan dari kakitangan syarikat NIPPON Express
Membuat sasaran kerja tahunan (SKT) di Pejabat
Kursus dalaman Penilaian Karbon anjuran Cawangan Ekologi Hutan
Gotong-royong di Taman IPP dan stesen oleh Cawangan Ekologi Hutan dan SPF Pasoh
Memotong pokok tumbang di laluan masuk dan laluan ke menara
Mesyuarat QMR SPF Pasoh
Bilangan pelawat: 36 orang
Senarai penerbitan yang diterima daripada Unit Penerbitan bagi bulan November 2012: Tiada
Jumlah kutipan wang asrama SPF Pasoh bagi bulan November 2012 : Tiada
Berkenaan permohonan kebenaran membuat lawatan dan pengurusan SPF Pasoh,
sila hubungi:
En AHMAD AWANG
Pengurus SPF Pasoh
Tel: 06-492 0113 (pejabat)
Tel: 013 640 0676
Emel: [email protected]
Berkenaan permohonan menjalankan penyelidikan/kutipan sampel serta pengurusan SPF Pasoh,
sila hubungi:
Dr CHRISTINE FLETCHER
Penyelaras SPF Pasoh
Tel: 03 6279 7177/7268 (pejabat)
Tel: 019 320 8280
Emel: [email protected]
Laporan disediakan oleh:
En Zhafri Ab Ghani
Bagi pihak Pengurusan SPF Pasoh
NOVEMBER 2012
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
1 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
2 Membersihkan sekitar stesen
3
4
5 Mengumpul data kajian bagi Projek Team Memotong pokok tumbang di laluan masuk ke petak 50Ha dan Menara.
6 Membuat SKT(Sasaran kerja tahunan) di pejabat SPF Pasoh
7 Kursus dalaman Penilaian Karbon anjuran SPF Pasoh dan unit Ekologi Hutan
8 Gotong-royong di Taman Ipp dan Stesen oleh unit Ekologi dan SPF Pasoh
9 Mengemas sekitar stesen
10
11
12 Pokok tumbang di laluan masuk utama SPF Pasoh
13 Deepavali
14 Mengemas sekitar kawasan Taman IPP Simpang Pertang
15 Awal Muharram/Tahun Baru Islam
16 Mengemas Pejabat SPF Pasoh
17
18
19 Mengemaskini asset di Pejabat
20 Merumpai rumput di Taman IPP Simpang Pertang
21 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
22 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
23 Menerima pelawat dari Nippon Express Sdn bhd
24
25
26 Mengumpul data di Menara Tiga segi Membeli barang keperluan stesen di Bahau
27 Mengemaskini file-file pejabat
28 Mengemas sekitar Stesen
29 Mengemas asrama Meranti Merah
30 Mesyuarat QMR SPF Pasoh
November 2012
0
2
4
6
8
10
12
14
16
PROFESIONAL KAKITANGAN FRIM ORANG AWAM KAKITANGAN JABATAN LAIN
15
13
8
B
I
L
A
N
G
A
N
KATEGORI
PELAWAT KE SPF PASOH NOVEMBER 2012
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Nota: Data dikutip secara manual di SPF Pasoh maka data tidak diperolehi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, atau semasa ketiadaan kakitangan di SPF Pasoh.
Suhu kering – ialah suhu udara yang lazim diukur menggunakan termometer biasa. Bacaannya tidak dipengaruhi oleh kelembapan udara.
Suhu basah – ialah suhu udara di mana kelembapan ditetapkan pada tahap 100% menggunakan ‘termometer basah’. Bacaannya adalah sentiasa lebih rendah daripada suhu kering.
Kedua-dua bacaan suhu kering dan suhu basah memberi gambaran kelembapan udara.
Sumber: http://www.engineeringtoolbox.com
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
TARIKH
REKOD CUACA BAGI BULAN NOVEMBER DI SPF PASOH
TKH SUHU KERING SUHU BASAH SUHU MIN SUHU MAX HUJAN
Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan November 2012 di SPF Pasoh
Kerja-kerja memotong pokok tumbang di
laluan ke Menara SPF Pasoh
(bapak liat ehh)
Kursus dalaman penilaian Carbon anjuran SPF Pasoh diketuai
oleh En. Razman, En. Zaizulakmal dan En. Ahmad Rasul
En. Zaizulakmal menunjukkan cara-cara mengambil data karbon
(abab masyukkk)
En. Ahmad Rasul membantu
menunjukkan cara mengumpul
sampel
(berio bonaaaa jeppp)
Sesi menjawab soalan ujian yang diadakan pada keesokan pagi nya
(terkeliru soalannya…bagaimana ini )
Aktitviti bergotong-royong
kakitangan SPF Pasoh
disekitar Stesen dibantu oleh
Cawangan Ekologi Hutan
(Berooossiiiihhh)
Aktitviti bergotong-royong kakitangan SPF Pasoh & Cawangan Ekologi Hutan di Taman IPP Simpang Pertang
Pokok tumbang di laluan masuk
utama ke stesen
(robah tekau eh)
Lawatan harian kakitangan Syarikat NIPPON Express melihat sekitar kawasan stesen
(nyamuk banyak godang-godang)
Mesyuarat QMR SPF Pasoh yang dipengerusikan oleh En. Ahmad Awang
(beeereessss)
Top Related