PELAJARAN 11:
UNIT 3
• AR-RAHMAN
• (ALLAH SWT MAHA
PEMURAH)
MAKSUD:
• Allah SWT Maha Pemurah kepada
seluruh hambaNya.
• Allah SWT mengurniakan pelbagai
nikmat dan rezeki kepada semua
makhluk tidak kira mukmin dan kafir
BUKTI ALLAH BERSIFAT AR-RAHMAN
• mencipta langit dan bumi
• mencipta manusia dan
memberi nyawa
• mencipta matahari,bulan
dan planet-planet lain.
• menjadikan binatang dan
tumbuh-tumbuhan.
• kejadian siang dan malam.
BUKTI LAIN
• minda yang cerdas untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk
• Rezeki yang melimpah ruah untuk memenuhi keperluan hidup di dunia
• Tubuh badan yang sihat untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna
• Al-Quran dan Rasulullah SAW untuk menjamin kebahagiaan hidup.
KESAN BERIMAN DENGAN AR-RAHMAN
• bersikap pemurah
• merendah diri
• menjauhi maksiat
• tekun berusaha mencari keredaan Allah SWT.
• bersyukur kepada Allah SWT
• belas kasihan kepada orang lain
• berkasih sayang sesama makhluk
PERBEZAAN ANTARA PEMURAH ALLAH
SWT DENGAN PEMURAH MANUSIA
SIFAT PEMURAH MANUSIA
• ianya terbatas kerana manusia
tidak memiliki kekayaan yang
mutlak
• diberikan kepada orang yang
tertentu sahaja mengikut
kemampuan dan penilaian
tertentu
• melakukan sesuatu untuk
mendapatkan manfaat.
• hanya terbatas untuk kebaikan
di dunia
SIFAT PEMURAH ALLAH SWT
• tiada batasan kekayaan dan kemurahanNya.
• diberikan kepada semua makhluk tidak mengira mukmin atau kafir (kesihatan/kekayaan)
• memberi tanpa manfaat kerana Allah SWT memberi untuk menguji keimanan manusia
• merangkumi kebaikan dunia dan akhirat
CIRI-CIRI AMALAN YANG BERLAWANAN
DENGAN SIFAT-SIFAT AR-RAHMAN
1.berputus asa daripada rahmat Allah SWT
2.bakhil dan benci kepada orang miskin
3.percaya kekayaan hasil usaha sendiri bukan dari Allah SWT
4.bersifat bengis dan kejam terhadapmakhluk Allah SWT.(manusia, binatang dan tumbuhan)