ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Mukasurat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sejarah Pendidikan Khas 2
3.0 Konsep Pentadbiran dan Pengurusan 2 – 3
4.0 Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan 3 – 4
5.0 Tugas dan Peranan Guru 5 – 7
6.0 Peranan Guru/Tenaga Pengajar 7 - 9
7.0 Peranan PIBG Prgram Pendidikan Khas 9 – 10
8.0 Pelan Tindakan Pendidikan Khas 11 – 12
9.0 Objektif Pelan Tindakan Khas 12 -14
10.0 Langkah-Langkah Pelaksanaan 14 - 15
8.0 Rujukan 16
1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa dari segi
intelek, fizikal, sosial, atau emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa
seperti kanak-kanak yang lain. Konsep dan kepentingan pendidikan khas adalah pengajaran yang
direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini
dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti
bagi membantu murid yang berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan
hidup yang memuaskan. Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid
melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan
oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.
Menurut Chua (1982), pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang
bertanggungjawab dalam mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu
kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) pula,
pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Manakala Gargiulo (2003) dalam bukunya ada
menyatakan, pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi
memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan
peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Pendapat Friend (2005), menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang di
reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini
mungkin dikelola dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005)
program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Daripada definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa kendidikan khas ialah program
yang direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas yang mana mereka
memerlukan pendidikan yang khas, kurikulum khas, alatan khas dan guru khas untuk menjalani
2
proses pengajaran dan pembelajaran seharian mereka.Ini kerana mereka merupakan kanak-kanak
yang mempunyai kebolehan yang terlaluberbeza daripada kanak-kanak yang normal
2.0 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961
dalam bahagian 1 (tafsiran). Akta ini menyatakan bahawa sekolah pendidikan khas menyediakan
layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. pendidikan khas telah bermula
di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah
untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Menurut Abdullah Yusof, 2006
pendidikan khas dapat diklasidikasikan kepada lapan kategori iaiatu:-
Kurang Upaya Pendengaran
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Pertuturan & Bahasa
Kurang Upaya Mental(Kerencatan Akal)
Kurang Upaya Fizikal & Kesihatan
Kurang Upaya Pembelajaran
Gangguan Emosi & Tingkah Laku
Pintar Cerdas
3.0 KONSEP PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
Pengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan dengan perjalanan
sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Pentadbiran dan pengurusan sangat penting
dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan. Proses
pentadbiran berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta
organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang
pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu memahami apakah yang
dimaksudkan dengan pentadbiran.
3
Mengikut Griffiths (1959), pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam
semua organisasi manusia. Ia adalah satu proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu. Stoner (1984) dalam buku management belau mengatakan bahawa
pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Pentadbiran ditafsirkan pelbagai cara pengendalian. Ia juga disebut sebagai:-
i) Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
ii) Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggara, mengawal dan
menyatupadukan segala tenaga manusia dan material dalam satu sistem yang
disepadukan untuk mencapat sesuatu matlamat.
iii) Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi
antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang
mungkin.
Disini dapat dirumuskan bahawa pentadbiran menekankan bukan sahaja pencapaian matlamat,
tetapi juga hubungkait yang rapat antara matlamat-matlamat ini supaya terdapat penyepaduan
yang lebih mendalam dalan sesebuah organisasi.
Pengurusan pula membawa maksud yang tersendiri di dalam pentabiran sesebuah organisasi.
Antaranya ialah:-
i) Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, penyepaduan, dan pengukuran.
ii) Pengurusan ialah penggunaan sesuatu dengan teliti bagi mencapai sesuatu matlamat.
iii) Pengurusan ialah menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-orang lain, terutamanya
orang-orang bawahan.
iv) Pengurusan ialah penyeliaan ke atas sesuatu.
4.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
Tujuan utama pentadbiran institusi pendidikan ialah untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Jadi mereka yang bekerja di institusi pendidikan hendaklah
memberi sumbangan untuk tujuan utama ini. Pentadbiran pendidikan ialah pengurusan institusi
4
yang bertujuan untuk memupuk pengajaran dan pembelajaran. Institusi-institusi ini meliputi
sekolah-sekolah kerajaan, swasta dan universiti kerajaan mahupun swasta, institusi-institusi
pengajaran yang ditaja oleh badan korporat dan industri. Walaupun kebanyakan institusi ini
dibiayai oleh kerajaan, tetapi ada sebilangan besar yang berfungsi di bawah naungan badan-
badan persendirian, pertubuhan agama dan persatuan.
Pengurusan pelbagai institusi jelas menunjukkan bahawa pentadbiran adalah satu bidang
amalan. Dengan demikian, ia mempunyai beberapa aspek yang sama dengan bidang-bidang
pengurusan pentadbiran. Walaupun terdapat beberapa unsur yang sama diantara pentadbiran di
sektor awam dan pengurusan di sektor swasta, pentadbiran awam terutamanya pentadbiran
pendidikan mempunyai aspek yang unik. Pentadbiran pendidikan bukan hanya satu bidang
amalan, ia juga adalah satu bidang kajian. Dalam aspek kajian dan juga amalan, terdapat unsur-
unsur yang sama di antara pentadbiran pendidikan dan pentadbiran dalam bidang-bidang lain.
Bagi system pendidikan Negara ini, struktur organisasinya boleh digambarkan seperti
rajah 1.1. organisasi yang terbahagi kepada lima peringkat iaitu pusat, negeri, daerah, sekolah
dan bilik darjah. Secara amnya, peringkat-peringkat ini boleh diklasifikasikan sebagai peringkat
esekutif (pusat), peringkat pengurusan (negeri), peringkat penyeliaan (daerah), peringkat teknikal
(sekolah) dan peringkat pelaksanaan (bilik darjah).
Rajah 1.2 : Piramid organisasi pentadbiran pentadbiran di Malaysia.
5
Guru-Guru
5.0 TUGAS DAN PERANAN GURU
Ramai yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan peranan
dan tugas yang sangat mudah. Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu
hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas sekolah harian yang menempatkan lebih 20
orang murid. Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak
semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid
di sekolah aliran biasa.
5.1 Peranan Penolong Kanan Pendidikan Khas:-
5.1.1 Pengurusan dan Pentadbiran PKP
Menyediakan takwim PKP
Menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun
Menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri
mesyuarat di
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGO’s
Menetapkan tarikh mesyuarat bersama Pentadbir
Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengna perbincangan guru-
guru mengenai :
o Bilangan subjek
o Program (Pra/Vokasional/Inklusif)
o Bilangan kelas
o Aktiviti ko-kurikulum
Memastikan guru menghadiri kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian
Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guru
Membantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM
Menjalankan semakan stok/inventori peralatan
Mewujudkan hubungan yang baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah
5.1.2 Kurikulum
Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunan
6
Membantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelas
Mengajar subjek tertentu
Mewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannya
Melakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis murid
Membantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaan
Memastikan dalam penyediaan laporan kurikulum
Menyusun jadual waktu kelas dan menyediakan jadual waktu gantian
Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran
5.1.3 Jadual waktu PKP
Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen
dan keperluan
Mengedarkan jadual waktu kepada guru
Membuat jadual induk bersama jawatankuasa jadual
Memastikan jadual ditampal di papan kenyataan
5.1.4 Kewangan PKP
Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahun
Menyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekali
Menutup akaun pendapatan dan perbelanjaan di akhir tahun
Dapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/penyelenggaraan
Berbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu
dibeli dalamtahun semasa
Menyemak keselarasan dan baki akaun dengan pejabat
Memastikan setiap perbelanjaan mengikut prosedur yang ditetapkan
5.1.5 Hal Ehwal Murid
Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplin
Memantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru:
o Bimbingan dan Kaunseling
o Kesihatan
7
o Biasiswa/kebajikan
o Keselamatan
o Biro Pendidikan Khas
5.1.6 Ko-kurikulum
Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat pada setiap
awal tahunbagi merangka dan menyediakan jadual rancangan aktiviti tahunan setap
gerakerja
Meneliti aktiviti yang dirancangkan oleh setiap gerakerja ko-kurikulum dan memastikan
rancangantersebut dilaksanakan
Mengumpul laporan aktiviti tahunan dan buku aktiviti ko-kurikulum
Memastikan buku rekod kegiatan ko-kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat dan
disahkan
Menyemak borang kelulusan rombongan/lawatan yang dianjurkan
Menyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran
Memastikan laporan dibentangkan pada mesyuarat guru
Memastikan aktiviti luar/dalaman didokumentasikan
6.0 PERANAN GURU/TENAGA PENGAJAR
Dalam pelaksanaan program pendidikan khas, guru memainkan peranan penting dalam
menjamin pelaksanaan dan kejayaan program tersebut. Kejayaan program dalam konteks
pendidikan khas adalah diukur berdasarkan kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam usaha
mendidik dan melatih murid-murid berkeperluan khas dalam segala aspek seperti emosi,
jasmani, rohani, sosial dan pembelajaran. Setiap program pendidikan khas perlu ada visi dan
misinya sendiri yang bertujuan membangunkan diri insan istimewa. Guru pendidikan khas perlu
mempunyai tanggungjawab yang menyeluruh dalam menjamin pelaksanaan program tersebut
berjaya dalam segala aspek. Ia juga merupakan penggerak, penentu dan perujuk dalam sesuatu
program. Jadual 1.1. menunjukkan perananan dan tugas sebagai guru pendidikan khas.
8
Peranan Ulasan
Pengurusan Bilik
Darjah
Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan peralatan dan
keperluan asas.
Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi pembelajaran.
Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada tahap maksimum.
Pendaftaran
Pelajar
Menerima kamasukan murid dengan meneliti boring pendaftaran
dan penempatan.
Menempatkan murid dalam program/ kelas yang sesuai.
Merekodkan pendaftaran murid dalam buku rekod pendaftaran
Menyediakan fail rekod murid.
Menjalankan
Tugas
Pentadbiran
Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian
Menyediakan perancangan tahunan
Menguruskan hal kewangan, kedatangan murid, stok, kelas dan lain-
lain.
Menguruskan
Program
Pendidikan Khas
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Merancang aktiviti yang akan dijalankan
Menyediakan laporan harian
Menyediakan rekod/laporan disiplin murid
Pelaksanaan
Program
Menjalankan ujian diagnostik
Menyediakan senarai nama murid
Menyediakan rancangan pendidikan individu
Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Melaksanakan
Kurikulum
Pendidikan Khas
Menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum
yang disediakan
Merancang mata pelajaran yang sesuai diajar kepada murid-murid
berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.
Melaksanakan
Ko-Kurikulum
Pendidikan Khas
Menjalankan aktiviti kokurikulum dan menggalakkan murid
pendidikan khas mengambil bahagian
Menubuhkan unit beruniform, kelab, persatuan yang bersesuaian.
Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
pihak lain.
9
Pengurus Hal-
Ehwal Murid
Pendidikan Khas
Mengawasi disiplin murid
Mengenal pasti murid yang memerlukan khidmat multi disiplin
Menjalankan
Terapi
Menjalankan pelbagai terapi seperti terapi renang, berkuda, muzik,
pertuturan, pemulihan cara kerja dan lain-lain terapi yang sesuai.
Penyeliaan Dan
Pengawalan
Mengawal perjalanan kelas supaya tidak ada masalah disiplin
berlaku
Membantu dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
Pemeriksaan
Kesihatan
Memeriksa kesihatan murid dari semasa ke semasa
Menguruskan khidmat pemeriksaan dan rawatan gigi, mata telinga
dan tekak.
Menguruskan ceramah-ceramah kesihatan
Menjalankan
Penilaian
Menjalankan ujian mengikut tahap murid-murid
Menjalankan tindakan susulan seperti mencalonkan pelajar untuk
menduduki peperiksaan seperti UPSR. PMR dan sebagainya.
Memberi Khidmat
Nasihat
Memberi kaunseling kepada murid yang ada masalah
Member kaunseling kepada ibu bapa
Member khidmat nasih kepada masyarakat.
Jadual 1.1: menunjukkan peranan guru pendidikan khas
7.0 PERANAN PIBG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
7.1 Akademik
Ibu bapa sangat mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, kerjasama
daripada ibu bapa dalam PIBG adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar-pelajar. Dengan saluran PIBG, ibu bapa yang berkeinginan tinggi untuk
mengetahui perkara yang berlaku di sekolah dapat berhubung pihak sekolah secara
langsung dengan mana-mana guru yang terbabit. Pihak sekolah haruslah mengambil
perhatian ke atas perkara tersebut supaya lebih banyak ibu bapa dapat memainkan
10
peranan mereka sebagai ibubapa yang bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan pencapaian pelajar serta perkembangan sekolah.
Dengan saluran ini, ibu bapa akan lebih berperanan sebagai guru kepada anak-
anak mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak
mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka secara praktik dan teori sebagai ikutan serta
sebagai contoh teladan kepada mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa haruslah mengamalkan
sikap dan tingkah laku serta nilai yang baik supaya anak-anak mereka dapat diikuti dan
dipelajari daripada mereka.
7.2 Sumbangan
PIBG merupakan sebuah organisasi yang berwibawa dan boleh menubuhkan
tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan
sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu
tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah
dan para pelajar. Dana atau sumber adalah penting untuk sekolah dan sesuatu persatuan.
Hal ini kerana, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk mengerakkan sekolah atau
persatuan ke arah yang lebih maju dan gemilang.
Selain itu, yuran yang dibayar oleh ibubapa adalah untuk kebajikan pelajar bukan
saja untuk kegunaan sekolah atau persatuan. Di mana pungutan derma atau yuran
daripada ibubapa, orang kenamaan, syarikat atau firma akan dijadikan sumber kewangan
persatuan dan sebagai pembiayaan projek untuk sekolah. Secara tidak langsung, pelajar
akan dapat menikmati faedah daripada itu seperti sumbangan kepada pelajar miskin,
yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah
dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat
memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.
8.0 PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS
11
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi
muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi
pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Pendidikan memainkan peranan penting
dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama
kejayaan masa depan Negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara
bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka
tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi
mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan
asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang
meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang
kepada pembangunan negara.
Di Negara kita, kategori murid yang berkeperluan khas merangkum murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya
fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down,
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai
individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini
telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan
khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya
berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-
mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai
akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:
Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai
kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang
lain).
Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai
kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan
12
Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga
lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.
Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang
berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua,
kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas
Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi
untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid
bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu
pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka
dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya
kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat
bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.
9.0 OBJEKTIF PELAN TINDAKAN KHAS
9.1 Meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif
Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudahpun mengamalkan
pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan
khas perlu mendapat akses kepada sekolah. Sekolah yang berorientasikan pendidikan inklusif ini
merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang
lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang
Upaya Malaysia 2008, menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan
bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik
peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian Pelajaran komited untuk menambah
bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti
keseluruhan seperti yang diperuntukkan.
13
9.2 Mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas
yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk
berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program
pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan
menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai
sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih
bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu
set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi
murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga
akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan
khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah-sekolah pendidikan khas,
meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan
pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan
tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan
pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid.
9.3 Mingkatkan latihan perguruan
Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru
dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal
pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk
golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka
dengan lebih inklusif. Kementerian akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti
NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi
sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam
bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid,
dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.
14
9.4.1 Menilai dan menyatukan inisiatif
Kementerian akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dan
membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan
khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus
mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid
berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.
10.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
10.1 Melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan pembelajaran:
Sekolah yang baik menghadkan aktiviti yang mengganggu jadual waktu biasa. Sebagai
contoh, tidak mengarahkan guru meninggalkan kelas untuk bermesyuarat, mengganti kelas
sekiranya guru perlu menghadiri mesyuarat atau latihan, dan dalam kes tertentu memanjangkan
masa pengajaran dan pembelajaran melalui kelas pemulihan selepas sekolah untuk murid yang
lemah. Sebagai contoh SK Babagon Toki di Sabah telah mengadakan pondok pembelajaran yang
dikendalikan oleh guru pada waktu rehat. Murid yang melawat pondok ini dan melengkapkan
aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan akan menerima bintang dan pada akhir setiap bulan
dan murid yang menerima bintang terbanyak akan diberikan hadiah.
10.2 Memperhebatkan sokongan kepada guru:
Antara amalan terbaik ialah menyediakan sokongan tambahan kepada guru, contohnya
melalui pengajaran bersama guru berpengalaman, menyediakan slot dalam jadual waktu bagi
guru membina rancangan pengajaran, dan melantik mentor dalam kalangan guru berpengalaman
sebagai pembimbing dan mendapatkan maklum balas. Sekolah berprestasi baik juga cenderung
meningkatkan pencerapan di bilik darjah lebih daripada bilangan minimum dua kali setahun
yang ditetapkan.
10.3 Menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid:
Sekolah yang baik turut menyesuaikan bantuan yang disediakan kepada murid, terutama
kepada murid yang lemah. Sebagai contoh, semua sekolah perlu mengelompokkan murid kepada
tiga kategori: lemah, sederhana, dan baik. Bagi setiap kategori, guru akan membezakan
15
kedalaman sukatan pelajaran yang diajar, tahap kesukaran latihan, dan saiz kelas (murid lemah
diletakkan dalam kelas yang lebih kecil supaya guru boleh memberikan lebih banyak tumpuan).
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyaring murid mengikut mata pelajaran supaya murid
dapat diajar pada tahap yang paling sesuai dengan keperluan mereka.
10.4 Gunakan data secara agresif:
Jika dilihat di negeri Johor dan Terengganu, sistem pengesanan data peperiksaan
digunakan secara meluas di peringkat sekolah untuk memaklumkan perubahan dalam amalan
pengajaran. Dalam masa beberapa hari selepas setiap pentaksiran, guru dapat mengenal pasti
kumpulan murid yang berada antara gred gagal dan lulus atau hampir mencapai gred A. Analisis
ini disokong melalui analisis item, yang menilai jawapan murid dengan mendalam untuk
mengenal pasti jenis, skop dan aras kesukaran soalan yang menimbulkan masalah kepada murid.
Latihan kemudian diberikan untuk membantu murid memperbaik kelemahan dalam topik
berkenaan.
10.5 Mempergiat pelibatan ibu bapa, komuniti dan murid:
Sekolah yang baik sering melibatkan ibu bapa, murid dan komuniti sebagai rakan kongsi
dalam proses pembelajaran. Pentingnya, pelibatan ini memberi tumpuan kepada bentuk
sumbangan yang dapat diberikan untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Sebagai contoh,
beberapa sekolah menyediakan garis panduan kepada ibu bapa tentang perkara yang boleh
dilakukan untuk membantu anak mereka: menyemak kerja rumah setiap hari, memastikan anak
mengulang kaji sekurang-kurangnya sejam sehari, dan sebagainya. Sekolah lain pula, melibatkan
ibu bapa dan murid dalam perbincangan bagi menetapkan sasaran matlamat tahunan, dan
mendapatkan aku janji ibu bapa sebagai komitmen untuk mencapai matlamat tersebut.
16
RUJUKAN
Abdul Rahim Selamat. (1994). Bengkel Kebangsaaan Pertama Pendidikan Inklusif. Langkawi:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aminah Bee, Dr. (2002). Keperluan Asas Mereka adalah sama, Laporan Seminar Pendidikan
Khas Peringkat Kebangsaan 2000. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Ang Huat Bin (1990). Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penenkanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Jabatan Pendidikan Khas. (2002). Program Pendidikan Khas Integrasi. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rujukan Melalui Internet:
http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kepimpinan_kurikulum.pdf
http://eprints.ums.edu.my/4038/1/nc0000001485.pdf
http://eprints.utm.my/11902/1/Komitmen_Guru.pdf
http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf
17