MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE(KOTA KINABALU)
DIPLOMA IN ENVIRONMENTAL HEALTH
PEMBANGUNAN KERJAYA KESIHATAN PERSEKITARAN DI AGENSI KERAJAAN
(EDG 3712)
LAPORAN PEMBANGUNAN KERJAYA KESIHATAN PERSEKITARAN DI AGENSI
KERAJAAN
Prepared by : MASRAN BIN MINANG
No. I/C : 921111-12-5911
No. ID : 03-201005-00208
Prepared for : HJ RAHMAN BIN SAMPE PKP U42
1
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1.0 Pembangunan Jabatan kesihatan Daerah……………………………………1
2.0 Pentadbiran Jabatan Kesihatan Daerah………………………………………1
3.0 Polisi Jabatan Kesihatan Daerah………………………………………………..2
4.0 Pengurusan Teknikal Jabatan Kesihatan Daerah…………………………..3-
4
5.0 Prosedur Perundangan Jabatan Kesihatan Daerah………………………..5
6.0 Perkembangan Kerjaya Kesihatan Persekitaran
Di Jabatan Kesihatan Daerah…………………………………………………………6-7
7.0 Perkembangan Kerjaya Kesihatan Perekitaran
Di Lain-Lain Agensi Kerajaan…………………………………………………………8-12
8.0 Lain-Lain Perkara Yang Ada Kaitannya Dengan
Pembangunan Kesihatan Persekitaran Secara
Am…………………………….13
9.0 Cadangan Memajukan Karier Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran Di Agensi Kerajaan………………………………………13
10. Kesimpulan……………………………………………………………………………14
2
LAPORAN PEMBANGUNAN KERJAYA KESIHATAN PERSEKITARAN DI
AGENSI KERAJAAN
1.0 PEMBANGUNAN JABATAN KESIHATAN DAERAH
1.1 Pembangunan
1.1.1 Setiap Jabatan Kesihatan Daerah bertanggungjawab untuk
mengenalpasti projek-projek kesihatan yang sesuai untuk kepentingan
penduduk di suatu kawasan. Projek-projek yang dilaksanakan adalah
dengan mengambil kira anggaran kos dan mengatur jadual pelaksanaan.
Dalam pelaksanaan projek tersebut, Jabatan Kesihatan akan bekerjasama
rapat dengan agensi-agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya , Pejabat
Pembangunan , Jabatan Tanah dan Ukur juga Jabatan Perancangan Bandar
dan Wilayah untuk memastikan projek-projek dilaksanakan berjalan
lancar.
2.0 PENTADBIRAN JABATAN KESIHATAN DAERAH TAWAU.
2.1 PENTADBIRAN
Unit Pentadbiran merupakan salah satu unit yang terdapat di Pejabat
Kesihatan Kawasan Tawau dan unit ini bertanggungjawab bagi
memastikan urusan berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan diuruskan
dan dilaksanakan dengan efisyen berlandaskan garis panduan serta
prosedur yang ditetapkan.
Unit Pentadbiran berfungsi sebagai perancang dan pengendali hal ehwal
pentadbiran, pengurusan staf secara cekap dan efisyen. Selain daripada
itu, ia juga berfungsi dalam memastikan hal ehwal pentadbiran,
pengurusan perkhidmatan dan perjawatan dijalankan mengikut prosedur
dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2.2 VISI
Mempunyai sebuah sistem pengurusan dan pentadbiran pejabat yang
berkualiti dan cemerlang
3
2.3 MISI
Membentuk budaya kerja berprestasi tinggi melalui penerapan nilai-nilai
positif serta persekitaran kerja yang kondusif.
2.4 OBJEKTIF
Menjadi organisasi yang cemerlang dan memberikan perkhidmatan yang
berkualiti kepada semua pihak dan pelanggan dengan adil, cekap dan
berkesan selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
2.5 PERKHIDMATAN UTAMA/PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
2.5.1 PENTADBIRAN
# Urusan surat-menyurat# Mengurus Keperluan Pejabat# Mengurus Pentadbiran Stor# Mengurus Sistem Fail dan Rekod-Rekod Pejabat# Urusan Rumah Kerajaan# Mesyuarat Jabatan# Kad Perakam Waktu# Harta Modal dan Inventori
2.5.2 PERKHIDMATAN
# Urusan Pengujudan dan Pengisian Jawatan# Urusan Pengesahan Jawatan# Urusan Kemasukan Dalam Berpencen# Penanggungan Kerja# Kursus# Peperiksaan# Kenaikan Pangkat# Pencen# Urusan Cuti# Urusan Tatatertib# Urusan Penilaian Prestasi# Buku Perkhidmatan
2.5.3 PERHUBUNGAN
# Kenderaan Jabatan# Perhubungan Telefon# Urusan Penyeliaan Pengawal Keselamatan# Jawatankuasa Keselamatan
4
3.0 POLISI JABATAN KESIHATAN DAERAH
3.1 Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam
bertanggungjawab dalam membantu projek yang merangkumi penggubalan
dasar, perancangan dan pelaksanaan, membantu perancangan dan
pengurusan sumber bagi membangun projek dalam kesihatan awam dan
membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan
memelihara kesihatan awam.
3.2 Setiap Jabatan Kesihatan Daerah mempunyai polisi Kesihatan Dan
Keselamatan.
3.2.1 Polisi Kesihatan iaitu:
i. Mewujudkan suasana bekerja yang sihat dan selesa untuk
semua kakitangan dan juga pelanggan yang termaktub dalam
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-
peraturan dan Tataamalan yang diluluskan.
ii. Membuat penambahbaikan secara berterusan melalui teknologi
canggih agar dapat meningkatkan taraf kesihatan.
3.2.2 Polisi Keselamatan iaitu:
i. Menyediakan tempat dan persekitaran kerja yang selamat dan
terhindar daripada sebarang risiko yang boleh menjejaskan
keselamatan kepada semua kakitangan dan juga pelanggan.
ii. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi
semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan
keselamatan.
iii. Memastikan setiap pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan
selamat.
5
4.0 PENGURUSAN TEKNIKAL JABATAN KESIHATAN DAERAH
4.1 Tugas seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang terlibat dalam
pengurusan teknikal di Jabatan Kesihatan adalah merangkumi tugas
mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat.
4.1.1 Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BA&KAS)
i. Menyiasat punca-punca air untuk pembinaan system bekalan air
ii. Menguruskan pembinaan projek-projek yang berkenaan secara
gotong-royong.
iii. Menjalankan kajian untuk mendapatkan data-data bagi system
bekalan air.
iv. Menyediakan pelan. profil dan rekabentuk projek
v. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi system yang
dicadangkan
vi. Menguruskan Pembelian bahan-bahan binaan untuk projek
4.1.2 Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
i. Merancang dan menilai program pensampelan KMAM tahunan.
ii. Menjalankan analisis ke atas sampel air di makmal dan in-situ.
iii. Menjalankan kajian kebersihan rangkaian air
iv. Interpretasi keputusan analisis dan tindakan pemulihan
v. Menentukan QAP mencapai indicator ditetapkan
vi. Pengawasan kualiti air luar Bandar (KKM)
vii. Pengurusan peruntukan dan perolehan
viii. Pengurusan stok dan harta modal
ix. Pengurusan data-data dan penyediaan laporan
6
4.1.3 Unit Kawalan Kualiti Makanan (KKM)
i. Mengumpul dan mengemaskinikan data-data asas berhubung
dengan premis-premis makanan dan mengenalpasti masalah-
masalah yang terdapat dalam daerah berkenaan.
ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti pemeriksaan premis
makanan termasuk kilang-kilang makanan.
iii. Merancang dan melaksanakan aktiviti persampelan makanan.
iv. Menghantar sampel-sampel ke makmal untuk analisis.
v. Menyediakan kertas aduan, kertas pertuduhan dan permohonan
saman berkaitan dengan kes-kes pendakwaan.
vi. Menyimpan dan bertanggungjawab ke atas barang-barang kes dan
dokumen-dokumen mengenai setiap kes yang didakwa di
mahkamah.
vii. Menyimpan rekod kes-kes berkaitan dengan pendakwaan.
viii. Bertindak sebagai pegawai penyiasat dan saksi dalam mahkamah.
ix. Bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes sebutan di
mahkamah.
x. Memeriksa premis-premis pengeluar dan juga makanan-makanan
untuk dieksport bagi tujuan pengeluaran Sijil Pengeluaran.
xi. Mengawal dan memastikan makanan yang diimport mematuhi
perundangan makanan.
xii. Menjalankan pemeriksaan fizikal pengendali makanan semasa
pemeriksaan kesihatan.
xiii. Pengurusan Data dan penyediaan laporan pemeriksaan dan reten
bulanan/tahunan
xiv. Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada Industri
Kecil Dan Sederhana.
7
5.0 PROSEDUR PERUNDANGAN JABATAN KESIHATAN DAERAH
5.1 Setiap prosedur perundangan yang ditetapkan dalam Jabatan Kesihatan
Daerah haruslah dipatuhi oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi
mengelak seseorang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.
5.2 Jabatan Kesihatan Daerah melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan
iaitu:
5.2.1 Mengkaji keberkesanan undang-undang dan peraturan yang sedia
ada dan mengemukakan cadangan-cadangan pindaan.
5.2.2 Menyediakan prosedur berkaitan dengan perlaksanaan undang-
undang kesihatan.
5.2.3 Mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang
(PUU), Kementerian Kesihatan Malaysia , mengenai kes-kes
bermasalah/ tafsiran/ interprestasi undang- undang kesihatan
awam.
5.2.4 Khidmat nasihat penguatkuasaan dan perundangan kepada Unit
Inspektorat Kesihatan Awam Negeri.
5.2.5 Pengurusan penurunan kuasa-kuasa kepada pegawai
diberikuasa/pegawai berkuasa.
5.3 Undang-Undang yang terlibat:
5.3.1 Standard Operating Procedures (SOP) UIP-UMUM- 02-07, UIP-UMUM-
03-07,UIP-UMUM-05-07, UIP-AM-02-07, UIP-AM-05-07.
5.3.2 Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan – Peraturan Makanan
1985
5.3.3 Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)
8
5.3.4 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan 2008)
5.3.5 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
5.3.6 Kanun Keseksaan (Akta 574)
5.3.7 Akta Keterangan 1953 (Akta 56)
5.3.8 Manual Prosedur Kerja Keselamatan Dan Kualiti Makanan
6.0 PERKEMBANGAN KERJAYA KESIHATAN PERSEKITARAN DI JABATAN
KESIHATAN DAERAH
6.1 Pengenalan
Inspektor Kesihatan adalah pekerja awam yang bertanggunjawap untuk
menyiasat hazard kepada kesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi
yang berbeza. Kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan
menghapuskan hazard.
6.2 Sejarah penubuhan inspektor kesihatan
Sejarah bermula sebelum merdeka, hanya terdapat satu sahaja pusat
untuk melatih Inspektor Kesihatan di rantau ini pada ketika itu di
Singapura iaitu Royal Sanitary Institute, London dan kemudiannya
dinamakan The Royal Society for Promotion of Health (R.S.H).
Pusat Latihan ini terletak di Jabatan Perubatan, Singapura yang
bertanggunjawab melatih calon-calon dari Malaya, Singapura dan Wilayah
Borneo. Lembaga Peperiksaan pada ketika itu berpusat di Singapura,
terdiri dari Singapura dan 2 dari Malaya.
Pada tahun 1956 terdapat lebih daripada 150 inspektor kesihatan yang
belum menjalani kursus R.S.H. Menteri Kesihatan Malaya pada ketika itu
telah melantik satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri (Dr)
Mohamad Din bin Ahmad untuk menyelesaikan berhubungkait masalah
tersebut.
Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan perlunya menubuhkan satu
Pusat Latihan untuk menghasilkan Inspektor Kesihatan terbentuk di Kuala
Lumpur pada tahun 1959.
Sekolah Latihan Jururawat Kesihatan umum yang terbentuk pada tahun
1954 di Pulau Pinang telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1962
9
dan bergabung dengan Sekolah Latihan Insektor Kesihatan menjadikan
Institusi Sekolah paramedic di peringkat nasional.
Pada tahun 1962, Dr Arturo C. Rayes, penasihat latihan dan pelajaran,
wakil W.H.O. telah mencadangkan perlunya menubuhkan Institut
Kesihatan Umun untuk mengkaji dan menjalankan program-program
latihan untuk mengimbangkan keperluan perkhidmatan kesihatan.
Pada tahun 1965 sebuah bangunan 8 tingkat bernilai lebih kurang 1 juta
ringgit pada ketika itu telah didirikan di atas bukit bangsar.
Pada tahun 1967, bangunan Institut Kesihatan Umum yang baru telah
dibuka dengan rasminya.
6.3 Tugas seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Jabatan
Kesihatan Daerah ialah:
6.3.1 Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang
dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang
diambil dan pengawasan.
6.3.2 Menyelia dan melatih kakitangan dibawah jagaanya.
6.3.3 Menguatkuasa Undang-Undang dan Peraturan-Perturan kecil
dibawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan
umum.
6.3.4 Menyiasat dan menyediakan laporan keatas semua kes penyakit
berjangkit.
6.3.5 Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis
makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelihan dan pasar.
6.3.6 Mengawasi kebersihan alam sekitar.
6.3.7 Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah
kepada institusi Kerajaan dan Swasta serta Badan-Badan Sukarela.
6.4 Karier sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di dalam sebuah
Jabatan juga memainkan peranan penting dalam setiap unit iaitu:
10
6.4.1 Unit Kawalan Kualiti Makanan
Menguatkuasakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1983. Menjalankan pemeriksaan makanan,termasuk
pengawasan industri makanan, pensampelan makanan ,
pendidikan kesihatan kepada pengusaha makanan dan pengguna.
6.4.2 Unit Kawalan Mutu Air Minum
Meninggikan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air
minum yang dibekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh
para pengguna.
6.4.3 Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling
Membantu mengawal & mengurangkan penyakit bawaan air dan
makanan melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air dan
sanitasi kepada penduduk luar bandar.
6.4.4 Unit RKPV ( Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor )
Bertanggungjawab ke atas morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit
bawaan vektor yang merangkumi penyakit Malaria, Denggi,
Filariasis, Japanese Encephalitis, Typhus, Hawar, Penyakit Demam
Kuning dan Chikungunya.
6.4.5 Unit CDC ( Communicable Control Disease )
Memantau dan menyelaras akitiviti kawalan dan pencegahan
penyakit berjangkit mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Kesihatan
Antarabangsa.
6.4.6 Unit Kawalan Penyakit Tibi Dan Kusta
Melindungi sekurang-kurangnya 95% daripada jumlah penduduk
yang mudah dijangkiti dengan imunisasai BCG Memberi rawatan
berkesan kepada sekurang-kurangnya 85% daripada punca
jangkitan yang telah dikenalpasti tidak lagi menjadi punca jangkitan
penyakit.
11
6.4.7 Unit KPAS ( Kesihatan Pekerja Dan Alam Sekitar)
Mempromosi kesihatan pekerjaan dan masyarakat terhadap kesan
dari perubahan alam pekerjaan dan alam sekitar akibat dari hazad-
hazad dalam pekerjaan mereka dan pencemaran alam sekitar.
6.4.8 Unit UPP (Penyiasatan Dan Pendakwaan)
Aktiviti utama unit ini adalah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) dan juga memantau serta
menyelaras aktiviti pendakwaan yang melibatkan Undang-Undang
Kesihatan Awam iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1985, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit
1975, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit-Penyakit
Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004.
6.5 CADANGAN PETEMPATAN PPKP DI JABATAN KESIHATAN DAERAH
6.5.1 UNIT PENYIASATAN
Unit Penyiasatan ini bertujuan untuk menggesan di mana adanya kes-kes yang
berlaku, contohnya masalah yang berkaitan dengan penyakit berjankit, mutu
kualiti makanan, masalah kesihatan pekerjaan, masalah kawalan mutu air
minum dan lain-lain yang boleh menyebabkan resiko kepada manusia, dengan
adanya unit ini, kita dapat minimumkan atau menghapuskan masalah yang
menjejaskan kesihatan manusia. PPKP yang terlibat di unit tersebut, mancari
kes-kes yang ada berlaku, menerima aduan dan menggenalpasti masalah yang
ada di sesuatu tempat, kemudian menggenalpasti unit yang berkaitan dengan
masalah yang ditemuhi, dan menberitahu kepada unit yang terlibat
6.5.1.1 Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang
dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil
dan pengawasan.
6.5.1.2 Menjalankan penyiasatan ke kampung- kampung, premis makanan,
tempat pekerjaan dan lain-lain.
6.5.1.3 Mengawasi kebersihan alam sekitar.
6.5.1.4 Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis
6.5.1.5 Menyiasat dan menyediakan laporan keatas kes
6.5.1.6 Menyelia dan melatih kakitangan dibawah jagaanya.
12
7.0 PERKEMBANGAN KERJAYA KESIHATAN PEREKITARAN DI LAIN-LAIN
AGENSI KERAJAAN
7.1 Kerjaya sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bukan sahaja
ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah, kebanyakan Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran akan diberi peluang pekerjaan di beberapa tempat yang
berkait rapat dengan kerjaya PPKP iaitu:
7.1.1 Di Majlis Perbandaran / Majlis Daerah
i. Kawalan Penyakit
Merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan
pengawalanpenyakit di kawasan perbandaran dan daerah.
Memantau dan memastikan pelaksanaan sistem notifikasi penyakit
berjangkitmengikut perundangan.
Penyiasatan awal dalam kejadian penyakit berjangkit di dalam
kawasan-kawasan perbandaran dan daerah yang terlibat.
ii. Kawalan Vektor
Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan
kawalanpenyakit bawaan vektor.
Membuat pemantauan pencegahan dan kawalan vektor di kawasan
pasardan tandas-tandas awam secara berjadual.
Melaksanakan Program Bebas Denggi di kawasan perbandaran dan
daerah.
Memastikan kawasan bangunan Majlis Perbandaran / Daerah bebas
daripada lipas, lalat, tikus di bawah Program LILATI.
Menjalankan aktiviti promosi kesihatan terhadap kawalan vektor
kepadaorang awam.
Menyediakan pelan tindakan bagi kerja-kerja ‘source reduction’
bagimengawal semua jenis nyamuk dan membuat cadangan untuk
mengatasimasalah pembiakan nyamuk.
iii. Keselamatan Dan Kualiti Makanan
Melaksanakan pemeriksaan semua premis makanan di kawasan
perbandarandan daerah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan
Daerah / Kawasan.
13
Melaksanakan aktiviti rampasan makanan di pasar tamu yang
melanggarAkta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985.
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan
berkaitanmakanan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah /
Kawasan.
Memastikan pengendali makanan mengamalkan amalan yang higen
/kebersihan diri.
Memantau status pemeriksaan kesihatan pengendali makanan.
Memantau aktiviti penjaja makanan di kawasan perbandaran dan
daerah.
7.1.2 JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
i. Bertanggungjawab dalam Menyediakan Pelan Tindakan Unit
Inspektorat Sekolah (UIS).
ii. Bertanggungjawab dalam Menjalankan Pemeriksaan Sekolah.
iii. Bertanggungjawab dalam Menjalankan Pemeriksaan Fizikal Institusi
Pengajian.
iv. Menjalankan Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
Akta Pengawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Membantu
memantau kejadian penyakit berjangkit
Penyakit Bawaan Makanan dan Penyakit Bawaan Air seperti
keracunanmakanan, dan tifoid.
Penyakit Bawaan Vektor seperti Denggi, Chikungunya, Malaria,
Filariasis, dan JE.
Vaccine Borne Disease seperti Measles dan Rubella.
14
v. Menjalankan pemeriksaan premis makanan di Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta.
vii. Menjalankan pemeriksaan Sokongan Teknikal PengeluaranPermit (IPTA
/ IPTS / Tadika / Taska / Pusat Tiusyen).
viii. Memantapkan Dokumentasi (Mengemaskini dan menganalisadata,
reten dan laporan)
ix. Membantu dalam aktiviti Promosi Kesihatan (PBDS, KENDIRI,Pendidikan
Kesihatan).
x. Membantu dalam Pembangunan Sumber Manusia.
xi. Terlibat dalam Koordinasi Program Bersepadu KesihatanSekolah.
xii.Sebagai Urusetia Pasukan Bertindak Kesihatan Sekolah (PBKS)Peringkat
Daerah.
8.0 LAIN-LAIN PERKARA YANG ADA KAITANNYA DENGAN PEMBANGUNAN
KESIHATAN PERSEKITARAN SECARA AM
8.1 Memberi latihan amali kepada Pelatih PPKP dalam latihan kursus asas
dan anggota Auksiliari kesihatan yang lain.
8.2 Memeriksa tapak bangunan,menyemak pelan-pelan bangunan dan
membuat syor-syor yang sewajarnya mengikut ‘Uniform Building By-
Laes1984 dan Drainage Sanitation Dan Sanitary Plumbing By-Laws.
8.3 Memeriksa kebersihan kilang,lading,sekolang dan sebagainya apabila
dirujuk oleh Jabatan yang berkenaan.
8.4 Pengurusan data termasuk merekod, mengemaskini, melapor,
menganalis, menyiasat dan menyediakan laporan aduan awam dan
kacauganggu.
8.5 Pengawasan tandas awam.
15
9.0 CADANGAN MEMAJUKAN KARIER PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN
PERSEKITARAN DI AGENSI KERAJAAN.
9.1 Mengikuti kursus berkaitan dengan tugas PPKP.
9.2 Mengikuti kursus yang diadakan oleh PKP.Contohnya – Kursus APSPP, FQC.
9.3 Melanjutkan pelajaran
Menggalakkan melajutkan pelajaran berkaitan dengan tugas PPKP
disebuah universiti
9.5 Menempatkan dalam satu unit yang sesuai dalam bidang kesihatan
persekitaran.
9.6 Mengamalkan 5s iaitu:
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa mengamalkan persekitaran yang bersih dan harmoni
9.7 Membuat pembetulan
Membetulkan setiap kesilapan yang boleh menjejaskan prestasi kerja.
10. KESIMPULAN
Kerjaya sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran memainkan peranan
yang sangat penting dalam menjaga kesihatan awam. Oleh itu, setiap Penolong
Pegawai Kesihatan yang diberi peluang dalam bidang ini haruslah memberi
komitmen yang tinggi di agensi-agensi kerajaan dan juga di lain-lain agensi
kerajaan.
16
17
Top Related