Download - PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

Transcript
Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERSEPADU UNIT TERAS LUKISAN PERSPEKTIF

TINGKATAN LIMA

MUHAMAD IZZUDDIN BIN HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERSEPADU UNIT TERAS LUKISAN

PERSPEKTIF TINGKATAN LIMA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : MUHAMAD IZZUDDIN BIN HAMID______________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. YEO KEE JIAR

NO 10, JALAN PADANG 3, (NAMA PENYELIA)

81100 STULANG BARU,

JOHOR BAHARU, JOHOR.

Tarikh: 30 APRIL 2008

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : ……………………………………….

Penyelia : DR YEO KEE JIAR

Tarikh : ……………………………

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERSEPADU UNIT TERAS LUKISAN PERSPEKTIF

TINGKATAN LIMA

MUHAMAD IZZUDDIN BIN HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : ………………………………

Nama penuh : MUHAMAD IZZUDDIN BIN HAMID

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

BUAT BONDA DAN AYAHANDA,

Hj. Hamid Bin Daud

Hjh. Fatimah Binti Omar

Bonda dan ayahanda yang sangat dikasihi dan dirindui,

Jutaan terima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga,

Membesarkan anakanda daripada kecil hingga menjadi manusia yang berguna,

Memberi pendidikan dunia dan akhirat, kata-kata nasihat dan semangat,

Akan anakanda kenang pengorbanan ini sehingga akhir hayat ini,

Tiada kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan betapa anakanda begitu

menyayangi bonda dan ayahanda.

Buat Pensyarah,

Dr. Yeo Kee Jiar

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Kerana banyak membantu dalam

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Buat Rakan-rakan,

Sokongan, bantuan dan dorongan mu wahai rakan akan ku kenang,

Ku doakan kalian semua memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah

serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang

telah banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana

Muda ini sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, DR. YEO

KEE JIAR atas keperihatinan beliau menyemak, menyumbangkan idea, memberikan

teguran, nasihat, bimbingan dan dorongan sepanjang projek ini dijalankan. Terima

kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa-

jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri

Johor, Pengetua dan guru-guru dari Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor

Bahru yang terlibat dan membantu secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada ayah dan ibu yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk

untukmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat adik-adik yang banyak memberi

dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

Akhir sekali untuk rakan-rakan terutamanya Syazwani Bte Abd Razak yang

banyak membantu dan memberi sokongan. Terima kasih juga kepada puhak yang

terlibat secara langsung atau pun secara tidak langsung. Terima kasih atas segala

bantuan dan sokongan ikhlas tanpa batas.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

v

ABSTRAK

Penggunaan bahan multimedia dalam bidang pendidikan banyak menyumbang terhadap

kaedah pembelajaran. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia,

maka wujudlah konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ).

Walaupun terdapat pelbagai pilihan perisian multimedia pada masa kini, namun perisian

multimedia pendidikan berlandaskan sukatan pelajaran negara dan unsur tempatan amat

terhad terutamanya bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Sehubungan

dengan itu, penyelidik menjalankan kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu

perisian PPBK Lukisan Perspektif bagu tajuk “Satu Titik” mengikut sukatan pelajaran

kejuruteraan Tingkatan Lima. Perisian ini menggabungkan beberapa perisian lain

seperti Macromedia Authorware, macromedia Flash Professional & Adobe Photoshop

CS, Swish Max dan Sony Sound Forge. Semua perisian ini dimuatkan ke dalam ke

dalam cakera padat (CD) dan diformat sebagai auto run supaya bersifat mesra pengguna.

Penggunaan perisian ini mudah dikendalikan dan bersifat mesra pengguna. Diharapkan

perisian ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam bidang

kejuruteraan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

vi

ABSTRACT

The use of multimedia in the field of education has contributed greatly towards the

effectiveness of teaching methods todate. As a result of rapid development in

multimedia, it has triggered teaching and learning by using computers. Although there

are ample multimedia softwares availabe in the market, the availability of software with

local content is still limited especially in the subject of Engineering Drawing (Lukisan

Kejuruteraan). In relation to this, this research was carried out to produce a Computer

Assisted Teaching ( CATL ) software in Perspective Drawing (Lukisan Perspektif) for

the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five.

Parallel to this, several softwares such as Macromedia Authorware, macromedia Flash

Professional & Adobe Photoshop CS, Swish Max dan Sony Sound Forge were integrated

to produce this multimedia software. The software developed was presented in the form

of CD and formatted as auto run in order to be user friendly. Hopefully this software

could enhance students’ knowledge and understanding in the field of engineering.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA Muka Surat

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Rasional Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Rasional Projek 9

1.6.1 Menarik dan Mudah Digunakan 10

1.6.2 Berorientasikan Pengguna 10

1.6.3 Berinteraktif dan Efektif 11

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

viii

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Perisian 12

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Pendidikan berbantukan komputer (PBK) 12

1.9.2 Multimedia 13

1.9.3 Interaktif 14

1.10 Rumusan 15

2 SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 17

2.2.1 Pendekatan Tingkah Laku 17

2.2.2 Pendekatan Kognitif 17

2.2.3 Pendekatan Konstruktif 18

2.3 Pembentukan Konsep dan Permasalahannya Dalam 19

Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

2.4 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 20

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 21

2.6 Takrif Multimedia 22

2.7 Perkara-perkara Penting Dalam Multimedia 23

2.7.1 Teks 23

2.7.2 Grafik 24

2.7.3 Bunyi (audio) 25

2.7.4 Video 26

2.7.5 Animasi 26

2.7.6 Interaktiviti 27

2.7.7 Hiperteks ( Hypertext ) 28

2.8 Ciri-ciri Perisian Yang Baik 28

2.9 Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Pembelajaran 29

Lukisan Kejuruteraan

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

ix

2.10 Pembinaan Perisian Multimedia Pendidikan 31

2.10.1 Analisis 31

2.10.1.1 Terhadap Pengguna dan 31

Pelajar

2.10.1.2 Terhadap Persekitaran 32

Pembelajaran

2.10.1.3 Terhadap Kandungan 32

Pelajaran atau Tingkah Laku

2.10.1.4 Terhadap Matlamat Pengajaran 32

2.10.2 Reka Bentuk 33

2.10.2.1 Pembentukan Objektif yang 33

Khusus

2.10.2.2 Pembinaan Item-item Ujian 34

2.10.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 34

2.10.3 Pembangunan 34

2.10.4 Perlaksanaan 35

2.10.5 Penilaian 35

2.11 Rumusan 35

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN PPBK 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Rekabentuk Am 38

3.3 Model Rekabentuk Perisian 38

3.3.1 Fasa Analisis Keperluan 40

3.3.1.1 Mengenal Pasti Tajuk dan Skop 41

Pelajaran

3.3.1.2 Mengenal Pasti Sasaran Pengguna 41

3.3.1.3 Mengenal Pasti Ciri-ciri Pengguna 41

3.3.1.4 Mengenal Pasti Objektif Pembangunan 42

Perisian

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

x

3.3.1.5 Menentukan Perkakasan Komputer yang 42

Diperlukan

3.3.1.6 Menentukan Perisian yang Diperlukan 43

3.3.1.6.1 Macromedia Authorware 7.01 43

3.3.1.6.2 Adobe Photoshop 7.0 43

3.3.1.6.3 Arcsoft PhotoStudio 2000 44

3.3.1.6.4 Sound Forge 7.0 44

3.4 Fasa Reke Bentuk 44

3.4.1 Pembentukan Objektif 45

3.4.2 Pembentukan Item-item Ujian 46

3.4.3 Pemilihan Strategi 47

3.4.3.1 Latih Tubi 48

3.4.3.2 Tutorial 48

3.4.3.3 Penemuan atau Pencarian 48

3.4.4 Kesesuaian Sistem Multimedia 49

3.4.4.1 Teks 49

3.4.4.2 Grafik 50

3.4.4.3 Video 50

3.4.4.4 Animasi 51

3.4.4.5 Audio 51

3.5 Pembangunan 52

3.5.1 Carta Alir Rekabentuk Perisian 52

3.6 Kajian Penggunaan Perisian 54

3.7 Rumusan 54

4 HASIL REKA BENTUK KAJIAN 56

4.1 Pendahuluan 56

4.2 Pakej Perisian 57

4.3 Kandungan Perisian PBK 57

4.3.1 Montaj Permulaan Perisian 58

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xi

4.3.2 Menu Utama 59

4.3.3 Pengenalan 59

4.3.4 Jenis-jenis Lukisan Perspektif 60

4.3.5 Submenu Pilihan 61

4.3.6 Konsep 62

4.3.7 Kaedah Melukis Lukisan Perspektif 63

4.3.8 Aplikasi Lukisan Perspektif Dalam Bidang 64

Kejuruteraan

4.3.9 Contoh-contoh Soalan SPM 65

4.3.10 Latihan 66

4.4 Penilaian Terhadap Perisian PBK Yang Telah 66

Dibangunkan

4.4.1 Perolehan Data Penilaian Pelatih 68

4.4.1.1 Bahagian A - Menghasilkan perisian 68

PBK interaktif yang menarik untuk

meningkatkan proses pembelajaran

yang berkesan.

4.4.1.2 Bahagian B - Menghasilkan perisian 69

PBK untuk digunakan sebagai

sumber atau modul pembelajaran

kendiri.

4.4.1.3 Bahagian C - Meningkatkan minat 71

pelajar untuk terus belajar dan

menerokai ilmu pengetahuan secara

sendiri (tutor di rumah).

4.4.1.4 Bahagian D – Membolehkan pelajar 73

mengulangkaji topik ini secara

berulangkali berdasarkan tahap

pencapaian pelajar yang berbeza

4.4.2 Penilaian Pengajar 74

4.5 Rumusan 75

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xii

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Kekurangan Kepakaran Dan Kemahiran 77

5.2.2 Merekabentuk Perisian 77

5.2.3 Penguasaan Isi Kandungan Perisian 78

5.2.4 Masa 79

5.2.5 Kos 79

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Pembangunan Projek Dilakukan Secara 81

Berkumpulan

5.4.2 Pembangunan Perisian Menggunakan 81

Dwi Bahasa

5.4.3 Menggalakkan Penyertaan Pelajar 81

5.5 Penutup 82

BIBILIOGRAFI 84

LAMPIRAN 90

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Analisis statistik bagi aspek interaktif dan 68

mudah digunakan.

4.2 Analisis statistik bagi aspek modul pembelajaran 69

Kendiri.

4.3 Analisis statistik bagi aspek meningkatkan mina.t 71

4.4 Analisis statistik bagi aspek mengulangkaji. 73

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.0 Carta aliran bagi keseluruhan perisian 53

2.1 Paparan montaj 1 58

2.2 Paparan montaj 2 58

3.0 Paparan menu utama 59

4.0 Paparan pengenalan 60

5.0 Paparan jenis-jenis Lukisan Perspektif 61

6.1 Paparan submenu Lukisan Pandangan Pertama 62

6.2 Paparan submenu kaedah melukis Lukisan 62

Pandangan pertama

7.0 Paparan konsep 63

8.0 Paparan kaedah 64

9.0 Paparan aplikasi 65

10.0 Paparan contoh soalan SPM 65

11.0 Paparan latihan 66

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xv

SENARAI SINGKATAN

CD - Compact Disk

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berpandukan Komputer

CAL - Computer Assisted Learning

CAI - Computer Aided Instruction

CBI - Computer Basic Instruction

CBL - Computer Basic Learning

CAICAS - Computer Aided Instruction Courseware Aithoring System

USM - Universiti Sains Malaysia

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

BBM - Bahan Bantu Mengajar

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik 90

B Pengesahan status pengajar 95

C Surat dari Perancangan dan 97

Penyelidikan Dasar Pendidikan

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

xvii

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada

masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan

pendidik mengambil peranan kedua selepas ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan

perwatakan pelajar. Malah tidah dapat disangkalkan lagi, guru mempunyai pengaruh

terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Para pendidik

harapan bangsa ini hendaklah berusaha mencari asas yang sesuai untuk membuat

keputusan terhadap cara pengajaran agar pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih

efisien.

Ledakan teknologi komputer telah menyedarkan masyarakat dalam menghadapi

era kecanggihan pendidikan berteknologi tinggi. Hasil daripada kesedaran ini, kerajaan

telah meletakkan harapan yang tinggi kepada pihak yang terlibat dalam sistem

pendidikan negara dalam merancang dan melaksanakan dasar bagi membentuk generasi

yang seimbang bagi mencapai Wawasan 2020.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

77

Dalam menentukan hala tuju untuk menghadapi zaman kebangkitan informasi

pendidikan, satu-satunya projek negara yang dapat memenuhi hasrat ini adalah dengan

mewujudkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Kepentingan MSC dalam bidang

ini terbukti apabila fasa pertama pembangunan Bandaraya Pintar, Cyberjaya siap lebih

awal daripada yang dijangkakan walaupun negara sedang mengalami kegawatan

ekonomi. Ketika itu, Universiti Multimedia (MMU) pula telah dirasmikan sebagai Pusat

Intelektual Cyberjaya, selain asas penggerak kewujudan pengetahuan inovasi serta

pembangunan dan penyelidikan. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad dalam Berita Harian bertarikh 9 Julai (1999) menyatakan bahawa,

MMU adalah penanda kritikal dalam evolusi negara ke arah sebuah masyarakat bermaklumat.

”Seperti MSC yang dibina sebagai maklumat baru dan multimedia, MMU diwujudkan sebagai

pendahulu utama bagi pendidikan alaf ke 21,”.

Sejak awal tahun 1980-an, teknologi seperti komputer peribadi telah

diperkenalkan di negara kita. Walau bagaimanapun, pada masa itu potensi teknologi atau

komputer tidak digunakan sepenuhnya di sekolah. Penggunaannya amat terbatas dan

hanya berfungsi sebagai alat tambahan ataupun untuk tujuan pengajaran literasi

komputer sahaja, jauh sekali digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah. Peranan guru pada masa itu amat penting sebagai pembekal dan penyampai

maklumat yang mutlak.

Penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar di sekolah merupakan

asas tunjang kepada kemajuan bagi sesebuah negara yang ingin mencapai matlamat

menjadikan rakyat dan generasinya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah supaya seiring dengan

negara-negara maju yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

efektif.

Pakar-pakar psikologi telah memperkenalkan teori pembelajaran seperti teori

tingkah laku, teori kognitif dan teori konstruktivisme yang menjadi panduan kepada guru

dalam mereka bentuk sesuatu bahan pengajaran. Pakar pendidikan menganggap bahawa

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

78

sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlulah berlandaskan teori pengajaran

dan pembelajaran agar pendekatan yang dilahirkan dapat membantu pelajar belajar

dengan lebih berkesan dan sistematik. Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang

hangat dibincangkan dan diaplikasikan bagi mereka bentuk sesuatu perantaraan

pengajaran. Mengikut teori ini, pelajar digalakkan membina pengetahuan sendiri

berdasarkan interaksi pelajar dengan persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Didapati pengetahuan yang dibina oleh pelajar sendiri adalah lebih bermakna dan lebih

berkekalan di dalam minda pelajar.

Pendekatan pembelajaran berbantukan komputer dan multimedia telah

diaplikasikan dalam bidang pendidikan sejak tahun 90-an. Para guru mendapati

penggunaan komputer dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pelajaran

dengan lebih mudah contohnya konsep sains khususnya konsep-konsep yang abstrak,

seperti yang terdapat dalam tajuk diod. Konsep-konsep yang abstrak ini boleh

digambarkan dalam situasi mikro supaya pelajar dapat memahami konsep yang abstrak

ini dengan lebih mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kesedaran guru tentang manfaat komputer menjadikan mereka berminat untuk

menggunakannya sebagai alat untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

(Rio Sumarni, 1996). Kenyataan ini amat bersesuaian dengan dapatan A. Rahman Ahmad

(1995) yang menyatakan bahawa untuk melaksanakan pengajaran yang menarik dan

berkesan, guru hendaklah memilih bahan daripada pelbagai sumber dan tidak bergantung

pada buku teks semata-mata. Sistem pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) lebih tertumpu kepada

pembelajaran interaktif. Pembelajaran interaktif yang dimaksudkan ialah pembelajaran dua

hala yang banyak melibatkan interaksi guru dengan murid. Faktor pembelajaran interaktif

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

79

inilah yang mendorong ke arah penggunaan multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi menarik minat dan memotivasikan pelajar.

Usaha ke arah pembinaan perisian ini direka bentuk disebabkan oleh beberapa

faktor. Faktor kekurangan perisian berbentuk teknikal di pasaran menjadikan matlamat

utama projek ini. Perisian pendidikan yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak

menepati ojektif atau hasil pembelajaran serta aktiviti pembelajaran yang digariskan dalam

kurikulum yang dikehendaki oleh pihak pendidikan. Perisian berperanan sebagai sebuah

buku elektronik yang memerlukan murid menggunakan komputer sahaja. Masalah

kekurangan guru pakar dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan juga mendorong

penyelidik menjalankan kajian untuk membina perisian ini.

Masa pembelajaran yang terhad di sekolah sering menjadi salah satu faktor yang

menjadikan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dengan jayanya. Kekangan masa

juga menjadi faktor penting dalam pembinaan perisian teknikal ini kerana sewaktu proses

pengajaran guru mengambil masa yang agak lama dalam melukis kembali lukisan-lukisan

dalam pelbagai sudut di samping penerangan yang perlu disampaikan dalam satu masa.

Perisian ini juga bertujuan untuk meringankan beban guru sewaktu mengajar di dalam bilik

darjah. Kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam proses pembelajaran kendiri

mereka sewaktu melakukan latihan melukis kerana mereka susah untuk mendapat bantuan

serta rujukan segera. Dengan adanya perisian teknikal ini, pelajar dapat menyelesaikan

masalah mereka secara tepat dan cepat. Secara tidak langsung pelajar juga dapat

mempelajari dan memahirkan diri dalam menggunakan komputer.

Pembelajaran yang banyak memerlukan kefahaman tentang bentuk, pergerakan dan

ketepatan seperti mata pelajaran teknikal, Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan

Kejuruteraan akan lebih mudah difahami dan dihayati oleh pelajar sekiranya suatu sumber

alternatif direka untuk mempengaruhi dan merangsang minda pelajar. Pelbagai media

pengajaran perlu digabungkan bertujuan untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan

itu, projek ini merupakan satu usaha untuk mereka bentuk perisian multimedia khususnya

untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

80

pelajaran elektif di sekolah.

Komputer merupakan salah satu alat yang penting dalam era pengetahuan.

Dengan kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi komputer dan terciptanya

komputer peribadi yang murah serta mempunyai keupayaan yang tinggi, komputer telah

digunakan secara meluas dalam berbagai-bagai bidang. Komputer digunakan secara

meluas dalam bidang-bidang seperti perniagaan, perubatan, pentadbiran kerajaan, hiburan

dan juga pendidikan. Dalam hal ini, penggunaan komputer telah mengubah cara manusia

bekerja, belajar, dan berhibur.

Penggunaan komputer menjadi faktor penting dalam menjayakan sistem

pendidikan negara . Jika diteliti falsafah pendidikan negara, dapat dilihat bahawa

perhatian terhadap pendidikan yang berterusan iaitu ‘Pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan’. Untuk merealisasikan impian ini maka beberapa usaha haruslah dilakukan,

umpamanya meningkatkan kaedah dan alat serta bahan pengajaran.

Pengguna teknologi dalam bidang pendidikan semestinya menumpukan sepenuh

perhatian menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dengan segala jenis teknologi yang

telah dibangunkan. Ini perlu diberi tekanan kerana teknologi pendidikan semakin

berubah dari semasa ke semasa. Jika kita lihat pada zaman dahulu pengajaran dan

pembelajaran hanya menggunakan kapur dan papan hitam.

Pendekatan pengajaran secara tradisi awal yang berasaskan “chalk and talk”

tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak

melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran

pengajian Lukisan Kejuruteraan (LK). Mata pelajaran LK berhubung kait dengan mata

pelajaran Sains yang mengandungi banyak topik yang memerlukan pelajar berfikir

secara kreatif dan kritis untuk menggambarkan lukisan yang akan dihasilkan.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

81

Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk

memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan berkurangan

sekiranya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara tradisional

menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan

alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian iaitu mampu menimbulkan rangsangan

positif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kertas Noraziah (1981) kerja yang bertajuk ‘Alat Mengajar dalam

Pengajaran Bahasa’, menerangkan bahawa alat bantu memainkan peranan sebagai salah

satu bahagian yang padu (integral part) dalam proses pengajaran bahasa. Alat bantu

bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid dan antara

murid dengan murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bermaksud penggunaan

komputer yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menyeronokkan. Kaedah ini melibatkan interaktiviti antara pelajar dengan komputer dan

guru berfungsi sebagai fasilitator (Burke, 1982). Interaktif berlaku melalui penggunaan

perisian. Bahan multimedia yang digunakan mengandungi gabungan teks, gambar,

bunyi dan animasi mampu menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik dalam

sesuatu mata pelajaran lantas sesuatu objektif mata pelajaran tercapai.

Penggunaan perisian interaktif juga memanafaatkan golongan pendidik kerana

banyak masa dapat dijimatkan dan golongan pendidik tidak perlu menulis pada papan

hitam tetapi cuma perlu memasukkan disket, CD ataupun pen drive ke dalam komputer.

Secara tidak langsung kelas menjadi lebih terkawal dan lebih menarik dengan bahan

yang dipaparkan. Perisian yang dibina mestilah mampu menarik minat pelajar dan

berkonsepkan pedagogi agar matlamat atau objekif sesuatu mata pelajaran tercapai

dengan jayanya.

Dalam mata pelajaran teknikal seperti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,

penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu dalam memberikan kefahaman kepada

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

82

pelajar misalnya dalam tajuk diod. Dalam tajuk ini perlu diterangkan sesuatu yang

abstrak iaitu pergerakan zarah-zarah yang bergerak melalui dua medium yang berbeza.

Dalam mempelajari konsep-konsep kimia yang abstrak dan sukar ini penyampaian

melalui pendekatan dan kaedah yang berkesan mampu menjadikan konsep-konsep kimia

lebih konkrit dan mudah difahami. Dalam hal ini, komputer dipercayai mampu

membantu pelajar memahami konsep kimia yang abstrak. Komputer boleh digunakan

untuk melaksanakan dan mempersembahkan idea abstrak. Idea yang abstrak ini boleh

dinyatakan, difikir dan dilihat sebagai sesuatu yang lebih konkrit dalam keadaan mikro.

Beberapa kajian yang dijalankan (de Jong et al., 1991; Njoo dan De Jong,1993;

Hennessy et al., Williamson dan Abraham, 1995) menunjukkan bahawa pengajaran yang

berasaskan komputer terutamanya simulasi telah memberikan pengalaman yang dapat

menyedarkan pelajar tentang salah konsep mereka. Pembelajaran secara penerokaan

dengan menggunakan simulasi membenarkan pelajar membina ilmu pengetahuan

mereka sendiri serta bersikap lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Oleh itu pembinaan dan penggunaan aplikasi multimedia merupakan suatu

kaedah yang sesuai yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan

pembelajarannya dalam tajuk Lukisan Perspektif. Perisian ini akan menjadi satu

alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian PPBK dengan topik

Lukisan Perspektif dalam Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima di

sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pembangunan perisian ini merupakan satu usaha ke

Page 28: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

83

arah mengatasi kekurangan perisian berunsurkan tempatan dan sebagai tambahan kepada

perisian-perisian yang telah sedia ada.

Perisian kursus multimedia interaktif boleh bertindak sebagai pembimbing dalam

proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif boleh digunakan

dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian persendirian dan cakera keras. Perisian

kursus interaktif multimedia ini juga diharap akan dapat menjadi media pengajaran yang

boleh digunakan oleh pelajar pada waktu pembelajaran yang anjal. Menurut Hamidah

(1999), sesuatu media pengajaran dibina dengan peranan untuk membantu pelajar -

pelajar memahami dan menguasai sesuatu konsep, aspek atau komponen dalam subjek

tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka minda pelajar ke arah pemikiran

mendalam melalui pembelajaran terperinci secara interaktif. Diharapkan perisian yang

dibina setanding dengan perisian yang dibangunkan oleh pihak-pihak yang lain yang

banyak terdapat di pasaran.

1.4 Rasional Kajian

Perubahan sistem pendidikan yang fleksibel telah memberi peluang kepada

pelajar-pelajar untuk memilih bidang yang bersesuaian diminati dengan minat mereka.

Ini terbukti apabila pelajaran lukisan kejuruteraan telah pun dikembangkan di sekolah-

sekolah akademik harian biasa berbanding dengan sebenarnya apabila mata pelajaran

dulu hanya tertumpu di sekolah-sekolah aliran teknik sahaja.

Sehubungan dengan itu, perisian multimedia amat diperlukan bagi memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik. Proses pengajaran dan

pembelajaran ini juga lebih fleksibel dan mampu berinteraksi mengikut kehendak

pengguna serta kesesuaian tahap pembelajaran dibandingkan dengan penggunaan alat

bantu mengajar yang sedia ada. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat

Page 29: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN LUKISAN … · the topic of “One Point” ( Satu Titik) based on the syllabus of Engineering in Form Five. Parallel to this, several softwares

84

membantu guru dan juga pelajar memahami setiap konsep dengan cepat dan tepat.

Proses pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dibincangkan, penyelidik telah

menggariskan dua objektif untuk dicapai menerusi kajian ini. Objektif-objektif kajian

adalah seperti yang ditunjukkan pada muka surat berikut:

1.5.1 Menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

Multimedia mengenai satu topik kecil “Lukisan Perspektif” mengikut Sukatan

Pelajaran Tingkatan Lima yang dapat menggabungkan pelbagai media seperti

audio, imej, animasi grafik dan sebagainya dengan tujuan meningkatkan

keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran para pendidik dan pelajar.

1.5.2 Menambah bilangan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer versi

tempatan khasnya dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan.

1.5.3 Menyediakan bentuk perisian yang interaktif dan sesuai dengan kehendak

sukatan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan tingkatan lima.

1.5.4 Memudahkan pelajar memahamim pelajaran dengan perisian yang menarik.