PEMBANGUNAN PERISIAN MULITIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN
LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK HABA DAN PEMINDAHANNYA
SAINS KBSM TINGKATAN 1
WAN SHIAU SAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK HABA DAN PEMINDAHANNYA SAINS KBSM TINGKATAN SATU
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya WAN SHIAU SAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh
________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 378, JALAN UTAMA, KOPISAN Dr. Zaidatun binti Tasir BARU, 31600 GOPENG, PERAK. Nama Penyelia
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Pendidikan ( Sains )”.
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia I : Dr. Zaidatun Bt. Tasir___
Tarikh : 11 MAC 2004
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN
KECERDASAN LOGIK – MATEMATIK BAGI TAJUK
HABA DAN PEMINDAHANNYA
WAN SHIAU SAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………
Nama Penulis : WAN SHIAU SAN
Tarikh : ..11 MAC 2004…..
iii
Untuk ayah, ibu, kakak dan adik tersayang
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
penyelia Projek Sarjana Muda ini, Dr. Zaidatun Bt. Tasir yang sentiasa sudi
memberikan bantuan, bimbingan dan nasihat kepada pengkaji sepanjang tempoh
menyelesaikan tesis ini. Dengan galakkan beliau, pengkaji dapat menyempurnakan
tesis ini pada masa yang telah ditetapkan.
Selain itu, pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan sekursus (4SPN) dan rakan-rakan, terutamanya
saudara Tan Khar Meng yang sentiasa memberikan bantuan dan galakkan kepada
pengkaji sepanjang masa menyempurnakan tesis ini.
Penulis juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang
sentiasa menyokong dan mendorong pengkaji dalam menjayakan tesis ini.
Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau secara tidak langsung dalam membantu menyelesaikan tesis ini.
v
ABSTRAK
Dalam zaman komputer ini, banyak aktiviti seharian manusia telah melibatkan
penggunaan komputer termasuklah dalam bidang pendidikan. Pada masa kini,
teknologi multimedia telah digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Sebagai contohnya, Pembelajaran Berbantukan Komputer
( PBK ) telah digunakan dalam proses P&P. Kajian ini bertujuan untuk
membangunkan sebuah perisian PBK yang bertajuk “Heat ” (Haba dan Pemindahanya
). Isi pembelajaran dalam perisian ini adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains
Tingkatan 1 yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ).
Skop dalam perisian ini meliputi pengertian haba dan suhu, cara-cara pemindahan haba
dan kegunaan pemindahan haba dalam kehidupan seharian. Tajuk ini dipilih kerana isi
pembelajaran tajuk ini adalah abstrak. Oleh itu, pelajar biasanya sukar untuk
menguasai tajuk ini. Dengan penggunaan teknologi multimedia, bahagian-bahagian isi
pelajaran yang abstrak dalam tajuk ini dapat dikonkritkan menerusi imej, animasi dan
video yang berkaitan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan di dalam perisian ini
ialah teori Kecerdasan Pelbagai jenis Kecerdasan Logik-Matematik. Perisian ini
dibangunkan dengan menggunakan kombinasi perisian-perisian seperti Macromedia
Authorware 6.0, Sound Forge 6.0 dan Photoshop 6.0 untuk menghasilkan grafik,
animasi, video dan audio. Diharapkan setelah menggunakan PBK ini, pelajar-pelajar
dapat menguasai tajuk ini dengan lebih tepat.
vi
ABSTRACT
In this world of computers, many activities in our daily life are being
computerized. Education has also been computerized. The technology of multimedia
has already been widely used in the learning process. For example, Computer Aided
Instruction (CAI) is also used in learning. The purpose of this project is to develop a
courseware, titled “HEAT”. This courseware is based on the Form 1 Science Syllabus,
which is made by the Ministry of Education (Malaysia). The scope of this courseware
is the meaning of heat and temperature, types of heat flow and the uses of heat flow in
our daily life. This topic is chosen because the content of this topic is too abstract and
students usually face difficulties in learning and understanding this topic. By using the
technology of multimedia, a student will be able to visualize the abstract content of
this topic through related images, animations and videos. The teaching and learning
strategies used in this courseware is based on one of the Multiple Intelligences, which
is called Logical-Mathematical Intelligence. This courseware is developed by using
the combination of some softwares. For example, Macromedia Authorware 6.0, Sound
Forge 6.0 and Photoshop 6.0. This softwares can make graphic, animation, video and
audio. After using this courseware, hope that, pupils can learn and understand this
topic better.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Rasional Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.7.1 Definisi Kajian 9
1.7.2 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) 9
viii
1.7.3 Multimedia 10
1.7.4 Kecerdasan Pelbagai 11
1.7.5 Kecerdasan Logik-Matematik 11
1.8 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Perkembangan Komputer dalam
Bidang Pendidikan 12
2.3 Keberkesanan dan Penggunaan
Perisian PBK 13
2.4 Kepentingan PBK 14
2.5 Teori-teori Pembelajaran 15
2.5.1 Teori Behaviorisme 15
2.5.2 Teori Kognitif 16
2.5.3 Teori Konstruktivisme 17
2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence) 19
2.6 PBK dan Jenis-jenis PBK 20
2.6.1 Perisian Tutorial 21
2.6.2 Perisian Latih Tubi 21
2.6.3 Perisian Simulasi 21
2.6.4 Perisian Permainan Berpendidikan 22
2.7 Kesan Perisian dalam Pembelajaran yang
Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai 22
2.8 Penutup 23
ix
BAB III REKA BENTUK PERISIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Model Reka Bentuk yang Digunakan 24
3.3 Carta Alir Perisian 28
3.4 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan
Logik-Matematik Di Dalam PBK 31
3.5 Pemilihan Perisian yang Digunakan Untuk
Menghasilkan PBK 32
3.6 Bentuk Sebaran Perisian 33
3.7 Penutup 34
BAB IV HASIL PERISIAN 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Struktur Asas Perisian 35
4.2.1 Skrin Paparan Tajuk 36
4.2.2 Skrin Paparan Masukkan
Nama Pengguna 37
4.2.3 Skrin Paparan Menu Utama
(Skrin Pilihan Topik) 39
4.2.4 Topik “Heat and Temperature” 40
4.2.5 Topik “Heat Flow” 42
4.2.6 Topik “Uses Of Heat Flow” 61
4.2.7 Skrin Paparan Latihan 64
4.2.8 Skrin Paparan Alatan Lain Dalam
Perisian 67
4.2.9 Skrin Paparan Keluar 70
4.3 Komen Terhadap Perisian 71
x
4.4 Penutup 72
BAB V PENUTUP 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 74
5.2.2 Kebaikan Perisian Yang
Dibangunkan 75
5.2.3 Kelemahan Perisian Yang
Dibangunkan 76
5.3 Kesimpulan Kajian 76
5.4 Cadangan Dalam Memperbaiki Perisian 77
5.4 Penutup 78
RUJUKAN 80
LAMPIRAN A 85
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perkembangan Penggunaan Komputer
di Malaysia 13
3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem
Hanaffin dan Peck 25
3.2 Carta alir bagi perisian multimedia yang telah
Dibangunkan 30
4.1 Paparan Persembahan Tajuk 36
4.2 Paparan Pengenalan Perisian 37
4.3 Paparan Masukkan Nama Pengguna 38
4.4 Paparan Nama Pengguna 38
4.5 Paparan Menu Utama (Pilihan Topik) 39
4.6 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik
“Heat and Temperature” 40
4.7 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Temperature” 41
4.8 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Heat Energy” 41
4.9 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Heat Energy” 42
4.10 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik
“Heat and Temperature” 43
xii
4.11 Paparan Isi Kandung 1 Bagi Subtopik “Concept” 44
4.12 Paparan Isi Kandung 2 Bagi Subtopik “Concept” 45
4.13 Paparan Isi Kandung 3 Bagi Subtopik “Concept” 45
4.14 Paparan Isi Kandung 4 Bagi Subtopik “Concept” 46
4.15 Paparan Isi Kandung 5 Bagi Subtopik “Concept” 47
4.16 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Conduction” 48
4.17 Paparan Isi Kandungan 2 Bagi Subtopik “Conduction” 48
4.18 Paparan Isi Kandungan 3 Bagi Subtopik “Conduction” 49
4.19 Paparan Isi Kandungan 4 Bagi Subtopik “Conduction” 50
4.20 Paparan Isi Kandungan 5 Bagi Subtopik “Conduction” 50
4.21 Paparan Isi Kandungan 6 Bagi Subtopik “Conduction” 51
4.22 Paparan Isi Kandungan 7 Bagi Subtopik “Conduction” 51
4.23 Paparan Isi Kandungan 8 Bagi Subtopik “Conduction” 52
4.24 Paparan Isi Kandungan 9 Bagi Subtopik“Conduction” 53
4.25 Paparan Isi Kandungan 10 Bagi Subtopik “Conduction” 53
4.26 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Convection” 54
4.27 Paparan Isi Kandungan 2 Bagi Subtopik “Convection” 54
4.28 Paparan Isi Kandungan 3 Bagi Subtopik “Convection” 55
4.29 Paparan Isi Kandungan 4 Bagi Subtopik “Convection” 55
4.30 Paparan Isi Kandungan 5 Bagi Subtopik “Convection” 56
4.31 Paparan Isi Kandungan 6 Bagi Subtopik “Convection” 56
4.32 Paparan Isi Kandungan 1 Bagi Subtopik “Radiation” 57
4.33 Paparan Isi Kandungan 8 Bagi Subtopik “Radiation” 58
4.34 Paparan Isi Kandungan 9 Bagi Subtopik “Radiation” 58
4.35 Paparan Isi Kandungan 10 Bagi Subtopik “Radiation” 59
4.36 Paparan Isi Kandungan 11 Bagi Subtopik “Radiation” 59
4.37 Paparan Isi Kandungan 12 Bagi Subtopik “Radiation” 60
4.38 Paparan Isi Kandungan 13 Bagi Subtopik “Radiation” 60
4.39 Paparan Isi Kandungan 14 Bagi Subtopik “Radiation” 61
4.40 Paparan Pilihan Subtopik Bagi Topik
“Uses Of Heat Flow” 62
xiii
4.41 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Everday Application of Conduction” 63
4.42 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Everyday Application of Convection” 63
4.43 Paparan Isi Kandungan Bagi Subtopik
“Everyday Application of Radiation” 64
4.44 Paparan “Exercise” ( Penilaian Sumatif) 66
4.45 Paparan Peneguhan Negatif Bagi “Exercise” 66
4.46 Paparan Peneguhan Positif Bagi “Exercise” 67
4.47 Paparan Glosari 68
4.48 Paparan “Help Menu ” 1 69
4.49 Paparan “Help Menu ” 2 69
4.50 Paparan Keluar 70
5.51 Paparan Penamat 71
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Isi kandungan bagi “Heat”
(Haba dan Pemindahannya) 84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam arus perkembangan dan kemajuan era teknologi maklumat (IT),
pengaliran dan penukaran pelbagai maklumat kontemporari yang berlaku di seluruh
dunia telah memberi kesan yang luas kepada seluruh dunia. Pelbagai bidang
dipengaruhi oleh perkembangan ini dan seterusnya mengalami perubahan yang drastik,
misalnya dalam bidang ekonomi, sistem kewangan, perkembangan maklumat semasa,
pendidikan, perkembangan politik dan lain-lain.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju pada tahun
2020, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah
mengumumkan Wawasan 2020 ketika berucap di persidangan pertama Majlis
Perniagaan Malaysia. Untuk mencapai Wawasan ini, negara kita perlu mengatasi
sembilan cabaran. Bagi menyahut cabaran yang keenam dalam cabaran tersebut, iaitu
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh, Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah
melancarkan Koridor Raya Multimedia dalam ucapan pelancaran Putrajaya pada 29
Ogos 1995. Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)
2
merupakan tonggak dalam strategi pembangunan terbaru yang paling optimum bagi
mencapai Wawasan 2020 menggerakkan Malaysia menuju ke era teknologi maklumat.
MSC meliputi kawasan seluas 15km kali 50km meliputi Pusat Bandar Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Kawasan ini
merupakan kawasan percambahan idea untuk bidang pengurusan, penyelidikan,
pembuatan dan penyebaran maklumat serta produk berunsurkan multimedia.
Untuk merealisasikan Wawasan 2020, institusi-institusi pendidikan di semua
peringkat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kefahaman mengenai
teknologi maklumat di kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat yang
berbudaya informasi maklumat yang moden dan efisien.
Pembaharuan perlu diadakan dalam semua aspek pendidikan. Maka, sekolah
Bestari dicadangkan dan telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan MSC. Di
sekolah Bestari, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Baharuddin Aris, et.al (2001), Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
Di negara yang berlainan, PBK mempunyai gelaran yang berlainan. Misalnya
di Amerika Syarikat, PBK dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI).
Menurut James Lockard, et.al (1997), CAI adalah sesuatu perkhidmatan yang paling
umum bagi membolehkan pelajar berinteraksi secara terus dengan komputer yang
berperanan sebagai pengajar.
Diana Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan
komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat
3
bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman
pelajaran dengan lebih mudah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Salah satu matlamat Pendidikan Negara ialah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan seimbang, iaitu potensi yang ada pada diri seseorang
individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara
mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain
(Mok Soon Sang, 1998). Akan tetapi kaedah pengajaran yang diamalkan oleh
pengajar sekarang adalah berpusatkan guru, iaitu guru menyampaikan isi pelajaran dan
pelajar hanya menerima pengetahuan secara pasif. Ini menyebabkan pelajar berasa
bosan semasa guru mengajar di dalam kelas.
Selain itu, guru menggunakan kaedah pengajaran yang sama untuk mengajar
sebilangan pelajar yang ramai dan berlainan keupayaan dan potensi. Ini menyebabkan
pelajar kurang terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan seterusnya menjadi kurang
berminat dalam pembelajaran Sains. Biasanya pelajar yang belajar pada kadar yang
lebih perlahan akan ketinggalan dalam pembelajaran.
Fenomena ini bercanggah dengan matlamat Pendidikan Negara dan
menyebabkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sukar dilaksanakan dalam kelas kerana
bilangan pelajar yang ramai berbanding dengan seorang guru sahaja. Guru tidak
berupaya meneliti setiap orang pelajar dengan teliti serta mengajar mengikut
keupayaan pembelajaran setiap orang pelajar.
Penggunaan PBK didapati merupakan satu alternatif penyelesaian kepada
kelemahan-kelemahan dalam pendekatan pendidikan tradisional. Menurut Baharuddin
Aris (2001), dalam penyampaian isi-isi pelajaran dengan menggunakan media seperti
4
perisian, terdapat pelbagai strategi pengajaran yang akan dapat memaksimumkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu strategi pengajaran dan pendidikan
yang berpusatkan pelajar ialah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya
pembelajaran pelajar masing-masing, seperti penggunaan teori Kecerdasan Pelbagai
atau Multiple Intelligences.
Ramai pelajar yang pencapaiannya kurang cemerlang dalam akademik telah
dilabelkan oleh pihak sekolah sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah
dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka
maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.
Ramai murid yang berbakat juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini
wujud mungkin kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada
menguasai fakta dan berjaya dalam di dalam peperiksaan.
Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian bakat pelajar dan tidak
merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang
kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Sebenarnya masalah ini dapat
dikurangkan dengan membina perisian PBK yang dapat menggunakan Teori
Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, pengkaji akan membina perisian PBK dengan menggunakan
kecerdasan Logik Matematik. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran tajuk “Heat ”
(Haba dan Pemindahannya) lebih cenderung kepada pembelajaran mengenai Fizik
( Salah satu cabangan pembelajaran mata pelajaran Sains ). Oleh itu, adalah lebih
sesuai membina perisian PBK untuk mengajar topik ini dengan menggunakan
kecerdasan Logik Matematik.
Selain itu, pelajar lazimnya mengalami masalah dalam mepelajari tajuk
“Heat”. Ini kerana topik ini banyak mengajar mengenai benda-benda atau konsep
yang abstrak, contohnya pemindahan haba antara pepejal secara konduksi. Pelajar
tidak dapat melihat dengan konkrit bagaimana haba dapat dipindahkan menyebabkan
mereka susah memahami konsep pemindahan haba dengan baik. Oleh itu, pengkaji
5
ingin membangunkan suatu perisian PBK yang dapat menerangkan konsep-konsep
yang abstrak dalam tajuk ini dengan memasukkan animasi yang sesuai.
Di samping itu, bermula tahun 2002, semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan
4 telah mengikuti sukatan pelajaran yang baru digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Antara aspek yang diberi penekanan ialah kaedah dan teknik
pembelajaran oleh KPM supaya proses pendidikan adalah berpusatkan pelajar.
Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar
menggunakan Bahasa Inggeris di Tahun satu sekolah rendah, Tingkatan satu dan enam
rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi. Untuk mengikuti reformasi
ini, perisian PBK yang mengikuti sukatan pelajaran baru dalam versi Bahasa Inggeris
amat perlu dibina supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih
maksimum.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan hasil perbincangan secara tidak formal dengan dua orang guru
Sains yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Segamat, Johor
semasa pengkaji menjalani latihan Pratik Mengajar, pengkaji mendapati bahawa ramai
pelajar didapati sukar untuk memahami tajuk “ Heat ” (Haba dan Pemindahannya)
yang diajar oleh guru. Ini kerana biasanya tajuk ini diajar dan diterangkan dengan
menggunakan kapur, papan hitam, transparensi atau gambarajah yang statik.
Manakala penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) boleh
mengatasi masalah kekurangan pengajaran tradisional dengan memasukkan unsur
multimedia yang dapat membantu merealisasikan konsep-konsep Sains yang abstrak
yang tidak dapat dinampak dalam realiti. Ini mungkin dapat meningkatkan
pemahaman pelajar dalam pembelajaran walaupun tanpa diajar oleh guru.
6
Dengan itu, pengkaji berhasrat untuk menghasilkan perisian PBK bagi tajuk
“Heat ” (Haba dan Pemindahannya) yang menggunakan pendekatan Kecerdasan
Logik- Matematik. Pengkaji menggunakan strategi pembelajaran yang bersifat
induktif, dan strategi pembelajaran yang cuba menimbulkan konflik untuk mencabar
pemikiran pelajar. Selain itu, pengkaji juga menggunakan strategi pembelajaran
berbentuk simulasi supaya pelajar dapat mempelajari dan memahami tajuk ini dengan
lebih berkesan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
i. Menghasilkan perisian PBK yang bertajuk “Heat ” -Haba dan
Pemindahannya.
ii. Menghasilkan perisian PBK yang bertajuk “Heat ” yang menggunakan
Bahasa Inggeris.
iii. Menambah lagi perisian PBK yang bertajuk “Heat ” -Haba dan
Pemindahannya dalam koleksi perisian pendidikan yang mengikuti
sukatan pelajaran di Malaysia.
iv. Menghasilkan perisian PBK yang telah mengaplikasikan pendekatan
Kecerdasan Pelbagai jenis Kecerdasan Logik-Matematik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Top Related