PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS
DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME
SARIMAH BINTI SA’IBOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS
DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME
SARIMAH BINTI SA’IBOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
Nama Pelajar : SARIMAH BINTI SAIBOR Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
iii
DEDIKASI
Sekalung budi…..
Buat penyeliaku Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli Bin Ali, pensyarah-
pensyarah Jabatan Multimedia yang pernah mendidikku secara langsung dan tidak langsung dan
semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang pernah mendidikku, bimbingan dan tunjuk
ajar kalian amat berharga dan bernilai buatku…
Terima kasih atas segala-galanya…
Buat Bonda yang tercinta …
Aminah Binti Muhammad
Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan
Hanya Allah yang dapat membalasnya
Untuk abang-abang dan kakak-kakak yang ku sayangi…
Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan
Semoga Allah memberkati hidup kalian
Buat rakan-rakan seperjuangan…
Dorongan dan doa kalian telah membuahkan kejayaan buat diriku
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapaan terima
kasih yang tak terhingga kepada Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli
Bin Ali selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala bimbingan, tunjuk ajar
dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan
serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyiapakan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik yang
bertajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Perisian yang dibangunkan berasaskan
teori konstruktivisme menggunakan strategi tutorial. Pembinaan perisian ini adalah
berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses
tiga fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu
fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, fasa pembangunan dan
pelaksanaan. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan
pengulangan yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa-fasa
yang dinyatakan. Perisian yang dibangunkan merupakan mesra pengguna di mana
pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran. Perisian ini dibina berasaskan
Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain iaitu Adobe
Photoshop CS2, Recorder Sound Fordge 9.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash
MX 2004. Penyebaran bagi perisian ini adalah menggunakan Compact Disc (CD)
bagi memudahkan penyimpanan yang tidak memerlukan ruang yang besar. Diharap
perisian ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar khususnya pelajar
tingkatan empat sejajar dengan perkembangan masa kini.
vi
ABSTRACT
The main purpose of this research is to develop a Computer Aided Learning
software for the mathematical subject of Lines And Planes In 3 Dimension. The
software is developed based on the constructivism theory using tutorial strategy. The
development is based on the design model of Hannafin and Peck which involves
three phases. In the first phase, analyze process and followed by the second phase
which is the design phase and finally the third phase which is the development and
execution. All the phases in this model involve evaluation process and repetitions
which is executed from time to time according to the levels of phases mentioned.
The software developed is user friendly where users are free to control their own
learning process. This software is built by using Macromedia Authorware 7.0 as the
main development tools, supported by other tools such as Adobe Photoshop CS2,
Recorder Sound Forge 9.0, Ulead Cool 3D and Macromedia Flash MX 2004.
Distribution of the software is via Compact Disc for easy storage. It is hoped that the
software will help student’s performances especially secondary compactable with the
needs of new age development.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Rasional Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Objektif Reka Bentuk 6
1.7 Persoalan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Kepentingan Kajian 8
1.10 Definisi Operasional 8
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Apakah Konstuktivisme 11
2.3 Pendekatan Konstruktivisme Dalam
Mata Pelajaran Sains Dan Matematik 14
2.4 Aplikasi Konstruktivisme Dalam Perisian 15
2.5 Penggunaan PBK Dalam Matematik 17
2.6 CD-ROM Sebagai Alat Penyebaran 18
BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 20
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 21
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 22
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 22
3.3 Pemilihan Perisian Dan Perkakas Untuk
Membangunkan Perisian 22
3.3.1 Bahasa Pengubahan 23
3.3.2 Perkakasan Dalam Proses Pembangunan 23
3.3.3 Perkakasan Main Balik Perisian 24
3.3.4 Perisian-Perisian Lain 24
3.4 Penyebaran Perisian 24
3.5 Strategi Pengajaran 25
3.5.1 Tutorial 25
3.5.1.1 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan
Strategi Pengajaran Tutorial 26
3.5.1.2 Peranan Perisian Dalam Pelaksanaan
Strategi Pengajaran Tutorial 26
3.5.1.3 Peranan Pelajar Dalam Pelaksanaan
Strategi Pengajaran Tutorial 27
3.5.2 Teori Konstruktivisme 27
ix
3.6 Carta Aliran Perisian 28
3.7 Kesimpulan 29
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pendahuluan 30
4.2 Pakej Untuk Penyebaran 30
4.3 Kandungan Perisian 31
4.3.1 Montaj 31
4.3.2 Menu Utama 33
4.3.3 Ujian 33
4.3.4 Perbincangan 36
4.3.5 Maklumat 37
4.3.6 Glosari 37
4.3.7 Keluar 38
4.3.8 Kredit 39
4.3.9 Permainan 40
4.4 Penutup 41
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbincangan 42
5.3 Masalah Yang Dihadapi 44
5.3.1 Kekangan Masa 44
5.3.2 Kurang Mahir 45
5.4 Keistimewaan Perisian 45
5.5 Kelemahan Perisian 46
5.6 Cadangan 47
5.6.1 Memperbaiki Reka Bentuk 47
5.6.2 Perisian Dalam Dwi Bahasa 47
5.6.3 Penghasilan Perisian Secara Kumpulan 48
x
5.6.4 Pengujian Perlu Dilakukan 48
5.7 Rumusan 49
BIBLIOGRAFI 50
LAMPIRAN 57
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model reka bentuk instruksi bersisitem
Hanaffin & Peck 21
4.1 Paparan Montaj 32
4.2 Paparan Tajuk Isi Pelajaran 32
4.3 Paparan Menu Utama 33
4.4 Paparan Masukkan Nama 34
4.5 Paparan Pilihan Soalan 34
4.6 Paparan Soalan 35
4.7 Paparan Nota Pada Soalan 35
4.8 Paparan Perbincangan 36
4.9 Paparan Jawapan Yang Diberi 36
4.10 Paparan Bantuan 37
4.11 Paparan Glosari 38
4.12 Paparan Keluar 39
4.13 Paparan Kredit 40
4.14 Paparan Permainan 41
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Perisian 56
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini
bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah
negara maju pada tahun 2020 seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Untuk
menjadi sebuah negara yang maju, negara mestilah mempunyai rakyat yang
berkualiti dan hanya melalui pendidikanlah yang dapat menghasilkan rakyat
Malaysia yang sedemikian rupa. Keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat
Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai
pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang
pendidikan.
Sekolah Bestari ditubuhkan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi sistem
pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari
komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di mana Sekolah
Bestari dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer
multimedia yang dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar.
2
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dapat dikenal pasti sebagai
bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Menurut
Tengku Zawawi (1999), penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik dapat
memperkembangkan dan memperkaya lagi tajuk yang diajar. Di mana pengunaan
teknologi yang bersesuaian dan berkesan dapat membantu meningkatkan pencapaian
dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki (PPK, 2000). Di samping itu
juga, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara untuk
mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk
mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula sedang berusaha menyediakan bahan
PBK yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Seperti mana yang
kita tahu bahawa peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai
fasilitator atau permudah cara di dalam kelas apabila penggunaan PBK digunakan.
Menurut Zoraini Wati Abas (1993) guru-guru seharusnya peka dengan
perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah
peningkatan diri dan profesionalisma. Institusi penggajian tinggi yang melahirkan
seorang pendidik memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada
guru-guru terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa
dapat meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang
globalisasi.
PBK sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan. Seperti yang kita tahu bahawa
gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video dalam persembahan sesuatu perisian
dapat memberangsangkan dan tidak menjemukan (Baharuddin et. al., 2002). Hal ini
amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif. Cirinya yang
interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu
seseorang pelajar.
3
PBK juga bertindak sebagai alat atau bahan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita tahu bahawa ianya akan
memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran aras
tinggi dan penyelesaian masalah. Dalam mencapai objektif yang dikehendaki, guru
perlu membuat perancangan dari segi isi dan strategi PBK berdasarkan objektif
pengajaran dan kumpulan sasaran. Guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengayaan
berkomputer yang sesuai di mana akitiviti ini melibatkan murid-murid menggunakan
komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka
menyelesaikan masalah dan memahami konsep pelajaran.
PBK akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran jika
seseorang pelajar tidak dapat menguasai pembelajarannya, dia hanya perlu
mengulangi semula gerak latihan bahagian tersebut ataupun kembali semula ke
langkah sebelumnya iaitu bermula daripada peringkat awal agar pembelajaran dapat
dijalankan semula. Proses pengulangan ini memerlukan pelajar lebih memberi atau
menumpukan perhatian kepada gerak kerja yang diulangi. Perisian bahan pengajaran
dan pembelajaran yang dibuat perlu membimbing pelajar untuk mengulang setiap
gerak kerja yang dilakukan.
Terdapat pelbagai jenis teori pembelajaran dalam bidang pedagogi yang boleh
diaplikasikan dalam reka bentuk dan pembinaan perisian PBK. Teori-teori
pembelajaran mempengaruhi pembentukkan model-model reka bentuk pengajaran
yang digunakan sebagai panduan dalam pembinaan perisian PBK. Aplikasi teori ini
perlulah bertepatan dengan keperluan dan kesesuaian penggunaannya. Teori
pembelajaran konstruktivisme merupakan teori yang akan menjadi tumpuan dalam
pembangunan perisian PBK yang akan dibangunkan.
Di mana kita tahu, teori ini merupakan proses pelajar membina pengetahuan
atau konsep berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Melalui perisian yang
dibangunkan, pelajar dapat menimba pengalaman dan memperkukuhkan idea atau
konsep yang sedia ada. Selain daripada itu, pelajar juga terlibat secara aktif dalam
perisian yang dibangunkan dan bukan hanya dapat mengawal pembelajaran mereka.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat Pendidikan
Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan
bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan
pengetahuan Matematik dalam kehidupan harian pelajar-pelajar. Dalam mencapai
matlamat ini, kandungan Matematik KBSM diolah kepada tiga bidang iaitu nombor,
bentuk dan ruang dan perkaitan (Nik Azis Nik Pa, 1992).
Kajian ini adalah berkaitan dengan tajuk Garis Dalam Satah Tiga Matra yang
telah dikenal pasti topik yang sukar untuk pelajar mempelajarinya dan juga bagi guru
yang mengajar melalui pengalaman pengkaji semasa membuat latihan mengajar.
Pelajar-pelajar sukar untuk menentukan sudut apabila diberi objek dalam bentuk tiga
dimensi.
Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra merupakan salah satu tajuk dalam bidang
bentuk. Pelajar yang ingin menguasai tajuk ini mesti menguasai beberapa tajuk lain
terlebih dahulu iaitu sudut, teorem pithoragas dan trigonometri. Tajuk-tajuk ini juga
di bawah bidang bentuk yang merupakan komponen dalam geometri.
Bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra, kesukaran wujud apabila
pelajar sukar melihat objek tiga matra dan hubungan antara objek-objek tersebut
(Piaget,1953). Menurut Maznah (2000) dalam Faziyah (2007), kesukaran memahami
Matematik adalah disebabkan pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada
pemahaman konsep-konsep yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, guru mesti
menggunakan model yang konkrit supaya pelajar dapat memanipulasi model-model
tersebut. Seterusnya pelajar dapat membuat hubungan konsep berdasarkan
pengetahuan sedia ada pelajar.
Seperti yang dinyatakan oleh Suydam (1985) dalam Norhayati (2000) bahawa
guru-guru pada hari ini dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak
banyak aktiviti dijalankan selain membuat latihan dari buku teks. Hal ini berlaku
5
kerana kesukaran guru untuk menyedia dan mendapatkan model kontrik yang
bersesuaian dengan topik yang diajar.
Menggunakan perisian yang terdapat di pasaran merupakan salah satu
alternatif yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Guru tidak lagi memerlukan
model konkrit kerana dengan menggunakan perisian tersebut pelajar dapat
memanipulasi objek-objek di dalam komputer sahaja. Dengan kata lain, pelajar
hanya menggunakan perisian itu sepenuhnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada permasalahan yang diutarakan, pengkaji ingin
membangunkan sebuah perisian PBK untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seperti
yang kita tahu bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipelbagaikan
seperti kewujudan perisian yang dibangunkan ini dapat menarik minat pelajar untuk
belajar. Selain itu, ianya juga dapat mengukuhkan lagi konsep yang diperlukan oleh
seorang pelajar. Di mana kita tahu bahawa konsep memainkan peranan yang penting
dalam mata pelajaran Matematik.
Di samping itu juga, pencapaian mata pelajaran Matematik di SMK St.
Thomas, Kuantan juga dijadikan alasan bahawa pengkaji berminat untuk
membangunkan perisian bagi topik ini. Analisis prestasi SPM 1997 – 2001 yang
dikeluarkan oleh SMK St. Thomas, Kuantan menunjukkan keputusan yang tidak
memberangsangkan. Di mana pada tahun 2001 hanya 70.9% sahaja peratusan pelajar
yang lulus dalam mata pelajaran matematik. Ini menunjukkan bahawa 29.1% pelajar
yang tidak lulus. Di mana ianya berkaitan dengan tajuk garis dalam satah tiga matra
yang tidak dapat dijawab oleh pelajar tersebut.
6
1.4 Rasional Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dibangunkan
adalah berbentuk multimedia di mana ia memainkan peranan penting di dalam
pengajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri interaktif (Wan Salihin et. al., 1998). Oleh
itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:
a) Pelajar sekolah menengah yang belajar di tingkatan empat
b) Guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat.
1. 5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) menggunakan strategi pengajaran jenis tutorial berasaskan teori
konstruktivisme bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.
1.6 Objektif Reka Bentuk
7
Objektif reka bentuk yang dibangunkan adalah seperti berikut:
i. Mendedahkan pelajar dengan penggunaan perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Memberi peluang kepada pelajar belajar dan mengulangkaji mengikut
tahap kebolehan masing-masing.
1.7 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan, terdapat dua persoalan
kajian iaitu:
i. Bagaimana Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Garis Dan
Satah Dalam Tiga Matra.
ii. Bagaimana teori konstruktivisme dapat diaplikasikan di dalam
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Top Related