PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN
DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR
NG BEE LING
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER, 2010
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NG BEE LING
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. JOHARI BIN HASSAN DH 297, NAMA PENYELIA 81500, PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR.
Tarikh: 16 DISEMBER 2010 Tarikh: 16 DISEMBER 2010
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : NG BEE LING
Tarikh : 16 DISEMBER 2010
iv
PENGESAHAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN
Tarikh : …………………………….
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke
hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya selesaikan kajian ini dengan
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Johari Hassan iaitu
penyelia saya di atas jasa dan kesudian beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang proses menyiapkan kajian penyelidikan ini.
Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua insan yang
disayangi, ibu dan bapa saya yang sentiasa mengiringi setiap jejak saya dengan doa
yang berterusan tanpa mengenal erti jemu. Walaupun ayahanda dan bonda berada
jauh di mata, namun doa dan harapan kalian tetap menjadi panduan, pedoman dan
semangat sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang
telah mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pengajian. Tidak ketinggalan juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya secara langsung dan
tidak langsung sepanjang proses merealisasikan kajian penyelidikan ini. Pelbagai
ilmu, idea dan pandangan yang bernas dapat saya rungkai sepanjang saya menjalani
kajian penyelidikan ini.
Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan
kekurangan dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, saya berharap penyelidikan
ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian.
vi
ABSTRAK
Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah portal interaktif bagi
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang boleh dijadikan sebagai
alat bantu mengajar di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti
persepsi guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terhadap
kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal yang telah dibangunkan sebagai alat
bantu mengajar, dan mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan
portal ini dalam pembelajaran akses kendiri. Kajian ini dijalankan secara kualitatif
dengan menggunakan persampelan bertujuan melibatkan 4 orang guru mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah
sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal menunjukkan bahawa portal
interaktif yang dibangunkan menepati keperluan pengguna sasaran. Dapatan kajian
persepsi menunjukkan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
bersetuju bahawa portal interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
dibangunkan sesuai, boleh dilaksanaankan dan berkesan sebagai alat bantu mengajar.
Kajian juga mendapati persepsi murid Tahun 5 menunjukkan bahawa portal
interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berkesan dalam pembelajaran
akses kendiri.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to develop an interactive educational portal for
PSK to become a good educational aids in teaching and learning process that
enhance the efficiency and effectiveness of teaching and learning process in school.
The specific objectives of this study are to determine the perceptions of teachers
toward the usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an
educational aids and the perceptions of Year 5 pupils toward the effectiveness of the
PSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning. This study was
conducted qualitatively with purposive sampling involving 4 teachers and 4 pupils
from 2 primary schools in Johor. The product developed had fulfilled the users’
requirements. The finding showed that teachers agreed and satisfied toward the
usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an
educational aids. The study also showed that pupils agreed toward the effectiveness
of the PSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN /
TATANAMA / ISTILAH
xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.8.1 Murid Tahun 5 8
1.8.2 Guru mata pelajaran PSK 9
ix
1.9 Definisi Istilah Operasional 9
1.9.1 Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
9
1.9.2 Portal 10
1.9.3 Interaktif 10
1.9.4 Persepsi 11
1.9.5 Kebolehlaksanaan 11
1.9.6 Keberkesanan 12
1.9.7 Pembelajaran Akses Kendiri 12
1.10 Kesimpulan 12
1.11 Penutup 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Pendidikan 14
2.2.1 KBSR 15
2.2.2 Inovasi Pendidikan 16
2.3 Perkembangan Teknologi dalam Pendidikan 17
2.3.1 Perbezaan Persekitaran Pembelajaran
Tradisional dengan Pembelajaran
menggunakan Teknologi
2.3.2 Kerangka Kerja TPACK dalam
Pendidikan
19
20
2.3.3 Penggunaan Elemen Multimedia
dalam Pendidikan
21
2.4 Teknologi Internet dalam Pendidikan 27
2.4.1 Portal Pendidikan 27
2.5 Kajian Keberkesanan Multimedia dalam
Pendidikan
28
2.6 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) berbanding dengan
medium lain
29
2.7 Masalah Pembelajaran mata pelajaran PSK 29
x
2.8 Penutup 31
3 METODOLOGI 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Pembangunan Portal Interaktif PSK 32
3.2.1 Teori Pembelajaran
3.2.2 Model Reka Bentuk Instruksi
3.2.3 Proses Model ADDIE
33
35
36
3.3 Kajian Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan
Portal Interaktif PSK
45
3.3.1 Kaedah Kajian 46
3.3.2 Persampelan
3.3.3 Instrumentasi
3.3.4 Model Analisis Data Kualitatif
48
48
49
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data 50
3.5 Jangkaan Hasil Kajian 51
3.6 Penutup 52
4 HASIL KAJIAN 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Hasil Pembangunan Portal Interaktif PSK 53
4.3 Penilaian Portal Interaktif PSK 58
4.4 Penerapan Strategi Pembelajaran Akses
Kendiri
63
4.5 Analisis Data Kajian Kebolehlaksanaan dan
Keberkesanan Portal
67
4.5.1 Analisis Data Pemerhatian
4.5.2 Analisis Data Temu Bual
67
68
4.6 Kesimpulan 73
4.7 Penutup 74
xi
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan 76
5.2.1 Pembangunan Portal Interaktif PSK
sebagai ABM
5.2.2 Kajian Persepsi Guru terhadap
Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan
Portal Interaktif PSK sebagai ABM
5.2.3 Kajian Persepsi Murid terhadap
Keberkesanan Portal Interaktif PSK
dalam Pembelajaran Akses Kendiri
76
81
82
5.3 Rumusan 83
5.4 Cadangan 83
5.5 Penutup 84
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN A – F 91-125
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Asas pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan “Falsafah Pendidikan
Negara”. Falsafah Pendidikan Negara mula diistiharkan pada tahun 1988 dan
berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai
aspek yang mulia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara, 1988).
Berpandukan hasrat mulia kerajaan dalam bidang pendidikan, pelbagai usaha
murni ke arah memantapkan lagi sistem pendidikan hari ini adalah sangat diharapkan.
Perkembangan teknologi multimedia yang drastik menjadi batu lonjatan dan
membuka jalan baru untuk penyelidikan dalam bidang pendidikan. Menurut
Jamalludin dan Zaidatun (2000), multimedia merupakan suatu revolusi terbesar
dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan.
2
Impak perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
bukan sahaja dirasai dalam bidang perindustrian, malahan bidang pendidikan juga
telah mendapat banyak faedah daripadanya dan membuktikan keberkesanan dari segi
hasil pembelajaran sejak ianya mula diperkenalkan.
Menurut Hizral Tazzif Hisham (Berita Harian, 14 April 2004), penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat merangsang minda kreatif pelajar dan pelajar bebas daripada
kongkongan pembelajaran tradisional yang terlalu bergantung kepada hafalan.
Kaedah dan pendekatan pengajaran juga sentiasa dimantapkan mengikut
peredaran dan keperluan zaman. Teknologi multimedia merupakan lanjutan daripada
maklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata kepada suatu
sistem penyampaian dan perkongsian maklumat yang lebih bersifat dinamik dan
menarik (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Ini menunjukkan peranan teknologi
sentiasa dialu-alukan dalam usaha membangunkan bidang pendidikan supaya seiring
dengan kehendak dan kepentingan semasa.
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu
mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005 di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di
sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu
dengan negaranya.
Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis
kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa
masyarakat serta keperluan masa depannya. Berdasarkan keadaan semasa yang
melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan
pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
3
Kurikulum ini mempunyai hasrat yang murni iaitu membantu murid
menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi
warganegara yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain,
mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik
tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar, bertanggungjawab dan
menyumbang ke arah pembangunan negara melalui kurikulum ini.
Dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid
tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil kira aspek
pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan
kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan
menggembirakan.
Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan
peranan yang penting dalam bidang pendidikan khasnya dari segi keberkesanan
penyebaran maklumat. Pendidikan masa kini patut mengintegrasikan dan menyelami
potensi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran rutin di sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran bukan
teras yang diajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah.
Disebabkan mata pelajaran ini bukan mata pelajaran teras, ianya tidak begitu dititik
berat atau diberi penekanan yang ketara seperti mata pelajaran teras yang lain di
kalangan murid maka tidak hairanlah ada sebahagian murid tidak berminat untuk
mempelajarinya.
4
Dari aspek pengajar pula, masih ramai guru mengamalkan teknik pengajaran
tradisional. Walaupun dalam huraian sukatan pelajaran mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan ada menekankan penerapan unsur-unsur bernilai tambah
seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada
unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan,
pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses
kendiri. Di samping itu, nilai murni seperti semangat patriotik dan kewarganegaraan
tetap diutamakan (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, 2005).
Di samping itu, masih wujud masalah kekurangan guru di sekolah. Hal ini
juga menyumbang kepada masalah pengajar yang kurang pakar dan kurang
berpengalaman dalam usaha menyampaikan hasil pembelajaran yang berkesan
kepada murid-murid.
Selain masalah pengajar dan murid, terdapat satu masalah lagi yang tidak
boleh diabaikan iaitu masalah kepelbagaian bahan pengajaran dan rujukan yang
lengkap. Bagi tajuk “Kenali Budaya Kita”, strategi atau kaedah pembelajaran yang
terbaik ialah menerusi hayatan persembahan kebudayaan atau melawat ke muzium
kebudayaan kerana konsep budaya berbentuk abstrak dan tidak mudah difahami
secara teori atau lisan, ianya memerlukan penerangan yang lebih terperinci menerusi
objek konkrit seperti gambar (grafik), suara (audio), rakaman video (video) agar
murid dapat mengenalinya dengan berkesan dan tepat. Namun begitu, strategi atau
kaedah yang baik ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan masa yang panjang
dalam proses perancangan aktiviti.
Tambahan pula, purata waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah hanya sejam
dalam seminggu memandangkan ianya mata pelajaran bukan teras. Hal ini juga
menjadi kekangan kepada para pengajar untuk membuat perancangan yang efektif
5
bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini,
sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa faktor dominan yang
menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah. Hasilnya pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjadi
tidak efektif dan kurang berkesan.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah:
(a) Kewujudan masalah kurang motivasi, bosan dan tidak berminat dalam
mempelajari mata pelajaran ini di dalam diri murid itu sendiri atau pengaruh
yang negatif yang datangnya daripada tanggapan ibu bapa, masyarakat yang
berpendapat bahawa mata pelajaran ini tidak penting kerana ianya bukan
mata pelajaran teras maka tidak perlu diberi perhatian atau penekanan yang
sewajarnya.
(b) Kekurangan ciri-ciri kreativiti dan inovatif di kalangan guru dalam
menyampaikan maklumat kepada murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(c) Kesuntukan masa dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
yang efektif.
6
(d) Ketidaklengkapan dari segi bahan-bahan pengajaran dan sumber rujukan
yang bernas.
(e) Perancangan strategi atau kaedah pengajaran berkesan seperti lawatan dan
persembahan kebudayaan memerlukan kos yang amat tinggi dan proses
perancangan amat rumit serta mengambil masa yang panjang.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan
bahan rujukan pengajaran agar ianya menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan dan efektif.
Objektif kajian adalah seperti berikut.
i) Membangunkan portal pendidikan sebagai alat bantu mengajar bagi mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
ii) Mengenal pasti persepsi guru mata pelajaran PSK terhadap kebolehlaksanaan
dan keberkesanan portal yang dibangunkan sebagai alat bantu mengajar.
iii) Mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan portal dalam
menerapkan strategi pembelajaran akses kendiri.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
7
i) Apakah persepsi guru terhadap kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal
interaktif PSK sebagai ABM?
ii) Apakah persepsi murid terhadap keberkesanan portal interaktif PSK dalam
pembelajaran akses kendiri?
1.6 Rasional Kajian
Seperti yang telah dibincangkan di dalam pernyataan masalah, jelasnya
terdapat banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah. Justeru
pembangunan laman web dalam kajian ini diharapkan dapat mengatasi beberapa
kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional yang kurang
mendatangkan hasil pembelajaran yang memberangsangkan.
Pembangunan laman web ini juga diharapkan dapat membetulkan tanggapan
negatif dalam diri murid bahawa mata pelajaran ini membosankan dan tidak penting.
Murid-murid dan juga guru-guru juga kemungkinan besar tidak dapat menghayati
apa yang sepatutnya dipelajari dalam tajuk ini.
Selain itu, kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan menguasai
istilah baru menerusi penerangan berbentuk grafik, audio atau video yang tentunya
merangsang minda murid-murid untuk mengukuhkan ilmu yang dipelajarinya. Ia
juga dapat meminimumkan kekeliruan atau prasangka yang mungkin wujud
sekiranya murid-murid tidak memahami dan menghayati konsep-konsep tertentu.
Tambahan pula, elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam laman
web ini dapat menyampaikan informasi atau maklumat dengan menarik dan
menyeronokkan. Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), gabungan grafik, animasi,
8
bunyi dan video memberangsangkan dan tidak menjemukan selain dapat memberi
maklum balas serta merta.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehlaksanaan dan keberkesanan
portal interaktif PSK yang dibangunkan sebagai ABM. Kajian hanya dijalankan
berdasarkan maklumat yang diperolehi sepanjang masa melaksanakan kajian ini.
Skop kajian ini adalah tertumpu kepada kumpulan sasaran iaitu 4 orang guru
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid tahun 5
dari sekolah SJK (C) Yu Ming (1) dan SK Taman Universiti 4.
1.8 Kepentingan Kajian
Orientasi kajian yang berpaksikan sumber intelek sudah pasti mempunyai
kepentingan kepada pelbagai golongan terutamanya kepada golongan pendidik dan
penggubal agenda pendidikan masa hadapan. Antara kepentingan kajian ini adalah
seperti yang berikut:
1.8.1 Murid Tahun 5
Pembangunan laman web ini dapat membentuk pengetahuan asas ataupun
konsep murid tentang seni tari dan muzik serta alat muzik tradisional. Apabila murid
melayari laman web sendiri, mereka akan lebih menghayati kesenian dan
kebudayaan yang sebelum ini tidak dapat dijalankan dalam pembelajaran tradisional.
9
Selain itu, pembangunan portal interaktif PSK ini dapat menerapkan strategi
pembelajaran akses kendiri dalam kalangan murid.
1.8.2 Guru mata pelajaran PSK
Hasil kajian ini juga turut membantu guru melihat kembali adakah mereka
telah menjadikan murid sentiasa berfikir aktif dengan mempelbagaikan strategi
pengajaran. Ia juga dapat memberi sumber alternatif kepada guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran selain turut melengkapkan diri
dengan pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa terutama dalam bidang
teknologi maklumat.
1.9 Definisi Istilah Operasional
Bahagian ini menjelaskan istilah dan konsep yang menjadi asas yang
menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah dan konsep yang
diterangkan dalam bahagian ini hanya bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.
1.9.1 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Sivik ialah kajian hak dan tanggungjawab yang perlu ada pada seseorang
warganegara. Sivik dipengaruhi oleh teori-teori Confucius dari China dan Plato pada
zaman Yunani purba.
Kewarganegaraan pula ialah kajian tentang tanggungjawab seseorang
individu dengan negaranya.
10
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan untuk mendidik
warganegara supaya mereka lebih beretika dalam kehidupan awam khasnya
masyarakat majmuk.
1.9.2 Portal
Portal bermaksud laman web yang mempunyai hubungan dengan pelbagai
laman web yang lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet. Dalam kajian ini,
portal merujuk kepada hasil pembangunan laman web atau produk teknologi yang
mengintegrasikan kebanyakan elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan
interaktiviti yang relevan bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
1.9.3 Interaktif
Interaktif sering dikaitkan dengan ciri-ciri antara muka (interaksi) pengguna
dengan sistem komputer. Ia boleh dijadikan sebagai satu metafora di mana "melihat"
merujuk kepada reka bentuk luaran sistem, manakala "berasa" merujuk kepada
interaktivitinya. Secara tidak langsung ini boleh dianggap sebagai suatu takrif tidak
rasmi interaktiviti.
Dalam bidang Sains Komputer, interaktif merujuk kepada perisian yang
menerima dan menjawab input daripada manusia, misalannya data atau perintah-
perintah (command). Di samping itu, interaktif terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
i) Tidak interaktif (Noninteractive) sekiranya sesuatu mesej itu tidak berkaitan
dengan mesej sebelumnya
Top Related