Download - Pembentukan Kurikulum Bersepadusekolah Rendah(Kbsr) (2)

Transcript

Slide 1

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH RENDAH(KBSR)

DISEDIAKAN OLEH :MALARVILEE A/P ELAMKHOVANNARMATHA A/P MANI MARANDIPNNA A/P ARUMUGAMNILAWU KARASI A/P SUBRAMANIAMKAILAIESWARY A/P SIVAPRAGASAMPEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH RENDAH(KBSR)1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305buah sekolah seluruh Malaysia.Tahun berikut pelaksanaan penuh dikuatkuasa disemua sekolah rendah.Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepadapembangunan kemanusiaan.Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyatadalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:matlamat pendidikan rendah adalah untukmemastikan perkembanganmurid secara menyeluruh. Perkembangan inimeliputi aspek-aspekintelek, rohani,jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetikasosial(Kurikulum Baru SekolahRendah,1991;5)

Selaras dengan matlamat tersebut, makaobjektif-objektifpendidikan di peringkat rendahjuga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.Supaya murid-murid dapat:

Menguasai bahasa Melayu selaras dengankedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;

Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitubertutur, membaca dan menulis dalambahasa pengantar sekolah berkenaan;

Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannyadalam kehidupan harian;Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar;Menguasai kemahiran saintifik danteknikal;Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untukmeluaskannya;Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagimurid-murid Islam;Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

Mengamalkan sikap dan perlakuan yangberpandukan nilai murni serta menjadinkannya asasbagi amalan hidup;Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri;Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran;Mengembangkan bakatdan kretiviti;Memupuk semangat patrotisme;Menikmati dan menyertaiaktiviti-aktiviti amal,keseniandan rekreasidalam lingkungan kebudayaan nasional

PERUBAHAN DALAM KBSR1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya.KBSR yang dikenali pada asasnyasebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawaperubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktifseperti yang berikut:Secara amPenerapan nilai dalam proses pengajaran danp embelajaran;Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian;Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yangpaling asas kepada yangpaling kompleks)mengikut tajuk;penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap matapelajaran.

Secara khususPengintegrasian unsurpenyelesaian masalahdan arithmatic perniagaan dalam topik,Wang, Ukuran Panjang dan Berat;Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan KajianTempatan;Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semuamata pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.

PROSES PELAKSANAAN KBSRFokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran,penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran,dan penilaian.

Prinsip KBSRPembentukan dan pengubalan KBSR adalahberlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan.PRINSIP-PRINSIP KBSR -Perkembangan individu Secara menyeluruh -Pendidikan seumur hidup -Pendekatan bersepadu -Pendidikan yang sama untuk semua murid

Prinsip 1:Pendekatan BersepaduPendekatan bersepadu merupakan pendekatan di mana unsur-unsurpengetahuan, kemahiran dan nilai digabung agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).Secara ringkas, konsep bersepadu berlaku melalui empat cara, iaitu peggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara unsur dan unsur merentasi kurikulum.1.Penggabungjalinan kemahiran:Dalam satu mata pelajaran.Misalnya: empat kemahiran utama bagi mata pelajaran bahasa ialah bertutur, mendengar, membaca dan menulis.Bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar dan bertutur, atau mendengar dan menulis) digabungjalinkan;Antara mata pelajaran.Misalnya: aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.2.PenyerapanPelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.Misalnya: unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni;Nilai dalam mata pelajaran.Misalnya: aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dlaam kerja kumpulan atau projek;

3.Kesepaduan antara duan unsur sama ada:Kurikulum dan kokurikulum.Misalnya: aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum dalam bilik darjah;Pengetahuan dan amalan.Misalnya: ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya.Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.

4.Unsur merentasi kurikulumBahasa merentasi kurikulum;Alam sekitar merentasi kurikulum;Sains merentasi kurikulum;Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya.

Prinsip 2:Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

Bagaimanakah prinsip ini dilaksanakan? Melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) murid.Menurut ahli psikologi, potensi potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan.Dengan kata lain, ini bermakna setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.Sebagai contoh, seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu mengambangkan ilmu (cth; cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahiran (cth: cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini jugak perlu dipupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisplin, berbakti untuk sekolah dan negara dan sebagainya.

Prinsip 3:Pendidikan Seumur HidupSejak kebelakang ini, pendidikan seumur hidup seolah-olah menjadi slogan yang sentiasa dilaungkan.Tetapi, apakah maksud di sebaliknya? Ya, pendidikan diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan hingga akhir hayat.Ia bermula dari saat kita dilahirkan sehinga lah kita berada di liang lahat.Bak kata pepatah, manuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahat.Dengan kata lain, proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu.Oleh itu, tidak timbul satu keadaan di mana seseorang itu akan berhenti belajar.Setujukah anda? Jika ini benar, apakah peranan sekolah?Secara am, sekolah mempunyai dua peranan, iaitu:

i.Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.Apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja.Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.

ii.sekolah juga boleh memupuk minat murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya member sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.Usaha mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu.Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan anak murid mereka.

Prinsip 4:Pendidikan Yang Sama Untuk Semua MuridBagaimanakah prinsip ini dilaksanakan? Perkara ini telah menjadi persoalan banyak pihak.Untuk pengetahuan semua, semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan, yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.

Struktur KBSRSecara umum, terdapat tiga bidang pelajaran dalam KBSR, iaitu:Bidang Komunikasi;Bidang Manusia dan Alam Keliling;Bidang Perkembangan Diri Individu.

Bidang Pembelajaran KBSR- Tiga bidang KBSR tersebut dibahagikan kepada enam komponen, iaitu:Kemahiran Asas;Kerohanian;Nilai dan Sikap;Kemahiran Hidup;Kesenian dan Kesihatan;Kokurikulum.

Bidang KomunikasiKomponen Kemahiran Asas;Memberi tumpuan kepada tiga asas (3M), iaitu membaca, menulis dan mengira;Merupakan tunggak kepada pendidikan asas di peringkat sekolah;Mata pelajaran yang terlibat dalam bidang ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik.Kesemua mata pelajaran ini diajar pada Tahap 1 (Tahun 1 3) dan Tahap 2 (Tahun 4 6);

Bahasa Melayu.Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasiperpaduan rakyat.Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas sepertibertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagaisumber ilmu.Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dankemahiran berfikirmelalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan danperbincangan.Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untukmelahirkan muridyang berkebolehan berbahasa, menghargai sertamenghayati bahasa tersebutsebagai bahasa rasmi negara, bahasaperpaduan dan bahasa ilmu selaras dengansemangat Rukun Negara danhasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bahasa Inggeris.Diajar sebagai bahasa kedua.Pada Tahap 1, , murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas sepertibertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagaisumber ilmu.Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dankemahiran berfikirmelalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan danperbincangan.Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Inggeris bertujuan untukmelengkapkan murid dengan ilmu dan kemahiran asas dalam bahasatersebut agarmereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis didalam atau di luar bilikdarjah.

Bahasa Cina.Berfungsi sebagai alat komunikasi dalam situasi-situasi tertentu.Pada Tahap 1, , murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas sepertibertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagaisumber ilmu.Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dankemahiran berfikirmelalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan danperbincangan.Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Cina bertujuan untuk memberimurid-muridpeluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam Bahasa Cina sama adasecara lisan atau bertulis.

Bahasa Tamil.Berfungsi sebagai alat komunikasi;Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas sepertibertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagaisumber ilmu;Pada Tahap 2, penekanan diberi kepada kemahiran belajar dankemahiran berfikirmelalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan danperbincangan;Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Tamil bertujuan untukmenghasilkan muridyang berupaya berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sama ada secara lisan atau tulisan.

Matematik.Mengandungi tiga komponen pembelajaran, iaitu Konsep, Bahasa danKemahiranProsedur yang merentasi tiga bidang kemahiran, iaitu Nombor dan Operasi, Ukuran dan Sukatan serta Masalah Bercerita;Pada Tahap 1, murid-murid dibimbing untuk menguasai nombor, operasiasas (tambah, tolak, darab dan bahagi) dan fakta asas tambah, tolak,darab dan bahagisecara spontan;Manakala, pada Tahap 2 pula, penekanan diberi kepada penyelesaianmasalahharian yang disediakan dalam bentuk cerita.Di sampng itu, murid-murid juga didedahkankepada unit-unit ukuran dan sukatan, graf, purata, peratus dan pecahanserta perpuluhan;Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berfokus kepada beberapaaspekseperti kemahiran berfikir, asas penguasaan, perkembangan kognitif,kesepaduan,kemahiran prasyarat dan sokongan, dan gaya pembelajaran;Kesimpulannya, mata pelajaran Matematik adalah bertujuan untuk membentukdanmeningkatkan kebolehan murid dari segi konsep nombor dankemahiran mengira.Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secaraberkesan dan berdisplin.

Bidang Manusia dan Alam KelilingKomponen Kerohanian, Nilai dan Sikap;Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajar di sekolah rendah.Pada Tahap 2, dua mata pelajaran yang lain ditambah, iaitu Sains dan Kajian Tempatan.

Pendidikan Islam.

i.Mengandungi tiga bahagian seperti berikut:a.Asuhan Tilawah Al-Quran berfokuskan kepada aspekmengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan.Selain itu, iajuga menitikberatkan aspek membaca danmenghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentudalam Al-Quran.b.Asas Ulum Syariah merangkumi tiga aspek: - Aqidah menegaskan aspek keislaman dan keimanan melalui rukan iman dan rukun islam; - Ibarat menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan; - Sirah Rasulullah S.A.W menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.c.Asas Akhlak Islamiah berfokuskan kepada pembentukan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkahlaku muslim yang mukmin.

ii.Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk dan meningkatkan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Pendidikan Moral.

i.Mengandungi 16 nillai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resampelbagaikaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat danprinsip-prinsipRukunnegara.ii.Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan.Akan tetapi,isikandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dankematanganmurid.Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran(P&P) berasaskan isu dan situasiyang berkaitan dengan murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya.iii.Pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untukmeliputi institusimasyarakat, negara dan antarabangsa.Oleh itu, muriddigalakkan untuk berfikir, berbincangdan membuat keputusan berhubungdengan isu moral yang timbul dalam situasikehidupanseharian.iv.Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentukindividu yang mempunyai budi pekerti yang mulia danbertanggungjawab melaluipemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni.

Sains.

i.Terdiri daripada dua perspektif, iaitu:a.Bidang keilmuan membekalkan rangka konsep agar muriddapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkanfakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencariperkaitan antara ilmubaru dengan yang sedia ada;b.Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah mengembangkankemahiran menyiasat alam sekeliing, menggalakkan sifat ingin tahu,kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental).

ii.Secara pelaksanaan, pada Tahap 1, unsur Sains disepadukan dalampengajarandan pembelajaran Bahasa dan Matematik dalam modul-modulyang disediakan.Manakalapada Tahap 2 pula, aspek-aspek seperti dibawah diberipenekanan:a.Pengalaman eksperiential;b.Pendekatan inkuri;c.Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir;d.Aplikasi prinsip sains;e.Penerapan nilai intrinsik sains dan nilai murni.iii.Kesimpulannya, mata pelajaran Sains bertujuan untuk melahirkanindividuyang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arahpembentukan masyarakatberbudaya Sains dan Teknologi, dinamik danprogresif.

Kajian Tempatan.

i.Merupakan tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalamkalangan murid.Di samping itu, dapat memupuk kemahiran sosial,kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.ii. Pada Tahap 1, unsur-unsur Kajian Tempatan disepadukan mata pelajaran Bahasa.Manakala pada Tahap 2 pula, mata pelajaran ini diajar sebagai satu pelajaran yangberasingan.iii.Kesimpulannya, mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan untuk melahirkan muridyang taat dan setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggupberkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.

Bidang Perkembangan Diri IndividuKomponen Kemahiran Hidup, Kesenian dan Kesihatan.Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan kesihatan.Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komonen termasuk Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kemahiran Hidup.

i.Berfokus kepada pembelajaran esperiential.

ii.Murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentusemasa mengikuti latihan amali yang dikendalikan.Dalam hal ini, empat tajuk utamadititkberatkan seperti berikut:a.Merekacipta;b.Mengurus diri dan kerja;c.Mengusahaniaga barang;d.Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil.

iii.Kesimpulannya, mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk memberimurid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiranpraktis asas,keusahawanan dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri,mengurus wang, masa dankerja dengan berkesan dan sebagainya.

Pendidikan Seni.

i.Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspekseperti berikut:a.Pemerhatian yang aktif dan terperinci;b.Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan;c.Penghayatan karya seni dan alam sekitar.

ii.Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk memberfokuskepada empat kajian berikut:a.Melukis dan membuat gambar;b.Membuat rekaan corak;c.Membentuk dan membuat binaan;d.Mengenal kraf tradisional.

iii.Pada Tahap 1, kegiatan seni dijalankan secara spontan dan tidak terbatasagar mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.

v.Pada Tahap 2, tumpuan diberi kepada peningkatan pengetahuan sertakemahiranseni.

v.Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Seni bertujuan untuk menyemaiasas kesenian bagi menghasilkan individu yang kreatif, inovatif,produktif, prihatin terhadapnilai-nilai seni dan estetik dalam kehidupan, alam sekitar dan sebagainya.

KokurikulumMerupakan pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual waktupersekolahan dan berasaskan gerakerja yang terancang.Merangkumi tigaaspek, iaitu:

a.Pasukan berpakaian seragam, cth: Pengakap, Bulan SabitMerah dan sebagainya;b.Persatuan atau Kelab, cth: Persatuan Landskap, KelabKewartawanan dan sebagainya;c.Sukan dan Permainan, cth: Olahraga, Hoki dan lain-lain.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menghasilkan individuyang berdisplin, bekerjasama, penyayang dan mempunyai keyakinandiri serta dayakepimpinan demi keluarga, masyarakat dan negara.

PENEKANAN DALAM KBSRKEMAHIRAN BERFIKIR PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PRINSIP MUDAH ALIH STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID PENILAIAN BERTERUSAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERENTASI KURIKULUM PATRIOTISME MERENTASI KURIKULUMBAHASA MERENTASI KURIKULUMNILAI MERENTASI KURIKULUM KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran asas1.Terdiridaripada3 kemahiranasas iaitu membaca,mengiran dan menulis.2.Asas-asas membacadanmenulis ialah:-Mendengar-Menyebut-Mengenal-Membentuk lambang, huruf dan perkataan.3.Asasmengira:-Membilang-Mengenal angka-Menggunakan operasi-operasi matematik sepertitambah, tolak, bahagi dan darab.Kemahiran berfikirBertujuan membolehkan murid memahami, menilai danmengaplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusandan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Nilai merentasi kurikulumPenanaman dan pemupukan nilai-nilai seelok-eloknyadilaksanakan dalam semua mata pelajaran.Semua guru bertanggungjawab untuk membantu dalam usahamembentuk nilai-nilai murni dalam dirimurid-murid.Guru sebagai rol model untukmembentuk sahsiah murid.

Bahasa merentasi kurikulumMemandangkanbahasamalaysiamasih lagimerupakan bahasa pengatar bagi sekolah-sekolah rendah rendah kecuali mata pelajarantertentu, maka setiap murid seharusnyamencapai taraf penguasaan yang baik bagiaspek-aspek seperti sebutan, struktur ayat,tatabahasa istilah dan laras bahasa. Gurubertanggungjawab untukmengembangkandan mengukuhkan penguasaan bahasa melayu murid-murid

Patriotisme merentasi kurikulumGurubertanggungjawabmemupuk semangat partriotisme dalam diri murid dalam semua mata pelajaran di samping aktiviti kurikulumdan khidmat masyarakat.

Sains dan teknologiTerdapat4unsurutamaiaitu:Pengetahuan saintifik yang merangkumi fakta, prinsip, dankonsepKemahiran saintifik yang menegaskan ketepatan, kejujuran dankeselamatanKemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan kemahiranmanipulatif tertentuPenggunaan teknolgi dalam proses pengajaran danpembelajaran.

Prinsip mudah alihMerujuk kepada dua perkara iaitu:Pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaranOrganisasi bilik darjahGurutidakterikat denagnsukatanpelajaransebaliknaydiberikebebasan untuk mengajar tajuk-tajuk yang selarasdengan kebolehan , pengalaman dan persekitaran murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan muridBermaksud bahawa guru seelok-eloknya berfokuskankepadamurid-murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran sama ada di dalambilik darjahatau luar bilik darjah.Guruhendaklahmerancangpelbagaiaktivitiyangbolehmenarikminat murid dan sesuai dengan kebolehan mereka.Penilaian berterusanDikenalisebagipenilaianformatifyangdijalankansepanjangtahun,Bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan perkembangandan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilaidansikap.Pemulihan dan pengayaanPemulihan dijalankan pada murid-muridtertentuyangmenghadapi masalah dalam satu-satu mata pelajaran.Pengayaan diberi sebgai pengukuhan kepada murid-murid yangtelah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri kretiviti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikaridansebagainya Strategi pengajaran dan pembelajaran

Strategi p&p kbsr adalah berpusatkan murid,mengambil kira faktor perbezaan individu danberasaskan kebolehan murid yang berbeza-beza.Guru hendaklahmengambil tindakan sepertiberikut : -Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusifdan meransang pembelajaran. -Mengamalkan prinsip-prisip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Faktor fizikalMerujuk kepada Ruang pembelajaranyang disusun secara kreatif denganperabot asas seperti kerusi danmeja.Sudut pembelajarandan sudutkerja yangdilengkapidenganperabot dan bahan pembelajaran interaktifdan manipulatifagar memberi murid peluang untuk membuat percubaan danpenerokaanRuang pamran untuk hasil kerja murid.Bahanrujukanberbentukbahancetak ataubahan mediauntuk penggunaan murid.Bahanpengajarandan pembelajaranyang pelbagai sertadapat mencabar kebolehan murid.

Faktor sosio emosiMerangumi unsur-unsur berikut :Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudibahasa dan bersopan agar dapat memupukkemesraan dan suasana pembelajaran yangkondusif.Keprihatinan guru terhadap kehendak muridyang berbeza-beza.Kebolehan guru untuk memberi galakan dandorongan kepada murid.

PRINSIP-PRINSIPDALAM PROSES PENGAJARANDAN PEMBELAJARANPENILAIANBERTERUSANPENILAIAN KENDIRI&PENAMBAHBAIKKAN PENEROKAAN CARA-CARA PENYEMPURNAAN TUGASANPELUANG MEMBUAT KEPUTUSAN PENGHARGAAN KE ATAS USAHA MURIDPENGUASAAN KEMAHIRAN BELAJAR DAN BERFIKIR PENGLIBATAN MURID YANG AKTIFPEROLEHAN PELBAGAI PENGALAMAN

ANTARA PRINSIP-PRINSIP PENTING YANGHARUS DIPATUHI GURU DALAM PROSES P& PPenglibatanmuridyang aktifdalamaktivitikurikulumdan kokurikulumPenilaianyangberterusandiberipenekananbagisemua mata pelajaranPenilaian kendirikearah penambahbaikan bertujuanuntuk meningkatkan perkembangan muridPenerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yangdiberikan.Perolehanpelbagaipengalamanbagimengukuhkan kefahaman dan penguasaan kemahiran tertentuPeluangmembuatkeputusansecararasionaldankeupayaan mempertahankan keputusanPenghargaan kepada hasilkerja murid bagi memupukdan meningkatkan lagi sifat yakin diri, daya saing yangsihat dan berani.Penguasaankemahiranbelajar danberfikiragarmuridlebih berupaya mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi.

Bagi memastikan keberkesanan p&p beberapa teknik disyorkan:1.Mainperanan2.Tunjukajar3.Lakonan4.Simulasi5.Sumbang saran6.Bercerita7.Lawatan8.Permainan9.Projek

PenilaianPenilaian bermaksudproses pengumpulan idea ataumaklumat secara sistematik bertujuan untukmembuatpertimbangan danselanjutnya membuat keputusan.Proses bersistematik bererti mempunyai proseduratau langkah-langkah tetentu yang perlu diikuti.Maklumat merujuk kepada databerbentuk kuantitatifdan kualitatif. Datakuantitatif boleh diperolehi melaluiujian lisan manakala data kualitatif diperolehi melalui temubual, pemerhatian, dansebagainya.Pertimbangan bermaksud melihat semula datayang dikumpul dari pelbagai perspektif.Membuat keputusan bererti membuat tindakansusulan seperti melaksanakan akiviti pemulihan,penganugerahan sijil,tawaran ke sekolahberasrama penuh dan sebagainya.Penilaian boleh dikatakan sebagai satu prosesmengumpul maklumat untuk membuat keputusanpendidikan mengenai penguasaan, kemajuandan pencapaian murid.

TAMAT