1.0Apa Itu Bahan Bantu Mengajar?
1.1Definisi
Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga
berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan
pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah
memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to
be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai
merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat
memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.
Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara
penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan
penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.
Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat
murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
1
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau berpendapat,
bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai.
Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan
pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong
penyampaian pembelajaran.
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar
dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan
dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan
individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium
yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu
dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara
berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi
bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran
yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang
menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.
2
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam
pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan
pembelajaran dan boleh menimbulkan ransangan dan keingainan pelajar untuk
mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan
pengajaran lebih menarik dan berkesan.
1.2Jenis Media Bahan Bantu Mengajar
Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagi
menyampaikan maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagai
bahan bantu mengajar terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Media
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 didefinisikan
sebagai pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran
komunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atau
terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain.
Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnya
bahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antara
contoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan
sebagainya.
Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alat
elektrik dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio,
cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan kaset.
3
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.0 Bahan Kartun
2.1 Definisi Kartun
Perkataan kartun berasal daripada Bahasa Inggeris cartoon. Menurut A. S
Hornby dalam Mat Nor Husin (1988) kartun adalah lukisan tentang peristiwa-
peristiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan. T. Iskandar dalam
buku yang sama pula mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang
mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka.
Kartun juga merupakan bentuk utama komunikatif grafik yang berupa
suatu gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan
sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis
lukisan berbentuk universal yang menggambarkan peristiwa harian yang
disampaikan secara lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam
maksud yang lebih mudah, kartun merupakan persembahan lakaran atau
bentuk-bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif sindiran
dan kecerdikan. Kartun mempunyai daya penarik yang unik serta boleh
mempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca.
Dewasa ini, penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan
jenaka telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetak
mahupun media elektronik. Akhbar dan majalah kini sudah menyediakan
4
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ruangan-ruangan kartun di samping rencana-rencana lain untuk menarik minat
pembaca dan sebagai bahan selingan untuk meredakan keteganagan.
Selain menjadi penyaji humor, kartun lebih berfungsi sebagai bahan
kritikan sosial. Sesebuah lukisan kartun sering mengungkapkan dan
membicarakan tentang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, isu
semasa dan sesuatu kejadian penting secara terus terang atau kiasan. Isu
pergolakan politik, ekonomi dan sosial seringkali menjadi bahan cerita yang
disampaikan secara humor untuk dijadikan renungan pembaca khususnya.
Secara tidak langsung, kartun juga boleh menyinggung dan mengecam
seseorang yang terlibat dengan sesuatu kepincangan secara halus dan sinis.
Walaubagaimanapun kartun mempunyai nilai estetik dan menyeronokkan.
Watak-watak kartun seperti Mickey Mouse, Popeye atau Din Teksi
mempunyai keajaiban dalam merangsang komunikasi kanak-kanak. Guru
sepatutnya menggunakan keajaiban ini sebagai salah satu pendekatan dalam
menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Bahan kartun ini boleh menjadi
penggerak di dalam situasi-situasi tertentu. Misalnya, kartun Din Teksi atau
Keluarga Si Mamat boleh dijadikan sumber kepada perbincanagan karangan
kerana kartun ini biasa mengetengahkan jalan cerita yang berkaitan isu semasa.
Ciri-ciri yang jelas terdapat pada kartun ialah lukisannya agak ringkas,
tidak banyak butiran, stereotaip dan mudah difahami dan dikenali. Mesej kartun
5
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
biasanya segar dan jelas. Jika pembaca telah biasa dengan idea di sebalik
mesej, dia akan memahami kartun lebih cepat daripada penjelasan penyunting
berkenaan. Selain itu, kartun mudah diperolehi sama ada daripada akhbar,
majalah, buku, internet atau boleh dilukis oleh guru. Dalam era teknologi
maklumat kini kartun dalam bantuk animasi juga boleh digunakan. Murid akan
lebih seronok kalau mereka dapat melihat kartun yang bergerak dan bersuara
iaitu beranimasi. Namun, guru perlu bijak dalam menyesuaikan penggunaaan
bahan kartun ini dalam sesi pembelajaran.
2.2 Sejarah Perkembangan Kartun
Kartun telah dimanipulasikan untuk dijadikan bahan selingan dalam
akhbar sejak T.M. 1630 di Barat. Majalah Punch di London yang memuatkan
kartun high class telah menjadikan John Leech iaitu kartunis kartun tersebut
menjadi seorang yang terkenal. Di Malaysia sejarah pengkartunannya bermula
sebelum era kemerdekaannya lagi iaitu sebelum perang dunia kedua. Namun
begitu di awal era pengkartunan ini kartun yang tersiar terutama yang
bertemakan politik dan sosial agak terbatas. Antara perkara yang menyebabkan
perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya pelukis kartun yang berkaliber dan
berani menerokai kerjaya ini sebagai profesion sepenuh masa dan penguasaan
penjajah terhadap kilang percetakan ketika itu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam
industri kartun tanah air pada masa itu ialah Osman Kangkung dan Saidin
Yahya.
6
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Selepas era kemerdekaan, akhbar-akhbar mula menerbitkan kartun
walaupun hanya sebagai selingan dan kartun sindir politik dan kritikan sosial
hanya sesekali disisarkan. Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura
(hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan
Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan
seniwati daripada para peminat filem-filem Melayu. Kesempatan itu digunakan
sebaik mungkin oleh kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir
daripada majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R. Hamzah
Hussain Saad, Kassim(Mojo) dan ramai lagi yang terdiri daripada pelbagai
lapisan kerjaya. Misalnya, Rejabhad yang merupakan kartunis dari pasukan
askar Melayu manakala Rossem pula dari pasukan Polis Hutan. Sehingga
sekarang Lat boleh dikatakan sebagai kartunis yang paling berjaya.
Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano, Dandy
dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat
usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum
(Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980-an syarikat
penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara
mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis bekarya
termasuk Don, Kerengge dan Long.
Penerbitan kartun dalam bentuk majalah nampaknya sudah mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi kerana mendapat sambutan yang hangat daripada
7
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
peminat-peminat kartun. Majalah Bujal terbitan Rizalman adalah contoh sebuah
majalah yang mendapat tempat di hati kanak-kanak pada tahun 1980-an. Antara
karakter-karakter kartun yang masih meniti di bibir peminat kartun adalah seperti
Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS),
Professor Serba Tahu (CESB). Kini, bidang pengkartunan ini telah dipelopori
dengan meluas dengan adanya pelbagai jenis majalah kartun di pasaran seperti
Ujang, Kawan, Gila-gila, Apo? dan banyak lagi. Selain itu, seiring dengan
teknologi bidang ini juga telah mengorak langkah dalam penciptaan kartun-
kartun animasi yang menggunakan komputer seperti Budak Lapok, Upin dan Ipin
dan lain-lain yang dibuat untuk menarik minat kanak-kanak dan memberi
pengetahuan kepada mereka. Penciptaan kartun-kartun yang penuh dengan
mesej ini bukan sahaja menarik minat golongan kanak-kanak malah golongan
dewasa juga.
2.3 Jenis-Jenis Kartun-Bidang Kartun dan Ilustrasi
2.3.1 Kartun Gag
Kartun Gag atau kartun murni ialah satu lukisan yang memberi gambaran
tentang kehidupan seharian manusia yang merangkumi ahli-ahli politik, kerajaan,
kelemahan-kelemahan manusia dan pendirian mereka. Kartun ini amat terkenal
khususnya untuk siaran akhbar dan majalah.
8
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.3.2 Kartun Politik
Kartun politik menitikberatkan sasaran pada masalah-masalah politik.
Kartun jenis ini sangat berpengarauh kerana biasanya ia menyokong sesuatu isu
politik atau mengecamnya. Lazimnya ia menggambarkan pendapat seseorang
pengarang sesebuah akhbar yang diwakili. Ia juga menunjukkkan keadaaan
semasa dan perlukan perhatian segera.
2.3.3 Kartun Perniagaan
Kartun jenis ini biasanya akan mengiklankan sesuatu barangan yang
dikeluarkan oleh syarikat atau penjualan rumah serta perkhidmatan seperti
perkhidmatan rawatan, penjualan perabot dan sebagainya. Kartun ini kan
menerangkan tentang kebaikan barangan tersebut dengan tujuan membujuk.
Dalam kartun ini kan disertakan dengan nama pengiklan untuk rujukan pembaca
yang berminat.
2.3.4 Kartun Karikatur
Karikatur sebenarnya kartun yang telah dilukis dengan melakukan
perubahan pada wajah atau bentuk seseorang. Contohnya hidung menjadi besar
atau mata kecil dan sebagainya. Kartun ini lebih menonjolkan karakter
seseorang melalui bentuknya. Kartun ini juga mendedahkan dan
9
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
memperbesarkan sifat atau kelemahan seseorang atau sesuatu kumpulan.
Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa kurang percaya orang ramai
terhadap mereka kerana kelemahan-kelemahan itu. Kartun ini digunakan untuk
mengkritik secara jenaka dan mempunyai maksud tersirat disebalik karakter
yang direformasi.
2.3.5 Kartun Komik Bersiri
Kartun komik bersiri(strip cartoon) biasanya dilukis secara bersiri dalam
bentuk cerita. Cuma ada penceritaannya dibuat secara ‘kartun’ walaupun cerita
itu benar. Contohnya kartu bersiri ‘Din Teksi’ yang bertujuan untuk memikat dan
memberi pengetahuan kepada pembaca khususnya kanak-kanak.
2.3.6 Kartun Animasi
Kartun animasi ialah kartun yang dapat bergerak atau hidup secara visual
dan bersuara. Kartun ini terdiri daripada susunan gambar yang dilukis dan
dirakam seterusnya ditayangkan di televisyen atau filem. Kartun jenis ini
merupakan bahagian penting dalam industri perfileman pada masa ini.
10
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.3.7 Kartun Klise(Clishe)
Kartun ini merupakan lakaran kartun yang tidak semestinya humor, yang
selalu diulang-ulang hingga memikat pembaca dengan olahannya contohnya;
nasib pengembara di pulau yang terpencil, memancing ikan dapat kasut atau
benda-benda lain,makhluk asing yang garang dan sebagainya.
2.3.8 Kartun Klasik
Kartun ini lebih digunakan bagi tujuan kesusasteraan, kartun-kartun yang
berunsur cerita-cerita rakyat dan sejarah boleh digunakan dalam pengajaran.
Umpamanya sedutan kartun daripada sejarah melayu seperti Hang Tuah,
Badang, Hang Jebat dan sebagainya daripada majalah dan akhbar tempatan.
3.0 Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kartun
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal
bersesuaian dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian
semasa berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk
memahami sesuatu bacaan. Penggunaan bahasa ini berteraskan empat
kemahiran bahasa iaitu, mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Dalam
mencapai kemahiran berbahasa ini guru perlu menyediakan satu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid. Oleh yang demikian,
11
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
penggunaan kartun sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu alternatif
yang amat unik dan bijak boleh digunakan oleh para guru. Bahan kartun ini boleh
disesuaikan sebagai bahan ransangan atau set induksi dalam pengajaran.
Biasanya penggunaan bahasa yang digunakan dalam kartun ringkas dan
memudahkan murid memahami mesej yang ingin disampaikan.
3.1 Objektif penggunaan kartun sebagai media pengajaran
Kartun digemari oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya daripada
golongan kanak-kanak. Sesuatu yang baik akan meninggalkan kesan yang baik
kepada kita. Oleh sebab itu, jika bahan kartun digunakan dengan baik, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kepada
pelajar. Antara objektif penggunaan kartun sebagi media pengajaran ialah:
a) Membantu memberi ransangan dan motivasi kepada murid-murid
untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi
keseronokkan.
b) Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Bahan kartun
boleh diguna untuk menggerakkan daya pengamatan dan pemikiran
pelajar berkenaan masked sebenar yang ingin disampaikan guru
dalam pelajaran. Menurut Heinich dalam Mat Nor Husin bahan kartun
bukan sahaja membawa unsur kelucuan bahkan boleh memberi kesan
kepada pembelajaran.
12
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
c) Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang
dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan
maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun
mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan
manusia.
d) Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah
menumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi
dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang
digunakannya.
e) Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi
kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan
menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa
menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan
bahan kartun.
3.2 Kriteria Pemilihan Bahan Kartun
Oleh kerana terlalu banyak kartun yang dihasilkan kini, guru-guru perlu
menilai dan memilih kartun yang sesuai yang boleh digunakan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kartun-kartun yang terdapat di
pasaran kini lebih bersifat komersil dan keuntungan. Maka, bagi tujuan
pendidikan terdapat beberapa kriteria pemilihan bahan kartun yang baik dan
sesuai bagi tujuan pengajaran . Antaranya ialah:
13
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
a) Bahan kartun mestilah sesuai dengan murid, mempunyai kolerasi
dengan pengalaman mereka agar mudah difahamai dan ditafsir. Boleh
menarik minat mereka serta berdasarkan kebolehan penguasaan
bahasa dan kecerdasan otak mereka.
b) Kartun yang dipilih mudah dan ringkas serta mengandung dialog yang
singkat, kemas, dan jelas serta simbol yang tidak mengelirukan
pelajar.
c) Pilih kartun yang menggunakan perkataan, rangkai kata dan ayat yang
bersesuaian dengan umur ,kognitif, persekitaran , tujuan belajar dan
sebagainya. Kartun ini juga perlu menggunakan bahasa standard dan
sebarang kekeliruan bahasa guru harus menjadi pembimbing.
d) Pilih kartun yang sesuai dengan panduan di dalam sukatan pelajaran.
Antara reka bentuk atau ‘stroke’ haruslah tidak berbentuk lucah,
mengandung personaliti atau sahsiah yang bermoral tinggi, personaliti
berkebudayaan Malaysia, tidak menyemakkan pandangan dan lakaran
gambar yang ringkas.
e) Mempunyai latar belakang yang bersesuaian dengan objektif
pengajaran.
f) Tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya,
politik dan aspirasi negara.
14
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
3.3 Cara Menggunakan Kartun Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
3.3.1 Pengajaran Jenis-jenis Ayat
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis ayat yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu perkara. Melalui pengajaran jenis-jenis ayat ini guru boleh
menumpukan kepada kemahiran bertutur dan membaca yang dimiliki oleh murid.
Ini kerana, aktiviti yang dijalankan lebih sesuai dijalankan secara lisan iaitu
membaca berdasarkan tanda baca yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat
seru yang mempunyai tanda seru dan cara menuturkannya juga mempunyai
intonasi yang tersendiri dan berbeza dengan ayat tanya. Oleh itu, untuk
mengajarkan penggunaan jenis-jenis ayat ini supaya lebih menarik bahan kartun
boleh digunakan. Antara langkah yang boleh dilakukan guru adalah:
a) Guru memaparkan satu ilustrasi kartun yang besar dan ditampal di
papan hitam. Gambar kartun tersebut mengandung perbualan dan
penerangan (rujuk lampiran rajah 1.7). Kartun bersiri ini bertajuk ’Main
Laga Getah’, yang menggunakan ragam ayat yang berbeza.
b) Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog kartun tersebut
menggunakan intonasi yang betul.
c) Selain itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video kartun yang
memaparkan perbualan yang menggunakan jenis ayat yang akan
diajar. Contohnya perbualan yang mengandungi ayat tanya.
15
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
d) Kemudian guru meminta murid memberitahu jenis ayat yang
digunakan oleh kartun tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka .
e) Guru akan bertanyakan murid tentang kefahaman mereka tentang ayat
tersebut dan kemudiannya guru menerangkan ciri-ciri empat ayat yang
terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu, ayat seru, ayat perintah, ayat
tanya dan ayat penyata.
f) Dalam aktiviti ini guru perlu memberi penekanan terhadap intonasi,
jeda dan bacaan yang betul yang digunakan murid. Ini kerana,
penggunaan intonasi yang salah boleh membuatkan pelajar sukar
untuk membezakan cara untuk bercakap dengan betul.
g) Melalui aktiviti ini juga guru dapat memenuhi hasil pembelajaran
interpersonal yang memerlukan murid dapat bercakap menggunakan
frasa, rangkai kata serta ungkapan secara bertatasusila.
h) Sebagai pengukuhan, guru akan mengedarkan helaian kertas yang
mengandungi gambar kartun yang bahagian perbualannya telah
dikosongkan dan meminta murid mengisi tempat kosong tersebut
seterusnya melakonkan sesi perbualan berdasarkan kefahaman
mereka terhadap situasi yang berlaku dalam gambar kartun tersebut.
i) Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk mengajar dialog kepada murid-
murid.
16
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
3.3.2 Pengajaran Karangan
Selain dalam pengajaran tatabahasa tentang jenis-jenis ayat, guru juga
boleh menggunakan bahan kartun ini untuk mengajarkan karangan kepada
murid-murid. Aktiviti penulisan menggunakan kartun ini bertujuan untuk
membantu murid menguasai kemahiran mekanis dan menulis secara spontan.
Selain itu, murid juga dapat membuat intepretasi sendiri terhadap apa yang
mereka nampak. Antara langkah untuk mengajarkan karangan menggunakan
bahan kartun ialah:
a) Guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar
kartun bersiri.
b) Dalam gambar tersebut terdapat dialog yang dalam kartun berkenaan.
Contoh kartun yang digunakan ialah kartun gag yang bertajuk ’Sungai
oh Sungai’ (rujuk lampiran rajah 1.2) Kemudian guru boleh meminta
pelajar untuk memberitahu tentang mesej utama yang ingin
disampaikan melalui perbualan kartun tersebut. Mesej kartun tersebut
ialah pencemaran sungai.
c) Selepas itu, guru dan murid akan berbincang tentang faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan kesannya
kepada kehidupan.
d) Murid kemudiannya dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap
kumpulan perlu menghuraikan satu isi karangan yang telah
17
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
dibincangkan dalam bentuk perenggan dan ditulis di atas kertas
mahjung.
e) Kemudian setiap kumpulan diminta membentangkan huraian isi yang
mereka peroleh. Guru akan berbincang bersama murid tentang cara
penulisan setiap kumpulan dalam menghuraikan isi masing-masing
dan pembetulan akan dilakukan sekiranya terdapat kesalahan.
f) Melalui aktiviti ini, murid dapat bertukar idea dan melahirkan idea yang
bernas serta dapat mengetahui cara untuk memperkuatkan isi yang
mereka bentangkan. Selain itu, murid juga dapat mengetahui cara
untuk mencapai persetujuan dalam kumpulan.
g) Setelah mengetahui cara untuk menulis dan menghuraikan isi, murid-
murid diminta untuk menulis karangan berdasarkan satu gambar
kartun yang lain pula dengan tajuk yang berbeza. Contoh (rujuk
lampiran rajah 1.3) kartun ini merupakan kartun gag yang bertajuk
’Berhati-hati di Jalan Raya’ dan murid perlu menulis karangan yang
berfokuskan kepada faktor-faktor dan cara mengatasi kemalangan
jalan raya.
3.3.3 Pengajaran Peribasa atau Simpulan Bahasa
Guru juga boleh menjadikan kartun ini sebagai permainan bahasa bagi
kemahiran membaca, di mana murid perlu menyesuaikan gambar situasi kartun
dengan peribahasa yang sesuai. Aktiviti ini lebih menumpukan terhadap
18
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
membaca secara mekanis dan kefahaman serta penaakulan. Antara langkah
pengajaran yang boleh dilakukan untuk mengajarkan peribahasa atau simpulan
bahasa menggunakan kartun adalah seperti berikut:
a) Guru mengedarkan ilustrasi kartun yang menggambarkan satu situasi
yang berkaitan dengan peribahasa. Contohnya gambar kartun gag
bertajuk ’kantoi’ yang memaparkan tentang seorang pelajar yang di
tangkap ketika meniru semasa peperiksaan (rujuk lampiran
rajah 1.4). Selain gambar, guru juga boleh menayangkan video
tentang kartun yang berkaitan dengan peribahasa akan di ajar.
b) Kemudian guru meminta murid-murid melihat gambar kartun itu dan
meminta beberapa orang murid tampil untuk memberikan peribahasa
yang paling sesuai mewakili situasi gambar berkenaan. Pilihan
peribahasa dan maksud perlu di tampal di papan hitam secara rawak.
c) Seterusnya murid dikehendaki memilih maksud peribahasa yang
betul dan tersebut membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
d) Guru kemudiannya memaparkan gambar kartun klasik yang berlainan
bertajuk ’Si Tanggang Derhaka’(rujuk lampiran rajah 1.9) di papan
hitam dan meminta murid untuk memberitahu peribahasa apa yang
paling bersesuaian dengan situasi yang terdapat pada gambar
tersebut dan maksud disebalik peribahasa tersebut.
f) Setelah dapat mamahami maksud peribahasa atau simpulan bahasa
19
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
murid dikehendaki membina ayat sendiri yang mempunyai peribahasa
atau simpulan bahasa yang telah dipelajari. Sebagai pengukuhan guru
akan megedarkan soalan yang mengandungi tempat kosong dan perlu
diisi oleh murid dengan peribahasa atau simpulan bahasa yang sesuai.
g) Dalam aktiviti ini guru perlu membimbing murid dalam usaha mereka
memberikan jawapan yang tepat. Sekiranya tafsiran yang dibuat salah
maka guru harus membetulkannya agar interpretasi mereka tidak
terpesong jauh daripada maksud sebenar peribahasa dan matlamat
pembelajaran. Aktiviti ini banyak menekankan murid supaya membaca
dan memahami arahan .
4.0 Kebaikan Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran
Bahan kartun memang salah satu media bahan bantu mengajar yang
menarik untuk digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Jika disesuaikan
dengan konteks situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh meransang
penglibatan keseluruhan kelas. Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan
kartun sudah pastinya mempunyai kebaikan yang tersendiri. Antara kebaikan
penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran
bahasa ialah:
a) Kartun ialah bahan yang umumnya digemari oleh kanak-kanak dan
orang dewasa. Watak-watak lucunya dapat menarik minat pembaca.
20
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
b) Penggunaan bahan ini juga akan menjadikan proses pembelajaran
dan pengajaran berjalan dalam suasana yang gembira dengan telatah
kartun dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej. Ini
membolehkan seseorang guru itu mendapat tindak balas yang
berkesan daripada pelajarnya. Dengan ini, dapat memberi keyakinan
kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu.
c) Dapat menimbulkan ransangan serta galakkan untuk melukis. Hal ini
penting bukan sahaja kepada murid malah guru. Melukis kartun
memerlukan latar belakang, pengetahuan dan panduan yang luas.
Usaha ini akhirnya kan membina daya kreativiti seseorang guru dan
menjadikan murid kreatif dan kritis. Ini kerana, kartun berpotensi
menyelaras dan menyatupadukan penggunaan hemisfera kanan dan
hemisfera kiri otak manusia dalam satu pengajaran.
d) Bahan kartun boleh digunakan dalam pelbagai aspek kemahiran
bahasa. Misalnya dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh
digunakan. Manakala dalam mengajar aspek pemahaman, soalan-
soalan yang dibina daripada rentetan cerita dan dailog-dailog boleh
digunakan guru. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa,
dailog-dailog kartun yang menggunakan bahasa pasar boleh ditukar
menjadi ayat yang gramatis atau melakukan aktiviti menukar cakap
ajuk dan cakap pindah. Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti
praktikal seperti perbualan dan lakonan.
21
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
e) Kritikan-kritikan melalui kartun contohnya seperti kartun gag dan
kartun politik yang penuh dengan mesej dapat menolong berfikir ke
arah pemikiran yang lebih kritis dan berpandangan jauh.
f) Disebabkan kartun merupakan bahan yang menarik dari segi
lukisannya dan segar dari sedi karakternya maka ia dapat merangsang
minat murid sekaligus menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami.
5.0 Kelemahan Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran
Umumnya, penggunaan kartun mendapat tempat di hati muri-murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, perlu guru
seharusnya peka terhadap kelemahan-kelemahan penggunaan bahan ini. Di
samping mendatangkan begitu banyak kebaikan penggunaan bahan kartun ini
juga ada kelemahannya sekiranya tidak difahami dengan tepat tentang
penggunaannya. Antara kelemahannya adalah seperti:
a) Jika tidak digunakan dengan berhati-hati, pelajar akan lebih tertarik
kepada gambar-gambar kartun, bukan kepada pengajaran bahasa
yang ingin disampaikan oleh guru.
b) Guru yang tidak banyak mengetahui tentang teknik-teknik
penyampaian pelajaran bahasa dengan menggunakan kartun, boleh
menyebabkan murid cepat berasa bosan.
22
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
c) Seiring dengan zaman teknologi, guru sewajarnya mengetahui segala
ilmu dalam bidang ini terutama bagaimana untuk menjadikan
sesebuah kartun itu menarik, sama ada dari segi saiz warna dan
sebagainya. Ini kerana sekiranya gambar kartun yang digunakan kecil
lebih-lebih lagi tidak bewarna ini akan menimbulkan kebosanan pada
diri murid.
d) Penggunaan bahan kartun mengandung banyak kesalahan daripada
aspek tatabahasa, ejaan, laras, bahasa, penggunaan bahasa slanga,
dialek dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu memberi perhatian dan
penerangan kepada pelajar bagi mengelakkan kekeliruan.
23
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
6.0 Kesimpulan
Guru seharusnya proaktif dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan bahan kartun ini. Hal ini disebabkan kemahiran guru
mengaplikasikan bahan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran,
terutamanya semasa pengajaran Bahasa Melayu akan mampu mengubah
persepsi murid-murid terhadap mata pelajaran bahasa itu sendiri. Maksud di sini
ialah, kepintaran guru mengaplikasikannya sebagai bahan bantu mengajar akan
memotivasikan murid-murid itu sendiri. Sekurang-kurangnya, Bahasa Melayu
tidak dikatakan bosan dan tidak mempunyai nilai ekonomi.
Bahan kartun ini juga sebenarnya mempunyai rasionalnya yang tersendiri.
Sebagai bahan yang murah, mudah didapati dan senang diintegrasikan ke dalam
pengajaran, kartun mempunyai banyak ruang untuk dimajukan sebagai media
pengajaran yang serbaguna. Rentetan itu, guru haruslah bertindak bijak ketika
memilih bahan kartun yang sesuai dengan perkara yang mahu diajar.
Setiap bahan bantu mengajar yang digunakan sebenarnya mempunyai
kelebihan dan kekurangan tersendiri termasuk bahan kartun. Namun begitu, guru
sendiri harus mahir menangani setiap masalah berkaitan media pilihan. Dalam
situasi ini, kewibawaan guru menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka amat
diperlukan.
24
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kesimpulannya, penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu
mengajar perlulah selari dengan kesungguhan guru dalam mengaplikasikan
bahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh
mengajar sambil lewa samasa menggunakan bahan ini kerana bahan ini
mungkin akan menjadi perhatian melebihi sesi pengajaran. Sesungguhnya,
kartun ialah satu penghasilan unik yang diminati oleh segenap lapisan
masyarakat. Oleh kerana sifatnya yang demikian, ia boleh dijadikan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apa yang penting ialah sikap,
kebolehan dan kreativiti guru melihat dari sudut mana yang dirasakan sesuai dan
boleh mengintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat; guru yang
hanya banyak bercakap, mungkin murid bertambah gagap; guru menjadi
pemudahcara, kelak murid pintar bicara.
25
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Top Related