PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DAERAH SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
NOOR ZALILAH BINTI MANSOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL , 2008
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : Nama Penulis : NOOR ZALILAH BINTI MANSOR Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas untuk....
Faridah binti Haji Hussain….Seorang Ibu Yang Amat Ku Sanjungi.
Allahyarham Mansor bin Hj Arshad….Seorang Ayah Yang Amat Ku Hormati.
Dan Yang Amat Aku Rindukan
Abang, kakak dan adik-adik ku.
Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya
Budi dan jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.
Mertuaku
Terima kasih di atas nasihat dan doronganmu
Untuk aku terus berjaya
Buat Yang Teristimewa…..Mohd Fauzi bin Ramli@Lahman
Suami Tercinta
Kesabaran, kesetiaan, ketabahan dan keikhlasanmu.
Menjadikan ikatan dan kasih sayang kita semakin kukuh
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
Untuk adik-adikku ... Noor Zahiyah & Mohd Shahril
Jadikan kejayaan ini
Sebagai inspirasi dan pendorong untuk kalian berjaya
Jadilah insan yang beriman dan bertaqwa
Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan……terima kasih.
Berjaya jua kita akhirnya……
Semoga Allah s.w.t meredhai kehidupan kita....
Amin
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-
pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat
serta salam kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat dan para pejuang
Islam sepanjang zaman yang telah menunjukkan kita untuk sentiasa melalui jalan yang
lurus.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia, Tuan Haji Asnul Dahar Bin
Minghat kerana telah menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat.
Segala panduan dan bimbingan yang dicurahkan telah banyak membantu saya dalam
memahami projek ini dengan lebih baik.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,
Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari Sekolah Menengah Teknik di daerah Seberang
Perai, Pulau Pinang yang terlibat dan membantu secara langsung dalam penyelidikan
ini.
Sekalung penghargaan kepada keluarga tersayang, suami serta mertua di atas
sokongan moral dan doa kalian selama ini. Ribuan terima kasih di atas segala
pengorbanan, sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas. Penghargaan juga ditujukan
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan menyiapkan projek ilmiah ini. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar,
bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera.
Sampel kajian terdiri daripada 127 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah
Teknik di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Set soal selidik digunakan sebagai
instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah α =
0.711. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the
Social Sciences” (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min.
Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi pekerjaan dengan nilai min tertinggi
iaitu 3.92 paling mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan
elektronik, manakala tiga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam
bidang elektrik dan elektronik dengan nilai min bagi faktor minat ialah 3.48, faktor
pengaruh luar dengan nilai min 3.06 dan faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya
dengan nilai min 3.01 mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi
melaksanakan kajian lanjutan dilakukan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research is to identify factors that influence the choice of careers
in electric and electronic based on four major factors that are; interest, outside influence,
career counseling and working situation as an engineer. Research samples are 127 form
four students of Sekolah Menengah Teknik in Seberang Perai District, Pulau Pinang.
Questionnaire set is used as an instrument in this research. The reliability index of the
questionnaire items are α = 0.711. The result of this research is analyzed by using
“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Version 11.5 to get the frequency,
percentage and min. The result shows that factor of working situation has the highest
min which is 3.92. Another three factors that influence choice of careers has the min of
3.48 (interest), 3.48 (outside influence) and career counseling club (3.01). A few
suggestions have been given to proceed with the further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Rasional Kajian 12
1.9 Istilah dan Definisi 13
1.9.1 Faktor 13
1.9.2 Mempengaruhi 13
1.9.3 Kerjaya 13
1.9.4 Pembentukan Awal Kejaya 14
1.9.5 Pemilihan Kerjaya 14
1.9.6 Jurutera 14
1.9.7 Kejuruteraan 15
1.9.8 Minat 15
1.9.9 Pengaruh Luar 15
1.9.10 Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya 16
1.9.11 Situasi Pekerjaan 16
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pengenalan Pemilihan Kerjaya 17
2.3 Faktor Minat 23
2.4 Faktor Pengaruh Luar 26
2.5 Faktor Bimbingan dan Kaunseling 29
Kerjaya Sekolah
2.6 Faktor Situasi Pekerjaan 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.5 Prosedur Kajian 38
3.6 Instrumen Kajian 38
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Kesahan Soal Selidik 43
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 44
3.10 Analisis Data 45
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 48
4.2.1 Jantina 48
4.2.2 Nama Sekolah 49
4.2.3 Bangsa 50
4.2.4 Agama 51
4.2.5 Gred Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Semasa
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 51
4.2.6 Pekerjaan Bapa 52
4.2.7 Pekerjaan Ibu 53
4.3 Bahagian B (Persoalan Kajian)
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 55
Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam
proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik ?
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Ke dua 59
Apakah pengaruh luar mempengaruhi pelajar
dalam proses pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ke tiga 63
Apakah bimbingan dan kaunseling kerjaya
mempengaruhi pelajar dalam pemilihan
kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik?
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Ke empat 67
Apakah situasi pekerjaan sebagai seorang
jurutera mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan kerjaya dalam bidang Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik ?
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 71
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan Bahagian A 74
5.3 Perbincangan Bahagian B 75
5.3.1 Faktor minat mempengaruhi pelajar dalam 75
proses pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
5.3.2 Faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar 78
dalam proses pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
5.3.3 Faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya 80
mempengaruhi pelajar dalam pemilihan
kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik.
5.3.4 Faktor situasi pekerjaan sebagai seorang 82
jurutera mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik.
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.4 Rumusan 86
5.5 Cadangan 88
5.5.1 Ibu Bapa 88
5.5.2 Pelajar 89
5.5.3 Sekolah 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.7 Penutup 90
RUJUKAN 92- 99
LAMPIRAN A – F 100 - 113
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Hala Tuju Lepasan Tingkatan 5 MPV (Lanskap
Dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Perling, Johor 8
3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Sekolah 37
3.2 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian
Item Dan Jumlah Item 41
3.3 Skor Skala Likert 5 Mata 42
3.4 Perubahan Skala Lima Mata Kepada 3 Mata 45
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2 Taburan Resonden Mengikut Sekolah 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Semasa PMR 52
4.6 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu 53
4.8 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item
Dan Jumlah Item 54
4.9 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam
Proses Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik 56
xiv
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.10 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 60
Dan Min Bagi Aspek Faktor Pengaruh Luar
Mempengaruhi Pelajar Dalam Proses Pemilihan
Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik
4.11 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 64
Dan Min Bagi Aspek Faktor Bimbingan Dan
Kaunseling Kerjaya Mempengaruhi Pelajar Dalam
Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik
4.12 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 68
Dan Min Bagi Aspek Faktor Situasi Pekerjaan
Sebagai Seorang Jurutera Mempengaruhi Pelajar
Dalam Pemilihan Kerjaya Dalam Bidang
Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
4.13 Taburan Purata Min Dan Tahap Keseluruhan Bagi 71
Setiap Persoalan
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil. : Bilangan
EPRD : Education Planning Research And Development
F : Frekuensi
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
MPV : Mata Pelajaran Vokasional
PMR : Penilaian Menengah Rendah
PRS : Pembimbing Rakan Sebaya
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
ILP : Institut Latihan Perindustrian
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta
YPJ : Yayasan Pelajaran Johor
xvi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat A Borang Soal Selidik 100 B Surat Pengenalan Diri Fakulti Pendidikan 108 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 109 EPRD D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 111 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang E Pengesahan Item-item Soal Selidik 112 F Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. Yang 113 Menunjukkan Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan adalah landasan pendidikan di Malaysia. Objektif utama
pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Setiap pelajar yang menjadi warganegara Malaysia
perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar mempunyai wawasan dan
visi yang jauh dalam kehidupannya.
Menurut hieraki Maslow dalam Ee Ah Meng (1986), setiap individu itu
sewajarnya mempunyai matlamat keperluan yang sama. Keperluan asas yang ada
perlulah dipenuhi untuk kepuasan dan dorongan bagi mencapai keperluan-keperluan
yang lain. Seorang pekerja akan merasakan bahawa mendapatkan suatu pekerjaan yang
baik dan berprestij akan mendapatkan suatu keputusan yang cemerlang serta dapat
melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah suatu tahap kesempurnaan kendiri.
Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amatlah
diperlukan bagi mencapai tahap tersebut. Semua itu akan memudahkan bagi mereka
untuk membentuk dan merancang kerjaya masing-masing.
2
Setiap individu berkehendakan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan
pada masa hadapan. Oleh itu, pembentukan perlu dirancang dengan sebaik mungkin
agar bersesuaian dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan.
Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang ada dipersekitarannya semasa
proses pemilihan kerjaya itu berlaku.
Bagi individu yang telah mengenal pasti kerja yang diinginkan, maka adalah
mudah untuk melaksanakan langkah seterusnya tetapi bagi mereka yang masih belum
melakukan pemilihan kerjaya akan menghadapi masalah dan dilema untuk membuat
pemilihan mengikut minat serta kriteria yang ada pada dirinya.
Menurut Hairunnaja (2005), pemilihan kerjaya yang tepat dan sempurna secara
tidak langsung menentukan kebahagiaan hidup seseorang. Memilih kerjaya yang sesuai
dengan diri boleh mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Sebaliknya, pemilihan
kerjaya yang tidak sesuai boleh mendatangkan kedukaan dan kesedihan.
Oleh itu, pemilihan kerjaya diperingkat awalan adalah penting kerana apabila
pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang
dan mata pelajaran yang diminati. Terdapat enam mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh pelajar dan empat mata pelajaran elektif yang diberikan pilihan. Empat
mata pelajaran elektif ini kebiasaannya lebih kepada mata pelajaran yang berkaitan
dengan bidang kerjaya yang dipilih oleh seseorang pelajar itu.
3
Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah organisasi
yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan pelajar ke sekolah-
sekolah teknik di Malaysia. Kemasukan pelajar bergantung kepada keputusan
peperiksaan PMR.
Semua sekolah-sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah
Teknik. Oleh itu, terdapat aliran teknik dan aliran vokasional dalam Sekolah Menengah
Teknik. Aliran teknik bertujuan menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan
teknologi lepasan menengah ke institusi pengajian tinggi. Aliran vokasional pula
menawarkan mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi sebagai mata pelajaran
pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional di akhir tingkatan lima.
Kurikulum aliran teknik adalah terdiri dari bebarapa bidang. Antara bidang
ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pertanian, Perdagangan, Pengurusan
Makanan dan Pengajian Pakaian. Objektif penubuhan Sekolah Menengah Teknik adalah
untuk :-
i) Menyediakan guna tenaga yang dilengkapi dengan kemahiran dan
pengetahuan asas untuk sektor perindustrian dan perdagangan.
ii) Mengadakan kurikulum yang boleh diubahsuai selaras dengan perubahan
masa dan zaman berdasarkan pada kepentingan mata pelajaran yang
berkaitan dengan industri sekarang dan juga akan datang.
iii) Mengadakan pendidikan asas sains, matematik dan bahasa untuk
membolehkan pelajar-pelajar menyesuaikan diri mereka dengan cara bekerja
4
serta boleh berinteraksi dan berkomunikasi untuk mencapai kecekapan yang
lebih tinggi dalam bidang pekerjaan mereka kelak.
iv) Mengadakan pelajaran asas teknikal untuk membolehkan pelajar-pelajar
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Menengah Teknik
merupakan sebuah sekolah yang berasaskan kepada bidang teknikal yang merangkumi
pekerjaan seperti kejuruteraan elektrik, awam, jentera, senibina, usahawan dan
sebagainya. Menurut Hairunnaja (2005), terdapat jurang yang besar dalam peluang
kerjaya antara bidang kemahiran, teknikal dan sains dengan bidang sastera, sains sosial
dan kemanusiaan. Bidang kemahiran, teknikal dan sains memberi peluang kerjaya yang
lebih kepada mereka yang mengikutinya. Bidang ini sedang pesat berkembang sesuai
dengan keperluan negara yang sedang berusaha menjadi sebuah negara maju sejajar
dengan wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Y.A.B Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam membentangkan Rancangan
Malaysia ke 9 telah menyarankan bagi meningkatkan daya saing jangka panjang negara,
kerajaan terus menggalakkan peralihan kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah
yang tinggi dalam tiga sektor utama ekonomi, iaitu pertama pembuatan, kedua
perkhidmatan dan yang ketiga ialah pertanian. Sumber pertumbuhan baru dalam sektor-
sektor tersebut telah dikenal pasti dan akan digalakkan bagi menjana pendapatan
tambahan dan mewujudkan kekayaan baru.
5
Kerajaan telah mengkaji bahawa sektor pembuatan dijangka berkembang pada
kadar 6.7 peratus setahun dan akan terus beralih kepada aktiviti berteknologi tinggi dan
berintensif pengetahuan dengan nilai tambah yang tinggi merangkumi pelbagai industri
terutamanya elektrik dan elektronik.
( Sumber : Laporan Rancangan Malaysia ke 9 (2006))
Walau banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan namun remaja masih
bermasalah dalam membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Sharp dan Marra dalam Rodzimah (2000), menunjukkan bahawa
masalah tidak boleh membuat keputusan kerjaya di kalangan remaja disebabkan oleh
ketiadaan realisme semasa membuat pilihan. Mereka tidak dapat menilai dengan baik
mengenai minat, kebolehan, bakat atau sahsiah mereka. Ini menyebabkan pemilihan
yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadi. Menurut mereka juga masalah
utama yang sering dihadapi oleh remaja masa kini adalah untuk membuat pemilihan
kerjaya yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri. Ada
pemilihan yang terlalu tinggi dan tidak kurang pula yang terlalu rendah ( Aminuddin,
1982).
Menurut Ginzberg dalam Arthur P.Lloyd et. al (1994), pilihan pekerjaan ialah
satu proses yang memakan masa sekurang-kurangnya enam atau tujuh tahun dan
biasanya masa ini melebihi sepuluh tahun. Ini kerana setiap keputusan yang dibuat
dalam masa remaja adalah berkaitan dengan pengalaman seseorang itu sehingga tahap
itu dan ia mempengaruhi masa depan seseorang.
6
Menurut Hishamuddin (1995) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam
membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut :-
i. Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat
Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak
mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau
betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang ada
pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut membuat
pemilihan kerjayanya.
ii. Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan
Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan
ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak
setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemilihan yang dibuat terlalu tinggi
dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan dan
keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri seseorang
itu.
iii. Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan
Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan
remaja, dimana pada peringkat ini remaja tidak mendapat pendedahan
dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan dan
jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.
Menurut Rahim (1994), seseorang itu hendaklah mengetahui apa yang mereka
mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai kepadanya kerana peluang
biasanya tidak selalunya datang berulang. Menurutnya “seseorang yang berjaya itu
adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya”. Situasi ini memberi penekanan terhadap
kepentingan para pelajar untuk membuat pemilihan yang betul dalam penentuan bidang
kerjaya mereka berdasarkan faktor-faktor tertentu yang telah mereka kenal pasti.
7
Menurut Crow (1967), menyatakan empat faktor yang mempengaruhi seseorang
menceburi alam pekerjaan. Faktor-faktor itu adalah :-
i. Keupayaan, minat dan sifat peribadi individu
ii. Mengenal pasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syarat yang
dikehendaki
iii. Mempunyai kebolehan dalam sesuatu pekerjaan
iv. Mempunyai darjah minat yang tinggi terhadap aktiviti pekerjaan
Menurut Hairunnaja (2005), sesuatu kerjaya yang akan di ceburi olah seseorang
individu sebenarnya memberi kesan yang besar kepada kehidupannya. Apabila individu
bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, dia akan menghabiskan separuh daripada
masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah
lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu itu dalam aktiviti-aktiviti lain
yang dilakukannya bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang
kerjaya dalah suatu perkara yang penting. Memilih kerjaya adalah suatu perkara yang
perlu dirancang terlebih dahulu.
Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan
personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang
individu. Tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan boleh
menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain
risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup.
8
Jadual 1.1 di bawah menunjukkan analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 MPV
(Lanskap dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor.
Jadual 1.1 : Hala Tuju Lepasan Tingkatan 5 MPV (Lanskap dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor.
Bilangan Pelajar Bil Perkara
L % P % Jumlah
1 Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 1 4 1
2 Melanjutkan pelajaran
a) Kolej komuniti
b) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
1
1
4
4
1
1
3 Mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan
MPV (ILP Pasir Gudang) 2 9 2
4 Bekerja sementara/ tetap dalam bidang yang tidak
berkaitan dengan MPV (Lanskap dan Nurseri) 18 79 18
Jumlah 23 100 - 23
(Sumber: Unit Pendidikan Teknik dan Vokasional SMK Seri Perling, Johor 2003)
Jadual 1.1 menunjukan analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 MPV (Lanskap dan
Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor. Berdasarkan
maklumat tersebut dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar tidak bekerja sementara /
tetap berkaitan bidang yang diikuti semasa di sekolah. Seramai 18 orang yang sudah
menceburi bidang pekerjaan sementara/tetap yang tidak berkaitan dengan MPV
(Lanskap dan Nurseri). Terdapat 2 orang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran
iaitu di Kolej Komuniti dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Terdapat juga 2 orang di
antaranya mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan MPV iaitu di ILP Pasir
Gudang, Johor. Ada juga seorang pelajar melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 pelajar bagi MPV (Lanskap dan Nurseri) di
Sekolah Menengah Seri Perling pada tahun 2003 menunjukkan seramai 18 daripada 23
atau 79% pelajar telah bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan MPV yang
diambil. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik
Seberang Perai, Sekolah Menengah Teknik Butterworth dan Sekolah Menengah Teknik
Nibong Tebal di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Antara faktor yang dikaji ialah
minat, pengaruh luar, Bimbingan dan Kaunseling kerjaya sekolah dan situasi pekerjaan
itu sendiri.
1.4 Objektif Kajian
Diharapkan agar hasil kajian ini dapat memenuhi objektif berikut:-
i) Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan
kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
ii) Mengenalpasti faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam proses
pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
iii) Mengenalpasti faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya mempengaruhi pelajar
dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
iv) Mengenalpasti faktor situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera mempengaruhi
pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
10
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini telah dibahagikan kepada beberapa
aspek seperti berikut:-
i) Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
ii) Apakah pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
iii) Apakah bimbingan dan kaunseling kerjaya mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
iv) Apakah situasi pekerjaan mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di
bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
Top Related