PEMPROSESAN PERKATAAN MICROSOFT WORD 1. PENGENALAN Aplikasi pemprosesan perkataan yang digunakan ialah Microsoft Word 2000
2. MEMULAKAN APLIKASI WORD Untuk mendapatkan aplikasi Word :
1. Klik butang Start 2. Pilih Programs
3. Pilih Microsoft Word
Penggunaan Teknologi Maklumat
2
3. TETINGKAP MICROSOFT WORD Rajah menunjukkan tetingkap aplikasi Microsoft Word 2000
* Titik Penyelitan (atau dikenali sebagai palang-I ) ialah kedudukan di
mana teks baru akan diselitkan apabila teks ditaip atau ditampal (paste).
4. MEMBINA DOKUMEN BARU Untuk membina dokumen word yang baru:
1. Buka menu File. 2. Pilih New. 3. Kotak dialog New dibuka
4. Klik Blank Document 5. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
3
Penggunaan Teknologi Maklumat
4
2
5. MEMASUK DAN MENGEDIT TEKS 1. Menaip Teks Skrin Word tidak seperti sehelai kertas kosong kerana anda boleh menaip di
mana-mana yang anda suka. Titik penyelitan yang berkelip-kelip menandakan
kedudukan di mana huruf boleh ditaip. Taipkan huruf untuk memasukkan teks.
2. Memulakan Paragraf Baru Untuk memulakan paragraf baru tekan kekunci Enter.
3. Bungkus Perkataan (Wordwrap)
Apabila kita sampai ke penghujung baris semasa menaip jangan berhenti tetapi
teruskan menaip. Word akan membungkus teks yang di hujung ke baris
seterusnya secara otomatik.
4. Inden Menggunakan Kekunci Tab Untuk menginden baris pertama dalam sesuatu paragraf, tekan kekunci Tab. 5. Huruf Besar Untuk menjadikan semua huruf besar tanpa menekan kekunci Shift :
1. Tekan kekunci Caps Lock ( ) sebelum menaip
teks.
2. Tekan semula kekunci Caps Lock untuk kembali kepada keadaan
asal.
6. Memadam Huruf Huruf-huruf yanbg telah ditaip boleh dipadam dengan menggunakan kekunci
Delete atau Backspace.
Caps Lock
TEKNOLOGI MAKLUMAT Papan kekunci digunakan
1
Penggunaan Teknologi Maklumat
5
6.1 Menggunakan Kekunci Delete
Kekunci Delete memadam huruf yang berada di sebelah kanan kursor. Untuk
melaksanakan pemadaman huruf menggunakan kekunci Delete:
1. Klik perkataan pada kedudukan di sebelah kiri huruf yang hendak dipadam
2. Tekan kekunci Delete ( ) 6.2 Menggunakan Kekunci Backspace
Kekunci Backspace memadam huruf yang berada di sebelah kiri kursor. Untuk
melaksanakan pemadaman huruf menggunakan kekunci Backspace :
1. Klik perkataan pada kedudukan di sebelah kanan huruf yang
hendak dipadam.
2. Tekan Kekunci Backspace ( )
7. MENYIMPAN FAIL Untuk menyimpan fail yang baru dibina:
1. Buka menu File.
2. Pilih Save As.
3. Kotak Dialog Save As dibuka.
4. Kenal pasti lokasi fail yang hendak disimpan.
5. Taipkan nama fail
6. Klik butang Save.
Del
Back Space
Penggunaan Teknologi Maklumat
6
Penggunaan Teknologi Maklumat
7
8. MEMBUKA DAN MENUTUP FAIL 8.1 Membuka Fail Untuk membuka fail yang telah dibina:
1. Buka menu File
2. Pilih Open
3. Kotak dialog Open dibuka
4. Dapatkan lokasi fail yang hendak dibuka. Klik fail yang dikehendaki.
5. Klik butang Open.
Penggunaan Teknologi Maklumat
8
8.2 Menutup Fail Untuk menutup fail (dokumen word) :
1. Buka menu File. 2. Pilih Close
Penggunaan Teknologi Maklumat
9
9. MEMILIH TEKS Teks boleh dipilih menggunakan kekunci dan tetikus. Penggunaan tetikus adalah
lebih mudah berbanding dengan kekunci.
9.1 Memilih Satu Perkataan Untuk memilih satu perkataan sahaja :
1. Letakkan titik penyelitan pada perkataan
2. Dwi-klik butang tetikus kanan.
9.2 Memilih Satu Blok Teks Untuk memilih satu blok teks :
1. Letakkan titik penyelitan pada permulaan blok.
2. Tekan kekunci Shift 3. Klik pada Penghujung blok
9.3 Memilih Keseluruhan Teks Untuk memilih keseluruhan teks di dalam dokumen:
1. Buka menu Edit. 2. Plih Select All.
Penggunaan Teknologi Maklumat
10
9.4 Jalan Pintas Menggunakan Tetikus 9.4.1 Memilih Satu Baris Untuk memilih satu baris, halakan kursor ke kiri baris sehingga rupa bentuk
kursor bertukar dan klik sekali
9.4.2 Memilih Satu Paragraf Untuk memilih satu paragraf, klik tiga kali dalam paragraf yang hendak dipilih.
10. MENYALIN TEKS Menyalin teks bermaksud membuat salinan pada kedudukan baru tanpa
membuang atau memadam teks asal.
Untuk menyalin teks menggunakan alatan Piawai :
1. Pilih teks yang hendak disalin
2. Klik butang Copy dari bar alatan Piawai
3. Klik kepada kedudukan di mana teks hendak disalinkan
4. Klik butang Paste
11. MEMINDAHKAN TEKS Memindahkan teks bermaksud membuat salinan pada kedudukan baru dengan
membuang atau memadam teks asal.
Untuk menyalin teks menggunakan alatan Piawai :
1. Pilih teks yang hendak dipindahkan
2. Klik butang Cut dari bar alatan Piawai
3. Klik kepada kedudukan di mana teks hendak disalinkan
4. Klik butang Paste
Penggunaan Teknologi Maklumat
11
12. MEMBUANG TEKS Membuang teks boleh dibuat sama ada menggunakan kekunci Delete atau
menggunakan menu pintas.
12.1 Menggunakan Kekunci Delete Untuk membuang teks mengunakan kekunci Delete
1. Pilih teks yang hendak dibuang
2. Tekan kekunci Delete ( )
12.2 Menggunakan Menu Pintas Untuk membuang teks menggunakan menu pintas :
1. Pilih teks yang hendak dibuang
2. Tekan butang kanan tetikus pada teks yang dipilih.
3. Satu menu pintas akan dibuka
4. Pilih Cut
13. HURUF LABUH Kadangkala dalam dokumen kita ingin menonjolkan huruf pertama dalam
sesuatu paragraf.
Del
Penggunaan Teknologi Maklumat
12
Untuk menonjolkan huruf atau dikenali huruf labuh (Drop Cap):
1. Pilih huruf yang hendak dijadikan huruf labuh.
2. Buka menu Format 3. Pilih Drop Cap
4. Kotak dialog Drop Cap akan dibuka
5. Pilih format huruf labuh yang hendak dihasilkan. Sebagai contoh
klik butang Dropped
6. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
13
14. PENJAJARAN TEKS Penjajaran (alignment) merujukan kepada bagaimana menentukan kedudukan
teks. Pilihan penjajaran yang boleh dilaksanakan adalah :
• Penjajaran kiri. Teks akan terjajar ke kiri
• Penjajaran tengah. Teks akan terjajar ke tengah.
• Penjajaran kanan. Teks akan terjajar ke kanan
• Penjajaran terlaras. Teks akan terjajar di antara jidar kiri dan jidar
kanan.
Butang penjajaran terdapat pada Bar Alatan Pemformat (formatting toolbar)
seperti berikut. :
Penggunaan Teknologi Maklumat
14
Sebagai contoh, penjajaran tengah teks dapat dilakukan seperti berikut :
1. Pilih blok teks
2. Klik butang penjajaran tengah pada bar alatan pemformat
3. Klik butang kanan tetikus.
15. PELURU DAN PENOMBORAN OTOMATIK Peluru dan penomboran (Bullets and Numbering) adalah kaedah untuk membuat
peluru dan penomboran secara otomatik kepada teks.
Untuk membuat peluru atau penomboran kepada teks :
1. Pilih teks.
2. Klik butang Bullets pada Bar Alatan Pemformat, untuk menukar
teks kepda senarai berpeluru
3. Klik butang Numbering, untuk menukar teks kepada senarai
bernombor.
15.1 Menukar Stail Peluru Untuk menukar stail peluru :
1. Pilih teks
2. Buka menu Format 3. Pilih Bullets and Numbering
4. Kotak dialog Bullets and Numbering dibuka
5. Klik tab Bulleted
6. Pilih stail yang dikehendaki
7. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
15
15.2 Menukar Stail Penomboran Untuk menukar stail penomboran :
1. Pilih teks
2. Buka menu Format 3. Pilih Bullets and Numbering dibuka
4. Kotak dialog Bullets and Numbering dibuka
5. Klik tab Numbered
6. Pilih stail yang dikehendaki
Penggunaan Teknologi Maklumat
16
7. Klik butang OK
16. INDEN TEKS Inden dan penjajaran adalah dua cara untuk mengawal kedudukan teks
berkaitan dengan jidar kiri (left margin) atau jidar kanan (right margin)
Inden akan menolak teks ke arah margin. Terdapat tiga jenis inden.
Penggunaan Teknologi Maklumat
17
• Inden kiri. Inden kiri menolak semua teks ke sebelah kiri jidar.
• Inden kanan. Inden kanan menolak semua teks ke sebelah kanan
jidar.
• Inden baris pertama. Inden baris pertama memboehkan kita
membezakan baris pertama daripada baris seterusnya di dalam
perenggan.
Untuk setkan inden :
1. Pilih perenggan.
2. Seret penanda inden di sepanjang pembaris (Ruler)
17. JIDAR Sebelum anda mula menaip teks adalah lebih baik untuk memastikan susun atur
asas mukasurat adalah betul.
Sebagai peraturan umum jadikan jidar Atas dan Bawah sekurang-kurangnya
0.5cm lebih besar daripada jidar Kepala dan Kaki.
Untuk setkan jidar halaman dokumen :
1. Buka menu File
2. Pilih Page Setup
3. Kotak dialog Page Setup dibuka
4. Setkan jidar yang dikehendaki
5. Klik kepda Apply to : untuk menentukan bahagian mana jidar
hendak disetkan
6. Klik butang OK
Jika anda tidak dapat melihat pembaris (Ruler) 1. Buka menu View 2. Pilih Ruler
Penggunaan Teknologi Maklumat
18
18. PANEL PERENGGAN
Panel perenggan (Paragraph Panel) boleh mengendalikan inden, penjajaran dan
jarak di antara perenggan.
Untuk mendapakan panel perenggan :
1. Buka menu Format 2. Pilih Paragraph
3. Kotak dialog Paragraph dibuka
Untuk setkan inden secara tepat :
4. Taipkan nilai inden atau gunakan butang anak panah untuk menaik
dan menurunkan nilai.
Untuk setkan ruang antara baris :
5. Pilih ruang di antara baris
Ruang di antara baris boleh disetkan kepada 1 , 1.5 , 2 dan
sebagainya.
Untuk setkan ruang di antara sebelum dan selepas perenggan :
6. Setkan nilai ruang di antara sebelum (Before) dan selepas (After)
perenggan dengan menggunakan butang anak panah
7. Klik OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
19
19. KEPALA DAN KAKI HALAMAN Jika anda hendak meletakkan nombor mukasurat dan juga tajuk dokumen pada
setiap mukasurat satu cara yang mudah adalah dengan menggunakan kepala
halaman (header) dan kaki halaman (footer). Kepala akan wujud pada bahagian
atas setiap halaman. Manakala kaki akan wujud pada bahagian bawah setiap
halaman. Untuk mendapaktan panel kepala halaman atau kaki halaman :
1. Buka menu View 2. Pilih Header and Footer.
20. UBAH JENIS, STAIL DAN SAIZ FON Untuk mengubah jenis dan stail fon :
Plih satu perkataan / blok teks / keseluruhan teks kemudian :
1. Buka menu Format 2. Pilih Font.
Penggunaan Teknologi Maklumat
20
3. Kotak dialog Font akan dibuka
4. Pilih sama ada:
1) Jenis fon
2) Stail fon
3) Saiz fon
5. Klik OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
21
21. MEMBINA LAJUR Untuk membina dokumen dalam bentuk lajur :
Pertamanya pilih teks yang hendak diformatkan menjadi lajur. Jika keseluruhan
dokumen hendak diformatkan menjadi lajur, klik pada dokumen tersebut.
1. Buka menu Format 2. Pilih Columns
3. Kotak dialog Columns akan dibuka
4. Tentukan stail lajur di bawah pilihan Presets
5. Tentukan ukuran lebar lajur di bawah pilihan Width and Spacing
jika ingin mengubah dari ukuran lalian (sedia ada).
6. Klik petak Line between utnuk meletakkan garisan di antara lajur.
7. Kawasan Preview menggambarkan format lajur yang hendak
dihasilkan
8. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
22
22. JADUAL 22.1 Membina Jadual Untuk membina jadual :
1. Klik kedudukan di mana jadual hendak diletakkan.
2. Buka menu Table. 3. Pilih Insert 4. Pilih Table
5. Kotak dialog Insert Table akan dibuka
6. Setkan bilangan baris dan lajur jadual yang hendak dibina
7. Klik butang OK 8. Klik sel dan taipkan teks
Penggunaan Teknologi Maklumat
23
22.2 Menambah Baris Untuk menambah baris baru kepada jadual
1. Klik baris
2. Buka menu Table 3. Pilih Insert
Penggunaan Teknologi Maklumat
24
4. Klik
1) Rows Above – untuk memasukkan baris baru di atas baris
yang dipilih
2) Rows Below – untuk memasukkan baris baru di bawah
baris yang dipilih.
5. Baris baru ditambah kepada jadual yang sedia ada
6. Klik pada sel baru dan taipkan teks
22.3 Menambah Lajur Untuk menambah lajur baru kepada jadual :
1. Klik lajur
2. Buka menu Table 3. Pilih Insert
4. Klik
1) Columns to the Left - untuk memasukkan lajur baru di
sebelah kiri lajur yang dipilih.
Penggunaan Teknologi Maklumat
25
2) Columns to the Right - untuk memasukkan lajur baru di
sebelah kanan lajur yang dipilih.
5. Lajur baru ditambah kepada jadual yang sedia ada
6. Klik pada sel baru dan taipkan teks
22.4 Menukar Tinggi Baris dan Lebar Lajur Tinggi baris dan lebar lajur boleh ditukar sama ada menggunakan penunding
atau menu.
22.4.1 Menggunakan penunding
Untuk menukar tinggi baris dan lebar lajur menggunakan penunding :
• Gerakkan penunding kepada baris jadual
• Penunding bertukar kepada :
Untuk menukar baris atau
Untuk menukar lajur
• Klik butang kiri tetikus
• Seret tetikus :
Untuk baris :
1. Seret ke atas untuk mengurangkan ketinggian baris
2. Seret ke bawah untuk meningkatkan ketinggian baris.
Untuk lajur :
1. Seret ke kiri untuk mengurangkan kelebaran lajur
2. Seret ke kanan untuk membesarkan kelebaran lajur.
Penggunaan Teknologi Maklumat
26
22.4.2 Menggunakan Menu Menu diguna untuk mendapakan tinggi dan lebar lajur secara tepat dengan lebih
mudah.
Untuk menukar tinggi atau lebar lajur dengan menggunakan menu :
1. Pilih lajur - Pilih baris jika hendak menukar baris.
2. Buka menu Table
3. Pilih Table Properties
4. Kotak dialog Table Properties akan dibuka
5. Klik tab Column. - untuk menukar lajur atau klik tab Row untuk
menukar baris.
6. Tentukan lebar lajur yang dikehendaki
7. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
27
22.5 Membuang Baris dan Lajur Untuk membuang baris atau lajur :
1. Klik baris - Klik lajur untuk membuang lajur
2. Buka menu Table 3. Pilih Delete 4. Klik Rows - Klik Columns untuk membuang lajur
Penggunaan Teknologi Maklumat
28
22.6 Sempadan dan Bebayang Jadual 22.6.1 Stail Sempadan Untuk mengubah stail sempadan dalam jadual : Pertama sekali pilih jadual.
1. Buka menu Format 2. Pilih Borders and Shading 3. Kotak dialog Borders and Shading akan dibuka
4. Klik tab Borders
5. Pilih jenis sempadan yang dikehendaki
6. Tentukan stail, warna dan ketebalan sempadan
1) Pilih stail baris / sempadan
2) Klik anak panah untuk mendapatkan senarai pilihan
ketebalan baris.
7. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
29
22.6.2 Menambah Bebayang Untuk menambah bebayang kepada jadual
1. Buka menu Format 2. Pilih Borders and Shading 3. Kotak dialog Borders and Shading akan dibuka
4. Klik tab Shading 5. Pilih warna yang dikehendaki
6. Klik anak panah Style untuk memilih corak yang dikehendaki
7. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
30
23. IMPOT GAMBAR 23.1 Clip Art Imej Clip Art adlaah imej yang sedia ada. Untuk mengimpot imej Clip Art ke
dalam dokumen :
Pertamanya letakkan kursor ke kedudukan di mana imej Clip Art hendak
dimasukkan di dalam dokumen.
1. Buka menu Insert 2. Pilih Picture
3. Pilih Clip Art 4. Kotak dialog Insert Clip Art akan dibuka
5. Pilih (klik) kategori imej
6. Pilih (klik) clip art
7. Klik butang Insert Clip
Penggunaan Teknologi Maklumat
31
8. Klik butang untuk menutup kotak dialog Insert Clip Art
X
Penggunaan Teknologi Maklumat
32
23.2 Impot dari Fail Untuk mengimport imej dari fail ke dalam dokumen :
Pertamanya letakkan kursor di kedudukan di mana imej Clip Art hendak
dimasukkan di dalam dokumen.
1. Buka menu Insert 2. Pilih Picture 3. Pilih From File
4. Kotak dialog Insert Pictures akan dibuka
5. Cari dan pilih gambar yang dikehendaki
6. Klik Insert
Penggunaan Teknologi Maklumat
33
23.3 Mengecil dan Membesarkan Gambar Gambar juga boleh disetkan kedudukannya dengan mengunakan butang
penjajaran kiri, kanan atau tengah.
Penggunaan Teknologi Maklumat
34
24. WORDART WordArt membolehkan anda menghasilkan reka bentuk yang menarik. Untuk
menghasilkan reka bentuk yang menarik menggunakan WordArt:
1. Buka menu Insert 2. Pilih Picture 3. Pilih WordArt 4. Kotak dialog WordArt Gallery akan dibuka
5. Pilih stail WordArt
6. Klik butang OK 7. Kotak dialog Edit WordArt Text akan dibuka
8. Taipkan teks. Sebagai contoh Selamat Datang 9. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
35
Penggunaan Teknologi Maklumat
36
24.1 Mengubah Warna dan Bentuk Teks Untuk mengubah warna teks, panel WordArt diperlukan. Untuk mendapakan
panel Word Art :
1. Buka menu View. 2. Pilih Toolbars 3. Pilih WordArt 4. Kotak dialog WordArt akan dibuka
Penggunaan Teknologi Maklumat
37
24.1.1 Mengubah Warna Teks Untuk mengubah warna tek wordArt : Pertama sekali pilih teks WordArt.
1. Klik butang Format WordArt
2. Kotak dialog Format WordArt akan dibuka
3. Klik Color pada bahagian Fill untuk menukar warna teks
4. Klik color pada bahagian Line utnuk menukar warna garisan tepi
teks
5. Klik Dashed pada bahagian Line untuk menukar ketebalan garisan
teks
6. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
38
24.1.2 Mengubah Bentuk Teks Untuk mengubah bentuk teks WordArt yang dibina :
Pertama sekali pilih teks WordArt.
1. Klik butang WordArt shape 2. Panel bentuk teks dipaparkan.
3. Pilih bentuk yang dikehendaki
Penggunaan Teknologi Maklumat
39
25. CARI DAN GANTI 25.1 Cari Cari digunakan untuk mengesan perkataan atau menyemak sama ada dokumen
menganduangi perkataan yang dicari. Katakunci disetkan oleh pengguna.
Untuk melakukan proses pencarian :
1. Buka menu Edit 2. Pilih Find 3. Kotak dialog Find and Replace akan dibuka
4. Taipkan perkataan yang hendak dicari
5. Klik Find Next untuk memulakan pencarian - Setelah dijumpai
perkataan yang dicari klik semula Find Next untuk pencarian
seterusnya.
6. Klik Cancel untuk menutup kotak dialog
Penggunaan Teknologi Maklumat
40
25.2 Ganti Ganti akan mencari teks yang diberikan dan menggantikannya dengan
perkataan yang baru.
Untuk melakukan proses penggantian :
1. Buka menu Edit 2. Pilih Replace 3. Kotak dialog Find and Replace akan dibuka
4. Klik tab Replace 5. Taipkan perkataan yang hendak dicari
6. Taipkan perkataan yang hendak diganti
7. Klik Find Next untuk memulakan pencarian
8. Setelah perkataan yang dicari ditemui :
1) Klik Replace untuk menggantikan perkataan lama dengan
perkataan yang baru - Tekan find Next untuk pencarian
seterusnya.
2) Klik Replace all untuk menggantikan semua perkataan lama
dengan yang baru secara otomatik.
9. Klik Cancel untuk menutup kotak dialog
Penggunaan Teknologi Maklumat
41
Penggunaan Teknologi Maklumat
42
26. SAIZ DAN ORENTASI KERTAS Untuk mengubah saiz dan orentasi kertas :
1. Buka menu File. 2. Pilih Page Setup
3. Kotak dialog Page Setup akan dibuka
4. Klik tab Paper Size
1) Klik kepala anak panah untuk mendapatkan senarai saiz
kertas
Untuk menentukan saiz kertas sendiri, masukkan parameter kertas
(Width – lebar kertas dan Height – tinggi kertas ).
5. Pilih sama ada : Portrait atau Landscape untuk mengubah
orentasi halaman
6. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
43
27. MENCETAK DOKUMEN Untuk mencetak dokumen :
1. Buka menu File
2. Pilih Print 3. Kotak dialog Print akan dibuka
4. Pilih pencetak
5. Tentukan julat halaman
1) Klik All- untuk mencetak semua halaman di mana kursor
berada.
2) Klik Current page – untuk mencetak halaman di mana
kursor berada.
3) Klik Pages – untuk mencetak julat halaman yang ditentukan
– sebagai contoh untuk hanya mencetak halaman 6 hingga
8, taipkan 6-8.
5. Tentukan bilangan salinan yang hendak dicetak.
6. Klik butang OK
Penggunaan Teknologi Maklumat
44
Top Related