KELAYAKAN Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.
• Warganegara Malaysia • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500-RM15,000 sebulan • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja
CARA MEMOHON
PEMBIAYAAN
PR1MA menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda.
Institusi- institusi yang terlibat:
• Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak.
• Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.
MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN
Pembayaran faedah dikenakan ketika dalam pembinaan dan bayaran ansuran bermula hanya apabila kediaman telah siap dibina.
*Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank.
MORATORIUM
Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium. Dalam konteks ini, tempoh moratorium dikenakan selama 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli.
SKIM PEMBIAYAAN FLEKSIBEL (SPEF)
Skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi:• Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman
• Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan
Untuk maklumat lanjut:
HUBUNGI KAMI PERBADANAN PR1MA MALAYSIA Aras bawah, Blok F, No. 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. No Tel : 03- 7628 9898 (Tutup pada cuti umum) No. Fax : 03-7840 0268
Waktu Operasi:
Hari: Isnin hingga AhadWaktu: 9 pagi - 6 petang
www.pr1ma.my
PENDAFTARAN
Buka akaun di www.pr1ma.my Lengkapkan borang pendaftaran anda.
PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.
Top Related