PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR
MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
27 APRIL 2009 27 APRIL 2009
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN
DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR
Saya MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
(HURUF BESAR)
DR. YUSOF BIN BOON
NO 11, JALAN RIA 7, TAMAN RIA BARU, SERI LALANG, 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan : ...............................................................
27 APRIL 2008 Nama Penyelia : DR. YUSOF BIN BOON
Tarikh : ...............................................................
i
PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR
MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
27 APRIL 2008
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM
Tarikh : ..................................................
iii
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Mohd Naim Bin Ithnain
Siti Zaleha Bte Boon
Adik Beradik Tercinta
Mohd Syaiful Azuan Bin Mohd Naim
Nurfatihah Bte Mohd Naim
Muhammad Syaiful Bahri Bin Mohd Naim
Pensyarah Penyelia PSM
Dr. Yusof Bin Boon
Pensyarah-pensyarah
Keluarga
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih. Amin…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Yusof Bin Boon yang telah banyak
membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini
dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat pensyarah
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, pihak Akademi Binaan Malaysia
Johor dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini
berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kerjasama
yang diberikan oleh pihak ABM Johor sama ada dari pihak pengurusan, pensyarah
dan pelatih-pelatih yang terlibat dalam kajian ini amat memuaskan. Penghargaan
juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara
langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi,
keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan
penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka.
Amin…
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pendapat pelatih ABM
Johor terhadap kursus yang diikuti. Kajian ini menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian. Sebanyak 100 responden terlibat dalam kajian ini, iaitu
terdiri daripada pelatih yang mengikuti enam jenis kursus kemahiran iaitu
memasang wayar pada bangunan, pembuatan lanskap, cat bangunan, pemasangan
penghawa dingin, menerap batu-bata dan pelepaan. Kaedah persampelan yang
digunakan ialah rawak kelompok. Tahap kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang
diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.904. Data mentah dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) versi 11.5 untuk
Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil daripada
kajian ini mendapati pelatih ABM Johor mempunyai tahap min yang tinggi terhadap
latihan yang diikuti dan peluang kerjaya setelah menamatkan latihan. Pelatih-pelatih
mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat
mengaplikasi kemahiran yang diperolehi untuk digunakan apabila bekerja nanti.
Selain itu, latihan yang diperolehi dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan
yang lebih luas. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah yang dikenalpasti
seperti kekurangan peralatan dan peralatan tidak sesuai untuk kegunaan masa kini
daripada kursus ini. Justeru itu, kelemahan ini masih boleh diperbaiki pada masa
akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the perception of Akademi Binaan
Malaysia Johor trainees toward their training program. Questionnaire was utilized
as a research instrument and it has distributed among the respondents to obtain
feedback. 100 participants from six courses in ABM Johor were chosen as a
respondent for the research. The six courses are; building wiring installation,
landscape construction, building decorative painting, air-conditioning & mechanical
ventilation, bricklaying and plastering. Cluster sampling method is using to select
the respondents. The reliability level of (Alpha Cronbach) from initial research is
0.904. Data collected was analyzed by using Statistical Package for the Social
version 11.5 (SPSS) to obtain values of frequencies, percentage and mean. From the
analysis, it was found that ABM trainees achieve a high skill from their training
program and the opportunity to involved in career are also shows a great outcome.
Trainees also assure that all the skill from ABM training can be used in their future
career. However, there are several problems found from the ABM training program
such as lack of equipment and tools are not suitable at this time. Hopefully, this
research will help ABM Johor to improve the weakness in future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi kajian 10
1.8.1 Latihan 10
1.8.2 Kerjaya 11
viii
1.8.3 Vokasional 11
1.8.4 Kemahiran 11
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Latihan Berasaskan Ketrampilan 16
2.3 Pendidikan Teknik dan Vokasional 18
2.4 Kemahiran 20
2.5 Pemilihan Kerjaya 21
2.6 Masalah Dalam Pembangunan Latihan dan Pendidikan
Teknikal dan Vokasional 23
2.7 Kajian-kajian Lepas 28
2.8 Penutup 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi Dan Pensampelan 32
3.5 Instrumen Kajian 33
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur 36
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 36
3.9 Penutup 37
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
ix
4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 39
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah 41
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Di
ABM Johor 42
4.3 Bahagian B – Analisis Deskriptif 43
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Pendapat pelatih ABM Johor
terhadap kursus kemahiran yang diikuti 44
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Pendapat pelatih ABM Johor
terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan
di ABM 46
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran
yang diikuti di ABM Johor 49
4.4 Penutup 51
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 53
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 55
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1: Apakah Pendapat
Pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang
diikuti? 55
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2: Apakah Pendapat
Pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah
menamatkan latihan? 56
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3: Apakah masalah-
masalah yang dihadapi daripada kursus yang diikuti
di ABM ini? 58
5.4 Cadangan 59
x
5.4.1 Cadangan Untuk ABM Johor 60
5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 61
5.4.2.1 Kajian Lanjutan Keseluruhan ABM di
Malaysia 61
5.4.2.2 Kajian Lanjutan Institut Kemahiran Lain 62
5.4.2.3 Kajian Lanjutan Terhadap Pihak Industri 62
5.5 Penutup 62
RUJUKAN 64
LAMPIRAN 68
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
2.1 Bilangan pelatih institusi latihan kemahiran yang
Menamatkan latihan berkaitan aktiviti pembinaan bagi
tahun 2001 dan 2002 14
3.1 Skala Likert dan nilai skor 34
3.2 Pembahagian item bahagian B dalam borang soal
selidik 34
3.3 Skala nilai min 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41
4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti di
ABM Johor 42
4.6 Taburan responden mengikut pendapat pelatih ABM
Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti 45
4.7 Taburan responden mengikut pendapat pelatih ABM
Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan
latihan 47
4.8 Taburan responden mengikut masalah-masalah yang
dihadapi pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran
yang diikuti di Akademi Binaan Malaysia Johor 50
xii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Akademi Binaan Malaysia
CIDB - Construction Industry Development Board Malaysia atau
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
CIMP - Construction Industry Master Plan for Malaysia atau
Pelan Induk Industri Pembinaan Negara
GDP - Keluaran Domestik Kasar
IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
ICT - Information and Communication Technology
IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
IKM - Institut Kemahiran MARA
ILKA - Institut Latihan Kemahiran Awam
ILP - Institut Latihan Perindustrian
JKML - Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
NOSS - National Occupational Skills Standard
PGM - Pusat Giat Mara
S - Setuju
SKK - Standard Kemahiran Kebangsaan
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statisical Package for The Social Science
SS - Sangat Setuju
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Surat Pengesahan 68
B Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 70
C Set Soal Selidik 71
D Kalendar Pengambilan Pelatih Tahun 2009
Program Latihan Kemahiran Belia ABM
Wilayah Selatan (Johor) 76
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bagi membangunkan sumber manusia yang kompeten, kerajaan telah pun berusaha
melaksanakan beberapa program dalam pelbagai peringkat melalui program
pendidikan dan latihan kemahiran teknik dan vokasional. Sehingga kini, pendidikan
teknik dan vokasional berubah mengikut peredaran masa dan zaman yang
direalisasikan untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi
bagi memenuhi permintaan negara di dalam menuju hasrat Wawasan 2020.
Institusi-institusi teknikal dan kemahiran yang terlibat adalah seperti Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Giat
Mara dan sebagainya. Selain daripada itu, agensi yang turut menyumbangkan ke
arah pembangunan sumber manusia ialah Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang
merupakan sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan (CIDB).
Di Malaysia terdapat 6 buah Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang beroperasi
untuk melatih para belia di dalam beberapa kursus kemahiran dalam binaan yang
ditawarkan.
i. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Tengah) Kuala Lumpur
ii. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) Johor Bahru, Johor
iii. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) Jitra, Kedah
iv. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Sabah) Kota Kinabalu, Sabah
v. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur) Kuala Berang, Terengganu
vi. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Sarawak) Kuching, Sarawak
2
Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian
Pembangunan Personel Binaan (CIDB) yang dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan
menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan.
Terdapat lebih 30 kursus yang boleh diikuti di Akademi Binaan Malaysia (wilayah
Selatan) seperti penerapan bata, pelepaan dan penjubinan, pertukangan kayu,
operasi kren bergerak, pemasangan dry wall (Plasterboard), pemasangan perancah
(Scaffolding), kimpalan dan beberapa kursus lain. Berikut adalah matlamat ABM
yang dipetik dari portal rasmi CIDB iaitu :
i. Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir dan separuh
mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga
pekerja asing.
ii. Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan
diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman
luas dan terlatih.
iii. Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran
terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi
keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah.
iv. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap
kemahiran mereka dari semasa ke semasa.
v. Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan
tenaga binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi
mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih.
vi. Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih
untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara.
vii. Menjalankan program akredasi kemahiran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keperluan sumber tenaga manusia adalah amat
diperlukan bagi menjayakan wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju. Sehubungan dengan itu, Malaysia yang merupakan
3
sebuah negara yang sedang membangun telah menyediakan beberapa buah institusi
kemahiran bagi memenuhi permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki.
Menurut Irshad (1970), pendidikan teknikal berkaitan dengan praktikal, teori dan
persediaan umum terhadap pelajar ke arah pekerjaan yang spesifik dalam pelbagai
bidang pembuatan dan perkhidmatan yang menekankan kepada usaha membentuk
pekerja mahir dan separuh mahir untuk membolehkan mereka memasuki pasaran
tenaga kerja. Latihan yang dibekalkan di institusi-institusi kemahiran diharapkan
dapat membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran supaya dapat survival dalam
pasaran tenaga kerja yang lebih mencabar akibat perubahan teknik dan teknologi
yang lebih canggih.
Sebagai penyumbang kepada sumber tenaga pekerja kepada negara, segala
bentuk program latihan kemahiran yang diberikan haruslah memenuhi pengharapan
dalam kalangan para pelatih terhadap pekerjaan yang akan diceburi. Hal ini adalah
kerana latihan yang diikuti adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelatih
bagi menjamin masa depan yang lebih cerah serta mendapat pekerjaan yang sesuai.
Dengan ini, latihan kemahiran yang telah diikuti oleh pelatih tidak akan menjadi
sia-sia dan peluang-peluang pekerjaan bagi pelatih-pelatih di Akademi Binaan
Malaysia ini lebih luas berbanding dengan mereka yang tidak mendapat latihan
kemahiran.
Menurut Sufean (2004), pendidikan vokasional yang komprehensif
merangkumi berbagai-bagai kemahiran yang membolehkan individu bersifat
versatil, berdikari dan mempunyai mobiliti vokasion bagi menyara hidupnya dengan
lebih produktif. Di samping dapat menyediakan para belia untuk mendapatkan
kursus dan latihan kemahiran bagi memudahkan mereka memasuki bidang
pekerjaan tertentu, ia juga dapat menggalakkan perkembangan serta pertumbuhan
industri kecil dan sederhana. Situasi ini menjadikan peluang-peluang pekerjaan
bagi pelatih-pelatih di institusi kemahiran ini lebih luas berbanding dengan belia-
belia tanpa latihan kemahiran.
Kemajuan dalam pendidikan berhubung rapat dengan pembangunan
sesebuah negara untuk menghasilkan profesional berkemahiran tinggi dan
bertauliah untuk menangani kepesatan perubahan pembangunan dan industri
4
pembinaan, serta keperluan pelanggan. Menurut Prof. Ghazali (2002), pendidikan
menjadi faktor utama dalam pertumbuhan ekonomi dan sosial. Banyak negara
sedang membangun melabur wang yang banyak dalam bidang pembangunan
pendidikan dengan kepercayaan bahawa ia merupakan pelaburan sumber manusia
yang sangat penting untuk kemajuan negara. Pembangunan pendidikan mempunyai
pertalian yang rapat dengan pembangunan sesebuah negara.
Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti pusat-pusat latihan dan industri
perlu untuk merancang tenaga kerja bagi keperluan negara sama ada sektor awam
atau swasta. Menurut Ismail (1987), perancangan tenaga pekerja memerlukan
kerjasama daripada pelbagai pihak. Pusat latihan perlu bertanggungjawab bagi
melaksanakan tugas masing-masing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja, sama
ada mahir atau separuh mahir bagi mencapai hasrat perancangan negara.
Biro Statistik Malaysia juga telah menunjukkan bahawa industri pembinaan
menyediakan sekitar 800,000 peluang pekerjaan dan menyumbang sebanyak tiga
peratus kepada Keluaran Domestik Kasar (GDP), tidak termasuk lain-lain industri
yang berkaitan. Dalam mempertingkatkan program latihan dan kemahiran, kerajaan
akan mempertingkatkan penggunaan tabung Lembaga Kemajuan Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) dalam bajet 2008 untuk menampung kekurangan
pekerja mahir dalam sektor pembinaan. Untuk tujuan ini, CIDB akan melaksanakan
Program Latihan Masterskills yang meliputi kemahiran dalam pengurusan dan
pembinaan fizikal. Bagi tahun 2008, seramai 50 ribu pekerja dalam sektor
pembinaan dilatih dalam program ini dengan kos berjumlah seratus juta ringgit yang
dipetik daripada Ucapan bajet 2008 oleh Perdana Menteri.
Menurut Datuk Seri Najib Razak (New Straits Times, 29 Ogos 2007),
“Kerajaan akan melaksanakan Pelan Induk Industri Pembinaan Negara (CIMP) bagi
menambah daya saing sektor itu serta meningkatkan produktiviti, tahan lasak,
dinamik dan bertaraf dunia, sekali gus menjana kekayaan negara. Pelan induk tujuh
teras itu antara lain memberi penekanan kepada penggunaan teknologi termaju dan
kaedah terkini mempertingkatkan kemampuan syarikat serta kemahiran pekerja
supaya industri pembinaan negara mampu menyediakan penyelesaian bertaraf
dunia”, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
5
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan dan Kemudahan Infrastruktur yang turut
dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Eksekutif
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Hamzah
Hasan.
Institusi teknikal dan vokasional pula akan terus diperkasa melalui
pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran dan Latihan. Enrolmen pelajar
dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan ditingkatkan
menerusi penggunaan kapasiti sedia ada, pembiayaan pelajar di institusi latihan
swasta, serta peruntukan tambahan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran (Ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan
2006-2010).
Dengan adanya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, adalah
diharapkan dapat melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber tenaga
manusia. Usaha ini bukan sahaja dapat memberi peluang yang baik kepada para
pelatih, malah dapat meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja dan seterusnya
membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara untuk membolehkan mereka
memasuki pasaran tenaga kerja yang lebih mencabar akibat perubahan teknik dan
teknologi yang lebih canggih dan bersaing dengan pekerja asing.
Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020, sumber tenaga manusia yang
berkualiti tinggi dihasilkan bagi memenuhi permintaan negara. Pembangunan
sumber tenaga manusia ialah proses mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran
dan kemampuan tenaga manusia untuk membolehkan tenaga manusia itu menjadi
satu daripada sumber pembangunan dalam berbagai-bagai sektor sama ada
ekonomi, sosial ataupun politik. Tenaga manusia yang berkemahiran, terlatih dan
mempunyai sikap dan nilai positif adalah peserta yang baik dalam melaksanakan
program pembangunan dengan cekap dan berkesan. Myers (1964), Smith (1970)
dan Harbison (1973) berpendapat bahawa tenaga manusia ialah sumber penting bagi
pembangunan ekonomi dan terdapat pertalian rapat di antara pendapatan perkapita
dengan peringkat pembangunan sumber tenaga manusia.
6
Tambahan pula, Construction Industry Master Plan for Malaysia (CIMP)
(2005-2015) mendapati kekurangan sumber latihan-latihan vokasional yang tidak
mencukupi serta industri pembinaan itu sendiri yang dikaitkan dengan imej 3D iaitu
Dirty (kotor), Difficult (sukar) dan Dangerous (berbahaya). Hal ini menyebabkan
belia-belia menjauhi bidang pembinaan sebagai pilihan kerjaya. Dalam Rancangan
Malaysia ke-9, selain bidang yang bidang yang perlu dikuasai, seseorang pelatih itu
perlu mengikuti latihan ’soft skill’ seperti ICT, komunikasi dan Bahasa Inggeris
bagi mempertingkatkan peluang pelatih untuk memperolehi pekerjaan pada masa
hadapan. Seiring dengan perkembangan kemajuan negara dan peningkatan cabaran
dalam pasaran kerjaya, persoalan timbul sama ada bakal-bakal tenaga mahir dan
separuh mahir tempatan dalam industri pembinaan yang sedang mengikuti kursus
latihan kemahiran telah bersedia untuk menceburi bidang kerjaya mampu menjadi
tenaga buruh yang kompeten. Menurut Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia,
usaha-usaha dirangka bagi meningkatkan imej dan suasana kerja dalam industri
binaan. Ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan harus difikirkan serta
laluan kerjaya yang meyakinkan dengan faedah dan upah yang tinggi,
meningkatkan prosidur keselamatan di tempat kerja, kenaikan pangkat yang
bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki serta menyuntik perasaan bangga
dengan penglibatan kerja dalam industri binaan.
Dalam konteks sekarang, pekerjaan merupakan sesuatu keperluan bagi
setiap individu untuk menyara kehidupan terutamanya kepada pelatih lepasan
institusi kemahiran bahawa menjadikan latihan yang diperolehi semasa di pusat
latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan mereka. Kurikulum pelajaran
Vokasional telah dirancang dan dirangka diawal tahun 70an semasa RMK ke-2.
Menurut Ismail (1987), kurikulum pelajaran vokasional tersebut dapat
mengurangkan pengangguran terutamanya kepada pelajar-pelajar yang kurang dan
lemah dalam akademiknya. Pelajar ini akan mendalami bidang yang mereka minat
bagi membentuk kearah kerjayanya. Sehubungan dengan itu, para pelatih di
institusi kemahiran seharusnya telah mempunyai pilihan kerjaya yang akan diceburi
bersesuaian dengan latihan yang diikuti dan matlamat latihan yang disediakan.
Walau bagaimanapun, keperluan tenaga pekerja negara yang dirancang dan
bilangan lepasan pelajar yang menganggur adalah menjadi satu masalah kepada
7
negara. Terdapat para pelatih yang tidak mendapat pekerjaan atau tidak memasuki
bidang pekerjaan mengikut kemahiran yang telah dijalani semasa mereka
menjalankan latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia. Keadaan ini
menjadikan satu masalah bukan sahaja kepada negara yang telah banyak melabur ke
atas latihan kemahiran yang telah dijalani oleh para pelatih ini, tetapi ia juga
menjadi masalah kepada keluarga serta pelatih itu sendiri.
1.3 Penyataan Masalah
Dengan wujudnya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, diharapkan dapat
melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia dipelbagai
sektor seperti pembinaan. Justeru itu, kajian dijalankan bagi mengenalpasti
pendapat pelatih terhadap kursus kemahiran yang diikuti di Akademi Binaan
Malaysia Johor ini. Usaha ini bukan sahaja dapat memberi peluang yang baik
kepada para pelatih, malah dapat meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja dan
seterusnya membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara.
Kajian juga perlu dijalankan untuk mengenalpasti pendapat pelatih terhadap
peluang kerjaya setelah menamatkan latihan. Bagi melahirkan tenaga pekerja yang
akan menyumbangkan kemahiran kepada negara, segala bentuk program dan latihan
kemahiran yang diberikan mestilah memenuhi kehendak industri serta peluang
pekerjaan dikalangan para pelatih. Hal ini adalah kerana latihan yang diikuti adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelatih bagi menjamin masa depan
mereka dalam bidang kerjaya yang sesuai. Dengan ini, latihan kemahiran yang
telah diikuti oleh pelatih tidak akan menjadi sia-sia dan dapat digunakan dalam
kerjaya pelatih setelah tamat latihannya.
Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi daripada kursus
kemahiran yang ditawarkan kepada para pelatih perlu dikenal pasti supaya mutu
kemahiran dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan
untuk mengenalpasti pendapat pelatih terhadap latihan yang diikuti. Hal ini bagi
8
mengungkap apakah masalah yang dihadapi oleh pelatih sepanjang menjalani
kursus di ABM Johor.
Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengkaji pendapat pelatih terhadap kursus yang ditawarkan di Akademi Binaan
Malaysia Johor bagi menceburi bidang kerjaya setelah menamatkan latihan dari segi
kursus itu sendiri, peluang kerjaya dan masalah-masalah yang dihadapi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang
diikuti di ABM.
ii. Mengenalpasti pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah
menamatkan latihan di ABM.
iii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelatih dalam mengikuti
kursus kemahiran yang diikuti di ABM Johor.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini menyatakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian
tercapai. Berikut adalah persoalan kajian iaitu:
i. Apakah pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti?
ii. Apakah pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah
menamatkan latihan di ABM?
iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelatih dalam mengikuti kursus
kemahiran yang diikuti di ABM Johor?
Top Related