Download - Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif

Transcript
Page 1: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Disediakan:Mohd. Nizam Mohd ZanShaiful Lizan Samsuri

- PENDEKATAN SENIBINA

REVIVALISME METAFORA

REGIONALISME PRIMITIF

Page 2: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Revivalisme

Page 3: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Maksud Revivalisme:- Revivalisme bermaksud ‘menghidupkan kembali’. - Revivalisme juga dikenali sebagai neo-venacular atau Neo-Tradisional.- Neo-vernacular bermaksud sesebuah bangunan yang direka bentuk

dengan menggunakan bahasa seni bina yang mirip kepada gaya seni bina tradisi tempatan sesuatu bangsa.

- Neo-tradisional pula hampir sama dengan neo-vernacular tetapi ia tidak hanya menjurus kepada gaya tempatan sesuatu bangsa.

Page 4: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Asal Usul Revivalisme: - PEPERANGAN GAYA DI EROPAH

Greek Klasik

-Ionic, corintian

Roman Antiquity

- Orde Tuscan, Composite

Gothic / Triniti Kristian

Kewujudan Orang Kaya baru menggantikan sistem feudal

Perkembangan Intelektual Barat & Islam

- Menggantikan dogma Kristian

- Penerapan dan peniruan senibina klasik rom dan mesir digunakan dalam senibina

- Contohnya: Senibina klasik untuk gedunng keilmuan seperti universiti, senibina Rom pada bangunan pentadbiran dan perniagaan dan senibina gothic pada gereja

Page 5: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Revivalisme di MALAYSIA

- Revivalisme diperkenalkan di Malaysia apabila penjajah Inggeris ingin ingin memperkenalkan gaya eropah seperti neoklasik, barok gothic dan monghul. - Gothik diperkenalkan di gereja dan

sekolah convent, - Neoklasik di bangunan pentadbiran,

kuaters pentadbir, mahkamah, sekolah, kelab-kelab dan bangunan awam.

- Tudor pula di bangunan-bangunan rekreasi dan rumah peranginan. Gaya moghul dan indo Islam pula di masjid, mahkamah dan stesen keretapi.

Page 6: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kepentingan

• Ia merupakan cara mudah untuk arkitek menghasilkan senibina yang lebih berjiwa kebangsaan dan menangan masalah identiti senibina masional

• Senibina revivalisme mudah difahami oleh kebanyakan pengguna

• Revivalisme membuat hubungan secara langsung dengan warisan budaya.

• Perhubungan ini dapat mewujudkan perasaan hak empunya dan seterusnya mewujudkan identiti tersendiri

• Memberikan nafas baru pepada sesuatu rekabentuk lama.

• Penggunana sintaks warisan bagi memudahkan pengolahan bangunan dari sudut estetika kerana bahasa tersebut telahpun diuji kemampuannya untuk menyampaikan mesej.

Page 7: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kelemahan

• Ia dijadikan ’short cut’ kepada arkitek untuk merekabentuk dan tidak mempunyai prinsip adaptasi intelektual yang tinggi dan dirasakan kurang baik untuk mengorak langkah kepada keterampilan baru dan menghormati keseimbangan warisan bangsa

• Arkitek menjadi tidak kreatif, tidak progresif dan ketinggalan zaman. Boleh berlaku pembohongan, pembaziran dan penonjolan imej yang tidak mempunyai fungsi. Pereka hanya mengikut sentimen budaya tersendiri tanpa rasional dalam pemikiran.

Page 8: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Metaphor

Page 9: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Metafora

Definisi metafora: (berdasarkan kamus dewan)ialah pemakaian kata-kata untuk menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan.

• Metafora dimanfaatkan oleh para arkitek untuk memberi makna yang mendalam bagi sesebuah bangunan dengan cara yang mudah difahami oleh pengguna umum.

• Metafora tidak membawa maksud-maksud tertentu melainkan sebagai sesuatu komposisi estatik untuk menguatkan keindahan atau semangat tapak misalnya.

Page 10: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Charles Jencks dalam bukunya The Language of Post Modern Architecture (1977):

• Pendekatan metafora dalam seni bina membawa maksud sesuatu usaha merekabentuk bangunan yang diolah agar ia kelihatan seakan-akan seperti sebuah bangunan lain atau sebuah objek lain.

• Metafora yang berjaya adalah rekabentuk yang samar-samar menggambarkan bangunan atau objek yang dipilih. Sesuatu rekabentuk dikatakan tidak berjaya jika pengguna dengan mudah dapat meneka objek atau bangunan yang dijadikan bahan tiruan.

Page 11: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Asal Usul Pendekatan Metaphor

• Menurut sejarah, masih belum ada lagi kajian ilmiah yang mendalam dibuat berkenaan dengan kronologi perkembangan pendekatan metafora.

• Ramai arkitek terkenal telah menggunakan pendekatan metafora dalam rekabentuk bangunan mereka contohnya Antonio Gaudi yang menggunakan mitos Itali kuno dan struktur konkrit tetulang dalam rekaannya.

Page 12: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Pendekatan metaphor di Malaysia• Pendekatan metaphor di Malaysia

masih lagi di peringkat awal dan kebanyakan metaphor yang digunakan bersifat terus dan literal tanpa mementingkan unsur abstrak bagi membolahkan pengguna memberikan pelbagai tafsiran.

• Pemilihan objek atau motif metaphor perlu di titikberatkan oleh para arkitek agar objek atau element yang diadaptasikan itu memberikan makna yang jelas dan mudah difahami oleh generasi masa kini.

• Bangunan pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan metaphor adalah Masjid Negara. Metaphor payung menggantikan kubah menggambarkan simbolik raja dan kerajaan Malaysia kerana payung digunakan secara tradisi untuk menyaingi sultan dan pembesar-pembesar melayu. Susunan plat berlipat pula melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan jujur.

Page 13: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Bangunan Tabung Haji • Masyarakat berpendapat metaphor

bangunan tersebut menggambarkan tabung buluh atau bubu ikan.

• Arkiteknya menjelaskan bangunan tersebut hanya menggunakan pendekatan fungsionalisme dimana mengasingkan bahagian utama dan bahagian lantai pengguna.

• Namun begitu, setiap individu berhak untuk menginterpretasikan bangunan tersebut mengikut tanggapan peribadi masing-masing.

Page 14: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kepentingan

• Pendekatan Metaphor dapat memberikan fungsi yang lebih efisyen kepada ruang dalaman bangunan dan memberikan imej yang unik kepada sesebuah bangunan.

• Pengguna dapat memberikan pelbagai pandangan dan terjemahan terhadap senibina sesebuah banguan.

• Dapat menghasilkan satu identiti nasional yang menyerlah lagi unik seperti menara Maybank.

Page 15: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kelemahan

• Metaphor yang ditiru secara langsung boleh mencacatkan rekabentuk dan integriti sesebuah bangunan jika tidak diterjemahkan dengan betul.

• Pengguna hanya boleh menerapkan metaphor sesebuah bangunan / ruang apabila diterjemahkan dalam bentuk 3D. Metaphor yang diterjemahkan dalam bentuk 2D / plan didapati kurang berjaya.

• Memerlukan arkitek yang pakar dalam bidang psikologi senibina dalam aspek bahasa komunikasi bahan bagi merialisasikan pendekatan metaphor.

Page 16: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Contoh: Bangunan yang Mengunakan Pendekatan Metaphor

Sydney Opera House oleh John Utzon

Metaphor: layar kapal, siput, ombak dan lain-lain

Terminal TWA oleh Saarinen

Metaphor: progresif / kelajuan

Page 17: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Contoh: Bangunan yang Mengunakan Pendekatan Metaphor

Ronchamp Chapelle oleh Le Corbusier

Metaphor: Akustic Landscape, gua primitif, topi paderi dll

Olympic Stadium oleh Kenzo Tange

Metaphor: aerodinamik dan bumbung melengkung seperti senibina tradisional jepun memberikan imej identiti nasional Jepun yang progeresif

Page 18: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Regionalisme Primitif

Page 19: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Regionalisme Primitif

Pendekatan terhadap tindak balas bangunan kepada iklim, dengan menggunakan kembali sumber asli setempat; kayu dan batu, untuk mendapatkan rupa kematangan.

Ciri utama regionalisme primitif di Malaysia:

1. penggunaan batu sebagai lantai dan kayu sebagai dinding

2. bangunan yang bersaiz domestik disebabkan elemen binaan yang mempunyai had-had tertentu dari segi sifat dan kekuatan

3. penggunaan bumbung panjang, meru dan limas yang berkaitan dengan ciri pembinaan kayu

4. perancangan binaan yang berselerak untuk pengudaraan tropika, dan tumbuhan yang bebas mencelah di mana-mana sudut mengikut hukum alam

Page 20: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Sebana Cove Resort, Johor

Datai Resort, Langkawi Walian House

Page 21: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Asal usul Regionalisme Primitif

Dari segi kemahuan manusia yang ingin dikelilingi olah alam semulajadi dan menggunakan hasilnya untuk tujuan berteduh, evolusi dari penempatan bernomad dan kemudian beralih ke penempatan berpusat telah mengilhamkan teori ini.

Alam semulajadi dan interaksi kosmos memberi pengaruh kuat untuk memahat minda seorang bernama Frank Lloyd Wright.

Frank Lloyd Wright telah mempolopori rekabentuk seni bina organik.

Ciri-ciri senibina organik:

1. komposisi elemen dan proportion yang mendatar (seperti Dataran Prairie)

2. penggunaan bahan binaan daripada kayu dan batu (tahan cuaca)bumbung yang luas menutupi bahagian dalaman

3. ‘open plan concept’ sebagi simbol demokrasi

4. bangunan yang kelihatan kukuh

5. pelan yang mempunyai ‘multiple axis’

Page 22: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Prairie House , Frank L. Wright

Falling Water House, Frank L. Wright Salinger House, Jimmy Lim

Page 23: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kekuatan Dan Kelemahan Pendekatan Regionalisme Primitif

Kekuatan

1. bangunan yang tahan cuaca yang kekal ‘evergreen’

2. bangunan yang berskala domestik agar ‘privacy space’ terjamin, masalah kepadatan penduduk boleh dielakkan

3. penggunaan bahan semulajadi dan bangunan berskala kecil menyemarakkan identiti kendiri

4. merapatkan perhubungan di antara manusia dan bahan semulajadi yang bersifat ‘eternal’ yang menjadi ‘human desire’ sejak beribu-ribu tahun

Page 24: Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

Kelemahan

1. penggunaan bahan-bahan tradisi untuk bangunan besar adalah terhad

2. barangan semulajadi yang semakin tinggi nilai

3. kapakaran mengolah bahan semulajadi semakin pupus disebabkan peningkatan keupayaan teknologi untuk menghasilkan bahan ‘artificial’

Kebanyakan pendekatan regionalisme primitif hanya tertakhluk kepada rumah kediaman eksklusif dan tempat-tempat peranginan. Bagaimana untuk menerapkan pendekatan ini kepada bangunan pendidikan dan pentadbiran, secara tidak langsung dapat memberi kesan positif terhadap sifat menghargai ciptaan tuhan.