i
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT
TINGKATAN 3
2016
ii
iii
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT
TINGKATAN 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iv
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2016
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jugabentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapatkebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
v
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
3. KATA PENGANTAR viii
4. PENGENALAN4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1111
5. PELAKSANAAN5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
22
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)6.1 Matlamat Modul6.2 Objektif Modul6.3 Fokus Modul6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran6.5 Organisasi Standard Kurikulum6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
44445
6-14
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
viii
Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abadke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK inidiharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalammelakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitukemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajarantersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. SARIAH BINTI ABDUL JALIL)PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
1
PENGENALANStruktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas VokasionalMatlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersediamelanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini
bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.
PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik
pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada
pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,
murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta
menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi
yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan.
2
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap
Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun.
Guru berlatar belakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Membuat Perabot paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah
menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya
pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/ peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih
belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/ bengkel/ makmal/ ladang/ lapangan. Guru perlu mengolah P&P
supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
3
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PEMBUATAN PERABOT
4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Matlamat ModulMatlamat Modul Pembuatan Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang penghasilan perabot. Murid juga
berkemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Selain itu, murid akan berkebolehan melaksanakan proses penghasilan perabot dan
melaksanakan kerja kemasan perabot, pembungkusan serta penyimpanan produk siap. Murid diharapkan dapat mengamalkan peraturan
keselamatan bengkel dan etika kerja yang baik serta boleh meneruskan pembelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk
melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi pada masa akan datang.
Objektif ModulDi akhir modul ini, murid akan dapat;1. Membuat kemasiapan perabot
2. Menghasilkan perabot pasang siap
3. Melaminat panel perabot
4. Melakukan kerja dengan menggunakan mesin dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan StandardOperational Procedure (SOP).
5. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul.
Fokus ModulKurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Kejuruteraan Awam/Pembuatan Perabot memberi penekanan kepada asaspengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal denganmenerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkankesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah
5
Organisasi Standard KurikulumStandard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajarantertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan inimerupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai denganStandard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluanpembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengankebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjanapemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai StandardKandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti daninovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara berpendapatantinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
1.0 MEMBUAT
KEMASIAPAN
PERABOT
1.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 1.1.1 Mentafsir lukisan projek.
1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.
1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi
produk.
1.2 Memilih jenis kemasan. 1.2.1 Mengenal pasti produk untuk kerja kemasan
berdasarkan spesifikasi produk.
1.2.2 Memilih jenis kemasan yang sesuai berdasarkan
spesifikasi produk.
1.2.3 Mengamalkan kaedah penyimpanan dan pengambilan
produk menggunakan sistem inventori.
1.2.4 Mengendalikan produk berdasarkan Standard
Operational Procedure (SOP).
1.3 Menyediakan proses kemasan. 1.3.1 Mengenal pasti jenis bahan dan kaedah kemasiapan
berdasarkan spesifikasi produk.
1.3.2 Menentukan nisbah campuran bahan kemasan.
1.3.3 Memilih dan mengenal pasti jenis bahan dan alatan
yang digunakan berdasarkan spesifikasi produk.
1.3.4 Mengenal pasti kaedah kemasiapan berdasarkan
spesifikasi produk.
1.3.5 Menentukan dan mengaplikasi proses penyediaan
permukaan.
1.3.6 Memilih bahan dan peralatan untuk penyediaan
permukaan produk berdasarkan spesifikasi.
1.3.7 Memeriksa permukaan kemasan untuk kerja
kemasan.
7
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
1.4 Melaksanakan kerja kemasan 1.4.1 Memilih dan melakukan kerja kemasiapan
menggunakan teknik menyapu, menggosok dan
menyembur pada permukaan berdasarkan
spesifikasi produk.
1.4.2 Melaksanakan kerja kemasiapan dengan kaedah
yang betul berdasarkan Standard Operational
Procedure (SOP).
1.4.3 Menentukan kaedah pengeringan dengan
menyusun, menggantung dan pemanasan ketuhar
(oven) dengan kaedah yang betul berdasarkan
Standard Operational Procedure (SOP).
1.4.4 Memindahkan produk yang dikemasiap ke ruang
pengeringan yang direka bentuk.
1.5 Mengesahkan keadaan produkyang dikemasiap.
1.5.1 Memeriksa kecacatan produk kemasiapan mengikut
garis panduan.
1.5.2 Membandingkan produk kemasiapan dengan lukisan
produk dan pencontoh.
1.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan standard
operational procedure (SOP).
1.5.4 Menyimpan produk kemasiapan dengan betul di
ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.
1.6 Menyediakan laporan aktivitikemasan
1.6.1 Menyediakan laporan berdasarkan rekod arahan
kerja, senarai semak dan kawalan mutu mengikut
format.
1.6.2 Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format
yang betul merangkumi semua kerja yang
dilaksanakan dalam membuat kemasiapan.
8
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
2.0 MENGHASILKAN
PERABOT PASANG
SIAP
2.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 2.1.1 Mentafsir arahan kerja.
2.1.2 Mentafsir manual pemasangan berdasarkan lukisan
kerja.
2.1.3 Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh
berdasarkan spesifikasi produk.
2.2 Mengenalpasti pra pemasangan
komponen perabot.
2.2.1 Memilih komponen pra pemasangan dan perabot
pasang siap mengikut senarai komponen.
2.2.2 Mendapatkan komponen pra pemasangan dan
perabot pasang siap berdasarkan prosedur penstoran
atau sistem inventori.
2.3 Menghasilkan jig pemasangan
dan fixture.
2.3.1 Menentukan jig pemasangan dan fixture berdasarkan
spesifikasi produk.
2.3.2 Menyediakan jig pemasangan dan fixture
berdasarkan spesifikasi produk.
2.4 Menghasilkan perabot pasang
siap.
2.4.1 Mengenal pasti jenis bahan pemasangan perabot
pasang siap.
2.4.2 Mengenal pasti keperluan jenis bahan pemasangan
mengikut spesifikasi produk.
2.4.3 Menentukan jenis-jenis mesin dan peralatan
pemasangan berdasarkan spesifikasi produk.
2.4.4 Melaraskan mesin pemasangan mengikut ukuran
berdasarkanStandard Operational Procedure (SOP).
2.4.5 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul
berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP).
2.4.6 Memasang perabot pasang siap mengikut spesifikasi
dan contoh berdasarkan lukisan produk
berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP).
9
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
2.4.7 Menguruskan tempat kerja dengan baik dan kondusif
berdasarkan amalan 5s.
2.5 Mengesahkan keadaan produksiap.
2.5.1 Memeriksa kualiti, kecacatan dan keseragaman
perabot pasang siap mengikut garis panduan.
2.5.2 Membandingkan perabot pasang siap dengan lukisan
produk dan pencontoh.
2.5.3 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard
Operational Procedure (SOP)
2.5.4 Menyimpan produk perabot pasang siap dengan
betul di ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.
2.6 Melakukan kerja pembungkusan
dan penyimpanan produk siap.
2.6.1 Memilih bahan yang sesuai untuk pembungkusan
berdasarkan spesifikasi produk.
2.6.2 Mengenal pasti kaedah pembungkusan produk siap
dan membungkus menggunakan bahan
pembungkusan yang sesuai berdasarkan spesifikasi
produk.
2.6.3 Melabelkan pembungkus dengan maklumat yang
berkaitan dengan perabot.
2.6.4 Mengkelas dan menyimpan mengikut jenis dan
kaedah sesuai dan sistematik.
2.7 Menyedia laporan aktiviti
penghasilan perabot pasang
siap.
2.7.1 Mengesahkan aktiviti penghasilan perabot pasang
siap berdasarkan arahan kerja atau spesifikasi
produk dan arahan pemasangan.
2.7.1 Melengkapkan format merekod (arahan kerja, senarai
semak, borang QC, label palet) berdasarkan
Standard Operating Procedure (SOP).
10
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
3.0 MELAMINAT PANEL
PERABOT
3.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 3.1.1 Menentukan arahan kerja berdasarkan spesifikasi
produk.
3.1.2 Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh
berdasarkan spesifikasi produk.
3.2 Mengenal pasti jenis bahan
panel.
3.2.1 Mentafsir senarai bahan berdasarkan arahan kerja.
3.2.2 Merujuk contoh bahan berdasarkan senarai bahan
(bill of material).
3.2.3 Mendapatkan bahan berdasarkan senarai bahan.
3.2.4 Menentukan jenis bahan berdasarkan spesifikasi
produk.
3.2.5 Mengendali bahan berdasar arahan kerja.
3.2.6 Memeriksa spesifikasi dan keadaan bahan
berdasarkan arahan kerja.
3.3 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin penekan
(hot and cold).
3.3.1 Menentukan kerja melaminat berdasarkan kepada
spesifikasi panel.
3.3.2 Memilih perekat (glu) yang sesuai mengikut
spesifikasi bahan.
3.3.3 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin penekan
berpandukan Standard Operation Procedure (SOP).
3.3.4 Melaraskan mesin mengikut keperluan kerja yang
hendak dilakukan.
3.3.5 Mengesahkan kesediaan bahan mengikut spesifikasi
produk.
3.3.6 Melaraskan kedudukan bahan pada mesin dengan
betul mengikut arahan kerja.
3.3.7 Menggunakan mesin penekan dengan betul dan
selamat berpandukan Standard Operation Procedure.
11
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
3.3.8 Menguruskan tempat kerja dengan baik berdasarkan
amalan 5S.
3.4 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin pengapit.
3.4.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai
untuk kerja melaminat.
3.4.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepadaspesifikasi panel.
3.4.3 Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikutjenis bahan.
3.4.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin pengapitberpandukan manual mesin.
3.4.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendakdilakukan.
3.4.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.3.4.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan
betul.3.4.8 Menggunakan mesin pengapit dengan betul dan
selamat berpandukan Standard Operation Procedure(SOP).
3.5 Melakukan kerja melaminatmenggunakan mesin vakum.
3.5.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai
untuk kerja melaminat.
3.5.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepadaspesifikasi panel.
3.5.3 Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikutjenis bahan.
3.5.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin vakumberpandukan manual mesin.
3.5.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendakdilakukan.
3.5.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.3.5.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan
betul.
12
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
3.5.8 Menggunakan mesin vakum dengan betul danselamat berpandukan Standard Operation Procedure(SOP).
3.6 Melakukan kerja melaminat
menggunakan mesin membrane
3.6.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai
untuk kerja melaminat.
3.6.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada
spesifikasi panel.
3.6.3 Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut
jenis bahan.
3.6.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin membrane
berpandukan manual mesin.
3.6.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak
dilakukan.
3.6.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.
3.6.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan
betul.
3.6.8 Menggunakan mesin membrane dengan betul dan
selamat berpandukan Standard Operation Procedure
(SOP).
3.7 Melakukan kerja menggunakan
mesin forming (post and soft)
3.7.1 Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai
untuk kerja melaminat.
3.7.2 Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada
spesifikasi panel.
3.7.3 Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut
jenis bahan.
3.7.4 Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin forming
(post and soft) berpandukan manual mesin.
13
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
3.7.5 Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak
dilakukan.
3.7.6 Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk.
3.7.7 Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan
betul.
3.7.8 Menggunakan mesin forming (post and soft)
dengan betul dan selamat berpandukan Standard
Operational Procedure (SOP).
3.8 Mengesahkan keadaan panel
berlaminat.
3.8.1 Memeriksa lecacatan dan kuantiti panel laminat
berdasarkan spesifikasi produk.
3.8.2 Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard
Operational Procedure (SOP).
3.8.3 Menyimpan panel laminat diruang yang dikhaskan
berdasarkan prosedur penyimpanan.
3.9 Menyediakan laporan melaminat
panel perabot
3.9.1 Menyediakan rekod arahan kerja, senarai semak,
kawalan mutu laporan mengikut format.
3.9.2 Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format
yang betul merangkumi semua kerja yang
dilaksanakan dalam melaminat panel perabot.
4.0 MENGAPLIKASIKEMAHIRAN TERAS
4.1 Menguruskan pelbagai aktiviti
kerja
4.1.1 Membuat perancangan aktiviti kerja individu.
4.1.2 Menetapkan dan menyemak semula objektif dan
matlamat individu berdasarkan keperluan kerja.
4.1.3 Menyusun dan memastikan ruang kerja individu
luaran sentiasa baik.
4.1.4 Menggunakan strategi penyelesaian masalah
berdasarkan keperluan kerja
14
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
4.2 Mengurus Maklumat. 4.2.1 Menyediakan maklumat secara bergambar serta
grafik berdasarkan keperluan kerja.
4.2.2 Menggunakan ‘word processor’ untuk memproses
maklumat.
4.2.3 Membuat analisa maklumat berdasarkan keperluan
kerja.
4.2.4 Menulis memo dan surat berdasarkan keperluan
kerja.
4.3 Bekerjasama dengan rakan
sekerja (kerja kumpulan).
4.3.1 Membentuk kerjasama yang berterusan dalam kerja
berkumpulan.
4.3.2 Menunjukkan sikap inisiatif dan fleksibiliti dalam
kalangan rakan sekerja.
15
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Top Related