7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 1/11
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3 2012
TAJUK PROJEK :
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 2/11
Hasil kajian :
(permainan
tradisional
mengikut kaum)
~hasil kajian~
PENGENALAN
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 3/11
digarap Daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaanyang
unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaanmasing-
masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan
itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran
resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang
demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanyadiketahui
oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut,
sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 4/11
Sepak raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itupermainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada
masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanyadimainkan
oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bolasepak
raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah
kelapa
dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali
atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingantersebut
ditamatkan.
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 5/11
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Permainan tradisional kaum cina
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 6/11
mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional:, Cina Ringkas:, pinyin: Májiàng; Kantonis:
Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali
sebagai bahasa Cina:; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung
kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di
Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek
permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13atau
16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi
kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 7/11
YO-YO CINA
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yangdiikat
pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu danmengimbangi
yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana
ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan
alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan
pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 8/11
KHO-KHO
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta
kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari
dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi
permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9
daripadanya
akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap
giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap
pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan.
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 9/11
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia
adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab
dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,
menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).
Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan
selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu
pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak
pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika
rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran
pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat.
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 10/11
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DENGAN SEKARANG
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi
masa lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secaraberkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada
yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal
biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan
antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu danpermainan
sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing
mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian ra
kyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka
mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa
semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi
permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa
dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan
antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan
ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak
akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain
permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang
berunsur
ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang
mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung
akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.
7/31/2019 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sivik-dan-kewarganegaraan-tingkatan-3 11/11
Top Related