PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK
BAGI TOPIK GEOMETRI KOORDINAT
SITI MAISARAH BINTI AHMAD SAARANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK
BAGI TOPIK GEOMETRI KOORDINAT
SITI MAISARAH BINTI AHMAD SAARANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
ii
iii
DEDIKASI
Khas buat,
Bonda dan ayahanda yang dikasihi,
Azizah Bakar dan Ahmad Saarani Mohd Saad,
budi dan jasa kalian tidak akan
ku lupakan,
berkat doa dan dorongan kalian,
menjadi penawar dan semangat
untukku,
Teristimewa untuk,
Abang tersayang,
Azaruddin, Azlan dan Azizul,
Dan kakak ipar serta anak-anak sedara,
kau menjadi sumber inspirasiku,
dalam menempuhi liku dan ranjau,
kata perangsang mu ubat paling mujarab
buatku,
akanku semat ianya dalam kalbuku,
akanku ingati sepanjang hayatku.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S,A,W, keluarga baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para pejuang Islam keseluruhannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia pembimbing, PM. Dr. Mohini Mohamed kerana memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Kerjasama daripada guru-guru matematik, pengetua serta pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan khas buat keluarga saya kerana memberi sokongan moral dan kewangan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya, Najmin Ramli kerana banyak membantu dan berkongsi idea dalam menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu bahan pengajaran bagi topik
geometri koordinat yang dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan
pembelajaran atau sebagai rujukan. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk
mendapatkan pendapat atau maklum balas guru mengenai bahan pengajaran yang
disediakan dan penerapan unsur sejarah dalam matematik. Sampel kajian dipilih secara
rawak terdiri daripada 30 orang guru matematik sekolah menengah di kawasan Skudai
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. Alat kajian yang
digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaan adalah .81. Statistik digunakan
bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru-guru memberi reaksi yang positif terhadap penerapan unsur sejarah dalam
matematik khususnya topik geometri koordinat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to prepare the teaching materials in coordinate
geometry that can be used by teacher as well in teaching and learning process as a
reference. Besides, the purpose of this study is also to investigate teacher’s opinion
about that teaching material and integration of the elements of history of mathematics.
A sample of 30 mathematics teachers were randomly selected in secondary school in
Johor Bahru such as Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai
Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Sutera and Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. A
questionnaire was used as the research instrument to collect information in order to
answer the research questions and the value of reliability is .81. Statistical analysis was
used to find the frequency, percentage and min. The results obtained showed the
teachers’ response on integrating the elements of history of mathematics in coordinate
geometry are positive.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Guru 7
1.6.2 Pelajar 7
viii
1.7 Skop Kajian dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Bahan Pengajaran 9
1.8.2 Penerapan Unsur-Unsur Sejarah 9
1.8.3 Geometri Koordinat 10
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Menjadikan Matematik Lebih Bermakna Dari 12
Perspektif Penerapan Sejarah
2.3 Penerapan Sejarah Dalam Pengajaran dan 13
Pembelajaran Matematik
2.4 Aplikasi Sejarah Dalam Penyelesaian Masalah 14
Matematik
2.5 Sejarah dan Perkembangan Geometri Koordinat 16
2.6 Penutup 18
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Lokasi Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 22
3.5.1 Bahagian A 22
ix
3.5.2 Bahagian B 22
3.6 Prosedur Kajian 24
3.6.1 Kajian Rintis 25
3.7 Analisis Kajian 25
3.8 Jangkamasa 26
3.9 Penutup 26
BAB 4 BAHAN PENGAJARAN
4.1 Pengenalan 27
4.2 Bahan Pertama 28
4.3 Bahan Kedua 33
4.4 Bahan Ketiga 37
4.5 Bahan Keempat 40
4.6 Bahan Kelima 43
4.7 Bahan Keenam 47
4.8 Bahan Ketujuh 53
4.9 Penutup 57
BAB 5 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN DAPATAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Dapatan Kajian – Bahagian A 60
5.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 60
5.2.2 Analisis Responden Mengikut Sekolah 61
5.2.3 Analisis Responden Berdasarkan 62
Pengalaman Mengajar Matematik
5.3 Dapatan Kajian – Bahagian B (Pengalaman Guru) 62
5.4 Dapatan Kajian – Bahagian B (Pendapat Guru) 65
5.4.1 Analisis Item Mengenai Implikasi 66
Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik
x
5.4.2 Analisis Item Mengenai Penyelesaian 69
Masalah Berasaskan Bahan Sejarah
5.4.3 Analisis Item Mengenai Pengetahuan Asas 71
dan Umum Sejarah Matematik
5.4.4 Analisis Item Mengenai Kelebihan 73
Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik
5.5 Perbincangan Mengenai Pendapat Guru Terhadap 74
Bahan Pengajaran Yang Disediakan
5.6 Perbincangan Mengenai Penerapan Unsur Sejarah 75
dalam Matematik
5.6 Penutup 77
BAB 6 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
6.1 Pengenalan 79
6.2 Rumusan Kajian 79
6.3 Implikasi Kajian 81
6.4 Cadangan Kajian 81
6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
6.6 Penutup 83
RUJUKAN 84
LAMPIRAN A-D 87 -106
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Item-Item Soal Selidik Mengikut Kategori Tertentu 23
3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 26
5.1 Taburan Responden Mengikut Jantina. 60 5.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 61
5.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman 62
Mengajar Matematik
5.4 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min Setiap Item dan 64
Min Keseluruhan Berdasarkan Pengalaman Guru
5.5 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 68
Keseluruhan Bagi Kategori Implikasi Penerapan
Unsur Sejarah dalam Matematik
xii
5.6 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 70
Keseluruhan Bagi Kategori Penyelesaian Masalah
Berasaskan Bahan Sejarah
5.7 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 72
Keseluruhan Bagi Kategori Pengetahuan Asas
dan Umum Sejarah Matematik
5.8 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 73
Keseluruhan Bagi Kategori Kelebihan Penerapan
Unsur Sejarah dalam Matematik
5.9 Taburan Min Keseluruhan Mengikut Kategori 77
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPT - Institut Pengajian Tinggi
EPRD - Education Planning and Research Department
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Lembaran Kerja bagi Topik 88
Geometri Koordinat
B Borang Soal Selidik 99
C Surat Kebenaran EPRD Daripada 105
Kementerian Pendidikan Malaysia
D Nilai alpha Cronbach 107
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas. Penemuan
matematik dapat dilihat daripada pelbagai tamadun; antaranya seperti tamadun Mesir,
tamadun, Islam, tamadun Greek, tamadun China, dan sebagainya. Sumbangan ahli
matematik daripada pelbagai tamadun telah membawa perubahan yang besar kepada
perkembangan masa kini.
Peranan matematik amat besar dalam perkembangan sains dan teknologi pada
masa kini. Kurikulum matematik sekolah menengah telah menggariskan sepuluh
objektif yang perlu dicapai dan antaranya adalah menghubungkan matematik dengan
bidang ilmu yang lain. Justeru itu, matematik tidak boleh dilihat secara bersendirian dan
ia mempunyai kaitan dengan bidang-bidang lain seperti sains, astronomi, teknologi
komputer dan kejuruteraan. Penguasaan matematik merupakan satu syarat dalam
menyediakan tenaga kerja yang berpotensi dan berkemahiran tinggi.
2
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengaplikasikan pendekatan
bersepadu dalam perlaksanaan kurikulum atau pengajaran. Dalam konteks bersepadu ini
pengajaran sesuatu mata pelajaran adalah berpusatkan pelajar dan menekankan konsep
gabungjalin dan konsep penyerapan (Esah Sulaiman, 2003). Konsep penyerapan dalam
pengajaran ialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran guru tidak sahaja mengajar
idea, fakta dan nilai dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga mengajar idea, fakta dan
nilai daripada mata pelajaran yang didapati sesuai (Esah Sulaiman, 2003). Misalnya,
dalam mata pelajaran matematik, guru juga boleh mengajar fakta-fakta bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Guru mengajar topik algebra bagi matematik dan dalam
masa yang sama guru menerapkan sejarah perkembangan Islam dalam pengajaran
tersebut. Konsep ini selaras dengan salah satu objektif kurikulum sekolah menengah
iaitu menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
Pendidikan adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk melahirkan individu-
individu yang professional contohnya seperti akauntan, jurutera, saintis dan sebagainya.
Untuk merealisasikan hasrat ini, satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
perlulah diwujudkan. Hunter (1995) mentakrifkan pengajaran yang berkesan sebagai
pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Unsur-unsur
sejarah perkembangan Islam yang diterapkan dalam mata pelajaran matematik dapat
meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Justeru itu, bahan berunsurkan sejarah
ini dapat memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran seseorang pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan antara mata pelajaran yang kritikal terkandung dalam
sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kebanyakan
pelajar menganggap matematik itu sebagai mata pelajaran yang sukar difahami,
3
kompleks dan abstrak. Anggapan sebegini menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak
berminat dan bosan untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran
matematik.
Sistem pengajaran matematik di sekolah-sekolah menengah pada masa kini lebih
berorientasikan peperiksaan. Guru–guru lebih cenderung mengajar pelajar dengan
menghafal rumus secara berulang kali atau melatih pelajar mengira mengikut langkah-
langkah yang tertentu. Keadaan ini mengakibatkan pelajar-pelajar tidak melihat
matematik sebagai elemen penting yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan
keindahan matematik itu sendiri.
Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan penting dan kreatif serta inovatif
dalam pengajaran untuk meningkatkan motivasi para pelajar. Masalah ini tidak akan
dapat diatasi sekiranya guru tidak mengambil inisiatif dalam meningkatkan rangsangan
minat pelajar-pelajar. Namun demikian, keberkesanan sesuatu proses pengajaran itu
tidak bergantung semata-mata kepada guru sahaja bahkan kepada pelajar itu sendiri.
Sebagai seorang guru, kita haruslah mencari satu kaedah atau cara yang dapat
menimbulkan inisiatif pelajar itu sendiri untuk belajar matematik.
Selain itu, salah satu cara untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dengan menerapkan unsur-unsur sejarah ke dalam matapelajaran
matematik. Matematik diajar dengan menggunakan bahan sejarah sebagai bahan
pengajaran. Pendedahan unsur-unsur sejarah dalam matematik ini dapat memberitahu
para pelajar tentang perkembangan matematik seterusnya mengenai aplikasinya.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Pencapaian prestasi pelajar-pelajar terhadap matematik adalah rendah dan masih
wujud pelajar-pelajar yang lemah pada setiap tahun. Pelbagai kajian yang timbul demi
mengurangkan bilangan pelajar yang lemah ini dan untuk mencari inisiatif baru dalam
meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap matematik. Penerapan unsur-unsur
sejarah dalam matematik merupakan salah satu cara yang boleh diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi aktif dan sikap pelajar terhadap matematik akan menjadi positif seterusnya
minat dan motivasi para pelajar dapat dipertingkatkan jika cara ini dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, penerapan unsur-unsur sejarah
dalam matematik ini kurang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Ini disebabkan
oleh sistem pengajaran matematik di sekolah pada masa kini yang lebih berorientasikan
peperiksaan. Guru-guru mengejar masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Selain
itu, kurangnya pengetahuan dalam sejarah matematik juga merupakan satu faktor yang
menyumbang kepada penerapan unsur-unsur sejarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik kurang dilaksanakan di kalangan guru-guru.
Matematik tidak perlu dilihat secara bersendirian dan berasingan kerana ia
berkaitan dengan bidang-bidang lain seperti sains dan kejuruteraan. Salah satu topik
matematik yang mempunyai kaitan dengan bidang sains adalah geometri contohnya
geometri koordinat. Kurikulum matematik sekolah rendah dan sekolah menengah
mengalami dilemma yang serius bila berhadapan dengan konsep geometri. Ianya mudah
untuk mencari kesilapan mengenai pengajaran geometri secara tradisional tetapi bila
berhadapan dengan cara mengatasi masalah ini adalah tidak mudah untuk dihadapinya
(Carl Allendoerfer, 1969). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (TIMSS, 1998)
menunjukkan pelajar yang tamat pendidikan menengah pada masa itu membuktikan
mengenai apa yang diperkatakan oleh Allendoerfer belum diatasi (Wayne Bogss et.al.
1999). Usiskin (1997) menyatakan bahawa geometri menghadapi masalah berkaitan
pencapaian dan kurikulum. Kelemahan dalam geometri contohnya seperti geometri
5
koordinat menyebabkan segelintir pelajar mempunyai masalah dalam mata pelajaran
sains (Wayne Bogss et.al. 1999). Topik geometri koordinat ini melibatkan banyak
rumus dan kebanyakan pelajar lebih cenderung menghafal rumus dan langkah-langkah
pengiraan tertentu serta kurang kefahaman bagi topik ini. Kesilapan pada rumus dan
langkah-langkah pengiraan merupakan masalah yang besar. Pelajar hanya menghafal
rumus dan tidak mengetahui sejarah di sebalik penemuan rumus ini. Penerapan unsur-
unsur sejarah dalam topik geometri koordinat merupakan salah satu cara dalam
mengatasi masalah ini selain dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Bahan
pengajaran yang berunsurkan sejarah ini dapat memberikan motivasi, mengekalkan
minat pelajar, mempamerkan kaedah matematik yang unik dan menunjukkan nilai-nilai
matematik yang tersendiri.
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif-objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut ;
i. menyediakan satu bahan pengajaran bagi topik geometri koordinat yang
dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran atau
sebagai rujukan
ii. mendapatkan pendapat atau maklum balas guru-guru matematik sekolah
menengah mengenai bahan pengajaran bagi topik geometri koordinat yang
disediakan
iii. mendapatkan pendapat atau maklum balas guru-guru matematik sekolah
menengah mengenai penerapan unsur sejarah dalam matematik berdasarkan
empat kategori berikut:
6
I. Implikasi penerapan unsur sejarah dalam matematik
II. Penyelesaian masalah berasaskan bahan sejarah
III. Pengetahuan asas dan umum sejarah matematik
IV. Kelebihan penerapan unsur sejarah dalam matematik
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan-persoalan kajian ini dilakukan adalah seperti berikut :
i. Apakah pendapat guru-guru matematik sekolah menengah mengenai bahan
pengajaran bagi topik geometri koordinat yang disediakan?
ii. Apakah pendapat guru-guru matematik sekolah menengah mengenai
penerapan unsur sejarah dalam matematik berdasarkan empat kategori
berikut?
I. Implikasi penerapan unsur sejarah dalam matematik
II. Penyelesaian masalah berasaskan bahan sejarah
III. Pengetahuan asas dan umum sejarah matematik
IV. Kelebihan penerapan unsur sejarah dalam matematik
Top Related