AZAH FARIDAH BINTI PAIRAN
NORAZLINDA BINTI ADAM
PEDAGOGI
(DPLI-SR:PSV)
Dikelaskan kepada 2 kategori:
(i) Pengayaan Mendatar Aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam
sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan
dilaksanakan berdasarkan kepada taraf pencapaian murid.
Lebih bertujuan untuk memperluaskan pengalaman pelajar-pelajar daripada memperdalami pengetahuan mereka.
(ii) Pengayaan MenegakAktiviti berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan
dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Pengayaan Mendatar Dirancang untuk
kumpulan mengikut kebolehan.
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan mengikut kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.
Pengayaan Menegak Dirancang untuk
kumpulan cerdas sahaja.
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas adalah sama.
Pengayaan Mendatar Jenis aktiviti
pengayaan biasanya terdiri daripada lembaran kerja.
Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajarkan.
Pengayaan Menegak Jenis aktiviti
pengayaan biasanya terdiri daripada kerja projek.
Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan lebih daripada unit kemahiran yang diajarkan.
Pengayaan Mendatar Tujuan :
Mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta menimbulkan minat dalam aktiviti.
Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama.
Pengayaan Menegak Tujuan : Mewujudkan
kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat serta memupuk sikap kepimpinan.
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan atau aktiviti pemulihan.
Mengikut konsep pengayaan dalam konteks
KBSR & KBSM, pengayaan harus diberikan kepada semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada mereka daripada kumpulan cerdas, sederhana atau lambat.
Setiap murid atau kumpulan mempunyai peringkat kebolehan pencapaian berlainan, maka objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan adalah berlainan.
Setiap murid mempunyai peringkat kebolehan & taraf pencapaian yang berlainan, maka isi & bentuk aktiviti pengayaan haruslah berlainan.
Murid cerdas – aktiviti yang lebih kompleks & mencabar.
Murid sederhana – aktiviti yang sederhana susah. Murid lambat – aktiviti yang lebih mudah tetapi
menarik.
Aktiviti boleh dilakukan pada: Setiap hari. Selepas murid telah menguasai sesuatu atau
beberapa kemahiran. Selepas murid menguasai semua kemahiran
dalam sesuatu unit pembelajaran.
Setiap aktiviti harus dijalankan secara individu atau kumpulan.
Bagi kumpulan, murid cerdas akan membantu murid lambat supaya lebih berkesan.
Murid cerdas dapat mengasah bakat kepimpinan.
Semangat kerjasama di antara murid dapat dipupuk di dalam dan di antara kumpulan.
Bahan yang digunakan terdiri daripada kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat bantu mengajar.
Harus mengandungi arahan penerangan yang jelas.
Isi dan corak aktiviti haruslah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan
Bahan untuk aktiviti boleh disediakan oleh guru sendiri.
Sesebuah kelas KBSR boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
(cerdas, sederhana, lambat)
Murid dipindahkan Mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran
Penyusunan meja kerusi dalam bilik darjah disusun mengikut kumpulan.
Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.
Aktiviti kumpulan dilaksanakan mengikut kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.
Aktiviti dengan melibatkan pelajar-pelajar cerdas dan sederhana ketika pelajar-pelajar lambat menjalankan aktiviti pemulihan.
Top Related