EDISI 17 : 1 - 15 OKTOBER 2016
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H
ms2
Sekitar Mesyuarat Perhubungan Antara JPA Dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak Ke-25
Hari Persidangan Psikologi Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2016
Program Family Fun Walk @ Hari Sukan Negara Peringkat Kompleks C Tahun 2016
ms4
ms3 ms5
PENGAMALAN NILAI YANG CEMERLANG
MEMBENTUK BUDAYA BERINTEGRITI
2
SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1438H
PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2016 - Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H yang bermula
pada jam 8.00 pagi telah diadakan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bertemakan
‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’. Kehadiran tetamu kehormat pada sambutan tersebut termasuk
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Men-
teri Malaysia dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebanyak 105 kontinjen termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyertai perarakan sejauh 1.7 kilometer itu yang telah
melibatkan kira-kira 10,000 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan
pelajar. Kontinjen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan).
Pelepasan perarakan telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Tema
sambutan pada tahun ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni
serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran Negara. Ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan
iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.
Bekas Ketua Hakim Negara yang juga merupakan Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) , Tun Dr Ahmad Fairuz
Sheikh Abdul Halim telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H. Beliau
telah menerima hadiah wang tunai RM100,000 serta sijil penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu’adzam Shah.
“There is only one corner of the universe you can be certain of improving, and that’s your own self.”—Aldous Huxley
3
PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2016 - Persidangan Psikologi dalam Perkhidmatan Awam dan Sambutan Hari Terbuka
Psikologi Tahun 2016 anjuran sekreteriat Jabatan Perkhidmatan Awam dan Persatuan Pegawai Psikologi
Perkhidmatan Awam (PSiPA) telah berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2016 di Dewan Seri Siantan dan Dewan
Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Persidangan yang merupakan acara tahunan ini diadakan sebagai
pentas kepada penjawat awam untuk bertukar idea, berkongsi maklumat, mempelajari teknik terkini dan
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang merentasi pelbagai sektor perkhidmatan. Ia juga menjadi satu
platform dalam meningkatkan hubungan kerjasama antara agensi dalam perkongsian sumber serta kepakaran demi
kesejahteraan dan manfaat bersama di bawah konsep dasar National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Persidangan yang bertemakan “Perkhidmatan Psikologi Melestari Pengurusan Sumber Manusia Masa Hadapan”
ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sabariah Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
dan dihadiri lebih 800 penjawat awam yang terdiri dari pelbagai Kementerian dan Agensi dari seluruh negara.
Tema yang dipilih adalah bersesuaian dengan pengisian utama persidangan yang memberi fokus kepada usaha
memantap dan mengukuhkan pembangunan modal insan serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan melalui empat aplikasi psikologi iaitu aplikasi psikologi dalam penilaian personel, pembangunan
personel, penyelidikan dan intervensi. Keempat-empat aplikasi ini memainkan peranan penting dalam membantu
pengurus sumber manusia dalam mempertingkatkan kecemerlangan dan pembangunan potensi pegawai agar
mereka dapat menjayakan setiap dasar serta agenda transformasi negara. Melalui aplikasi psikologi ini, PSM dapat
melaksanakan program – program psikologi dan kaunseling yang berbentuk pencegahan, pembangunan serta
pemulihan yang dapat dipertingkatkan lagi keberkesanan usaha perkhidmatan awam untuk memperkasakan
modal insan ke tahap yang lebih optimum.
Antara pengisian program sepanjang tiga hari persidangan tersebut termasuk perkongsian ilmu melalui sesi
ceramah, pembentangan kertas kerja, Pameran Transformasi dan Inovasi Perkhidmatan Psikologi oleh pelbagai
agensi, sesi bual bicara dan perkongsian kepakaran. Melalui sesi perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran
daripada pengamal psikologi diharap mampu memberi perspektif yang berbeza dan impak yang tinggi serta
menggalakkan celik akal kepada stakeholders, Ketua Jabatan dan peserta mengenai kepentingan aplikasi psikologi
dalam membentuk penjawat awam serta masyarakat yang sejahtera dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
Persidangan ini turut memainkan peranan dalam mewujudkan kolaborasi, hubungan strategik dan jaringan
kerjasama profesional di antara peserta dan pengurus sumber manusia yang berkhidmat di sektor awam, agar
pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan idea positif dapat disebarluaskan serta dimanfaatkan.
HARI PERSIDANGAN PSIKOLOGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2016
4
PROGRAM FAMILY FUN WALK @ HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KOMPLEKS C TAHUN 2016
PUTRAJAYA, 8 OKTOBER 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama semua Jabatan dan Agensi
sekitar Kompleks C telah menganjurkan program Family Fun Walk @ Hari Sukan Negara bersempena dengan
Sambutan Hari Sukan Negara yang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam mentransformasikan
Malaysia kepada sebuah “Negara Bersukan” (Sporting Nation). Ia disambut pada setiap Sabtu minggu kedua bulan
Oktober.
Program ini dilancarkan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama-
sama Ketua-ketua Agensi yang terlibat serta seluruh warga penjawat awam di Kompleks C, Putarajaya. Antaranya ialah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kerja Raya (JKR)
Putrajaya, Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri dan Tabung Haji Properties. Seramai 2,500 penjawat awam
telah hadir pada program kali ini.
Program ini diadakan bagi memupuk budaya bersukan di kalangan penjawat awam dengan mengamalkan cara hidup
sihat, cergas dan aktif. Selain itu, sambutan pada kali ini turut melibatkan aktiviti bersukan bersama ahli keluarga
peserta yang hadir. Ia dapat mewujudkan budaya bersukan yang harmoni dan meningkatkan hubungan ukhwah
sesama ahli keluarga mereka serta rakan sekerja.
Aktiviti utama program ini merupakan aktiviti berjalan kaki sejauh 1.97 kilo meter mengelilingi sepanjang Jejak Sisiran
1, Putrajaya yang bermula dari Dataran Kompleks C, Putarajaya. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan yang
merangkumi tiga (3) segmen iaitu kecergasan, keseronokan dan pameran seperti aktiviti bersenam, pertandingan,
jualan dan riadah serta penampilan khas oleh maskot Upin dan Ipin.
5
SEKITAR MESYUARAT PERHUBUNGAN ANTARA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK KE-25
- 9 OKTOBER 2016
SEKITAR SESI SARINGAN KE-2 PERTANDINGAN GEGAR PIDATO PIALA TAN SRI KPPA 2016 - 6 OKTOBER 2016
6
Top Related