8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
1/18
PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
Harakah Islamiah ialah gerakan amal islami yang dilakukan secara berjemaah dan
tersusun (bertanzim) yang bermatlamatkan utuk mengembalikan kedaulatan islam di
dalam masyarakat dam menegakkan hukum Allah di dalam seluruh bidang kehidupan
manusia. Gerakan ini timbul hasil daripada kesedaran secara individu atau jemaah
terhadap perlunya gerak kerja berjemaah ( ) secara serius, bersungguh-
sungguh dan sistematik untuk merealisasikan tugas yang besar ini.
Harakah Islamiah mewarisi gerakan para Anbiya yang diutuskan oleh Allah s.w.t
untuk mengajar manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t di dalam seluruh aspek
kehidupan dan mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama, fahaman-
fahaman atau ideologi-ideologi kepada keadilan Islam. Ia memikul tanggungjawab dakwah
dan jihad bagi melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar, menyampaikan risalah
Islam kepada umat manusia dan seterusnya menegakkan masyarakat dan negara Islam.
Jadi tugas Harakah Islamiah ialah berusaha menjadikan manusia mengabdiakn diri epada
Allah s.w.t semata-mata baik secara individu mahupun secara jemaah melalui usaha-
usaha dan amal untuk menegakkan masyarakat Islam yang menjadikan kitab Allah s.w.t
dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai sumber undang-undang dan pengajaran.
Ia merupakan Jamaah Rabbaniah dalam erti kata ia meletakkan sumber Rabbaniiaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama. Begitu juga
perjuangannya ialah semata-mata kerana Allah s.w.t, melaksanakan perintahNya dan
mencari keredhaanNya.
Harakah Islamiah mengimani bahawa hanay Islamlah satu-satunya kekuatan yang
asasi yang dapat mengembalikan kekuatan umat Islam dan menyelamatkan alam
seluruhnya serta membebaskan golongan Mustadhafin daripada Taghut-taghut yang
melakukan kefasadan di muka bumi ini.Firman Allah s.w.t dalam surah Fatir ayat 10:-
) 10(
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Munafiqun ayat 8:-
( )8
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
2/18
Telah berkata Saidina Umar Al-Faruq :-
Kita adalah satu kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan Islam, maka sekiranya kita
mencari keizzahan dan kemuliaan selain daripada yang Allah s.w.t mulikan maka Allah
s.w.t akan menghinakan kita.
Islam yang dituntut perlaksanaannya oleh Harakah Islamiah bukanlah Islam yang
bersifat juzie atau penerapan semata-mata tetapi Islam yang dituntut ialah Islam yang
sejati seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mempunyai ciri
kesyumulan dan kesejagatan ( ). Oleh itu Harakah Islamiah bukanlah gerakan
dakwah yang hanya terbatas dalam usaha-usaha memperbaiki satu aspek sahaja
daripada aspek-aspek kehidupan manusia tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain.
Begitu juga bukanlah satu gerakan yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentusahaja, tetapi ia merupakan gerakan universal yang melewati batas kedaerahan,
perkauman, keturunan, dan bahasa.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 208:-
) 208 )
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 89:-
) 89(
Firman Allah s.w.t dalam surah Saba ayat 28:-
(
)28
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiya ayat 107:-
) )107
Perubahan yang dikehendaki oleh Harakah Islamiah terhadap masyarakat ialah
perubahan bersifan Inqilabiah ( ) yang bercirikan ( ) dan ( ) iaitu
merobohkan atau meruntuhkan unsur-unsur jahiliyah secara total hingga ke akar umbinya
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
3/18
dan kemudiannya membina masyarakat Islam di atas keruntuhan itu. Harakah Islamiah
berpegang teguh dengan prinsip bahawa Islam dengan jahiliyah tidak boleh bersatu dan
tidak akan bersatu selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kafirun ayat 1-3:-
( 1) (2) (3 )
Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Baqarah ayat 85:-
(
85(
Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Maidah ayat 50:-
( 50 )
Al Imam Syahid Hassan AL-Banna menyatakan :
Wahai Ahli Ikhwan Muslimun.
Bukanlah kita ini sebuah parti siasah.
KEMUNCULAN HARAKAH ISLAMIYAH ABAD INI
Apabila jatuhnya Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiah yang terakhir yang berpusat di
Turki pada tahun 1924, negara-negara umat Islam telah menghadapi penjajahan daripada
kuasa-kuasa kuffar barat (seperti Britain, Perancis, Itali, Rusia, dan sebagainya).
Penjajahan yang dilakukan bukan hanya bermatlamatkan untuk menguasai tanah-tanah
milik umat Islam dan hasil kekayaan buminya tetapi matlamat utama penjajahan ialah
menghancurkan Islam dan menghapuskan ketuanannya di muka bumi serta melenyapkan
Sistem Khilafah Islamiah yang telah berlanjutan selama lebih 1000 tahun. Tindakan-
tindakan oleh kuasa-kuasa penjajah ini untuk mencapai matlamat mereka ialah:-
1. Memecahkan kesatuan umat Islam dengan membahagikan negara umat Islam
yang dahulunya bersatu di bawah satu pemerintahan khilafah Islamiah kepada negara-
negara kecil dan menanamkan semangat As-Sobiyyah bangsa dan tanah air (semanagt
Nasionalisme) ke dalam pemukiran umat Islam.
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
4/18
2. Mengilghakkan undang-undang Islam daripada menjadi undang-undang yang
mengatur kehidupan masyarakat dan negara dan kemudiannya menggantikannya dengan
undang-undang ciptaan Barat (undang-undang Britain, Perancis dan sebagainya). Ugama
Islam hanya dijadikan sebagai agama ibadat, adat dan istiadat sahaja.
3. Melancarkan serangan pemikiran ( ) terhadap umat Islam dengan
memasukkan ideologi-ideologi asing (seperti sekular, komunisme, nasionalisme,
liberalisme dan sebagainya) ke dalam pemikiran umat Islam dan memperkenalkan teori-
teori politik, ekonomi, pendidikan dan sosial yang bertentangan dengan pengajaran Islam
melalui pendidikan, penulisan dan sebagainya.
Kesan daripada gerakan yang dilakukan oleh penjajah terhadap umat Islam dan negara
Islam ialah:
1. Umat Islam telah mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat. Umat Islam
pada asalnya berada di bawah satu khilafah Islamiah. Tidak timbul pada awalnya
kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai undang-undang dan identiti sendiri. Setelah
datang penjajah mereka telah memusnahkan Sistem Khilafah Islamiah dan
membahagikan negara umat Islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti bangsa dan
sempadan negeri. Maka timbullah negara Mesir, Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan lain-
lain lagi. Setiap negara mempunyai identiti, ideologi, undang-undang dan sistem
pemerintahannya sendiri. Masing-masing negara tidak berhak mencampuri urusan
negara-negara lain walaupun di dalam urusan yang berkaitan dengan agama dan umat
Islam sendiri. Bukan sekadar itu sahaja, kita juga melihat negara-negara umat Islam
bergaduh dan berperang sesama sendiri. Fenomena-fenomena ini adalah bukti ketara
terhadap perpecahan yang melanda umat Islam pada zaman ini. Konsep( )
jelas tidak kelihatan. ( ) dengan tali Allah s.w.t memang tidak terlaksana.
2. Berlakunya kefasadan dan kerosakan di dalam kehidupan umat Islam. Ia
merupakan natijah daripada pengilghakkan undang-undang Islam daripada kehidupan
masyarakat.
(a). Kerosakan di dalam pemerintahan dan politik.
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
5/18
Al-Quran telah digugurkan daripada menjadi dasar utama di dalam negara. Syariat
Islam dilenyapkan daripada menjadi undang-undang yang mengatur kehidupan manusia.
Kuasa-kuasa menghukum dan menggubal undang-undang diberikan kepada aqal dan
nafsu manusia.
Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:-
) 21(
Sesungguhnya jenayah menggubah hukum Allah s.w.t dimulai di dalam masyarakat
Islam oleh Mohd Ali Basya Kabir di mana dia telah mentaklifkan Rafaah Tahtawi (
) seorang Misioner untuk menterjemahkan undang-undang Prancis dan
kemudiannya melaksanakannya di Mesir pada tahun 1863 Masehi. Perkara yang sama
juga dilakukan oleh Mustafa Kamal Attarturk di Turki yang telah bertanggungjawab
meruntuhkan Khilafah Islamiah yang berpusat di Turki.
(b). Kerosakan di dalam ekonomi.
Sistem Ekonomi Islam dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Ekonomi Barat
(sosisalis, kaptalis, dan sebagainya). Bank-bank riba berleluasa di dalam negara-negara
umat Islam. Penyelenggaran ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang menjadi
kebiasaan di dalam kehidupan umat Islam walaupun Islam dengan jelas
mengharamkannya.
Perkara yang jelas diharamkan oleh Islam seperti arak, judi diperniagakan dan
dijadikan sumber kemasukan wang individu dan negara yang tetap dan nesar tanpa
mengira ia boleh membawa kerosakan kepada masyarakat atau sebaliknya. Bukan
sekadar itu sahaja, bahkan manusia juga dieksplotasikan sebagi sumber untukmendapatkan keuntungan. Golongan yang menjadi mangsa ialah kaum wanita.
(c). Kerosakan di dalam tarbiyah dan pendidikan.
Rata-rata negara umat Islam pada masa ini meletakkan sistem pendidikan sekular
sebagai asas pendidikan negara. Sistem pendidikan yang memisahkan antara agama dan
dunia. Maka timbullah golongan umat Islam yang bijak tentang ilmu-ilmu keduniaan tetapi
tidak mengenali agamanya. Golongan yang dikenali sebagai manusia sekular ini hanay
mengenali agama sebagai gerak kerja kerohanian semata-mata dan bukan agama
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
6/18
sebagai peraturan dan undang-undang yang mengatur kehidupan.
Pendidikan adalah uslub yang paling ampuh yang telah digunakan oleh penjajah
untuk menguasai pemikiran umat Islam dimana mereka telah berjaya menghasilkan
orang-orang seperti Taha Husin, Qasim Amin, Soleh Abu Bakar, Kamal Attarturk, dan
sebagainya yang terang-terang mengkritik Islam dan menyeru kepada ideologi kuffar danilhad.
(d). Kerosakan di dalam masyarakat umum.
Masyarakat umat manusia telah menjadi masyarakat jahiliah yang hidup semata-mata
untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dan material. Kefasadan berleluasa di dalam
masyarakat. Gejala keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, pelacuran, tari-menari,
pendedahan aurat, jenayah merupakan fenomena biasa yang berlaku di dalammasyarakat umat Islam sendiri. Banyak lagi kerosakan-kerosakan yang berlaku di dalam
masyarakat umat Islam yamng mana asasnya adalah dimulakan oleh gerakan-gerakan
penjajahan yang telah bertindak menghapuskan undang-undang daripada kehidupan
masyarakat.
3. Berlaku gejala riddah yang berleluasa di dalam negara umat Islam.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 44:-
( )44
Asy-Syeikh Said Hawwa menyatakan:
Ayat ini jelas mengkafirkan orang-orang yang tidak menghukum dengan hukuman
yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Setengah ulamak menjadikan hukum kafir ini
kepada sesiapa yang mendahulukan hukum yang lain ke atas hukum Allah s.w.t atau
menghalalkan perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum-hukum
yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Kalau kita meletakkan ayat di atas dunia Islam pada hari ini maka kita akan
mendapati perlaksanaannya adalah banyak sehinggalah kita mendapati bahawa
perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum yang diturunkan olehAllah s.w.t merupakan fenomena yang nyata di dalam setiap undang-undang
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
7/18
pemerintahan yang wujud di dalam negara umat Islam.
Dikalangan umat Islam terdapat orang-orang yang menteru secara terang-terangan
kepada perlaksanaan hukum-huku yang selain daripada hukum-hukum Allah s.w.t seperti
menyeru kepda zina, pelacuran, minum arak, penghapusan hukum hudud, qisas, dan
berpegang teguh kepada hukum manusia.( ).Terdapat juga golongan yang kalau kita mengajak mereka kembali kepada Al-
Quran dan As-As-Sunnah, maka mereka merpersendakan dan mempermainkan kita.
Bahkan ada dikalangan umat Islam yang menyatakan telah tamat giliran Islam untuk
memimpin masyarakat dan menganggap hukum-hukum Allah s.w.t adalah lambang
kemunduran, sementara hukum-hukum yang lain adalah lambang kemodenan.
( )
Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan:Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah: Pemerintah-
pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang terang-terang menolak
syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak
kepada hukum Allah s.w.t mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu lagi, mereka
ini bertindak memusuhi dengan keras orang-orang yang menyeru supaya berhukum
dengan syariat Islam s.w.t dan kembali kepada Islam.
( )
Ulamak-ulamak Islam yang mempunyai kesedaran Islam dan menyedari bahawa
umat Islam perlu dikembalikan kepada Islam dan barisan mereka perlu disatukan semula
serta Khilafah Islamiah mesti ditegakkan kembali, tidak berdiam diri melihat tindakan-
tindakan penjajah-penjajah barat ini dan tali barut mereka berterusan menjalankan usaha
untuk memusnahkan Islam dan menyesatkan umatnya. Mereka telah bertindak
menubuhkan Harakah-harakah Islamiah untuk melakukan amal Islami bagi melaksanakan
tanggungjawab dakwah dan jihad untuk menyeru umat Islam supaya kembali kepada
Islam dan menegakkan semula Khilafah Islamiah.
Maka muncullah Harakah-harakah Islamiah seperti Harakah As-Sanusiah di Libya
yang diasaskan oleh Syed Mohd Ali As-Sanusi, Harakah Islamiah di India yang dipelopori
oeh Syah Waliyullah Ad-Dahlawi, Harakah Jamaat Islami di Pakistan yang diasaskan oleh
Abul Ala Al-Maududi pada tahun 1940, Harakah Fidyan Islami di Iran yang diasaskan oleh
Nawab Sofawi, Ikhwanu Muslimin di Mesir yang diasakan oleh Imam Syahid Hassan Al-
Banna, Harakah An-Nur di Turki yang diasaskan oleh Syed Badiuzzaman An-Nursi,
Hizbul Masyumi (Majlis Syura Islam) di Indonesia dan PAS di Malaysia yang diasaskan
pada tahun 1951 hasil daripada persidangan alim-ulamak yang berlangsung di Kuala
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
8/18
Lumpur.
Harakah-harakah Islamiah dini disamping melaksanakan tugas dakwah dan jihad
juga mengambil peranan Khilafah Islamiah yang telah digugurkan di dalam
mempertahankan Islam dan menjaga kemaslahatan umat Islam serta menyelamatkan
mereka daripada terkena gejala riddah kerana memberi walak kepada golongan ataukuasa kuffar.
Harakah Islamiah sejak mula kebangkitannya menghadapi dua gelombang:
1) Gelombang pertama ialah kebangkitan menghadapi kuasa-kuasa penjajah yang
menjajah negara-negara umat Islam. Antara agenda utama perjuangan Harakah Islamiah
di dalam gelombang yang pertama ini ialah membebaskan tanah air umat Islam daripadakuasa-kuasa penjajah. Gelombang pertama ini pada zahirnya telahpun berakhir dengan
kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara-negara umat Islam.
2) Gelombang kedua ialah kebangkitan menghadapi golongan-golongan talibarut sekular
yang ditinggalkan oleh penjajah setelah kemerdekaan. Penjajah-penjajah kuffar yang telah
keluar dari bumi umat Islam tidak akan keluar begitu sahaja, sebaliknya meninggalkan
kepimpinan negara kepada anak-anak didik mereka dari kalangan umat Islam yang
dinamakan dengan nama Islam tetapi pemikiran dan gaya kehidupan mereka adalah
sama dengan penjajah. Mereka inilah yang bertindak mempertahankan undang-undang
sekular yang ditingalkan oleh penjajah dan menjadi penghalang utama kepada Harakah
Islamiah di dalam usaha untuk menegakkan kembali daulah islamiah.
MATLAMAT PENUBUHAN HARAKAH ISLAMIAH.
Berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang membawa kepada kemunculan Harakah
Islamiah di atas, jelas kepada kita bahawa matlamat Harakah Islamiah ialah:
1. Membentuk individu muslim dan mengembalikan keperibadian yang tulen kepadanya.
2. Mendirikan daulah islamiah di dalam setiap negara umat Islam sebagai langkah
pertama ke arah penegakan Khilafah Islamiah.
3. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana sekarang.
4. Mengidupkan kembali Sistem Khilafah Islamiah yang telah jatuh.
5. Menundukkan alam seluruhnya di bawah kekuasaan Islam atau di dalam ertikata lain:
Mendirikan Daulah Islamiah Sejagat. Kita diperintahkan supaya berjihad untuk
menundukkan manusia di bawah kalimah . Ketundukan sempurna
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
9/18
selagi mana muka bumi dikuasai oleh kuffar. Namun demikian, matlamat yang digariskan
ini ialah matlamat khusus Harakah Islamiah pada abad ini. Adapun matlamat umum bagi
seluruh Harakah Islamiah sepanjang zaman ialah:
1. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalamsurah Az-Zariyat ayat 56:
2. Mempelopori kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar sebagaiman Firman Allah
s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 110:
3. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya sebagaimana Firman
Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:-
4. Menghhapuskan fitnah dan kekufuran dari berkuasa di muka bumi ini sebagaimana
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfal ayat 39:
MENGAPA PERLUNYA AMAL SECARA JAMAIE?
a) Tuntutan Syarak
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 2:
Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 67:
Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Soff ayat 4:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54:
b) Tuntutan Realiti dan Keadaan
1. Kerja untuk mengembalikan perlaksanaann Islam yang meneluruh di dalam kehidupan
dan menegakkan Daulah Islamiah tidak akan mencapa matlamay sekiranya dilakukan
hanya dengan ceramah, pidato, penulisan yang bersifat individu sahaja. Kerja yang besar
ini memerlukan kepada penggabungan tenaga dan konsep taawun daripada individu-
individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan di dalam pelbagai bidang ynag dapat
di manfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Penggabungan dan taawun ini tidak akan
berlaku kecuali dengan adanya jamaah yang tersusun dan terancang.
2. Dakwah Islam adalah seruan yang bersifat meruntuh ( ) dan membina ( )
iaitu Islam menyeru supaya diruntuhkan binaan jahiliah dan masyarakatnya hingga ke
akar umbi dan kemudiannya menegakkan di atas keruntuhan itu Syariat Islam dan
masyarakat Islam. Kerja-kerja umntuk meruntuhkan masyarakat jahiliah ini bukanlah kerja
yang mampu dilakukan secara individu. Ia menuntut pengorbanan, kenanpuan, dan
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
10/18
tenaga yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang perseorangan sekalipun dengan
sepenuh tenaga dan kegigihan. Terutama sekali pada zaman ini iaitu zaman dimana
kuasa-kuasa jahiliah daripada pelbagai golongan telah bergabung untuk meruntuhkan
Islam.
3. Jalan-jalan yang dilalui dalam bekerja untuk Islam penuh dengan mehnah danteribulasi. Cabaran yang merintangi perjalanan ini cukup besar. Kekuatan buas yang
sentiasa menunggu peluang untuk menumpaskan Islam dan penganutnya cukup banyak.
Kesemua ini mewajibkan wujudnya satu tanzim pergerakan yang meluas dari segi kuantiti
dan kulaitinya untuk menghadapi semua peringkat amal dan jaga untuk berdepan dengan
semua keadaan dan tuntutan amal Islami.
Kaedah Fiqh ada menyatakan:
Berdasarkan kepada realiti di atas kita mendapati bahawa matlamat untuk melaksankanIslam dalam seluruh aspek kehidupan dan menegakkan daulah Islamiah tidak akan
tercapai kecuali dengan gerak kerja yang dilakukan secara berjamaah. Oleh itu
mewujudkan Jamaah Islam yang malakukan kerja-kerja amal Islami manjadi satu
kewajipan ke atas umat Islam menyertainya dan juga adalah satu tuntutan yang mesti
ditunaikan.
KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 36:
Berdasarkan kepada ayat ini kewajipan setiap orang yang beriman kepada risalah yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah:
1. Menyembah Allah s.w.t dengan pengertian memberi ketundukan kepadaNya dalam
semua aspek kehidupan.
2. Menjauhi Taghut.
Kalau kita meneliti aya-ayat Al-Al-Quran, As-As-Sunnah, dan Sirah-Sirah, maka kita akan
mendapati di sana terdapat dua jenis gerakan ( ) sepanjang zaman;
1.
2.
1. Harakah
harakah ini berterusan sepanjang zaman kerana risalah Allah s.w.t ini tidak akan
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
11/18
lenyap, mesti ada mujahidin-mujahidin dan ansar-ansar yang membantunya. Firman Allah
s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 32:
Sabda Rasulullah s.a.w :
Telah berkata Imam Ali r.a
Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah para nabi dan rasul.
Gerakan mereka menyebarkan dakwah menyeru manusia supaya mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t diceritakan dengan jelas oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 213:
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, tamatlah perutusan para Anbiya kerana baginda
adalah penutup segala nabi dan rasul. Namun demikian gerakan dakwah kepada Allahs.w.t tetap berjalan dan ia merupakan kewajipan yangditaklifkan oleh Allah s.w.t kepada
umat Islam. Menyedari hakikat inilah para sahabat tidak berdiam diri selepas kewafan
baginda Rasulullah s.a.w. Mereka meneruskan gerakan dakwah menyebarkan risalah
Islam dan menegakkan syariat Allah s.w.t ke seluruh pelusuk alam. Selepasa para
sahabat, gerakan dakwah ini disambung pula oleh para ulamak semasa. Jadi kemunculan
Harakah-harakah Islamiah pada zaman ini ialah sebagai penyambung kesinambungan
harakah para Anbiya dan Rasul sepanjang zaman.
(2) Harakah
harakah penyeru kepada taghut ini juga akan berterusan sepanjang zaman selagi
mana terdapatnya golongan kuffar dan munafiq.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
Berkata pengarang kitab Majmu`at At-Tauhid :
Taghut adalah umum bagi setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia
redha dengan sembahan itu. Setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t atau ditaati
selain daripada Allah s.w.t dan Rasul adalah taghut. Taghut-taghut itu adalah banyak
tetapi kepalanya ada lima:
Syaitan yang menyeru kepada penyembahan kepada selain daripada Allah s.w.t.
Hakim yang zalim yang mengubah hukum-hukum Allah s.w.t.
Orang yang berhukum dengan hukuman selain daripada yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Orang yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia redha denga keadaan itu.
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
12/18
Ketahuilah bahawa sesungguhnya seseorang itu tidak menjadi mukmin melainkan
ia mengkufuri akan taghut.
( )
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa ayat 60:
Imam Ibnu Kathir ketika menjelaskan tafsiran ayat ini menyatakan:
Ayat tersebut mencela sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran dan As-Sunnah
dan berhukum denga apa yang selain daripada keduanya daripada kebatilan.
Sesungguhnya itulah taghut yang dimaksudkan dalam ayat ini.
Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah-harakah yang
dipimpin oleh penentang-penentang para Anbiya dan Rasul seperti Firaun, Namrud,dari kaum Nuh, Hud, Salleh, dan Lut, Abu Jahal, dam pemimpim-pemimpin Quraisy
dan sebagainya. Ayat Al-Quran banayk menceritakan tentang pergerakan-pergerakan
mereka yang berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjauhkan manusia daripada
menerima seruan para Anbiya dan rasul.
Harakah-harakah penyeru kepada taghut ini peranan mereka adalah sama
sepanjang zaman iaitu menyeru manusia kepada jahikiah dan berusaha untuk
menghapuskan risalah Allah s.w.t dan penolong-penolong agamanya. Pada zaman ini
harakah ini dipelopori oleh golongan sekular, komunis, nasiopnalis, dan lain-
lainnya daripada ideologi-ideologi yang bertentangan dengna Islam. Sikap mereka yang
memusuhi Harakah Islamiah jelas membuktikah bahawa mereka adalah penyambung
gerakan taghut sepanjang zaman.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 98:
Kewajipan kita dan umat Islam seluruhnya terhadap kedua-dua harakah ini ialah:
Menyahut seruan orang yang menyeru ke jalan Allah s.w.t dan bersama-sama dengan
jamaah dan harakah mereka.
Menjauhi seruan orang-orang yang mnyeru kepada Taghut dan menjauhi jamaah dan
harakah mereka.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 256:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 113:
Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 119:
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa ayat 144:
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
13/18
Asy-Syeikh Said Hawwa menyatakan:
Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk memenuhi dua tuntutan:
Menjauhi kesesatan dan para pendokongnya.
Mengikat diri dengan kebenaran di sebelah pihak muslimin dan beriltizam pula denganjamaah mereka. Sekiranya ada lagi di sana golongan pertengahan maka itulah golongan
munafiq. Allah s.w.t telah menyatakan tentang golongan ini di dalam Al-Quran suran An-
Nisa ayat 124:
TUNTUTAN BERILTIZAM DENGAN JEMAAH ISLAM.
Asy-Syeikh Said Hawwa menyatakan dalam badihiyyat ke 10:
Sesungguhnya menyertai dan mengikat diri dengan jemaah Islam dan Imamnya adalahkewajipan yang besar dalam Islam. Kewajipan langsung tidak memberi peluang kepada
seorang muslim untuk mengelakkan diri daripadanya kecualilah di dalam keadaan di mana
orang-orang Islam tidak mempunyai jamaah Islam dan imamnya sedangkan Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
Berkata Imam Ali:
Oleh itu kita akan mendapati bahawa di sana amat jarang sekali kedapatan suatu keadaan
di mana seseorang muslim itu mendapati dirinya keseorangan tanpa ada seorang pun
orang Islam yang bersimpati dengannya dan beriltizam pula dengannya walaupun dalamm
ketiadaan satu sistem kekuasaan politik Khilafah Islamiah.
Nas-nas yang menunjukkan kewajipan dengan jemaah Islam ialah:
Pada zaman ini iaitu zaman ketiadaan Khilafah Islamiah di mana kekuasaan berada di
tangan golongan kebatilan, tuntutan supaya beriltizam dengan jamaah Islam adalah lebi
ketara. Ini kerana penggabungan diri dengan jamaah Islam dapat menyelamatkan diri
daripada terjatuh kedalam golongan kebatilan dan termakan dengan dakyah mereka.
Tanpa penggabungan diri dengan jamaah Islam sesseorang muslim itu akan mudah
diterkam oleh dakyah golongan kebatilan dan seterusnya terjerumus bersama-sama
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
14/18
mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :
Kewujudan jamaah Islam selain daripada bertindak memperjuangkan Islam danmenegakkan kembali daulah, menasaihati dan tolong-menolong ke arah mengerjakan
makruf dan menjauhi mungkar.
CIRI JEMAAH ISLAM YANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAM UNTUK
BERILTIZAM DENGANNYA.
Diantara perkara yang telah dan tidak dapat dipertikaikan lagi, bahawasanya setiap
pertubuhan atau jemaah sama ada jemaah islamiah atau selain daripada jemaah itu, mesti
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Dengan demikian ia dikenali dan dapat dibezakan dari
jemaah yang selain daripadanya. Jadi apakah ciri-ciri atau prinsip-prinsip jemaah islamiah
yang menonjol dan membezakannya dari ideologi yang dibuat oleh manusia di atas muka
bumi ini.
Sebenarnya ciri-ciri jemaah islamiah telah ditentukan oleh Allah dan Rasulullah
s.a.w. Terdapat nas-nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan cirijemaah islamiah.
Diantara ciri-ciri yang ada pada sebuah jemaah islamiah ialah:-
Jemaah yang menyakinki bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat
membangunkan semula ummah, dapat membebaskan semula golongan mustadhafin dan
menyelamatkan dunia daripada huru-hara dan kehancuran.
Jemaah yang lahir dari kesedaran sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongansama ada tur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:
Dan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Huzaifah Al-Yamani dari
kandungannya:
Jemaah yang menyakini akan kesjagatan Islam sebagaimana firman Allah s.w.t dalam
surah Al-Anbiya:
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
15/18
Kedatangan isalam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekelian makhluk
terutemanya kepada manusia. Ianya tidak ditentukan kepada bangsa arab, melayu, turki,
bahkan ianya untuk keseluruhan manusia.
Berdasarkan kepada kepada hakikat inilah, maka PAS sebagai sebuah jemaah islamiah
membuka keahliannya kepada semua orang Islam tidak mengira apa bangsa mereka.PAS adalah berlainan daripada mana-mana pertubuhan atau parti-parti politik lain yang
hanya menerima keanggotaan dari bangsa tertentu sahaja.
Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh sebagaiman firman Allah s.w.t
dalam surah Al-Baqarah ayat 207.
Jemaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan umat
Islam iaitu jemaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal
Jemaah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
Inilah amalan dan sikap jemaah islamiah. Ia terus-terang di dalam menyatakan kebenran
walaupun disaat orang lain membisu seribu bahasa. Biarpun tindakan demi tindakan
dikenakan terhadap anggotanya, namun jemaah Islam teta[p dengan perjuangnnya
sekadar yang termampu dilakukan olehnya.
Jemaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh
menyatukan para anggotnya pada prinsip dan dasar sekalipun merek berbeza di dalam
masalah furu. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Imran ayat 64:
Jemaah yang terdapat dikalangan anggotnya sifat-sifat Hizbullah. Diantara sifat-sifat itu
ialah:
Cintakan Allah s.w.t dan Allah s.w.t cintakan mereka.
Merendahkan diri sesama mukmin.
Bersikap tegas terhadap orang kafir.
Berjihad di jalan Allah s.w.t dan tidak takut celaan orang-orang yang mencelanya.
Memberi kesetian kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, orang mukmin (pimpinan).
Mendirikan sembahyang .
Menunaikan zakat.
Sentiasa ruku kepada Allah s.w.t.
Sifat-sifat tersebut di atas selari denga firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54
hingga 56.
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
16/18
Selain daripada itu juga, jemaah islamiah adalah mereka yang dianggotai oleh mereka
yang mempunyai sifat berikut:-
Bertafakur kepada kebesaran Allah s.w.t dan kejadianNya. Allah s.w.t berfirman di dalam
surah Al-Jasiah ayat 3:
Takut hanya kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal:Taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t
Kembali kepada hukum Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah
An-Nisa ayat 59:
Berkasih-sayang kerana Allah s.w.t dan benci kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:
Bertawakkal kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar tawakkal. Firman Allah s.w.t:
Berbudi pekerti mulia. Sabda Rasulullah s.a.w :
Bergembira apabila melakukan taat dan berdukacita apabila melakukan maksiat. Sabda
Rasulullah s.a.w :
Jemaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke
medan tidak hanya di tempat-tempat tertentu sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w :
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas
maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud
mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran
sendiri bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia
ada.
Untuk lebih jelas dan yakin lagi, bahawa gerakan Islam emstilah mempunyai tujua
sebagaimana berikut:
Memperjuangkan yntuk mewujudkan dalam sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
melaksanakan hukum Allah s.w.t untuk mendapat keredhaan daripadNya.
Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Untuk merealisasikan semua tuntutan itu, jemaah Islam mestilah mempunyai usaha-usaha
seperti berikut:
Menyeru umat manusia kepada syariat Allah s.w.t dan sunnah RasulNya melaluli
dakwah secara lisan, tulisan, dan amalan.
Memperjuangkan Islam sebagai awidah dan syariat serta menjadikannya sebagai
panduan politik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
17/18
menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan,
pentadbiran, ekonomi, sosial, pelajaran atau pendidikan, dan sebagainya.
Memupuk dan menguatkan lagi ukhuwah islamiah dan menyuburkan rasa
perpaduan di kalangan rakyat bagikehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan
kebajikan.Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuha, dan orang
perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan cara hidup Islam.
Menyediakan rancangan-rancangan dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta
institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara untuk
membela kepentingan umat Islam keseluruhannya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawan dengan gerakan Islam bila mana dan selamamana ianyamustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan syariat Allah s.w.t.
Memperjuangkan hak serta kepentingan umat Islam di negara ini tanpa
mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat dan
tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Sebenarnya perkara-perkara di atas telahpun dinyatakan sebagaimana yang sedia wujud
di dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia atau PAS di dalam bab yang ketiga fasal
kelima dan keenam. Kalau kita lihat dan meneliti dengan fikiran yang terbuka dan
menjauhkan diri dari mempunyai perasaan taasub terhadap mana-man pertubuhan, maka
kita akan mendapati bahawa semua perkara itu telah pun dan sedang diusahakan oleh
PAS walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
Oleh itulah bagi saya tidak ada sebab mengapa perlunya ada jemaah yang lain yang
memperjuangkan perkara yang sama dan mempunyai matlamat yang sama. Masalah
kelemahan adalah merupakan perkara biasa bagi mana-mana pertubuhan, yang perlu
bagi kita ialah jangan merasa putus asa dan merasa lemah semangat bila menghadapi
permasalahan.
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
MANHAL PMRAM 2000
8/14/2019 PENGENALAN HARAKAH ISLAMIAH
18/18
Top Related