Pengenalan Kepada Function Generator
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang Function Generator.
Pensyarah:Mohd Azri Fahmy Bin Hj Azman
Tujuan Pembelajaran:
Pelajar-pelajar mesti boleh:
• Terangkan kegunaan Function Generator
• Nyatakan fungsi-fungsi setiap bahagian Function Generator
• Terangkan cara menggunakan Function Generator mengikut pengukuran tertentu
Masa Pembelajaran:
• 1 Jam 30 Minit
Peralatan Pembelajaran:
• Alat Bantuan Pengajaran
• Function Generator
Pengenalan Kepada Function Generator
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang Function Generator.
Pengenalan:• Function generators merupakan
salah satu peralatan penjana gelombang yang umum.
• Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian.
• Function generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang segiempat (square waves), gelombang segitiga (triangle wave) dan juga gelombang sinus (sine waves).
Pengenalan:
• Gelombang segiempat di hasilkan oleh pengayun (osilattor),
• Gelombang segitiga pula terhasil daripada picuan gelombang segiempat yang melalui litar pengamir (intergrator circuit).
• Gelombang sinus pula terhasil daripada gelombang segitiga yang melalui litar pembentuk gelombang (waveshapping circuit / sine shaper).
Pengenalan:
Bahagian Utama Function Generator
Penerangan Bahagian Function Generator• POWER SWITCH
Suis yang membekalkan kuasa kepada function generator.
• POWER ON INDICATOR
LED yang digunakan bagi menunjukkan function generator telah dibekalkan bekalan.
Penerangan Bahagian Function Generator• RANGE SWITCH
Tujuh julat frekuensi tetap di sediakan pada suis tekan yang di setkan secara interlocked iaitu hanya satu suis sahaja yang boleh di tekan pada satu-satu masa.
• FUNCTION SWITCH
Tiga suis tekan interlock yang membolehkan pemilihan bentuk gelombang keluaran yang di kehendaki.
Penerangan Bahagian Function Generator• MULTIPLIER
Multiplier ialah potentiometer boleh laras yang membolehkan frekuensi di laraskan di antara julat yang tetap. Walau bagaimanapun tombol ini di calibrate dari 0.2 hingga 2.0
• DUTY CONTROL
Masa simetri bagi gelombang keluaran dan juga keluaran TTL PULSE, di kawal pada DUTY control. Bila kawalan ini di set pada kedudukan CAL, masa semetri bagi gelombang keluaran ialah 50/50 atau 100% simetri. Simetri yang boleh ubah ini membolehkan masa bagi separuh kitar gelombang di ubah manakala separuh kitar gelombang lagi adalah tetap. Seperti yang disetkan pada RANGE dan MULTIPLIER.
Penerangan Bahagian Function Generator• RAMP / PULSE INVERT
Suis butang tekan ini berfungsi untuk menyongsangkan masa simetri yang dihasilkan oleh DUTY control.
• DC OFFSET (PULL ADJ)
Kawalan DC OFFSET di sediakan bagi membolehkan aras keluaran DC di laras mengikut nilai yang di kehendaki.
Penerangan Bahagian Function Generator• AMPLITUDE
Kawalan AMPLITUDE memberikan pengecilan sebanyak 20db pada gelombang keluaran yang dipilih pada suis FUNCTION.
• ATT
Bila suis ditekan, tambahan sebanyak 20db di hasilkan oleh kawalan amplitude, pengecilan maksimum 40db akan terjadi pada keluaran.
Penerangan Bahagian Function Generator• OUTPUT
Amplitude 20 Vp-p bagi gelombang segiempat, segitiga, sinus, songsang (ramp) dan pulse dihasilkan pada keluaran (bila butang ATT di tarik).
Masukkan VCF dan keluaran pulse menggunakan sambungan BNC.
• VCF INPUT
Masukkan VCF (voltage-controlled frequency) disediakan untuk frekuensi sapuan luaran
Rehat Sebentar:
Pengenalan Kepada Function Generator
B05-01-02MEASUREMENT INSTRUMENT
Slide ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan penggunaan tentang Function Generator.
Sesi Pertanyaan:
Soalan Kefahaman:
• Terangkan fungsi atau kegunaan Function Generator?
• Nyatakan skala bacaan yang terdapat dalam Function Generator?
• Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi Function Generator?
Aktiviti Seterusnya:
Kertas Tugasan & Kerja
Berkenaan Function Generator
Masa Pembelajaran:
• 2 Jam
Peralatan Pembelajaran:
• Kertas Penerangan
• Function Generator
• Kertas Tugasan
• Kertas Kerja
Sesi Pembelajaran Tamat:
Pembelajaran Akan Datang:
Pengenalan
Kepada Osiloskop
Top Related