PENGENALAN KEPADA MESIN
CANAIDISEDIAKAN OLEH :NOR NABILA BINTI SAID
Pelajar-pelajar mesti boleh:
Terangkan apa itu mesin pencanai
Nyatakan jenis-jenis mesin pencanai
Terangkan jenis-jenis roda pencanai
TUJUAN
Mesin Pencanai
Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang
mana ianya mengeluarkan logam atau bahan lain dalam bentuk
serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang
dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat
Kebaikan Mencanai (Grinding)
i. Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening).
Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.
ii.Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan
bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
iii. Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah
disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses mencanai.
JENIS-JENIS MESIN PENCANAI
i. Mesin pencanai meja dan kakiii.Mesin pencanai elektrik (mudah alih)iii. Mesin canai permukaan (surface
grinding)iv. Mesin pencanai silinder (cylindrical
grinding)v.Mesin pencanai mata alat pemotong (tool
and cutter grinder)vi. Mesin pencanai tanpa tetengah
(centerless grinding)
Mesin pencanai meja
Mesin pencanai kaki
Bahagian-bahagian mesin pencanai meja & kaki terdiri daripada:
Pelindung mataPelapik
RodaPenahan mata alat
Motor (pelapik)
Ia mempunyai dua buah roda, yang satu kasar dan yang satu
halus.Kegunaannya ialah untuk mencanai hujung mata
pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar
skru, mata alat mesin pelarik dan mesin pembentuk.
Fungsi mesin pencanai kekaki sama seperti mesin pencanai
meja tetapi mesin ini lebih tegap dan digunakan untuk mencanai alat-alat yang besar dan berat.
Mesin pencanai elektrik(mudah alih)
Mesin canai permukaan (surface grinding)
Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai permukaan bahan logam bagi
menghasilkan permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang jitu.
Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang dipasang pada bahagian spindal mesin dan ragum magnet digunakan untuk
memegang benda kerja. Meja kerjanya boleh digerakkan secara
manual atau secara automatik ( mengufuk ). Roda canai boleh diturunkan dan dinaikkan untuk melaraskan kedalaman pemotongan.Suapan minimum yang boleh diberikan ialah
sehingga 0.001 mikron.
Mesin pencanai silinder (cylindrical grinding)
Mesin canai silinder digunakan untuk mencanai silinder selari dan silinder tirus.
Mesin canai silinder hanya digunakan untuk pengeluaran kelompok.
Mesin pencanai mata alat pemotong
(tool and cutter grinder)
Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless grinding)
RODA PENCANAI
bentuk roda pencanai
Komponen Asas Roda Pencanai
Roda pencanai mempunyai dua komponen asas iaitu :
PelelasPengikat
Pelelas
Pelelas diperbuat dari bahan yang sangat keras dan dapat memotong atau lelas
bahan yang lain. Apabila pelelas digunakan sebagai pencanai, ia dapat
meratakan permukaan yang kasar serta melicinkan garis atau calar yang terdapat
pada permukaan.
Pelelas dibahagikan kepada dua jenis iaitu : Pelelas asli.
Pelelas tiruan.
PengikatBahan pengikat adalah menentukan kekuatan roda pencanai , samada roda jenis roda tegap
atau roda mudah lentur. Pengikat juga menentukan jumlah daya yang dikhendaki
untuk mengeluarkan satu zarah pelelas dari roda.
Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan iaitu :
KekacaSilikatSyelekGetahDamar
Struktur asas roda pencanai
SESI SOAL JAWAB
SOALAN 1
apakah fungsi utama mesin pencanai
JAWAPAN 1
proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam atau bahan
lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang
dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat
SOALAN 2
berikan bahagian-bahagian mesin pencanai meja dan kaki
JAWAPAN 2
Pelindung mataPelapikRoda
Penahan mata alatMotor (pelapik)
SEKIAN TERIMA KASIH
Top Related