Pengenalan Model Assure.
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru
mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan
supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan
dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar
agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.
Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang
rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
efisien dan berkesan.
Model Assure adalah satu model reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk
memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Model
ini menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993 adalah model reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.
Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media.
Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model Assure juga bermaksud memastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini
terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan di bawah:
• A - Analyse learners (Analisis pelajar).
• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
1
• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
• R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Langkah 1 : Analisis pelajar
Model Assure bermula dengan analisis pelajar. Analisis pelajar adalah satu proses
menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar dalam kelas. Proses ini adalah penting untuk
membantu guru merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi pelajar mereka. Pelajar
dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
Ciri-ciri umum pelajar.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Gaya belajar
Ciri-ciri umum pelajar.
Ciri umum pelajar yang dimaksudkan termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,
penempatan, daerah, kawasan, budaya dan seumpamanya. . Maklumat yang dinyatakan di
atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media yang akan digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat tersebut boleh diperolehi oleh guru dengan meneliti
rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung antara guru dan pelajar. Guru akan dapat
mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar yang akan mereka ajar. Pemilihan
kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar
yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui
penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.
2
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah
yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca,
adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah
dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI
boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar
yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis
media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau
permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan
pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik
(Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi
kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau
pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia
seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas
kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara
individu.
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis
pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai
kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan
pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan
kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan
cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.
3
Pengetahuan sedia ada.
Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua
andaian terhadap pengetahuan pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai
pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau
kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justeru guru terus memulakan pelajarannya
tanpa menganalisis tahap pengetahuan pelajar. Dalam keadaan yang pertama, pengajaran
guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini biasanya berlaku
dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran konsep, peraturan dan
prinsip.
Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah segiempat jika tidak dapat
menguasai konsep rajah segiempat. Dalam situasi yang kedua, pelajar mungkin merasa bosan
atau tidak berminat belajar jika apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah dipelajari.
Guru dikehendaki mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis
objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan
melalui praujian, temubual, mengkaji pencapaian pelajaran unit terlebih dahulu dan
mengadakan sesi soaljawal dalam kelas. Kaedah ini dapat menentukan pra syarat untuk
membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang
telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran. Setiap pelajar mempunyai
pengalaman yang berbeza.
Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru
menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Apabila guru ada maklumat
tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudah bagi
guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan
digunakan.
4
Gaya Pembelajaran Pelajar.
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk
kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford, dan
Model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk
persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
Langkah 2: Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada
perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru
telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang baru untuk dipelajari. Seterusnya guru dapat menentukan langkah serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa
menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
4. Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapaian
5
1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran dan kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah
pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran sama ada secara mental atau fizikal.
2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar.
Berikut adalah antara perkataan yang sesuai digunakan iaitu:-
melakar menamakan meramal menjawab
melukis menilai melabel menjelas
3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana
tingkah laku itu baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat
membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang
sesuai.
4. Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan,
kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan
pengukuran pencapaian ini akan akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi
membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
6
aktiviti pemulihan dan juga penggayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk
kualitatif atau kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran ialah:-
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
a) Menerangkan maksud promosi dengan ringkas.
b) Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 peranan promosi di dalam perniagaan.
c) Menghuraikan kaitan promosi dengan pemasaran.
Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan sumber
Langkah seterusnya ialah memilih kaedah, media, dan bahan sumber. Setiap perancangan
pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber yang
perlu dibuat secara sistematik dan terancang. Sistematik dan terancang disini adalah bertujuan
agar teknologi dan media (alat & bahan bantu mengajar) yang digunakan benar-benar
memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, setiap
langkah dalam model ini memberi input dan output yang baik dan berkesan.
Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang langkah ketiga ini, saya akan menerangkan
serba ringkas tentang konsep kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau
aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Manakala kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan
yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang
yang lain. Lantaran itu, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986), kaedah-kaedah pengajaran
adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
7
masalah, brainstorming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain
lagi.
Media bermaksud penyampai atau pembawa maklumat. Contohnya filem, video, radio,
gambar, risalah, poster, dan sebagainya. Manakala media pengajaran bermaksud peralatan,
perkakasan, dan bahan (perisian) yang telah dikenalpasti,dipilih, dibina, dan dipinda untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Media terbahagi kepada dua iaitu media
cetak dan media bukan cetak. Contoh media cetak ialah modul, buku teks,buku rujukan,
suratkhabar, nota edaran. Manakala media bukan cetak seperti slaid, tranparensi, dan media
tayang.
Sementara itu, bahan sumber mempunya erti yang sama dengan bahan bantu mengajar.
Tujuannya adalah untuk:
Memberi rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian pelajar.
Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid.
Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.
Memberi keseronokan belajar.
Proses pemilihan kaedah, media, dan bahan sumber. tersebut merangkumi aspek-aspek
berikut:
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih
bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:
8
Adakah bahan ini menepati kurikulum?
Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
Adakah laras bahasanya jelas?
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah ada panduan pengguna?
Kesimpulannya, proses memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
Langkah 4: Guna media dan bahan sumber
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan
bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru iaitu menyemak,
pratonton, dan mengkaji bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan dalam kelas. Ini
dapat membantu guru memastikan bahan tersebut bemar-benar sesuai dengan kumpulan
pelajar dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Berikut merupakan kepentingan sebelum seseorang guru menggunakan media dan
bahan sumber:
Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang
diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan.
9
Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain
kemudahan dan keperluan untuk belajar.
Sediakan fokus dan minat pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan
objektif pembelajaran.
Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran
menggunakan media.Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara
atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar.
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Guru bertangungjawab menjalankan aktiviti pembelajaran yang dapat melibatkan pelajar
beraktiviti dan berfikir secara aktif didalam kelas. Aktiviti – aktiviti ini seharusnya dapat
menggerakkan ketiga-tiga domain pelajar iaitu domain kognitif, psikomotor dan juga afektif
secara berterusan didalam kelas. Persembahan guru hendaklah mencabar murid-murid untuk
berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. Komunikasi dan interaksi antara guru-guru dan
murid-murid adalah berbentuk dua hala, dimana murid-murid dapat memberi pendapat
mereka semasa perbincangan berlaku.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai juga dapat membantu dan mengekalkan
pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid gambar bersiri, video dapat
mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti
penyelesaian masalah. Setelah pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dipilih, guru
hendaklah membuat keputusan mengenai kaedah instruksi yang akan digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah instruksi yang kreatif dapat
membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.
10
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas
untuk mencapai objektif atau matlamat pembelajaran. Contoh kaedah-kaedah yang
melibatkan pelajar dalam pembelajaran ialah:
1. Pembelajaran melalui permainan
2. Main peranan
3. Sumbangsaran
4. Bercerita
5. Perbincangan
6. Inkuiri penemuan
7. Demonstrasi
8. Penyelesaian masalah
9. Pembelajaran masteri
Kaedah-kaedah diatas ini boleh digunakan oleh guru untuk melibatkan pelajar secara
langsung ataupun tidak didalam kelas. Berdasarkan kaedah-kaedah ini pelajar perlu terlibat
dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi
dan sebagainya.
Sebagai contoh guru telah menggunakan teknik perbincangan dalam subjek
perdagangan (komunikasi) didalam kelas. Kaedah ini memerlukan murid berinteraksi dalam
perbincangan mengenai satu isu atau masalah. Murid-murid mempunyai peluang untuk
mempersembahkan pendapat mereka, cadangan atau idea-idea mengenai sesuatu tajuk. Tajuk
komunikasi telah di pilih oleh guru. Pelajar dikehendaki menyenaraikan dan membentang
bentuk-bentuk komunikasi di Malaysia dan senaraikan contoh- contoh komunikasi yang ada
di Malaysia dan bincangkan bagaimana komunikasi membantu dalam perniagaan di dalam
kertas mahjong. Diakhir perbincangan guru bersama murid-murid akan membuat kesimpulan.
11
Melalui aktiviti ini pelajar dilihat dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta keyakinan
diri mereka
Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
Langkah ini merupakan langkahyang terakhir di dalam Assure .Penilaian ialah proses untuk
melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang
dilaksanakan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan
dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah
proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai
Antara perkara-perkara yang di nilai menyentuh dua aspek penilaian iaitu
1. Penilaian pembelajaran
Novak dan Tyler (1986) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses di mana
pelajar itu membentuk cara pemikiran yang baru atau mengubahsuaikan pemikiran
yang lama, yangseterusnya akan berlaku perubahan tingkah laku. Penilaian
pembelajaran ini dibuat untuk mengetahui pencapaian pelajar sama ada pelajar
mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Ia juga menilai maklum balas dari pelajar
sepanjang proses pembelajaran berlaku. Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah
untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.
Antara persoalan-persoalan yang di ambil kira sepanjang menilai pembelajaran murid
adalah
i. Adakah pelajar mencapai objektif yang yang telah ditetapkan oleh guru?
ii. Adakah pelajar dapat menguasai apa yang telah diajar?
2. Penilaian pengajaran
Robiah Sidin (1998) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud usaha yang dibuat
bagi membolehkan pembelajaran berlaku dalam diri orang lain. Penilaian pengajaran
ini melihat keberkesanan dari segi kandungan, kaedah, media dan bahan yang telah
digunakan. Pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
12
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Antara persoalan-persoalan yang di ambil kira sepanjang menilai Pengajaran adalah:
i. Adakah media yang digunakan oleh guru mencapai objektif pembelajaran?
ii. Adakah kaedah mengajar yang digunakan dapat menarik perhatian pelajar
supaya terlibat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung?
iii. Adakah media yang digunakan sesuai dengan topik pembelajaran?
Setelah penilaian dibuat pengubahsuaian perlu dilakukan untuk menambah baik
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Sekiranya bahan yang telah
digunakan masih boleh diperbaiki maka penambahbaikan diperlukan. Sekiranya bahan yang
telah digunakan tidak boleh perbaiki untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan, maka guru boleh menukar bahan dan kaedah pengajaran dengan yang baru.
13
Perbezaan antara Model Assure dengan Model Tyler dan Model Masteri
Terdapat tiga bahagian yang utama dapat dilihat dari segi perbezaan antara model
Assure dengan Model Tyler dan Model Masteri iaitu penulisan objektif, strategi pengajaran
dan pembelajaran dan kaedah penilaian.
Di dalam Model Tyler dan Masteri, penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
adalah mengikut Taksonomi Bloom yang menekankan kepada tiga domain iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif. Bagi Model Assure pula, ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan sedia ada
pelajar dan gaya belajar pelajar mesti dianalisis dan difahami terlebih dahulu sebelum ke
peringkat penulisan objektif mengikut Taksonomi Bloom.
Dalam menganalisis pelajar, guru perlu memerhatikan ciri-ciri umum pelajar
termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan, budaya dan seumpamanya.
Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang
dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu
pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
Selain itu, guru juga perlu mengkaji pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar.
Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan
pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia
pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit
terlebih dahulu dan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat
tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topic yang akan dipelajari, mudahlah
bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan
digunakan.
14
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu
merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor
motivasi dan tingkah laku belajar.
Dalam penulisan objektif di dalam Model Tyler, fokus diberikan kepada penguasaan
murid dalam setiap topik atau unit pembelajaran sebelum berpindah ke aras yang lebih tinggi
atau ke topik yang seterusnya. Murid yang tidak menguasai akan diberikan latihan
pengukuhan sehingga mereka berjaya meguasai topik tersebut.
Perbezaan dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran pula, mengikut Model Tyler
bahan kurikulum dirancang dan disusun kepada unit-unit kecil mengikut turutan daripada
mudah ke lebih kompleks untuk pengajaran dan pembelajaran. Model Tyler menggunakan
strategi induktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah, teknik pengajaran, buku dan
alat bantu mengajar yang sesuai harus dipilih supaya dapat membawa kesan yang baik
kepada pelajar.
Model Masteri pula kurang mementingkan alat bantu mengajar tetapi lebih memberi
penekanan kepada pencapaian yang diperoleh oleh pelajar selepas pengajaran dan
pembelajaran. Bagi Model Assure pula, kaedah, media, bahan bantu mengajar dipilih
berdasarkan objektif dan hasil pengajaran yang hendak dicapai serta kemudiannya digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, mengikut Model Masteri, pelajar tidak boleh beralih ke topik pembelajaran
seterusnya sebelum pelajar menguasai sesuatu topic yang diajar. Tindakan susulan seperti
15
aktiviti pengukuhan akan diambil untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai hasil
pembelajaran yang ditetapkan.
Dalam Model Assure, penilaian menyentuh dua aspek iaitu penilaian pembelajaran
dan penilaian pengajaran. Penilaian ke atas kaedah , bahan dan media yang digunakan dan
juga penilaian ke atas kefahaman pelajar adalah perlu. Penilaian ini dilakukan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif, media dan bahan sumber
sesuai dengan keupayaan pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran di dalam model Assure lebih berpusatkan pelajar.
Penglibatan pelajar digalakkan selepas guru menyampaikan ilmu kerana penglibatan pelajar
akan membantu guru dalam menilai pemahaman, kelemahan serta masalah murid dalam
pembelajaran tersebut.
Model Tyler menumpukan kepada kesesuaian alat bantu mengajar dengan tajuk yang
diajar serta kemampuan pelajar untuk menerima tajuk berdasarkan penggunaan alat bantuan
mengajar yang semaksimum mungkin. Penilaian dalam model Mastery pula mementingkan
pemilihan dan penggunaan kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai.
16
Pendekatan Pengajaran ( Rancangan Pengajaran Harian)
Unit Pengajaran 1: Perkhidmatan Penyiaran
MATA PELAJARAN Perdagangan
TINGKATAN 5 PD3
TEMPAT Bilik Tayang
TARIKH 25 September 2012
MASA 10.40 – 11.20 ( 40 Minit )
BILANGAN PELAJAR 30
TEMA / TAJUK Komunikasi
SUB TAJUK Perkhidmatan Komunikasi
KANDUNGAN Perkhidmatan Penyiaran
- Televisyen dan radioOBJEKTIF KHAS Selepas pengajaran, pelajar dapat:
1) Memberi takrif komunikasi2) Melukiskan rajah jenis-jenis perkhidmatan
komunikasi3) Menerangkan ciri-ciri perkhidmatan penyiaran4) Menyenaraikan agensi swasta dan kerajaan yang
terlibat dalam perkhidmatan penyiaran5) Menjustifikasikan kebaikan dan keburukan
penggunaan perkhidmatan penyiaran
PENGETAHUAN LALU Pelajar telah mempelajari dan memahami peranan komunikasi dalam perniagaan
ALAT BANTU MENGAJAR
Buku teks Perdagangan Tingkatan 5, lembaran kerja, rakaman suara, kertas mahjong, pen marker dan kad bergambar,slide power point
AKTIVITI PENGAJARAN &
17
LANGKAH PEMBELAJARAN PENILAIAN
AKITIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR
Langkah 1
( 3 minit)
1.Guru memasang rakaman suara deejay radio dan pembaca berita.
2.Guru merangsang pelajar dengan bertanyakan apakah yang difahami dengan mendengar rakaman suara tadi.
3. Guru mengaitkan rakaman suara dan jawapan pelajar dengan topik yang akan dipelajari pada hari ini.
1. Pelajar mendengar rakaman yang dipasang oleh guru dengan senyap.
2. Pelajar yang memahami akan mula menjawab soalan guru
3.Pelajar bersedia untuk belajar.
Soal jawab
Langkah 2
( 10 minit )
1. Guru mengedarkankertas putih kosong untuk pelajar melukis peta konsep berkaitan dengan jenis-jenis perkhidmatan komunikasi
2. Guru menerangkankepada pelajar apa yang perlu dilakukan.
3.Guru menerangkan jenis-jenis perkhidmatan yang boleh digunakan dalam perniagaan dalam bentuk slide powerpoint
4.Guru memberi masa lima minit untuk pelajar melukis peta konsep
5.Guru memantau
1. Ketua pelajar membantu guru mengedarkan lembaran kerja
2. Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru.
3. Pelajar memberi tumpuan pada slide dan pelajar menyoal jika kurang faham.
4. Pelajar di beri masa lima minit untuk melukis peta konsep
Melukis peta konsep
18
pelajar melukis peta konsep
Langkah 3
(10 minit)
1. Guru memberi masa selama lima minit untuk pelajar membaca buku teks dan mencari ciri-ciri perkhidmatan penyiaran.
2. Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk menerangkan ciri-ciri perkhidmatan penyiaran
1. Pelajar mula membaca buku teks dan memahami ciri-ciri perkhidmatan komunikasi.
2. Pelajar yang dipanggil oleh guru akan memberikan jawapan .
Langkah 4
( 14 minit)
1. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan.
2. Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3. Pelajar dikehendaki menyenaraikan pendapat mereka tentang kebaikan dan keburukan penyiaran komunikasi dalam perniagaan
4. Guru meminta pelajar membentangkan pendapat mereka.
1. Pelajar bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.
2. Ketua kelas membantu guru mengedarkan kertas mahjung.
3. Pelajar menyenaraikan pendapat mereka tentang kebaikan dan keburukan penyiaran komunikasi
4. Pelajar membentangkan hasil sumbang saran mereka
Langkah 5
( 3 minit)
1. Guru membahagikan papan hitam kepada dua bahagian iaitu radio dan televisyen.
2. Guru menerangkan bahawa pelajar perlu melekatkan gambar
.
1. Pelajar mendengardengan teliti penerangan guru
2. Pelajar melekatkan gambar di bahagian yang dirasakan betul.
19
logo stesen penyiaran di bahagian yang betul.
3. Guru memilih pelajar yang mengangkat
tangan untuk menjawab dan di samping itu guru memerhati keseluruhan murid untuk mengenalpasti pelajar yang tidak mampu menjawab.
4.Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari itu
Kesimpulan
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti
dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran model ASSURE mampu memberi kesan
yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid.
Model ini juga mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam
menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang
sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
.
20
Top Related