Pengenalan
Dalam masyarakat sekarang, membeli rumah dan kenderaan merupakan
satu pelaburan yang paling berharga. Rumah dan kenderaan adalah sebahagian
daripada matlamat kewangan kita. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan
yang rapi dan teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya.
Dengan ini, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang
pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami boleh mendapatkan maklumat
tersebut daripada institut perbankan, akhbar, majalah dan internet. Seterusnya, kami
juga perlu membandingkan pilihan kami supaya bersesuaian dengan keperluan
kewangan kami.
Selepas mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pembelian rumah
dan kenderaan.. Kami juga mendapat panduan asas dan tip-tip yang berguna daripada
pihak bank dan kerajaan sebelum membuat pinjaman perumahan dan pinjaman
kenderaan daripada mana-mana pihak.
Di samping itu, Kumpulan kami juga mengaji kadar faedah bagi pinjaman
perumahan dan pinjaman kenderaan. Kami juga membuat perbandingan antara bank
masing – masing. Sehubungan dengan itu, tiga buah bank telah dipilih oleh kumpulan
kami iaitu Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank Simpanan Nasional.
Antara kriteria yang penting ialah kadar faedah, tempoh pinjaman dan juga
kemudahan untuk membayar ansuran bulanan lebih dari yang ditetapkan untuk
memendekkan tempoh pinjaman.
Dengan ini, kumpulan kami telah membuat satu jadual perbandingan
antara bank masing – masing untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dan
kenderaan supaya dapat merancang pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
dengan lebih teliti, cermat dan jimat.