7/29/2019 Pengenalan perubahan
1/21
Pengenalan
Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat wawasan 2020 . Masyarakat yang maju
dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuanpula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran
terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amatpenting.
Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahanaterpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class akan menentukan
kejayaan perubahan insan. ( mohd najib , 1997 )
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain
menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud
dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk
melakukan perubahan.
Menurut Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah
perubahan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan
menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan
di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpasempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan
antara kelompok atau negara semakin meningkat.
Pihak yang ingin membuat perubahan secara lansung akan berhadapan dengan pelbagairintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif,
implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yangingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.
Oleh itu pengurus yang berjaya perlu memahami setiap fungsi organisasi dan melihatbagaimana ianya akan berubah dan kesan sampingan daripada perubahan tersebut.
Perancangan perubahan pula melibatkan rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan
pengurusan organisasi.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
2/21
Definisi
Ada pelbagai definasi perubahan . Ini kerana pelbagai pihak berminat dengan tajuk ini.
Pendapat carzo dan yanouzas ; Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun
status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermaknaperubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya. Tekanan pula boleh
didefnasikan satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan
penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untukmembangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( goldenson, 1970 ).
Appley dan Trumbull mendefinasikan tekanan sebagai suatu yang mempengaruhi gerak
balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. Setiap organisasitidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan
positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan
untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( jaafar muhamad, 1997 ).
Sesuatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif keranatekanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang atau dielakkan. Hanya
kematian sahaja membolehkan seseorang bebas daripada tekanan ( sayle ( 1974).
Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah
sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawabdan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan
membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan
daripada allah taala.
Jenis dan faktor tekananSergiovanni menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan untuk perubahan
individu dalam sesebuah organisasi ialah faktor personal force, biokrasi, market frame,
tahap profesyen , budaya kerja , budaya masyarakat dan unsur-unsur demokrasi.
Hersey dan Blanchard ( 1983 ) menyatakan 7 jenis tekanan yang mendesak kepada
perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa
maklumat dan kuasa perhubungan.
Michael fullan ( 1998 ) sendiri menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan
pendidikan ialah :
Tekanan daripada persekitaran ang kompleks
Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh
memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini
semakin rencam sifatnya.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
3/21
Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah
merobohkan dinding sekolah.
Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semulamasyarakat.
Guru-guru boleh buat daripada membantu kearah generasi cemerlang di masa
hadapan. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan
sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.
. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau kilang
mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh
menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah
diubahsuai. . Struktur yang sedia amat bercelaru.
Objektif perubahan pendidikan
Masyarakat adalah manifestasi pendidikan yang diterima. Lantaran itu masyarakat
pendidikan mahukan perubahan dalam pendidikan dilakukan dengan segera. Pelbagaifaktor dilihat bagi menentukan keputusan perubahan yang terbaik dan sesuai dengan
kehendak serta norma masyarakat.
Persoalan berkaitan dengan perubahan ini ialah
Siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada perubahan yang
dilakukan.
Bagaimana idea tentang perubahan itu disebarkan dan diterima oleh masyarakat
umum.
biasanya perubahan pendidikan mempunyai objektif perubahan yang jelas. Namun begitu
maksud dan matlamat perubahan itu tidak begitu disenangi atas beberapa alasan tertentu.
Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan
Mengurangkan konflik
Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai faktor yang
ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber
yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akanmeningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat
majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana
pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.
Meningkatkan daya pengeluaran
7/29/2019 Pengenalan perubahan
4/21
Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negara perlu ditingkatkan mengikut
peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan
meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat .Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.
James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranyaperubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .
Meningkatkan motivasi
Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan.Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.
Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan
setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai
motivasi yang rendah.
Faktor yang mempengaruhi perubahan pendidikan.
Michael fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada
perubahan dasar pendidikan iaitu :
Perubahan semerta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadiseperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya. Faktor kecemasan ini
memerlukan perubahan serta merta.
Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakatmahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu
ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai
serta penghijrahan penduduk
Contohnya penghijrahan penduduk eropah ke benua amerika memerlukan inovasi dalam
pendidikan. Nilai pendidikan di eropah tidak lagi sesuai dengan neraca benua Amerika.
Tambahan pula rasa ego menyebabkan norma pendidikan itu perlu berubah.
Pertentangan dalaman yang melibatkan kepimpinan teknologi membentukrangkaian sosial yang baru dan keperluan yang terkini. Perselisihan terjadi antara
nilai pendidikan dengan hasil yang diharapkan. Ia melibatkan pertembungan
antara pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
5/21
Pendapat Harold Koontz dan Heinz Weihrich
Peningkatan penggunaan komputer khususnya komputer mikro menghendaki
guru dan pelajar mempelajari ilmu komputer. Rempuhan dan ledakan maklumattidak dapat dinafikan. Maklumat berada di hujung jari . Sesiapa yang
ketinggalkan menggunakan teknologi maklumat, dia akan ketinggalan jauh dibelakang. Negara atau individu yang menguasai teknologi maklumat akanmenguasai dunia.
Contohnya ialah Bill Gates yang menjadi jutawan nombor satu dunia lantaran syarikat
microsoft menguasai bidang perisian komputer. Ini diikuti dengan negara india yang
semakin menguasai bidang ini. Selain itu industri dan teknologi maklumat dapatmengurangkan kadar kemiskinan, pengangguran dan kelaparan di negara india.
Pendidikan berterusan sehingga ke alam dewasa. Penbelajaran sepanjang hidup
menjadi satu kemestian. Institusi pendidikan dan perusahaan harus mengakui
keperluan pendidikan bagi orang dewasa.
Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Kerja-kerja yang
menggunakan tenaga empat kerat semakin kurang kerana kerja-kerja telah diambil alih
oleh komputer dan robot. Persediaan untuk dibuang kerja memang ada apabila teknologi
semakin meningkat.
Nisbah pekerja yang berpengetahuan akan meningkat. Keperluan kepada pekerja
mahir akan berkurangan . Masa depan menghendaki lebih banyak latihan dalam
pengetahuan, konsep dan kemahiran merancang.
Pertukaran dari industri perkilangan kepada industri perkhidmatan menghendaki
latihan semula dalam persediaan untuk menghadapi jawatan baru. Pilihan terhadap peluang pendidikan akan bertambah. Contohnya ,banyak syarikat
telahpun menjalan program latihan mereka sendiri.
Mungkin akan terdapat kerjasama dan saling bergantung yang lebih besar antara
sektor awam dan sektor swasta.
Globalisasi akan berterusan . Pengurus dalam berbagai-bagai syarikat mestibelajar untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Syarikat perlu membuat latihan berpandukan perspektif global.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
6/21
Faktor Perubahan
Faktor teknologi
Bidang teknologi ini terlalu luas untuk diperkatakan. Semua aspek kehidupan melibatkan
teknologi. Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusiadikebumikan. Sejak dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan
dan tekonoligi pemakanan. kesihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi
dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan .
Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Olehitu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini lengkap dengan
penggunaan reka bentuk rumah 3d dan lanskap yang cantik.
Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan
pelbagai teknologi komunikasi yang lain. Bidang pengiklanan turut berubah. Media
pengiklanan tidak lagi bergantung kepada media cetak seperti surat khabar. Tetapi kinipengiklanan melibatkan mel terus, email, laman web, tele-marketing, smart-shop dan
katalog. Sasaran pengiklanan lebih luas kerana seluruh dunia dapat dipengaruhi.
Data menunjukkan penduduk negara dunia ketiga hampir 75 % penduduk dunia.Malangnya mereka hanya mempunyai 20-25 % daripada eksport import dan keluran
dunia.
Gaya hidup
Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya gidup. Masa kian berubah dan
manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah
corak pekerjaaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain.
Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan
gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak
penyakit baru yang munvul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik
swasta tumbuh bagai cendawan.
Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam
pendidikan.
Trend syarikat syarikat jualan lansung untuk produk wanita berubah kepada sistem
agihan. Pusat-pusat jualan kecil ditubuhkan di bandar-bandar bagim memenuhi keperluanwanita yang semakin canggih. ( jaafar , 2000)
7/29/2019 Pengenalan perubahan
7/21
Persaingan
Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan
individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi
dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan.
Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedahdan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan
dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong
organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.
Perubahan dasar politik
Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain.
Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedangmembangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara
menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu
dilakukan agar tidak ketinggalan.
Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu
perubahan dalam dasar bahasa amat perlu.
Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiranmempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-
negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahanpendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.
Perubahan dalam struktur ekonomi
Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan matawang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis
ekonomi.
Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan
berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh
rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negarakurang dirasakan.
Dasar-dasar ekonomi ideal seperti dasar ekonomi baru ternyata masih belum
membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahapmana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan.
Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar
ekonomi.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
8/21
Perubahan pasaran buruh
Pekerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya.
Negara maju seperti jepun amat menekankan faktor kemanusiaan ini. Pekerja adalah asetsebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian.
Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga
mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara
tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju.
Contohnya negara india yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universititidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan
dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai
dimanfaatkan dalam bidang ict.
Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudahlupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja jepun menjadi role
model negara lain. Keyakinan kepada pekerja akan mebolehkan pemindahan teknologi.
Faktor utama pemindahan teknologi kurang berkesan di malaysia adalah kerana faktorpekerja yang selalu berubah tempat kerja.
Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai
baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah
dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.
Cara untuk menguruskan perubahan
Kegagalan perubahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kesesuaian inovasi
pendidikan yang hendak diterapkan dan kecuaian semasa melaksanakan inovasi
pendidikan.
Perubahan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu : Perancang dan penggubal dasarpendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif.
Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan
menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklahdikeluarkan. Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi
dan mobiliti staf perlu digalakkan Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkanpencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai. Rancangan perubahanpendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat
membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
9/21
Teknik untuk memulakan perubahan
Kurt Lewin menjelaskan wujud keadaan keseimbangan apabila adanya desakan
perubahan di satu pihak dan kuasa yang menolak perubahan di pihak yang satu lagi.
Keseimbangan akan terpelihara dengan menggerakan kuasa dan menghalang kuasa
seperti rajah di bawah.
Proses Perubahan
Perubahan - perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau
perubahan dan pembekuan semula.
Peringkat pencairan
Peringkat ini adalah mencipta sebanyak mungkin motivasi untuk perubahan. Jika wujud
perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita mungkin merasakan keperluanterhadap perubahan.
Peringkat perubahan
Peringkat ini adalah peringkat perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan
penerimaan maklumat baru, semua pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus
atau melihat pada situasi dari sudut pandangan yang berlainan.
[Peringkat pembekuan semula
Peringkat ini akan menstabilkan perubahan itu . Sebelum ini berlaku pergolakan danpergolakan itu perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan banyak melibatkan kelakuanmanusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan kelakuan orang lain,
kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan. Oleh itu
pengukuhan kelakuan baru amatlah penting.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
10/21
Pertimbangan
Apakah pertimbangan untuk memulakan perubahan iaitu :
Mengenapasti tujuan atau tujuan-tujuan perubahan yang dicadangkan oleh orang
lain. Menjangkakan dan mengenalpasti masalah atau peluang yang mungkin
memerlujkan perubahan
Meninjau keputusan-keputusan lain keputusan untuk membuat perubahan utamamembawa kepada hasil dan hasil sampingan.
Perubahan pada peringkat sekolah harus mengambilkira :
Cara-cara baru menubuhkan saluran komunikasi dula hala di antara sekolah-
sekolah .
Menyedarkan lembaga sekolah yang mungkin menyedari keperluan melakukan
perubahan. . Penilaian yang bertambah untk menguji sama ada pengkaewdahan kurikulum
yang sedia wujud masih relevan atau tidak.
. Analisis peluang-peluang pekerjaan dan gol-gol para pelajar untuk menjamin
kandungan kurikulum masih sesuai dengan keperluan komuniti.
Perhatian baru terhadap kawasan kehadiran. Adakah pola perumahan dalamkomuniti menghasilkan masalah dan pengasingan.
Punca menolak perubahan
Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akanketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripadamelakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun
perubahan dari dalam.
Amaran perdana menteri malaysia, dr mahathir mohamad kejayaan atau kegagalanseseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh
keadaan yang menekan ( force) boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai negara
yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah. .
Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan
perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentinganpolitik dan agama.
Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong
penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan danlain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada
pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan
perubahan itu.,
7/29/2019 Pengenalan perubahan
11/21
. Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak
dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit
mengapa perubahan itu perlu.
Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan
kuasa.
Zon selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialahsuatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan
selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu
tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapatmeransang motivasinya untuk berubah. Sesetengah organisasi terpaksa menerima
perubahan.
Faktor kecemasan fizikal yang berkaitan ialah :
Seorang guru meninggal dunia memerlukan perubahan di sekolah.
Bangunan sekolah terbakar perubahan terpaksa dilakukan.
Satu kilang yang besar secara tiba-tiba menutup operasi perubahan pendidikanterpaksa dilakukan.
Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul
dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang. Sebarang perubahanmemerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang tetapi secara
relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan
ditentang dengan kuat.
Griffiths menyatakan :
Dorongan utama bagi perubahan adalah daripada luar. Kadar dan haluan perubahan berkadar secara lansung dengan kehebatan
ransangan luaran.
Perubahan hasil daripada penukaran ketua pegawai pentadbiran lebuih
berkemungkinan berlaku jika pegawai baru datang dari luar organisasi.
Jikalau ketegangan luaran terhadap organisasi meningkat berterusan , mula-mula
gerak balas organisasi itu lambat, kemudian secara berlebih-lebihan , dankemudian runtuh.
Bilangan pembaharuan yang diperkenalkan berkadar songsang dengan tempoh
perkhidmatan ketua pentadbir.
Lebih berhierarki sesebuah organisasi itu, bertambah kurang kemungkinan
perubahan.
Perubahan dalam organisasi cenderung berlaku dari atas ke bawah.
Lebih berfungsi saling tindakan di antara sistem-sistem kecil dalaman bertambah
kuranglah kemungkinan berlakunya perubahan.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
12/21
Perubahan pengurusan pendidikan
Dunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael fullan menjelaskan
bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi tekanan lansungkepada pengurusan sekolah. Goodland mendapati sekolah selalu menjadi sasaran
perubahan. Guru dilihat sebagai agen perubahan minda. Fakta ini sukar untuk dinafikan.
Institusi pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan
bukanlah katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperananmembawa manusia keluar daripada tempurung. Pengurusan institusi pendidikan mestilah
berganjak kepada perspektif baru supaya dapat berperanan secara signifikan dan berkesan
dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya.
Sekolah dengan persekitaran
Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi
pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektifpendidikan secara berterusan.
Faktor-faktor pesekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output
organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.
Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran dan agenda nisbah sains sastera merupakan perubahan pendidikan
yang perlu dilaksanakan segea.
Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi
masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskansuatu himpunan keadaan : perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah
sekolah juga perlu difikirkan.
Kepelbagaian kehendak
Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu
kepada sesuatu perkara. Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah danmenampakkan perbezaan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan
bangunan berasaskan design on site dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita
rasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebuh sayang kepada sekolah kerana ada
ciri ciri yang membezakannya. Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainanbola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua
ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam
sukan-sukan ini semakin meningkat.
Secara umum beberapa persoalan tentang perubahan harus dijawab , iaitu :
Apakah kehendak sebenar masyarakat ?
7/29/2019 Pengenalan perubahan
13/21
Apakah perubahan akan menambahkan masalah komunikasi
Adakah tanggungjawab serta autoriti diamanahkan dengan jelas.
Adakah pelbagai kehendak itu dapat diselaraskan.
Apakah kaitan kehendak kehendak dengan mutu pendidikan dan dengan
sokongan komuniti terhadap sekolah.
Apakah cadangan yang diberikan itu cara tunggal untuk menghadapi masalahyang sepatutnya di selesaikan.
Pentadbir seharusnya bertindak bijaksana sebagai agen jalan tengah iaitu :
Pentadbir sepatutnya bertindak untuk menyederhanakan
Menentang perubahan yang tidak perlu
Menentang perubahan yang kerap berlaku.
Tetapi kadangkala pentadbir menjadi penghalang perubahan yang perlu. Sebagai contoh
ramai pengetua tidak mengikuti perubahan dunia it. Mereka masih fobia dengan
komputer. Pengalaman pentadbir adalah harta yang bernilai. Tetapi ada perbezaan antaradua puluh tahun pengalaman dengan setahun pengalaman 20 kali.
Teknologi maklumat
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin penting.
Semakin banyak syarikat swasta dan isntitusi pendidikan menyediakan teknologibercorak pendidikan. Sistem pendidikan harus bersedia menghadapi era baru ini. Antara
kelebihan teknologi terbaru ialah ialah :
Cd rom.
Muatan cd rom lebih banyak . Cd rom akan menggantikan buku pada satu masa nanti. Cd
rom lebih judah dibawa , nipis dan murah. Semua komputer memiliki pemacu cd rom.Segala pelajaran, nota pelajaran , soalan dan kuiz-kuiz pendidikan tersedia dalam cd rom.
Teknologi cd writer pula menulis segala bahan ke dalam cd rom. Disket mungkin tidak
akan dipakai lagi. Oleh itu perubahan pendidikan harus mengambilkira perubahanteknologi dalam jangka masa 10 20 tahun akan datang.
Multimedia
Multimedia bermaksud pelbagai unsur dimasukkan dalam pesembahan. Antaranya ialahgambar, bunyi , animasi , kuiz dan pelbagai aktiviti lain.
Kamera digital dan perakam video digital
Penggunaan kamera digital dan perakam video digital akan dapat merakam seluruh bendadan peristiwa di dunia. Setiap perkataan tidak perlu lagi menggunakan deskripsi, cukup
7/29/2019 Pengenalan perubahan
14/21
sekadar memberikan gambar tentang sesuatu perkara.Harganya semakin murah dan
dipindah ke dalam komputer dengan lebih cepat tanpa memerlukan pengimbas ( scanner).
Animasi
Semua benda dan peristiwa dapat dianimasikan semula. Kita telah melihat filem animasisepeti jurassic park, toy story, planet of the ape , final fantasy dan lain-lain. Dinosaur
dapar dihidupkan semula. Pelayaran ferdinand magellan dapat dilakukan semula. Sudah
tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan hidup dan ceria.
Internet
Internet telah menjadikan negara tidak mempunyai sempadan. Setiap warga dunia dapat
betrkomunikasi setiap masa dan ketika tanpa bersemuka , lebih kerap, lebih mesra dan
lebih murah. Pengiklanan barangan menjadi semakin mudah , luas , meyakinkan ,
bertaraf dunia dan banyak pilihan. Pengguna lebih banyak pilihan dan mempunyai
maklumat yang cukup untuk membeli sesuatu barangan. Penjualan barangan danlelongan barang tidak perlu lagi memerlukan kedai runcit tertentu. Cukup sekadar gudang
menyimpan barang. Syarikat hanya perlu menerima pesanan daripada internet, dibayarmelalui kad kredit yang terjamin selamat dan dihantar melalui syarikat kurier.
Pemindahan surat dan maklumat lebih murah, cepat dan pantas serta mendapat jawapan
atau tindakbalas dalam masa beberapa saat sahaja.
Hompej
Setiap individu, organisasi malahan apa sahaja boleh memiliki hompej. Hompej
merupakan ensklopedia bertaraf dunia. Perkataan hompej tak dapat didefinasikan kerana
mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai sumber rujukan, sumber pendiidikan,kamus malahan sumber hiburan.
Email , chat dan icq
Sebarang maklumat bertulis , bersuara , grafik malahan apa sahaja dapat dipindahkan
melalui internet. Email adalah pemindahan surat elektronik secara global, tanpa sekatan
dan sempadan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak perlu lagi datang ke sekolah.Cukup memadai belajar secara jarak jauh dan berinteraksi dari jauh menggunakan
internet. Bahan dan contoh pengajaran akan lebih luas dan fakta yang digunakan lebihtepat, bernilai , serta merta dan diketahui daripada tempat sesuatu kejadiaan itu berlaku.
Hubungan antara pihak ibu bapa, pelajar, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan
negari malahan kementerian sendiri menjadi lebih mudah. Sebuah kerajaan tanpa kertas
dapat dilaksanakan.
Suara , muzik dan unsur interaktif
7/29/2019 Pengenalan perubahan
15/21
Komputer bukan suatu bahan yang menakutkan . Sebaliknya komputer adalah media
yang menyeronokkan. Melalui komputer , suara kita dapat dirakam , disimpan dan
dipindahkan kepada orang lain. Kira boleh mendengar radio dan menonton filem melaluikomputer dan internet.
Apa yang menarik ialah adanya unsur interaktif dan permainan. Kuiz dapat dilakukanmelalui perisian komputer. Markah akan diberi serta merta. Mereka akan mengetahui
tahap pencapaian mereka dalam sesuatu pelajaran.
Jika pelajar berasa bosan, mereka boleh memilih permainan bercorak pendidikan,
simulasi, permainan bercorak peperangan , penyelesaian masalah dan sebagainya.
Sekolah sebagai institusi sosial
Falsafah pendidikan negara berhasrat melahirkan generasi yang berwawasan dan menjadigenerasi yang diperlukan oleh masyarakatnya. Kementerian Pendidikan mempunyai garis
panduan yang melarang pihak luar campurtangan dalam pentadbiran di sekolah. Namunkita harus ingat sekolah sebenarnya sebuah institusi sosial :
Sekolah sebagai institusi masyarakat. Masyarakat di sekeliling sekolah bolehmemberikan sumbangan wang ringgit, moral , material dan lain-lain kepada
pembangunan sekolah.
Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin pelajar. Kiranya ada pelajar yangponteng dan menghisap rokok di luar kawasan sekolah, pihak luar tidak harus
berdiam diri. Sebaliknyanya berkerjasama dengan polis , menangkap dan
memulihkan pelajar berkenaan.
Masyarakat memerlukan tenaga sukarela dan pemimpin. Tanggungjawab
melahirkan semangat sukarela dan menyemai ciri-ciri kepimpinan adalah tugasutama pihak sekolah.
Masyarakat mahukan anak-anaknya berugama. Oleh itu masyarakat sekitar dapatmembantu sekolah dalam pendidikan islam dan pendidikan moral.
Kemahiran yang dimiliki oleh ahli masyarakat dapat dikongsi bersama dengan
pelajar. Contohnya ahli masyarakat yang bijak dalam permainan bowling, bolehmenjadi jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar sekolah pula boleh memberikan
motivasi kepda pelajar yang kurang minat kepada matematik. Kilang-kilang yang
ada dapat menyumbangkan bahan terpakai dan mesin-mesin lama untuk dibaikioleh pelajar sekolah teknik.
Pendidikan adalah tanggungjawab bersama
Keutuhan institusi pendidikan adalah tanggungjkawab bersama. Deretan pakar-pakar
pendidikan merumuskan falsafah pendidikan negara. Negara perlu dibangunkan bagi
menghadapi mengahdapi masa depan yang tidak menentu. Ramalan ramalan berasaskan
teori dan strategi yang berkesan bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi sebarangrintangan ( john naisbitt : 1990 )
7/29/2019 Pengenalan perubahan
16/21
Abad mendatang semakin banyak tekanan. Antara tekanan itu ialajh arahan-arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Ararahn-arahan ini perlu difahami oleh
setiap kakitangan. Dengan adanya arahanlah sesauatu perubahan dapat dilaksanakan.
Setiap pihak yang terlibat harus merasakan adanya rasa kepunyaan. Biasanya arahan
daripada pihak kementerian pendidikan kepada jabatan pendidikan negeri. Daripadanegeri dipindahkan pula arahan kepada pejabat pendidikan daerah dan seterusnya ke
sekolah-sekolah. Sekiranya tidak ada rasa tanggungjawab bersama, arahan-arahan taditidak akan berkesan dan terbantut di tengah jalan.
Dalam melaksanakan sesuatu inovasi di sekolah, pengetua menghadapi masalah guru-
guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengamalkan pelajaran baruContohnya literasi komputer. Oleh itu pengetaua akan menyuntik sedkit tekanan kepada
guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui perkembangan staf
dan menghantar berkursus.
Pendidikan adalah perlu untuk demokrasi
Pendidikan sebagai sebuah organisasi dianggap sebagai cara yang rasional untuk
menyelaras dan mengawal sekumpulan manusia melalui pembinaan dan pembangunankementerian, jabatan dan sekolah-sekolah ( jaafar muhamad, 1997 ).
Institusi pendidkan dilhat sebagai unit sosial yang dikenalpasti menjayakan dan
mematangkan demokrasi. Setiap warga negara diberi hak menerima pendidikan percuma
sehingga ke tingkatan lima. Sekiranya berjaya, bole melajutkan pelajaran ke peringksatuniversiti dan kolej.
Nilai-nilai demokrasi seperti kebebasan bersuara, sistem pilihanraya, sistem perwakilandapat disemai ketika di bangku sekolah lagi. Ini adalah kerana institusi pendidkanmerupakan satu kumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur
untuk mencapai matlamat tertentu dan manusia adalah unsur asasnya.
Menurut Michael Fullen ( 1998 ) sekolah adalah harapan terakhir untuk menyelamatkan
dan mencipta semula komuniti. Dalam proses demokrasi atau dalam mana-mana sistem,tekanan akan wujud daripada pihak pentadbiran, ibu bapa , majikan dan masyarakat
secara keseluruhan/
Dalam proses melaksanakan perubahan ini, mekanisme mekanisme biokrasi digunakan .
Sebagaimana kata sergiovanni tekanan pasti akan wujud apabila berhadapan dengankarenah biokrasi. Tetapi guru sebagai kerjaya profesional tetap redha dengan tekanan.
Walaupun tekanan itu mengganggu ketenangan jiwa, para guru terus berjuang untuk
menghasilkan output sebaik mungkin.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
17/21
Profesionalisme
Tekanan dalaman dan luaran boleh mengerakkan sesuatu perubahan yang positif.
Tekanan untuk mencapai tahap profesionalisme, matlamat `zero defect, sekolah
bestari, sekolah bertaraf dunia akan menggerakkan seseorang untuk mengejar kejayaan.
Tetapi jika tekanan yang berlebihan pula akan mengganggu kesihatan mental seseorang.
Matlamat pekerja unggul, matlamat iso 9000 dan lain-lain akan memotivasikan pekerja
untuk berjaya dan menjadi pekerja cemerlang. Michael fullen ( 1998 ) menyatakan
teknologi mestilah menembusi tembok sekolah .
Tekanan daripada persekitaran yang kompleks serta struktur sedia yang amat rencamamat meletihkan para pekerja, pelajar dan guru-guru. Guru dan pelajar terkejar-kerja
dengan jadual pembelajaran yang tidak pernah berhenti selagi mengikuti sistem
persekolahan. Bagi mengatasinya guru-guru mestlah bersikap profesional.
Tekanan untuk naik pangkat , tekanan untuk menjadi pelajar cemerlang menjadipendorong kepada setiap individu untuk bergerak pantas. Pekerja akan bekerja lebih masa
bagi mencapai kehendak atau tekanan organisasi.
Sikap profesionalisme juga dapat ditunjukkan dengan perubahan mengunakan teknologilama kepada teknologi baru. Tidak ramai oran gyang suka dengan perubahan begini.
Setiap individu berasa dirinya tidak berupaya untuk berubah kepada teknologi baru.
Ada peringkat awal sistem fail dan sistem manual lebih mudah diurus dan boleh
dipercayai. Mereka berasa susah dengan teknologi komputer. Tetapi dengan adanyatekanan, maka ia akan terpaksa mengggunakannya dan akhirnya akan menjadi satu
kebiasaan.
Tekanan yang hebat dirasai oleh pengetua sekolah. Morris et. Al. 9 1994 ) mendapati
pengetua menerima tekanan kerja daripada ketua-ketua dalam hirarki sistempersekolahan dalam bentuk arahan dan peraturan. Walaupun namapkak sesuatu
perubahan itu bermula dari atas, namun kejayaan sesuatu perubahan adalah bermula dari
bawah. Lapisan bawah lebih merasa tekanan kerana tekanan datang dari atas danpersekitarannya.
Penyediaan pelajar sebagai pekerja
Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam merekabewntuk, merancang danmelaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan kejayaan sesuatu
perubahan ( zaidatol akmaliah, 1990 ). Setiap perubahan yang dibuat oleh pihak atasan,
akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan hanya akan tercapai jika pihakbawahan sanggup melaksanakan perubahan.
Penggubalan kurikulum ke arah sektor pekerjaan akan dilakukan setiap 10 tahun sekali.
Namun begitu jangka masa 10 tahun terlalu jauh untuk sesuatu rancangan jangka
7/29/2019 Pengenalan perubahan
18/21
panjang. Kerap kali berlaku, kegagalan untuk merancang dan kegagalan itu adalah
kegagalan sepenuhnya.
Sukatan pelajaran dan pekeliling yang diberikan akan mempengaruhi tekanan seseorang.Dalam hal ini pengetua sekolah atau ketua jabatan harus bijak. Kadang-kala sesorang
pelajar itu tidak tahu apakah kerjaya akan diceburinya nanti . Sementara pelajar lain takutuntuk bercita-cita kerana takut gagal mencapai cita-cita.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakatdan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan
peluang yang bakal diceburi oleh pelajar.
Sepatutnya guru-guru diberi sedikit tekanan untuk meningkatkan pengetahuan tentang
kerjaya. Pengetahuan guru tentang kerjaya pelajar akan bertambah dengan mengadakanperkembangan staf atau menghadiri mana-mana seminar.
Tekanan daripada environment
Suasana kerja juga boleh menjadi tekanan perubahan. Michael fullan ( 1998) menyatakan
terdapat pertandingan pasaran pekerjaan , pilihan keluarga dan pengurusan individu yang
member tekanan kepada pihak sekolah.
Mata pelajar harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi. Kini sekolah tidaklagi dapat mengesan apa jenis kehidupan yang bakal dilalui oleh pelajar. Pekerjaan yang
bakal menanti juga sukar diramalkan.
Semua mempunyai tekanan untuk cemerlang. Kelayakan masuk ke ipta dan ipta menekan
setiap pelajar untuk lebih tekun belajar. Tekanan untuk mengggunakan teknologikomputer akan meningkatkan pencapaiannya dalam sesuatu bidang.
Menangani perubahan
Pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan perubahan.Maber dan mayon ( 1993 ) , melalui pembelajaran sesebuah organisasi akan lebih
bersedia dan mampu menghadapi perubahan. Arah pemikiran akan lebih matang dan
mampu membawa organisasi mencapai objektif yang telah dirancangkan.
Hellriegel , Jackson dan Slocum ( 1999 ) menyatakan , pembelajaran akan melibatkan
ahli organisasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya produktiviti bertambah, keuntunganmeningkat dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan semakin baik.
Kesilapan masa lalu dapat dijadikan teladan. Sekiranya jatuh pada kali pertama, kita akanberhati-hati untuk perjalanan kali kedua. Ini bermakan proses pembelajaran telah berlaku.
Ada juga organisasi yang telah gagal terus putus asa dan berundur daripada persaingan.
Hanya organisasi yang peka kepada perubahan dan menganggapnya sebagai satu
7/29/2019 Pengenalan perubahan
19/21
pembelajaran akan dapat membentuk strategi-strategi baru di masa hadapan. ( tucker,
1983 ).
Stonham (1994) menekankan faktor persekitaran dalam menangani perubahan.Perkembangan di luar institusi pendidikan akan menentukan nasib perubahan. Jadi
perancangan yang baik masih bergantung kepada faktor- faktor luar dan di luar jangkaan.Sumber manusia juga menjadi penentu kejayaan perubahan. Kemahiran tinggi beserta
intelektual yang tinggi menjadikan seseorang itu menerima perubahan yang ingindilakukan. Pembelajaran dakan perubahan akan mewujudkan sikap positif terhadap
perubahan.
De celles ( 1995 ) menyatakan, pembelajaran merupakan aspek terpenting di dalammenjayakan pengurusan perubahan. Masalah penyesuaian terhadap perubahan sering
berlaku kerana organinasi mengabaikan aspek perubahan.
Penutup
Secara asasnya sekolah ialah suatu institusi yang konservatif , tetsapi oleh kerananperubahan di dalam kedua-dua persekitaran dalaman dan luaran , pemimpin-pemimpin
pendidikan kadangkala mesti memulakan perubahan. Pada masa yang lain menentang
perubahan yang tidak perlu.
Seharusnya pentadbir sekolah adalah pemimpin perubahan dan bertindak sebagaipembuat keputusan. Perubahan secara evolusi, bukan revolusi akan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses ,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Aminuddin Mohd Yusof ( 1990 ) . Kepimpinan. Hulu Kelang : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Edmund Terence Gomez ( 1990 ), Pelaburan korporat UMNO, Forum Enterpise ,
Petaling Jaya.
Paul Findley, ( 1990 ) Mereka Berani Bicara, Penerbit Mizan, Bandung.
Goldenson , R.M. ( 1970 ) . The Ensyclopedia of Human Behaviour Vol.2 ,
Garden City, New York. Doubleday & Co. Inc.
Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997 ) , Pengurusan, Dewan Bahasa danPustaka , Kuala Lumpur.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
20/21
Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both.
A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies.
Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB KualaLumpur.
Jaafar Muhamad ( 1992 ), Asas Pengurusan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala
Lumpur.
John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Booksinternational.
Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang
abad ke 21. Bangi : UKM
Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala
Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.
Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Michael. Fullan, The New Meaning of Change.
M.Fullan and Andy Hargreavers ( 1998 ), Whats Worth Fighting For Out There
Philip K, Liam .F dan S. Jatusripitak ( 1986 ) Kompetisi Baru , Penerbit Pt.Gramedia, Jakarta.
Rahim Abdullah( 1998) , Asas Pengurusan. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Renato Constantino (1989 ), Pilihan Nasionalis. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Roald F.C ,John e. Corbally dan Raphael O.N (1997 ) , Pengenalan Pentadbiran
Pendidikan, Penerbit Universiti Putra Malaysia : Serdang.
Robert Ornsteion and Paul Ehrlich ( 1989 ) New World New Mind, Simon &
Schuster Inc.
Sayles, L.R . and Strauss, (1974). Human Behaviour in Organizations, EnglewoosCliff , New Jersey. PrencticeHall.
7/29/2019 Pengenalan perubahan
21/21
Sindhunata , ( 1993 ), Dilema Usaha Manusia Rasional : Kritik Masyarakat
moden oleh Max Horkheimer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tay Swee Noi dan Peter J. Smith ( 1990 ). Managing Stress A Guide To AsianLiving , Federal Publication ( S) Pte. Ltd, Singapura.
Wan Azmi Ramli ( 1991) , Pengurusan Masa kini, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.Shah Alam Selangor
Zurina Hassan ( 1994) . Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd.
Top Related