PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ?
JUDUL: SIKAP DAN MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KERJA AMALI SAINS KBSM
S ESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya NORHAYATI BINTI SALIKEN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 4 KAMPUNG TENGAH, NAM HENG, , PROF. MADYA HJ AZIZ BIN NORDIN 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Nama Penyelia Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL 2006
?
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :…………………………………….
Nama P enyelia : PROF. MADYA HAJI AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 25 APRIL 2006
SIKAP DAN MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KERJA
AMALI SAINS KBSM
NORHAYATI BINTI SALIKEN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tanda tangan :
Nama Penulis : NORHAYATI BINTI SALIKEN
Tarikh : 25 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Jutaan penghargaan ku kalungkan istimewa buat
Yang tersayang ayahanda Saliken bin Suratman
Serta bonda tercinta Patimah binti Mahmood
Jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat.
Terima kasih ku semat di hati buat
Kekanda yang dihormati, Mohd Rasyid, Maznah, Nazariah,
Mohd Zaini, Zailani, Ramlan, Zam-Zam Sarimah dan Faizal
Tidak lupa adinda yang diingati Mohd Rizal
Kelak kejayaan yang dicita
Kan ku tuai….
Setulus ingatan buat sahabat-sahabat yang disanjungi
Terutamanya
Fazilah, Noraini, Noor Haslina, Normazuraini dan Syahda Zahrah
Kenangan manis bersama kalian takkan ku lupakan selamanya
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua
Buat Mohd Ashzaharil Ihkram
Doronganmu membakar semangatku…..
Syukran Jazilan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihan.
Alhamdulillah dengan izin dan hidayah Allah S.W.T, juga kekuatan yang diberikan
dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) mengikut jadualnya.
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Prof. Madya Haji Aziz bin Nordin selaku penyelia projek,
yang telah banyak memberi bimbingan, teguran dan nasihat yang tidak pernah kenal
erti jemu sepanjang proses menyiapkan projek ini.
Juga penghargaan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru serta
pihak yang terlibat yang telah sudi memberi kerjasama yang amat
memberangsangkan.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu-bapa saya yang telah memberikan
sokongan samaada dari segi moral dan material serta semangat kepada saya. Terima
Kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat dalam
penghasilan kertas projek ini.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya dan semoga Allah memberkati
jasa kalian.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap dan minat pelajar tingkatan
empat di daerah Kota Tinggi, Johor terhadap kerja amali Sains KBSM di samping
mengetahui sama ada terdapat perbezaan signifikan antara sikap dan minat terhadap
amali Sains KBSM antara pelajar lelaki dan perempuan. Kaedah deskriptif
menggunakan set soalan soal selidik yang telah diubahsuai dari instrumen Hoftein
(1976) telah dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini. Didapati
bahawa instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai
Conbach’s Alpha bagi item sikap mencatat 0.72 manakala bagi item minat mencatat
0.85. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran
Sains KBSM telah dipilih melalui kaedah rawak strata dari empat buah sekolah
menengah daerah Kota Tinggi, Johor untuk dijadikan sebagai sampel kajian ini.
Data-data yang diperoleh dianalisis dengan mengguna kan perisian SPSS untuk
mendapatkan min dan peratusan bagi setiap persoalan kajian. Ujian-t untuk respon
adalah dianalisis pada tahap a=0.05. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar yang dikaji mempunyai sikap dan minat yang tinggi terhadap
amali Sains KBSM.
vi
ABSTRACT
The study was looking into investigate the attitude and interest of form four
students toward laboratory work in science for Secondary School Integrated Science
Curriculum (KBSM). It was also carried out to determine if there is any significant
difference in attitude and interest between boy and girls. The survey instrument
based on Hoftein’s inventory (1976) was used in this study. It was determined that
the instrument was fairly reliable, with Conbach’s Apha Coefficent of 0.72 for
attitude scale and 0.85 for interest scale. Hundred and twenty respondents were
selected using the stratified random sampling form four secondary school in Kota
Tinggi, Johor. Data collected was analysed by using the Statistical Package For
Social Science (SPSS). The t-test showed that there was a significant difference in
attitude toward laboratory Science KBSM between boy and girls. The finding also
showed that students who had been selected are interested in laboratory science and
they are also had positive attitude towards the laboratory work.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Skop dan Batasan Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Definisi dan Istilah 10
viii
1.9 Rumusan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Sikap 14
2.3 Minat 15
2.4 Amali 16
2.5 Perkembangan Kerja Amali Sains di Malaysia 18
2.6 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Amali Sains 20
2.6.1 Kognitif 21
2.6.1.1 Merangsang Perkembangan Intelektual 21
2.6.1.2 Kefahaman Tentang Prinsip 21
2.6.1.3 Menguasai Kemahiran Menyelesaikan 22
Masalah
2.6.2 Afektif 22
2.6.2.1 Mengukuhkan Sikap Positif Terhadap 22
Sains
2.6.2.2 Menggalakkan Penerapan Nilai Murni 22
2.6.3 Psikomotor 23
2.6.3.1 Penguasaan Kemahiran Saintifik 23
2.7 Tujuan Kerja Amali 24
2.8 Jenis-jenis Amali Sains 24
2.8.1 Amali Inkuiri 25
2.8.2 Amali Pemerhatian 25
2.8.3 Amali Kemahiran 25
2.8.4 Amali Penyiasatan 26
2.9 Kajian-kajian Lepas 26
2.10 Rumusan 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 29
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Populasi dan Sampel 30
ix
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A 31
3.4.2 Bahagian B 31
3.5 Prosedur Mengumpul Data 33
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Analisis Data 35
3.8 Rumusan 35
BAB 4 PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 37
4.2.1 Tingkatan dan Sekolah Responden 37
4.3 Penganalisisan Data Menurut Persoalan Kajian 39
(Bahagian B)
4.3.1 Analisis Frekuensi dan Peratus Bagi 39
Sub-Skala Sikap
4.3.2 Min dan Sisihan Piawai Bagi Sikap 44
4.3.3 Analisis Frekuensi dan Peratusan Bagi 46
Sub-Skala Minat
4.3.4 Min dan Sisihan Piawai Bagi Minat 51
4.3.5 Perbezaan Sikap dan Minat Terhadap 52
Kerja Amali Sains KBSM Antara Pelajar
Lelaki dan Perempuan
4.3.6 Perbandingan Antara Pelajar Yang 54
Berpencapaian Tinggi Dengan Rendah
Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.3.7 Min dan Sisihan Piawai Bagi Aspek Sikap 70
dan Minat Pelajar Berpencapaian Tinggi dan
Rendah Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.3.8 Rumusan 71
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Ringkasan Kajian dan Perbincangan 72
5.3 Rumusan dan K esimpulan 73
5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Amali Sains KBSM 74
5.3.2 Minat Pelajar Terhadap Amali Sains KBSM 76
5.3.3 Perbezaan Sikap Pelajar Berlainan Jantina 77
Terhadap Amali Sains KBSM
5.3.4 Perbezaan Minat Pelajar Berlainan Jantina 78
Terha dap Amali Sains KBSM
5.3.5 Perbandingan Pencapaian Antara Pelajar 78
Berpencapaian Tinggi dan Pelajar Berpencapaian
Rendah Terhadap Sikap dan Minat Kepada
Kerja Amali Sains KBSM
5.4 Implikasi Kajian 79
5.4.1 Implikasi Kepada Para Pelajar 79
5.4.2 Implikasi Kepada Pihak Guru 80
5.4.3 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Penutup 82
RUJUKAN 83
LAMPIRAN A-C 87-97
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Likert 32
3.2 Taburan Item Sikap dan Minat Yang Positif dan 32
Negatif Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
3.3 Menunjukkan Taburan Item Yang Mengukur 33
Sikap dan Minat Dalam Soalan Soal selidik
4.1 Taburan Kekerapa n Responden Mengikut Bangsa 37
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 38
Fahaman
4.3 Taburan Kekerapan Bagi Aliran 38
4.4 Keputusan Terkini Bagi Mata Pelajaran 38
Sains KBSM
4.5 Tanggapan Pelajar Terhadap Kerja Amali 40
Sains KBSM
4.6 Tahap Keyakinan Diri Pelajar Semasa 41
Menjalankan Kerja Amali Sains KBSM
4.7 Taburan Kekerapan Bagi Amalan Nilai Murni 42
4.8 Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Sub-Skala 45
Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.9 Min dan sisihan Piawai Bagi Sikap Pelajar 45
Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.10 Taburan Keutamaan dan Kesukaan Terhadap 45
Kerja Amali Sains KBSM
4.11 Taburan Keseronokan Yang Diperoleh Melalui 49
Kerja Amali Sains KBSM
xii
4.12 Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Sub-Skala 52
Minat Terhadap Amali Sains KBSM
4.13 Min dan Sisihan Piawai Bagi Minat pelajar 52
Terhadap Amali Sains KBSM
4.14 Analisis Ujian-t Bagi S ub-Skala Sikap pelajar Lelaki 53
dan Perempuan Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.15 Analisis Ujian-t Bagi S ub-Skala Minat pelajar Lelaki 54
dan Perempuan Terhadap Kerja Amali Sains KBSM
4.16 Perbandingan Tanggapan Pelajar Terhadap 55
Kerja Amali Sains KBSM Antara Pelajar
Berpencapaian Tinggi dan Rendah
4.17 Perbandingan Antara Pelajar Berpencapaian Tinggi 58
dan Rendah Terhadap Tahap Keyakinan Diri
Pelajar Menjalankan Kerja Amali Sains KBSM
4.18 Perbandingan Antara Pelajar Berpencapaian Tinggi 60
dan Rendah Terhadap Nilai Murni
4.19 Perbandingan Antara Pelajar Berpencapaian Tinggi 62
dan Rendah Terhadap Keutamaan dan kesukaran
Terhadap Amali Sains KBSM
4.20 Perbandingan Antara Responden Berpencapaian 66
Tinggi dan Rendah Terhadap Keseronokan Yang
Diperoleh Melalui Kerja Amali Sains KBSM
4.21 Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Sikap Pelajar 70
Berpencapaian Tinggi Dengan Rendah T erhadap
Kerja Amali Sains KBSM
4.22 Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Sikap Pelajar 70
Berpencapaian Tinggi dan Rendah Terhadap
Kerja Amali Sains KBSM
xiii
SENARAI SINGKATAN
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
SPM Sijil Persekolahan Malaysia
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
EPRD Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan
SPSS Statistical Package For The Social Science
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian 87
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pendidikan
B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 89
Universiti Teknologi Malaysia
C Soalan Soal Selidik 90
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kini Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun dalam
perancangan menuju era Wawasan 2020. Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang disegani dan mampu berjalan sebaris dengan negara-negara maju yang
lain, negara memerlukan warga yang berketerampilan dan berkemahiran dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Menyedari betapa
pentingnya bidang ini, penekanan yang bersungguh-sungguh perlu diberikan oleh
Malaysia terhadap bidang ini. Salah satu media interaktif yang amat berkesan untuk
merealisasikan hasrat negara ini adalah melalui saluran pendidikan.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
menegaskan perkara berikut
‘kita mungkin telah bosan dengan mendengar berkenaan dengan sains dan
teknologi tetapi percayalah negara kita tidak akan dapat dibangunkan dan maruah
bangsa kita bahkan agama kita tidak akan dapat ditebus selagi kita tidak dapat
menguasai ilmu sains dan kecekapan teknologi sains’ (Utusan Malaysia, 17 Jun
1997).
Dengan ini jelaslah bahawa mata pelajaran sains dan teknologi amat penting dalam
pembangunan sesebuah negara.
Oleh yang demikian, kerajaan telah mensasarkan 60% pelajar mengikuti
aliran sains, sementara hanya 40% pelajar mengikuti aliran bukan sains selaras
2
dengan perubahan pandangan kerajaan terhadap bidang sains, Kurikulum Pendidikan
Sains sentiasa dikaji dan diubahsuai agar dapat memenuhi keperluan pembangunan
negara. Justeru itu, pendidikan sains telah menerima beberapa reformasi dari awal
tahun 60-an hingga sekarang.
Pada tahun 60-an dan 70-an bidang sains telah dipecahkan kepada dua cabang
utama iaitu sains tulen yang meliputi program biologi moden, fizik moden dan kimia
moden serta rampaian sains yang merupakan rangkum an bidang-bidang sains tulen
secara umum. Angin perubahan terus bertiub hingga sekitar tahun 80-an yang
membawa rombakan kepada seluruh sistem pendidikan sekolah. Dengan itu lahirlah
pendidikan sains itu sendiri.Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi
mata pelajaran sains telah diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Mene ngah dalam tingkatan satu pada tahun
1989 memberi tumpuan pada aktiviti sains dalam makmal kerana dipercayai
pengalaman ini memudahkan pemerolehan dan pengukuhan pengetahuan sains
(Chiam,1982). Oleh itu kejayaan dalam pembangunan Sains KBSM bergantung
kepada kejayaan aktiviti sains dalam makmal. Kejayaan dalam aktiviti sains
bergantung sebahagiannya kepada sikap pelajar terhadap aktiviti sains dalam
makmal.
Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains tidak dapat
dipisahkan dengan penggunaan makmal. Aktiviti sains dalam makmal merangkumi
aktiviti seperti merekabentuk eksperimen, melakukan eksperimen, membuat
penilaian, menganalisis data dan membuat kesimpulan. Selain menyeronokkan,
aktiviti sains dalam makmal dapat memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu
yang mampu memperkukuhkan lagi sesuatu kefahaman konsep sains pelajar.
Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bertujuan
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan
daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah harian untuk membentuk warganegara yang
bertanggungjawab (KPM,1988). Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam
Sains Tulen KBSM meliputi kemahiran proses di mana melibatkan pemikiran secara
3
sistematik, objektif, kreatif, kritis, analitis dan rasional. Kemahiran manipulatif pula
adalah berkaitan dengan penggunaan cara yang betul dan selamat dalam
mengendalikan peralatan dan alat radas di makmal.
Secara umumnya, sains merangkumi bidang pengetahuan yang berkaitan
dengan alam kehidupan yang dikaji secara bersistem. Skop sains yang begitu luas
merangkumi cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen
untuk membuat rumusan idea, penerangan serta pemahaman terhadap fenomena
alam semulajadi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembelajaran sains di makmal menekankan pembelajaran dari segi fizikal
dan mental. Pada peringkat awal, sains hanya diajar melalui pendekatan satu hala
dengan melibatkan domain kognitif. Segala maklumat atau fakta adalah daripada
guru yang boleh diumpamakan ibarat teko dengan cawan, teko menuang air dan
cawan menerimanya. Tugas utama pelajar di dalam bilik darjah hanya menerima apa
yang telah diajar oleh guru. Pelajar-pelajar tidak diberi peluang untuk melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Patricia (1996) ke atas pendidikan sains pelajar berhubung de ngan
kekerapan kelas amali yang dijalankan telah mendapati keputusan bahawa pelajar
yang sering didedahkan kepada kerja amali dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains dapat mencapai keputusan sains yang lebih tinggi berbanding
dengan pelajar yang jarang didedahkan kepada aktiviti ini. Ausubel (1968), ahli
falsafah pendidikan juga pernah mengutarakan pendapat yang berbunyi “makmal
dapat memberikan para pelajar penghayatan semangat dan kaedah sains,
meninggikan kebolehan menyelesaikan masalah, analitik dan generalisasi serta
memberi beberapa kefahaman tentang sifat sains kepada para pelajar”. Fenomena ini
telah menunjukkan betapa pentingnya kerja amali dalam proses pembelajaran teori
sains.
4
Amali sains merupakan suatu proses merancang dan mereka bentuk sesuatu
penyelidikan iaitu pelajar meramal keputusan, membentuk hipotesis serta mereka
bentuk prosedur-prosedur yang sesuai disamping membuat penganalisaan,
penggunaan dan penjelasan terhadap sesuatu teori sains. Dalam hal ini para pelajar
perlu memproses data, membincangkan keputusan, mencari hubungkait dan
membentuk soalan-soalan berkaitan serta menimbulkan masalah-masalah baru
(Kempa dan Ward, 1975).
Amali sains di sekolah telah berkembang dengan pesat sejak 150 tahun yang
lalu. Menurut Gee dan Clackson (1992), kerja amali pertama sekali bermula di
England dengan tertubuhnya Jabatan Sains dan Sastera pada tahun 1854.
Sehubungan itu, makmal sains telah disediakan dan dilengkapkan dengan pelbagai
peralatan. Namun demikian, penekanan amali sains hanya diberikan kepada
demonstrasi guru untuk menghuraikan konsep sains atau untuk mengesahkan sesuatu
teori.
Di Malaysia, keadaan awal pendedahan sains adalah lebih kurang sama
dengan England di mana mata pelajaran sains hanya diajar dengan memberi tumpuan
kepada aspek kognitif sahaja tanpa mengambil kira perkembangan afektif, kemahiran
berfikir serta kemahiran saintifik pelajar. Kerja amali yang dilakukan adalah semata-
mata untuk menguji kebenaran teori yang dipelajari, memperoleh konsep dan prinsip
sains serta mengembangkan kemahiran manipulatif para pelajar (Soo-Boo Tan,
1991).
Oleh itu, muncul konsep pendidikan konstruktivisme yang berjaya meraih
perhatian penyelidik pendidikan sains. Pembelajaran sebenarnya adalah satu proses
yang aktif membina (construct) atau menyusun satu kerangka konsep. Asas falsafah
bagi konstruktivisme ialah pengetahuan dibina melalui interaksi manusia dengan
alam semulajadi dan dengan ahli masyarakat. Semua pengetahuan tidak semestinya
benar dan justeru itu pada hakikatnya kita tidak pasti berapa dekat pengetahuan yang
kita perolehi dengan kebenaran (Tuhan jua yang maha mengetahui). Namun
demikian amali sains merupakan satu usaha untuk mencari atau membuktikan
kebenaran terhadap makhluk dan alam semulajadi.
5
Justeru itu atas tujuan untuk mencari kebenaran konsep ini, mata pelajaran
sains telah mewajibkan semua pelajar menjalani latihan amali yang dijalankan di
makmal. Mulai tahun 1999 pelajar-pelajar yang mengikuti program sains tulen iaitu
bagi mata pelajaran kimia, fizik dan biologi mestilah membuat kerja amali iaitu
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) yang akan dinilai oleh guru. Hasil pentaksiran ini
menyumbang kepada sebahagian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
menggantikan peperiksaan amali yang sebelum ini telah dijalankan. Sementara
pelajar yang mengambil mata pelajaran sains teras aktiviti kerja amalinya tidak akan
dinilai untuk tujuan PEKA.
Selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), amali sains telah diberi tempat penting dalam pendidikan sains. Pada masa
ini, pembelajaran sains adalah berasaskan kaedah inkuiri terpimpin di mana amali
sains memberi peluang kepada pelajar mempelajari sains melalui pengalaman.
Peranan guru adalah sebagai fasilitator dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang
melibatkan pelajar melakukan penyiasatan. Peperiksaan amali bagi mata pelajaran
sains tulen (kimia, fizik dan biologi) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan
kepada calon (Abu Hassan, 1999).
Bermula pada tahun 2001, KBSM bagi mata pe lajaran sains tingkatan empat
telah disemak semula menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Semak
Semula. Sama dengan KBSM sains tingkatan empat yang lama, setiap sub tajuk
dalam kurikulum disertai dengan satu atau lebih aktiviti amali.
Secara keseluruhannya, terdapat 37 aktiviti amali dan lapan bab yang perlu
dilakukan oleh pelajar. Dalam KBSM Sains Semak Semula ini aktiviti-aktiviti
adalah berbentuk kemahiran, inkuiri, ilustratif dan penyiasatan (Chong Kum Ying et
al., 2002). Para pelajar adalah digalakkan untuk melakukan kerja amali ini supaya
pendedahan mereka tentang penyelesaian masalah di dalam makmal dapat memberi
pemahaman yang lebih jelas tentang teori yang diajar di dalam bilik darjah. Soalan-
soalan yang berkaitan dengan kerja amali juga akan ditanya dalam kertas mata
pelajaran sains dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Para pelajar adalah diwajibkan
menjawab satu soalan esei yang berbentuk amali dalam Sijil Pelajaran Terbuka
Malaysia.
6
Apabila pelajar-pelajar yang mempelajari Sains KBSM mendapati kerja-kerja
amali yang mereka lakukan tidak akan dinilai pada peringkat SPM melalui PEKA
berbanding dengan rakan-rakan mereka yang mengambil mata pelajaran sains tulen
didapati mereka menunjukkan kerja amali sains di makmal secara kurang
bersungguh-sungguh. Jadi dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji berminat
untuk meninjau kajian yang tertumpu kepada minat dan sikap pelajar tingkatan
empat terhadap kerja amali sains KBSM di samping mengenal pasti sama ada
terdapat perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dan perempuan dalam
menjalankan kerja amali di makmal sekolah. Selain itu, kajian juga mengkaji pola
pencapaian bagi pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapaian
rendah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan antara dua kumpulan ini dari segi
sikap dan minat terhadap kerja amali Sains KBSM.
1.3 Penyataan Masalah
Aktiviti kimia dalam makmal amat penting kepada pembelajaran sains kerana
memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan
kefahaman konsep sains. Sejak tahun 1960 lagi ramai pembangun kurikulum
meletakkan kerja amali sebagai intisari dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sains (Shulman dan Tamir,1973 dan De Boer 1991). Fenomena ini telah
membuktikan bahawa kerja amali memainkan peranan penting dalam pembangunan
sains. Kebanyakan pembelajaran sains di sekolah adalah ditempatkan di dalam
makmal dan banyak melibatkan aktiviti yang memerlukan pelajar melakukan
eksperimen atau melihat demonstrasi guru dan kemudiannya mencatatkan
pemerhatian (Millar 1978).
Keberkesanan objektif amali adalah bergantung kepada sikap pelajar terhadap
kerja amali. Dalam hal ini sikap positif pelajar terhadap kerja amali perlu dikekalkan
manakala sikap negatif perlu dikikis. Pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap
kerja amali sains akan lebih berminat dan lebih aktif dalam usaha menyelesaikan
kerja amali manakala keadaan adalah sebaliknya bagi pelajar yang mempunyai sikap
negatif terhadap amali (Hofstein et al., 1976)
7
Memandangkan fenomena in i adalah tidak asing di kalangan pelajar kini,
minat dan sikap pelajar terhadap kerja amali adalah amat dititikberatkan kerana
segala proses pengajaran dan pembelajaran sains tidak akan sempurna jika pelajar
tidak berminat terhadap kerja amali. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengetahui tahap sikap dan minat pelajar terhadap amali sains yang dilakukan di
sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Merujuk kepada masalah yang telah dijelaskan tadi beberapa objektif kajian
telah ditetapkan untuk meninjau sikap dan minat pelajar terhadap amali sains.
Berikut merupakan okbektif -objektif kajian yang telah ditentukan.
I. Mengenal pasti sikap pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata
pelajaran Sains KBSM terhadap kerja amali
II. Mengenal pasti minat pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata
pelajaran Sains KBSM terhadap kerja amali.
III. Menenal pasti perbezaan sikap terhadap amali Sains KBSM antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
IV. Mengenal pasti perbezaan minat terhadap amali Sains KBSM antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
V. Mengenal pasti sikap dan minat pelajar berpencapaian tinggi dan
rendah terhadap kerja amali Sains KBSM
8
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menumpu kepada persoalan asasnya iaitu menentukan minat
dan sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah
menengah. Kajian ini akan terus menjawab persoalan-persoalan seperti berikut:
I. Adakah pelajar tingkatan 4 mempunyai sikap positif terhadap kerja
amali Sains KBSM?
II. Adakah pelajar tingkatan 4 mempunyai sikap positif terhadap kerja
amali Sains KBSM?
III. Adakah terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki
dan perempuan terhadap amali Sains KBSM?
IV. Adakah terdapat perbezaan minat yang signifikan antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan terhadap amali Sains KBSM?
V. Adakah pelajar berpencapaian tinggi dan rendah mempunyai sikap dan
minat positif terhadap kerja amali Sains KBSM.