PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ?
JUDUL: PENYELESAIAN MASALAH DALAM KONSEP MOL BAGI
MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4
S ESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya NORAINI BINTI MAMAT @ ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia d ibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 840, JLN TKP 15, TAMAN KANTAN PERMAI, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43000 KAJANG, SELANGOR. Nama Penyelia Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL 2006
?
i
PENYELESAIAN MASALAH DALAM KONSEP MOL BAGI
MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4
NORAINI BINTI MAMAT @ ALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : NORAINI BT. MAMAT @ ALI
Tarikh : 25 APRIL 2006
iii
“Saya / kami* akui bahawa saya / kami* telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya / kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA HJ. AZIZ B. NORDIN
Tarikh : 25 APRIL 2006
* Potong yang tidak berkenaan
iv
DEDIKASI
Buat Ayahanda Mamat @ Ali Bin Salleh,
Engkaulah sumber inspirasiku.
Buat Bonda Samsidah Binti Mohd. Zin,
Nasihatmu membakar semangatku.
Buat Kekanda Radin Norisham & Norsuzzyanie, Radin Norashid & Azlina,
Kalian amat bermakna buatku.
Buat Adinda Radin Norazizi, Norhayati & Radin Norazrin,
Gelak tawamu penawar pilu.
Buat Anak -anak buahku Syafiqah Athirah & Faris Firdaus,
Keletahmu menambat hatiku.
Buat Rahifizullah Ibrahim,
Kekuatanmu kekuatanku jua.
Buat Sahabat-sahabat Setiaku,
Budimu kukenang hingga akhir nanti.
Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat,
milik kita bersama, Amin.
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan kurnia dan izinnya maka dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini
dengan sempurna. Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada pembimbing saya, Prof. Madya Hj. Aziz Bin Nordin di atas segala
tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan kepada saya semasa menjalankan
kajian ini.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
terlibat dalam menjadi responden kepada kajian ini. Kerjasama yang diberikan
amatlah berharga dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan paling istimewa saya
tujukan kepada ma, abah, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik di atas doa,
sokongan, perangsang dan bantuan yang diberikan. Budi kalian tersemat di hati.
Tidak ketinggalan ucapan sekalung penghargaan buat teman-teman
seperjuangan yang banyak memotivasikan diri ini serta memberi sokongan dan
dorongan dalam usaha menyiapkan kajian ini. Pengalaman dan kenangan bersama
kalian tidak akan ku lupakan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua
individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini.
Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman
pelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian adalah
terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah
di daerah Kota Tinggi Johor. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah
merupakan satu set Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK). Data-data yang
diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan program ‘Statistical Package
for the Social Sciences’ (SPSS for Windows) versi 11.0 dan data telah diterjemahkan
dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
keupayaan penyelesaian masalah Kimia di kalangan pelajar adalah cemerlang.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang menghadapi kesukaran dalam
memahami konsep mol. Sehubungan dengan itu, diharapkan kajian ini dapat
membantu pelajar, guru-guru, pihak sekolah dan perancang kurikulum dalam usaha
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Kimia di bilik darjah.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of understanding of mole
concepts among form four students. This study also tried to determine the Chemistry
problem solving ability level. The respondents are 120 students in form four from
four schools in Kota Tinggi Johor. A set of Chemistry Problem Solving Test
(UPMK) were distributed to the respondents. The data obtained were processed and
analyzed using ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS for Windows)
version 11.0 and the findings are presented by frequency and percentage. Generally,
the findings show that the Chemistry problem solving ability level among the
students was high and excellent respectively. However, some of the students had
difficulties in understanding the mole concepts. Therefore, it is hoped that the study
will give benefit to students, teachers, school management and curriculum planners
in giving effort to improve the quality of teaching and learning Chemistry in
classroom.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Konsep 7
1.9.2 Kefahaman Konsep 8
1.9.3 Konsep Mol 8
ix
1.9.4 Kimia KBSM 8
1.9.5 Masalah 9
1.9.6 Menyelesaikan Masalah 9
1.9.7 Pendekatan Penyelesaian
Masalah TIRUR 9
1.9.8 Penyelesaian Masalah 10
1.9.9 Tahap Keupayaan 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Penyelesaian Masalah
2.2.1 Pengenalan Penyelesaian Masalah 11
2.2.2 Penyelesaian Masalah Dalam Kimia 12
2.3 Model Penyelesaian Masalah
2.3.1 Pengenalan 14
2.3.2 Pendekatan TIRUR 14
2.3.3 Panduan Pemarkahan Analitik 17
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 20
3.4 Sampel Kajian 20
3.5 Instrumen Kajian 20
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 21
3.7 Pentadbiran Instrumen 21
3.8 Kajian Rintis 21
3.9 Analisis Data 22
3.9.1 Analisis Keupayaan Penyelesaian
Masalah Kimia 22
x
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 24
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 24
4.2.1 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 25
4.2.2 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 25
4.2.3 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Agama 26
4.2.4 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Sekolah 26
4.2.5 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Gred Mata Pelajaran
Sains Semasa PMR 27
4.2.6 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Gred Mata Pelajaran
Matematik Semasa PMR 28
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 28
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama: Sejauh
manakah tahap kefahaman pelajar
dalam topik konsep mol dalam
mata pelajaran Kimia? 29
4.3.1.1 Item 1: Masalah perhitungan
yang melibatkan penukaran
daripada bilangan mol
kepada bilangan zarah
dan sebaliknya. 29
4.3.1.2 Item 2: Masalah perhitungan
daripada bilangan mol kepada
jisim dan sebaliknya. 30
4.3.1.3 Item 3: Masalah perhitungan
daripada jisim kepada bilangan
zarah dan sebaliknya. 30
xi
4.3.1.4 Item 4: Penyelesaian masalah
perhitungan yang melibatkan
bilangan zarah, bilangan mol,
jisim dan isipadu gas pada s.t.p.
dan pada keadaan bilik. 31
4.3.1.5 Item 5: Penentuan formula
empirik. 31
4.3.1.6 Item 6: Perhitungan berkaitan
dengan stoikiometri
persamaan kimia. 32
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua: Apakah tahap
keupayaan menyelesaikan masalah
konsep mol di kalangan pelajar-pelajar
tingkatan 4? 33
4.3.2.1 Taburan peratusan responden
yang mempunyai tahap keupayaan
penyelesaian masalah yang
berpencapaian tinggi. 33
4.3.2.2 Taburan peratusan responden
yang mempunyai tahap keupayaan
penyelesaian masalah yang
berpencapaian rendah. 36
4.4 Rumusan 39
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 41
5.2 Perbincangan Kajian 41
5.2.1 Persoalan Kajian Pertama: Sejauh
manakah tahap kefahaman pelajar
dalam topik konsep mol dalam
mata pelajaran Kimia? 42
xii
5.2.2 Persoala n Kajian Kedua: Apakah
tahap keupayaan menyelesaikan
masalah konsep mol di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan 4? 44
5.3 Rumusan Kajian 45
5.4 Implikasi dan Cadangan Kajian 46
5.5 Kekangan / Kelemahan Yang Dihadapi 47
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 47
5.7 Penutup 48
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 52
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Pendekatan TIRUR dan penjelasannya 15
2.2 Langkah 1 (Memahami Masalah) 17
2.3 Langkah 2 (Merancang Jalan Penyelesaian) 17
2.4 Langkah 3 (Mendapatkan Jawapan) 18
3.1 Pembahagian tahap keupayaan penyelesaian
masalah pelajar mengikut markat UPMK 23
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina 25
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut bangsa 25
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut agama 26
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut sekolah 26
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut gred mata pelajaran Sains
semasa PMR 27
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut gred mata pelajaran Matematik
semasa PMR 28
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 1 mengikut ketepatan 29
4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 2 mengikut ketepatan 30
xiv
4.9 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 3 mengikut ketepatan 30
4.10 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 4 mengikut ketepatan 31
4.11 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 5 mengikut ketepatan 31
4.12 Taburan kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab item 6 mengikut ketepatan 32
4.13 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 1
mengikut ketepatan 33
4.14 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 2
mengikut ketepatan 34
4.15 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 3
mengikut ketepatan 34
4.16 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 4
mengikut ketepatan 34
4.17 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 5
mengikut ketepatan 35
4.18 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian tinggi yang menjawab item 6
mengikut ketepatan 35
4.19 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 1
mengikut ketepatan 36
4.20 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 2
mengikut ketepatan 36
xv
4.21 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 3
mengikut ketepatan 37
4.22 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 4
mengikut ketepatan 37
4.23 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 5
mengikut ketepatan 37
4.24 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berpencapaian rendah yang menjawab item 6
mengikut ketepatan 38
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Perkaitan antara konsep mol dengan jisim
bahan, bilangan zarah, isipadu gas
dan persamaan kimia 39
xvii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JAR - Jisim Atom Relatif
JMR - Jisim Molekul Relatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
TIRUR - Type, Identify, Relationships, Use, Review
UPMK - Ujian Penyelesaian Masalah Kimia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Bahagian Perancangan dan Penye lidikan
Dasar Pendidikan (EPRD)
Kementerian Pelajaran Malaysia 52
B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia 54
C Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK) 55
D Skema jawapan mengikut Pendekatan TIRUR 63
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh merupakan antara tujuan yang ingin dicapai melalui Wawasan
2020. Pendidikan boleh dikatakan sebagai wadah bagi merealisasikan matlamat-
matlamat ini. Pendidikan adalah suatu proses berterusan yang bertujuan untuk
mencipta pola -pola tingkah laku tertentu individu. Ini dapat dibuktikan dari
pengertian pendidikan itu sendiri, di mana dari beberapa sudut pandangan,
pendidikan diertikan sebagai proses indoktrinasi dan proses bersepadu untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Segala aktiviti pendidikan adalah untuk membentuk individu yang lengkap
dari segi fizikal, intelek, emosi serta rohani. Nilai-nilai mulia yang membawa erti
dalam hidup disampaikan kepada pelajar. Semua pelajar dibekalkan dengan
kemahiran asas pengetahuan untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam
hidup yang sempurna. Pelajar -pelajar akan dibantu membentuk nilai-nilai moral dan
sikap positif terhadap kehidupan, supaya mereka dapat berkhidmat untuk kemajuan
masyarakat dan kemanusiaan dengan semangat dedikasi.
Kurikulum didefinisikan sebagai satu pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi semua elemen pendidikan bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan
yang didokumenkan dan mampu dilaksanakan. Pendidikan sains adalah satu
darinya, yang boleh memainkan peranan penting dalam merealisasikan Wawasan
2
2020. Melaluinya, proses pemodenan dan pembangunan Negara dapat dijalankan.
Ini kerana, bagi mendapatkan sumber tenaga kerja yang saintifik, progresif dan
inovatif serta masyarakat celik sains untuk menangani abad sains dan teknologi ini,
penekanan yang lebih kepada pelajaran Sains perlu dilakukan.
Mata pelajaran Kimia KBSM merupakan salah satu daripada subjek elektif
dalam sains tulen di peringkat menengah atas. Kimia ditakrifkan sebagai sains unsur
dan sebatian yang mengkaji bagaimana perpaduan antara bahan-bahan kimia itu
berlaku dan juga kelakuan mereka di bawah pelbagai keadaan. Ia merangkumi fakta,
konsep, prinsip, teori, definisi dan hukum kimia serta hubungkaitnya dengan
fenomena alam (Yew, Gin Gee & Sulaiman Hassan, 1991). Secara umumnya, mata
pelajaran Kimia telah memberi tumpuan kepada kesepaduan antara pengetahuan,
kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni. Dari segi pengetahuan, kandungan kimia
menekankan pada pemahaman kimia sebagai satu bidang keilmuan yang melibatkan
kajian tentang komposisi bahan, interaksi antara satu bahan dengan bahan yang lain
dan penghasilan bahan baru. Manakala dari segi kemahiran saintifik, ia memberi
tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji Kimia
sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Proses
yang dijalankan adalah melalui pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran
berfikir menggunakan pendekatan inkuiri penemuan (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
Kebolehan untuk mengaplikasikan sains dalam kehidupan memerlukan
pemahaman dan keupayaan dalam menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains.
Kebolehan untuk merangkaikan sesuatu konsep dengan konsep yang lain akan dapat
membantu pelajar dalam memahami topik yang sukar dipelajari, sekaligus
memudahkan pelajar bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep
tersebut. Dalam kimia, kita perlu mempelajari fakta, konsep, teori, pengiraan dan
sebagainya. Dalam pengiraan, sebahagian besar masalah-masalah kimia adalah
melibatkan penggunaan konsep mol. Mol adalah merupakan satu unit asas kimia
yang penting dan merupakan konsep asas Kimia untuk mempelajari tajuk kimia yang
lain seperti stoikiometri.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Matlamat mata pelajaran Kimia adalah untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia serta berkebolehan
menggunakannya dengan berlandaskan sikap dan nilai murni untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian. Masalah boleh digunakan bagi melatih
keupayaan dan kemahiran intelek individu. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan
sebagai cara untuk menyampaikan sesuatu fakta, idea dan konsep dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kimia. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Bou Jaoude (1992) menunjukkan bahawa mata pelajaran Kimia
merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat sukar untuk dipelajari. Salah satu
aspek kurikulum Kimia yang sukar bagi pelajar-pelajar ialah penyelesaian masalah
(problem solving ). Hasil kajian daripada Aziz & Hasnah (1990) yang bertajuk
“Cubaan Murid Menyelesaikan Masalah Pengiraan Konsep Mol” mendapati
walaupun ramai pelajar yang berminat dalam mata pelajaran Kimia, tetapi mereka
merasakan bahawa mata pelajaran Kimia adalah satu mata pelajaran yang sukar
untuk dipelajari. Antara yang dialami oleh pelajar ialah:
i. Kesukaran dalam mengingati isi kandungan mata pelajaran.
ii. Terlalu banyak soalan yang menggunakan pengiraan.
iii. Terlalu banyak persamaan kimia yang sukar untuk diingati dan difahami.
Konsep mol terkandung dalam Bab Tiga (3) bagi sukatan mata pelajaran
Kimia iaitu di bawah tajuk Formula dan Persamaan Kimia. Terdapat beberapa topik
Kimia yang diamati sukar oleh pelajar -pelajar di Negara kita. Pelajar-pelajar
menghadapi kesukaran dalam penyelesaian kuantitatif kimia. Penyelesaian masalah
didapati sukar oleh pelajar disebabkan oleh strategi yang digunakan oleh pelajar
untuk menyelesaikan masalah kimia. Ia disebabkan kurangnya kemahiran dalam
mengatur strategi dan gagal menggunakan pengetahuan yang ada dengan betul.
Hasil daripada kajian-kajian lain mendapati bahawa kesukaran pelajar dalam
menyelesaikan masalah kimia adalah kerana strategi penyelesaian yang digunakan
adalah tidak sistematik dan mengikut kaedah tradisional dan juga disebabkan
ketidaktepatan pendekatan yang digunakan (Sivaratnam, 1983). Frazer (1982) telah
menggariskan beberapa sebab mengapa pelajar sering gagal dalam penyelesaian
masalah, iaitu:
4
i. Kegagalan untuk memulakan sesuatu penyelesaian masalah.
ii. Pelajar berjaya menyelesaikan masalah tetapi gagal untuk menyiapkannya.
iii. Pelajar berjaya menyelesaikan masalah tetapi jawapan yang diperolehi tidak
tepat.
Konsep mol adalah satu konsep yang melibatkan atom, molekul atau ion.
Salah tanggapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam persoalan mol adalah
disebabkan oleh konsep mol yang abstrak dan perkaitannya yang banyak dengan
konsep yang lain. Ia juga berpunca daripada kurangnya pengeta huan asas dan
kefahaman konsep dalam sesuatu tajuk (Aziz & Hasnah, 1990). Ini menyebabkan
mereka gagal dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep tersebut
(Aziz & Hasnah, 1990). Kegagalan pelajar dalam menyelesaikan masalah mol ini
akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan sama ada dalam ujian
di peringkat sekolah atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, hal
ini perlu diambil berat agar masalah salah konsep dalam konsep mol tidak berterusan
dan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar untuk mencapai keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Ramai pelajar yang baru mempelajari konsep kimia sering menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah kimia yang melibatkan pengiraan seperti
formula kimia dan konsep mol (Friedel, 1990: Gabel & Sherwood, 1984). Selain itu,
menurut Kamaru’z Zaman (1999) didapati pelajar mengalami kesukaran dalam
memahami dan menyelesaikan permasalahan konsep mol yang terdapat dalam
sukatan mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan 4. Antara faktor-faktor
permasalahan yang sering timbul dalam penyelesaian masalah ialah:
i. Masalah kefahaman dan membaca.
ii. Masalah menyusun simbol.
iii. Masalah membaca graf, jadual dan rajah.
iv. Masalah mendapatkan idea utama.
v. Masalah mencari makna.
5
Oleh kerana itu, timbul persoalan tentang keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah terutama sekali dalam tajuk konsep mol. Permasalahan yang
dihadapi oleh para pelajar ini mendorong pengkaji membuat kajian bagi mengatasi
masalah ini supaya ia tidak menjadi satu kekangan dalam era pendidikan masa kini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam topik konsep mol dalam mata
pelajaran Kimia yang berkaitan dengan:
i. Masalah perhitunga n yang melibatkan penukaran daripada bilangan
mol kepada bilangan zarah dan sebaliknya.
ii. Masalah perhitungan daripada bilangan mol kepada jisim dan
sebaliknya.
iii. Masalah perhitungan daripada jisim kepada bilangan zarah dan
sebaliknya.
iv. Penyelesaian masalah perhitungan yang melibatkan bilangan zarah,
bilangan mol, jisim dan isipadu gas pada s.t.p. dan pada keadaan bilik.
v. Penentuan formula empirik.
vi. Perhitungan berkaitan dengan stoikiometri persamaan kimia.
2. Menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah konsep mol di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4.
6
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Sejauh manakah tahap kefahaman pelajar dalam topik konsep mol dalam
mata pelajaran Kimia yang berkaitan dengan:
i. Masalah perhitungan yang melibatkan penukaran daripada bilangan
mol kepada bilangan zarah dan sebaliknya.
ii. Masalah perhitungan daripada bilangan mol kepada jisim dan
sebaliknya.
iii. Masalah perhitungan daripada jisim kepada bilangan zarah dan
sebaliknya.
iv. Penyelesaian masalah perhitungan yang melibatkan bilangan zarah,
bilangan mol, jisim dan isipadu gas pada s.t.p. dan pada keadaan bilik.
v. Penentuan formula empirik.
vi. Perhitungan berkaitan dengan stoikiometri persamaan kimia.
2. Apakah tahap keupayaan menyelesaikan masalah konsep mol di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan 4?
Top Related