id6699421 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
id6785234 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERTAJUK GARAM BAGI
SUBJEK KIMIA TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEORI
KONSTRUKTIVISME
MOHD MUSLIM BIN ABD JALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
id6814468 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
ii
�Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya�.
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHD MUSLIM BIN ABD JALIL
Tarikh : 24 APRIL 2008
id6848765 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
iii
DEDIKASI
Untuk abah dan mak tersayang,
HJ ABD JALIL BIN HJ SULAIMAN dan HJH ZAINAB BT HJ MOHD DIN
Doa, jasa, dan pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan kini dan selamanya
Tiada kasih yang lebih luhur selain kasihmu
Terima kasih abah dan mak
Adik-adik yang dikasihi,
HJH MUSLIHAH BT HJ ABD JALIL
HJH MUSFIRAH BT HJ ABD JALIL
Terima kasih atas doa dan perhatian kalian
Dan
Buat sahabat-sahabatku,
Sekalung budi di atas segala galakan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.
id6890906 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-
Nya dapat pembangun menyiapkan projek sarjana muda sebagai syarat untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas tidak terhingga
kepada En. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohd Said, selaku penyelia Projek Sarjana Muda
di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu bagi
menyiapkan projek ini terutama kepada pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM
yang terlibat dalam memberi pandangan dan nasihat. Tidak lupa kepada rakan-rakan
seperjuangan serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kepada kalian semua.
id6927109 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah laman web
pendidikan yang bertajuk Salts (Garam) bagi matapelajaran Kimia Tingkatan Empat.
Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran
sains tulen khasnya dan guru Kimia amnya. Laman web ini dibina dalam Bahasa
Inggeris memandangkan ia digunakan sebagai bahasa pengantaraan dalam
matapelajaran Sains dan Matematik. Rekabentuk pengajaran bagi laman web ini dibina
berlandaskan kepada model Hannafin & Peck sebagai garis panduan. Nota, latihan dan
aktiviti dalam perisian ini pula menerapkan prinsip teori konstruktivisme. Perisian ini
dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian
utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004 dan
AdobePhotoshop CS2. Diharapkan laman web ini dapat membantu para pelajar
memahami dan menguasai konsep Garam dengan lebih baik.
id6949484 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to build an educational website which entitled Salts
for Chemistry Form Four subject. The target user for this project is Form Four
Chemistry students. The medium of this website is English. The design of this
courseware is based on Hannafin & Peck model as the guide-lines and the principal of
constructivism theory. Macromedia Dreamweaver 8 used as the web authoring tool and
supported by other software such as Macromedia Flash MX 2004 and Adobe Photoshop
CS2. Hopefully, this website will be useful for students to understand and mastering the
concepts of salts.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA MUKA SURAT
1
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan
1.5 Rasional Pembangunan
1.6 Kepentingan Pembangunan
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Guru
1.6.3 Pihak Sekolah
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
1.7 Skop Pembangunan
1.8 Batasan Pembangunan
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
1
3
6
6
6
7
7
7
8
8
8
9
id6979781 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
viii
2
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Laman Web
1.9.2 Interaktif
1.9.3 Pembelajaran Maya
1.9.4 Multimedia
1.9.5 Konstruktivisme
1.9.6 World Wide Web
1.9.7 Internet
1.10 Penutup
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Masalah Pembelajaran Kimia
2.3 Komputer dalam Pendidikan
2.3.1 Media-media dalam Pendidikan
2.3.2 Pembelajaran Berasaskan Komputer
2.3.3 Pembelajaran Melalui Internet
2.3.4 Pembelajaran Melalui Web
2.3.5 Pembelajaran Melalui Animasi
2.3.6 Multimedia dalam Pendidikan
2.3.7 Multimedia dalam Laman web
2.3.7.1 Teks
2.3.7.2 Grafik
2.3.7.3 Animasi
2.3.7.4 Audio
2.3.7.5 Video
2.3.7.6 Interaktiviti: Hiperteks dan Hipermedia
2.4 Pendekatan Pembelajaran
2.4.1 Pendekatan Individual (Self Directed)
2.4.2 Pendekatan Koperatif
9
9
10
10
11
11
12
12
12
14
15
17
17
18
18
19
19
20
21
21
21
22
22
23
23
24
24
24
ix
3
2.5 Teori Pembelajaran
2.5.1 Teori Konstruktivisme
2.6 Model Rekabentuk Laman Web
2.6.1 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck
2.7 Penutup
REKABENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Model Rekabentuk Laman Web yang Digunakan
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran
3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi Pelajaran
3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan
3.2.1.4 Analisis Keperluan Perisian
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.2.1 Carta Alir Pembangunan
3.2.2.2 Perisian yang Digunakan
3.2.2.2.1 Microsoft Office Word 2003
3.2.2.2.2 Notepad
3.2.2.2.3 Internet Explorer
3.2.2.2.4 Macromedia Flash MX 2004
3.2.2.2.5 Adobe Photoshop CS2
3.2.2.2.6 Macromedia Dreamweaver 8
3.2.2.2.7 Adobe Acrobat 7.0
3.2.2.3 Perkakasan yang Digunakan
3.2.2.3.1 Perkakasan Pembangun
3.2.2.3.2 Perkakasan Main Balik atau
Paparan Laman Web
3.2.2.4 Ciri-ciri Konsep Rekabentuk Laman Web
yang Baik
25
25
26
26
27
28
28
29
29
29
30
30
30
31
31
31
31
32
32
32
32
32
33
33
34
34
x
4
3.2.2.4.1 Konsep Rekabentuk Informasi
(Information Design Concept)
3.2.2.4.2 Rekabentuk Antara Muka
Pengguna (User Interface Design)
3.2.2.4.3 Rekabentuk Interaksi
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan
3.2.4 Penilaian dan Pengulangan
3.3 Rasional Pemilihan Model Rekabentuk Laman Web
3.4 Spesifikasi Keperluan
3.4.1 Pengetahuan Sedia Ada
3.4.2 Kumpulan Pelajar
3.5 Penutup
HASIL REKABENTUK LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Perbincangan Persembahan Laman Web
4.2.1 Bahagian Permulaan
4.2.2 Bahagian Notes
4.2.3 Bahagian Practices
4.2.3.1 Soalan Objektif
4.2.3.2 Soalan Subjektif
4.2.3.3 Soalan Silang Kata (Crossword)
4.2.4 Bahagian Forum
4.2.5 Bahagian Info
4.2.6 Bahagian Help
4.2.6.1 Bahagian Glossary
4.2.6.2 Bahagian Click & Link
4.2.6.3 Bahagian Contacts
4.3 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web
4.4 Penutup
34
35
35
36
36
37
38
38
38
39
40
40
41
43
46
48
48
49
50
51
53
55
56
57
58
58
xi
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
5.3 Kelebihan Laman Web
5.4 Kekurangan Laman Web
5.5 Cadangan
5.6 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
Carta Alir A
59
59
62
63
63
65
66
71
xii
NO
2.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
SENARAI RAJAH
PERKARA
Model Rekabentuk Hannafin dan Peck
Paparan Home
Paparan Objectives
Paparan Pop-up
Paparan Permulaan Notes
Paparan Think!
Paparan Spice Up!
Paparan Notes
Paparan Practices
Paparan soalan objektif
Paparan soalan subjektif
Paparan crossword
Paparan forum
Paparan Info
Contoh paparan Info (CTS)
Paparan Help
Paparan Glossary
Paparan click & link
Paparan contacts
MUKA
SURAT
27
41
42
43
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
xiii
NO
A
SENARAI LAMPIRAN
Carta Alir
MUKA
SURAT
71
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi manusia
dalam aspek kehidupan termasuklah gaya hidup dan cara manusia berkomunikasi antara
satu sama lain. Antara alat ciptaan manusia yang telah membawa perubahan yang besar
dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan
pada pertengahan abad ke-20 sehingga ke hari ini.
Komputer menjadi satu alat yang amat penting pada masa kini dan komputer
juga adalah sebagai alat perantaraan dalam setiap urusan. Komputer mula diterapkan di
dalam bidang pendidikan bagi memudahkan urusan guru mahupun staf dalam bidang
tersebut. Komputer bukan sahaja sebagai alat untuk kemudahan kita malah ianya juga
sebagai tutor kepada pelajar-pelajar dan ini sependapat dengan Renu (2003).
Sehubungan dengan ini, secara tidak langsung ia boleh meringankan bebanan yang
ditanggung oleh guru.
Teknologi multimedia banyak digabungkan di dalam bidang pendidikan dan ini
akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding
dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional. Dengan ini, multimedia boleh
digunakan dengan pelbagai cara penyampaian agar mendatangkan kesan yang
id7017890 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
2
mendalam pada proses pembelajaran dan ia juga dijadikan sebagai media pendidikan
yang berkesan dipetik dari Ismail (2002) dalam Kamariuddin (2003).
Kurikulum sekolah yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah digabungkan dengan aspek teknologi sebagai satu daya usaha ke arah
untuk menyemai dan memupuk serta menarik minat pelajar dan sekali gus membentuk
sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi masa kini (Tengku Zawawi, 1999).
Menurut Baharuddin dan Mohd (1995) dalam Zawawi (1999) yang menyatakan
bahawa multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi
dan manipulasi teks, grafik, animasi, audio dan video. Secara amnya, multimedia boleh
didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang
merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi (Jamalludin dan Zaidatun, 2000).
Dengan adanya elemen-elemen multimedia ini, maka sesuatu perubahan akan
menjadi lebih menarik dan berlakunya proses komunikasi interaktif. Manakala dalam
konteks pendidikan pula, jika teknologi maklumat terkini diaplikasikan di dalam bidang
pendidikan, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi suatu pengalaman
yang menyeronokkan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih
cepat dan mudah (Zawawi, 1999).
Menurut bekas Menteri Pendidikan pada tahun 1974 yang juga bekas Perdana
Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad berpandangan bahawa hanya pendidikan
yang dapat mengubah pemikiran dan meningkatkan taraf hidup seseorang dan
pandangan ini telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda yang utama negara
dipetik dalam Tamrin (2003). Kredibiliti pendidikan menjadi tumpuan dalam
perancangan pembangunan negara kerana pendidikan bertindak sebagai pemangkin
kepada pembangunan lestari.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan komputer pada tahun 70-an dan 80-an dikatakan tidak begitu
berjaya kerana masyarakat pada ketika itu beranggapan bahawa sebuah komputer
mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah adalah suatu perkara yang tidak
berasas (Norul Safarinie, 2004). Penggunaan komputer peribadi pada ketika itu hanyalah
sekadar alat pandang dengar dan bukan untuk diaplikasikan dalam dunia pendidikan.
Berikutan dengan hasil ledakan IT yang berlaku di seluruh dunia, satu kesedaran telah
timbul. Ini menyebabkan penggunaan komputer mula diperkenalkan dalam pelbagai
bidang khususnya pendidikan. Bersesuaian dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia
yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2006, �Penggunaan komputer mampu meningkatkan minat pelajar terhadap
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris� (Utusan Malaysia; 17 Mei
2006).
Kini penggunaan komputer berada di tahap maksimum di mana penggunaan
komputer mula diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan
untuk membantu pelajar dalam mempelajari dan lebih memahami akan konsep-konsep
abstrak dan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran terutamanya Kimia. Menurut
Whitnell, et al (1994), kebanyakan bidang ini adalah berbentuk tiga dimensi dan
dinamik di mana ia memerlukan kefahaman yang abstrak. Kedua-dua ciri ini
menyebabkan matapelajaran Kimia agak sukar untuk dipersembahkan dalam buku teks
atau pengajaran guru secara tradisional.
Pengajaran secara tradisional sukar dijalankan bagi matapelajaran yang
mempunyai konsep-konsep yang abstrak. Kajian yang telah dilakukan oleh Kulik,
Bergert, William (1983) terhadap 48 orang pelajar yang menggunakan kaedah
tradisional. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan PBK (Pembelajaran
Berbantukan Komputer) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi
4
kesan yang positif terhadap pembelajaran berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional.
Menurut Sulaiman (1996), Internet akan menjadi sebahagian dari program
Sekolah Bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua
sekolah menengah akan mendapat talian ke Internet menjelang tahun 2000. Kementerian
Pendidikan Malaysia pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS,
telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek ini, pihak kementerian
telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan
pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada para guru.
Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula memandang serius penggunaan laman web
dalam pendidikan.
Nolan & Martin (1994) dalam Wan Mohd Shukri (2003), menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan Internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat
kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun, jurang perbezaan sosial
ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer
dan Internet diberikan (Bier et al, 1996).
Matapelajaran Kimia merupakan salah satu cabang sains. Bagi pelajar yang
mengikuti aliran sains tulen, mereka diwajibkan mengambil matapelajaran elektif ini
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matapelajaran yang
sentiasa dianggap sebagai �killer subject� memerlukan pelajar berfikir secara kreatif,
memahami konsep serta dapat membayangkan proses yang terjadi di samping
mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari bidang ini.
Walau bagaimanapun, didapati ramai pelajar yang kurang berminat dalam
matapelajaran ini berbanding matapelajaran elektif sains yang lain seperti Fizik dan
Biologi. Mereka beranggapan bahawa matapelajaran Kimia merupakan satu
5
matapelajaran yang sukar difahami dan dipelajari. Mereka merasakan matapelajaran ini
sangat kompleks dan daya penghafalan yang tinggi. Ini disokong dengan kajian yang
dilakukan oleh Gussarsky & Gorodetsky (1999). Kajian yang dilakukan menunjukkan
kebanyakan pelajar tidak dapat memahami tajuk Garam dalam matapelajaran Kimia.
Briner M (1999) melihat teori konstruktivisme sebagai menguji pendekatan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia wujud. Pembelajaran menggunakan teori ini mempunyai pelbagai kelebihan. Di
antaranya pelajar lebih berfikir, lebih faham, lebih seronok, lebih berkemahiran sosial,
lebih yakin dan lebih ingat.
Atas kesedaran ini, pembangun memilih pembelajaran konstruktivisme sebagai
satu pembelajaran dalam laman web yang dihasilkan ini. Dalam pembangunan laman
web yang akan dibangunkan, pembangun menekankan ciri-ciri pembelajaran secara
konstruktivisme iaitu menggalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan pelajar dan
guru, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran dan menyokong pembelajaran secara koperatif. Pembangun berpendapat
bahawa teori pembelajaran konstruktivisme sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan
laman web ini kerana teori ini memberi penekanan kepada kegiatan pelajar. Teori ini
juga kurang memberi penekanan kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan
aktiviti mental pelajar. Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah
mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian sesuatu fenomena sebelum memasuki
bilik darjah. Melalui laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat
dibentuk di mana pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi
antara pelajar dengan komputer.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan laman web dalam sistem pendidikan Malaysia dikatakan sedang
rancak bermula. Walau bagaimanapun, laman web yang sedia ada terutama bagi
matapelajaran Kimia khususnya adalah sedikit bilangannya berbanding laman web yang
lain. Selepas menjalani sesi latihan mengajar, pembangun telah melihat kesukaran
pelajar- pelajar dalam memahami konsep dalam tajuk �Garam�. Sehubungan dengan itu,
kesukaran pelajar dalam memahami topik tersebut telah menimbulkan minat kepada
pembangun untuk membantu para pelajar terutama pelajar tingkatan empat yang
pertama kalinya diperkenalkan topik garam. Secara tidak langsung, pembinaan laman
web ini dapat membantu pelajar sedikit sebanyak memahami konsep dalam Garam
dengan lebih mendalam. Ini kerana komputer dapat memberi pembelajaran secara
berulang-ulang. Pembelajaran secara berulang akan memberikan kesan atau ingatan
yang lebih baik dari sebelumnya (Clement, 1994).
1.4 Objektif Pembangunan
Antara objektif pembangunan yang ingin dicapai oleh pembangun ialah
i. merekabentuk sebuah pembangunan multimedia berasaskan laman web bagi
subjek Kimia Tingkatan Empat bertajuk �Garam�.
ii. membangunkan laman web berlandaskan kepada teori pembelajaran
konstruktivisme.
Top Related