PENGETAHUAN BARU
Praktikum merupakan satu aktiviti akademik yang berbentuk ilmiah selain
dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman baru kepada saya.
Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat kajian untuk
dimuatkan dalam portfolio praktikum dan mendapat pendedahan tentang
pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Dalam praktikum yang
pertama ini, saya telah ditempatkan di SJKC Chung Cheng. Saya menggunakan
pelbagai instrumen kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang
secukupnya daripada pihak sekolah. Antara instrumen yang saya guna ialah
pemerhatian, temubual, kaji selidik dan senarai semak.
Melalui pemerhatian, saya mendapati kekuatan sekolah ini adalah dari
aspek pencapaian akademik yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun
berikutnya. Walaupun sekolah ini berada pada tahap gred A, iaitu sekolah ramai
murid, namun kejayaan-kejayaan yang dicapai amat membanggakan pihak
sekolah. Sekolah ini juga melahirkan individu-individu yang berpotensi besar
untuk lebih maju setapak ke hadapan.
Kekuatan seterusnya yang dapat saya temui ialah aspek pengurusan
kokurikulum yang cekap dan membawa nama sekolah ke peringkat tertinggi dan
setakat ini ialah di peringkat negeri Kelantan. Melalui penerangan oleh Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, kami mendapati minat pelajar dapat diasah dan
digilap dengan baik dan berkesan. Semua guru penasihat memberikan
kerjasama yang positif kepada unit kokurikulum.
Selain itu, daripada sesi temu bual bersama Penolong Kanan, saya
mendapati terdapat kelemahan-kelemahan di sekolah ini. Sebagai contoh,
terdapat satu kesesakan yang berlaku di hadapan sekolah dan kebanyakan ibu
bapa yang suka datang ke sekolah untuk bersama dengan anak-anak mereka
pada waktu rehat. Perkara ini akan berlaku satu gangguan iaitu bunyi-bunyi
bising hon dari kenderaan dan juga gangguan secara fizikal oleh ibu bapa yang
suka menyerang guru di bilik guru tentang masalah anak mereka tidak kira waktu
yang secara tidak langsung mengganggu guru-guru. Hal ini saya lihat sendiri
ketika saya berada dalam bilik guru, iaitu sewaktu guru sedang duduk membuat
rph, murid-murid hadir bersama dengan ibu atau bapa dan menyelesaikan
masalah anak mereka yang tidak henti-henti.
Selain itu, apabila saya menjalankan pemerhatian di perpustakaan
sekolah, saya mendapati perpustakaan di sekolah ini mengalami masalah
kekurangan buku-buku atau bahan-bahan rujukan khususnya untuk pelajar-
pelajar Tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan pada penghujung
tahun ini. Ruang perpustakaan yang kecil dan terhad hanya boleh memuatkan
beberapa orang pelajar sahaja pada satu-satu masa.
Persekitaran kawasan sekolah amat kondusif kerana pihak pengurusan
amat mementingkan 3K iaitu keceriaan, kebersihan dan keselamatan di sekolah.
Para pelajar juga dapat menimba ilmu dengan selesa. Pihak sekolah juga
mengambil kontrak daripada badan swasta untuk memastikan kebersihan
sekolah di tahap optimum. Melalui pemerhatian saya, sepanjang saya berada di
sekolah tersebut, tiada secebis sampah di kawasan- kawasan seperti kantin,
tandas, taman, padang dan sebagainya. Seluruh warga sekolah juga
mengamalkan kempen kitar semula dalam hidup mereka. Hal ini dapat dilihat
apabila tamat sesi persekolahan, tong-tong sampah kitar semula berwarna
coklat,biru dan oren dipenuhi dengan bahan-bahan kitar semula.
Melalui pemerhatian terhadap kekuatan dan kelemahan sekolah, satu ilmu
baru yang saya peroleh iaitu sesebuah sekolah yang cemerlang tidak hanya
menekankan aspek akademik semata-mata, namun perkara-perkara lain perlu
dititikberatkan dan bukan hanya dipandang enteng oleh setiap warga sekolah
khususnya bahagian pengurusan sekolah. Guru-guru perlulah mempunyai
semangat assabiah yang tinggi bagi memastikan setiap perkara dicapai dengan
kesepakatan semua pihak.
Disamping itu, sepanjang berada di sekolah tersebut, saya secara tidak
langsung memperoleh ilmu baru iaitu dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, saya mendapati budaya di sekolah ini berada di tahap cemerlang.
Hal ini kerana salah satu faktor utama ialah keistimewaan mereka merupakan
pelajar bandar yang mempunyai nilai-nilai etika dan kesopanan yang tinggi di
dalam diri mereka. Di samping itu, jumlah murid yang ramai di sekolah ini juga
menyebabkan implikasi positif iaitu guru mudah untuk menganjurkan sesuatu
program atau majlis kerana seluruh warga sekolah akan melibatkan diri dengan
kehadiran seratus peratus.
Dalam konteks budaya sekolah, ilmu baru yang saya peroleh ialah di
sekolah ini terdapat banyak program-program pembudayaan ilmu. Sebagai
contoh, setiap pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di luar kelas untuk
bacaan pagi sebelum masuk ke dalam kelas. Disamping itu, program ini
memberi peluang kepada pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran membaca
mereka. Program yang berlangsung dalam masa sepuluh minit dan memperoleh
pantauan daripada guru-guru. Ini merupakan satu budaya ilmu yang baik dan
berkesan yang bakal saya amalkan ketika saya menceburi profesion perguruan
kelak.
Saya juga menggunakan instrument temu bual bagi bertanyakan
keberkesanan program ini kepada beberapa orang murid yang terlibat dalam
program ini. Mereka menyatakan program ini dapat membantu mereka bersoal
jawab tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Di samping itu, dari
aspek ketepatan masa, saya juga kagum apabila semua guru atau mentor yang
terlibat dalam program ini hadir tepat pada masanya.
Hal ini secara tidak langsung memberi satu ilmu baru kepada saya iaitu
sebagai seorang guru, kita sewajarnya memberi komitmen yang tinggi kepada
program-program yang dilaksanakan kerana hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Di samping itu, saya
mendapati, sekolah ini banyak mengadakan program-program membudayakan
ilmu bagi memastikan ilmu tersebut dapat diaplikasikan dengan baik.
Top Related