7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
1/9
1
SYAFIQAH BT MAT YUSOF (PISMP Sains Jan 2011)
AKTIVITI 4 : Mixing Water Activity
PENGETAHUAN MASTERI
1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan?
Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pelbagai perkara baru berkaitan
dengan kemahiran proses sains yang telah saya pelajari antaranya;
1. Mengetahui bahawa kemahiran dalam mengukur dan menggunakan
nombor adalah penting bagi melakukan pemerhatian kuantitatif. Bagi
pemerhatian yang baik seseorang perlu menguasai kemahiran
mengukur dan menggunakan nombor dengan baik. Oleh itu,
pemerhatian yang lebih tepat dapat dihasilkan. Keputusan yang
diperolehi dalam pemerhatian merupakan fakta saintifik yang boleh
digunakan untuk mengendalikan kemahiran proses sains yang lain
seperti mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal,
berkomunikasi dan menggunakan perkaitan masa dan ruang dengan
baik (Nordin, 2004).
2. Mengenal pasti bahawa setiap bahan pengukur dan unit ukuran ialah
menggunakan unit piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia dapat
memudahkan proses sains yang dilakukan dan proses komunikasi
dalam penyampaian maklumat. Terdapat juga unit pengukuran yang
tidak distandardkan seperti depa, hasta, kaki, cawan, cubit, genggam.
Penggunaan unit ini adalah pemerhatian secara kuantitatif namun
unitnya tidak diterima secara universal kerana isipadunya boleh
berubah- ubah mengikut masa dan keadaan. Maka, berdasarkan aktiviti
ini, penggunaan alat pengukur yang mempunyai unit piawaian yang
standard akan menghasilkan pemerhatian yang lebih tepat.
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
2/9
2
3. Memindahkan data kepada bentuk yang lebih mudah untuk dirujuk
seperti, jadual, graf, carta dan rajah. Dengan itu, dapat membuat
perkaitan dan perhubungan berdasarkan data yang mereka perolehi
dengan mengisi data ukuran mereka di dalam jadual. Proses ini
memudahkan seseorang untuk membaca data serta ke proses yang
seterusnya iaitu kemahiran membanding beza data yang diperolehi.
4. Meningkatkan kemahiran bagi menggunakan dan membaca alat
pengukuran yang digunakan dengan tepat dan betul. Kemahiran untuk
merekod dan membaca data juga dapat ditingkatkan.
2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang
mengajar topik berkenaan?
Tahun Tema Topik Aras
2
Pembelajaran
tentang dunia
sekeliling
Tumbuhan Menyukat isipadu
air
3
Pembelajaran
tentang dunia
sekeliling
Panjang dan
pendek
Mengukur
panjang sesuatu
objek dengan
menggunakan
unit bukan
piawai.
4
Menyiasat alam
fizikal
Kuantiti fizik Mengukur
dengan tepat
panjang sesuatu
objek, luas suatupermukaan,
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
3/9
3
isipadu suatu
cecair, pepejal,
jisim dan masa
serta
menggunakan
unit yang tepat.
5
Menyiasat alam
bahan
Pepejal, cecair
dan gas
Mengukur takat
didih air,
mengukur takat
lebur ais
3. Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti-aktiviti
tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda.
Aktiviti bagi mengukur dan menggunakan nombor, Mixing Water Activity
adalah berkaitan dengan pengaplikasian salah satu daripada kemahiran
proses sains dalam eksperimen. Kemahiran Proses Sains adalah berkait
antara satu sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini sepenuhnya
maka menjadi sukar untuk membezakan antara satu kemahiran dengan
kemahiran yang lain. Aktiviti yang lebih kepada menjalankan eksperimen
untuk mengukur dan menggunakan nombor boleh dilakukan dalam kumpulan
ini akan menggalakkan pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.Proses sosialisasi sesama ahli kumpulan penting untuk
menghasilkan kumpulan yang dinamik jika setiap ahli kumpulan berkongsimatlamat yang sama kerana ianya dapat mengembangkan interaksi yang
positif dan promotif ke arah peningkatan pembelajaran mereka. (Johnson &
Johnson, 1996).
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
4/9
4
Melalui aktiviti Mixing Water Activity, saya dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid sepanjang memerhatikan cara mereka
mengendalikan alat pengukur semasa aktiviti. Selain itu, saya dapat membuat
penilaian melalui cara bacaan yang digunakan oleh murid semasa aktiviti
dijalankan. Saya dapat melihat kreativiti murid untuk memindahkan data yang
diambil sama ada dalam jadul, rajah, carta atau graf. Dengan itu, saya dapat
mengenal pasti teknik bantuan atau scaffolding yang boleh digunakan. Proses
membantu murid bagi menghadapi kesukaran tugasan yang lebih tinggi
daripada keupayaan semasa yang dimiliki oleh mereka. (Vygotsky, 1978).
Menurut Bruner dan Carpie (1980), menyatakan terdapat pertalian antara
kemahiran proses sains dan keupayaan menaakul secara formal. Kemahiran
saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif ialah kemahiran- kemahiran penting bagi memupuk sikap kreatif
dan kritis pelajar dalam penyelesaian sesuatu masalah.
Selain itu, Mixing Water Activitydapat menambah kemahiran murid bagi
menghasilkan hasil pemerhatian kuatitatif. Hal ini kerana, murid
mengendalikan sendiri alat dan radas yang diperlukan sepanjang aktiviti. Oleh
itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang positif
kepada murid kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang
telah dipelajari. Cara murid belajar diajar dan belajar pada masa kini,
menyebababkan pengetahuan yang dikuasai tidak kekal dan murid gagal
menggunakan prinsip dan proses saintifik untuk membuat keputusan dalam
kehidupan mereka (Abu Bakar, 1995; Kelly, 1993)
Pengaplikasian kemahiran saintifik seperti kemahiran prose sains dan
kemahiran manipulatif menurut Gagne (1985) kemahiran proses sains
merupakan asas untuk mempelajari sains dan melatih pembelajaran secara
inkuiri penemuan. Proses sains juga merupakan tabiat yang diamalkan dalam
pembelajaran (McLEOD et. al., 1975)
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
5/9
5
4. Kreativiti merupakan elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara
saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mengukur dan
menggunakan nombor?
Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan
sesuatu yang baru dan asli. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan
kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik
yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah pemerhatian yang
dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit piawaian dengan
menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Terdapat pelbagai ciri- ciri
kreatif yang dapat diperhatikan semasa menggunakan kemahiran ini iaitu
kreativiti dalam menggunakan alat- alat ukuran dengan tepat. Sebagai contoh,
alat- alat ukuran yang terdiri daripada dua jenis iaitu yang mempunyai unit
piawai (pembaris, bikar, neraca dan sebagainya) dan bukan unit piawai
(jengkal, kaki, hasta dan sebagainya). Murid dapat meningkatkan kebolehan
dan kemampuannya menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli dengan
menggunakan nombor- nombor berikut.
Kemahiran proses sains mengukur dan menggunakan nombor juga
mengajar murid untuk menganggar jarak, luas, isipadu dalam situasi tertentu.
Kemahiran berfikir secara kreatif untuk menganggar ini perlu bagi mereka
mengenalpasti alat pengukur yang paling sesuai untuk digunakan.
Kemahiran ini juga membantu murid untuk memastikan penyiasatan yangdijalankan dapat berjalan dengan lancar. Ha ini kerana, murid turut
menghubungkan data ukuran yang telah diperoleh dengan kemahiran proses
sains yang lain seperti membuat inferens, ramalan dan sebagainya.
Kemahiran proses sains akan berkembang kapada kemahiran aras tinggi
secara tidak langsung. Kemudian, dapat membantu murid agar memahami
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
6/9
6
sesuatu eksperimen atau peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka.
apabila murid dapat menguasai kemahiran proses sains dengan baik, maka
murid akan dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dengan berkesan (Abu
Hassan, 2001.
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor akan memberikan objektif
yang jelas kepada murid bagi sesuatu aktiviti. Aktiviti yang mempunyai tujuan
yang jelas, akan mewujudkan imaginasi secara kebetulan apabila seseorang
sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini
pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang
dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi
membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti
sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen
iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, alat pengukur berat seperti neraca tiga alur
yang ingin digunakan tidak terdapat dalam makmal, maka murid akan sedaya
upaya memikirkan kaedah lain untuk mengukur berat..
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
7/9
7
5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan
bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan
oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid.
Bincangkan beberapa teknik yang boleh dilakukan?
Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengembangkan
kreativiti murid ialah melalui menunjukkan peralatan audio atau tayangan
video simulasi yang berkaitan topik yang akan diajar oleh guru. Lowenfeld
(1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak
dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-
gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa
representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin
kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu
perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Dengan itu, pemikiran kreatif
dapat dicetuskan oleh murid seperti idea- idea yang luar daripada kotak
pemikiran mereka.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan aktiviti yang bersifat imaginatif
sebagai proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif
kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan
dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang
diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan
terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif.
Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan
diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam
bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting
pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat
analogi dan kaitan antara idea dan objek yang baru dilihat dengan sedia ada
melalui pengalaman yang telah lalu. Sebagai contoh,kepelbagaian kepada
isipadu air dalam bikar boleh mengubah bunyi yang dihasilkan semasa
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
8/9
8
menghembus udara pada permukaan bikar. Murid akan berimaginasi untuk
memikirkan dan membuat perkaitan antara idea atau objek..
7/31/2019 Pengetahuan Masteri 3 Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor
9/9
9
Rujukan
Buku :
Hiang, P. S. (2008). Pedagogy of Science Vol.1 . Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Ismail, Z., Syed Idros, S. N., & Samsudin, M. A. (2006). Kaedah Mengajar Sains.Bentong: PTS Publishing Profesional Sdn. Bhd.
Jurnal :
Buntat, Y., & Mat Nasir, N. S. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti DiKalangan Pelajar Tahun Empat SPH. Jurnal Pendidikan, 1-9.
Nordin, N. b. (2004). Mengenalpasti Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan EmpatDalam Kemahiran Memerhati, Kemahiran Mengukur dan KemahiranMerekod. Jurnal Pendidikan, 3-4.
Saee, H. (2004). Tahap Kreativiti Guru Sains Dan Amalannya. Jurnal
Pendidikan, 2-4.
Said, M. M., & Yunos, N. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar.Jurnal Pengajian Umum, 60-67.
Surif, J., Arshad, M. Y., & Ibrahim, N. H. (2009). Perbandingan ProsesPenyiasatan Pelajar Malaysia dan United Kingdom. Kajian Merentas Usia,
35-37.
Top Related