PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR 4SPH (PERDANA)
UNTUK PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG PERGURUAN DALAM
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
HUNG HSIEN YANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
�
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS �
������JUDUL���� PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR 4SPH
(PERDANA) UNTUK PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG
PERGURUAN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP �
�
SESI PENGAJIAN : 2008/2009�
Saya� � ����������� � HUNG HSIEN YANG�
(HURUF BESAR) �
������mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( � )
�
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
�
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
� � �
�
�����
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap :
KG. KINANDUSAN.
P.O. BOX 313, 89308
RANAU, SABAH.
Tarikh : 26 MARCH 2009
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR. HJH. NORAINI BINTI MOHD NOOR
NAMA PENYELIA
Tarikh : 26 MARCH 2009
PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR 4SPH (PERDANA)
UNTUK PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG PERGURUAN DALAM
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
HUNG HSIEN YANG
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MARCH, 2009
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama penyelia : DR. HJH. NORAINI BINTI MOHD NOOR
Tarikh : 30 Mac 2009
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : HUNG HSIEN YANG
Tarikh : 30 MAC 2009
iv
�
PENGHARGAAN
Bersyukur kerana Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan jayanya
pada masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan
penghargaan yang ikhlas dan ribuan terima kasih kepada Dr. Hjh. Noraini Mohd
Noor yang banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh
penyelidikan Projek Sarjanan Muda ini dari mula sehingga ke akhir.
Penghargaan juga tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi
berkongsi ilmu dan juga maklumat dengan saya dalam usaha untuk menjayakan
kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama
untuk menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan
penghargaan yang tinggi dan juga ucapan terima kasih.
�
�
�
v
�
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan kemahiran generik pelajar 4SPH (Perdana) untuk persediaan menceburi
bidang perguruan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini melibatkan
semua pelajar 4SPH iaitu seramai 126 orang pelajar. Set Soal selidik digunakan
sebagai instrument untuk kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Perisian SPSS versi 15 digunakan
untuk menganalisis data tersebut. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa
penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar 4SPH (Perdana) berada
pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran
generik yang lain iaitu kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan, dan
kemahiran kerja berkumpulan berada tahap penguasaan yang tinggi. Secara
keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran generik
pelajat 4SPH (Perdana) berada pada tahap penguasaan yang tinggi.
vi
�
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the domination level of generic
skills knowledge among the 4SPH (Perdana) student in the preparation to join the
teaching profession for Living Skills Subject. This research had been involved all the
4SPH (Perdana) student that is 126 people. Questionnaire is the instrument used to
gather all the data for this research. Data were analyzed descriptively using
frequency, percentage and mean. SPSS version 15 is the software that uses to analyze
all of these data. The finding of this research show that communication skill among
the 4SPH (Perdana) student at the moderate level. The finding of the research also
found that other generic skill such as problem solving, leadership and team working
at the high level. Overall, domination of generic skill among the 4SPH (Perdana)
student are at the high and satisfied level.
vii
�
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Matlamat Kajian 6
1.6 Persoalan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
viii
�
1.9 Definisi Konseptual 9
1.9.1 Kemahiran 10
1.9.2 Kemahiran Generik 10
1.10 Definisi Operasional 11
1.10.1 Kemahiran 11
1.10.2 Kemahiran Generik 11
1.11 Batasan Kajian 13
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Kemahiran Generik 15
2.3 Model Kajian 16
2.4 Sistem Model Penerapan Kemahiran Generik 17
2.5 Kajian-Kajian Lepas 21
2.5.1 Kajian Dalam Negara 21
2.5.2 Kajian Luar Negara 23
2.6 Penutup 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Persampelan Kajian 28
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Analisis Kajian 32
3.8 Penutup 35
ix
�
BAB 4 ANALISIS DATA 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Kadar Pulangan Responden 37
4.3 Analisis Demografi Responden 37
4.3.1 Jantina 37
4.4 Analisis Terhadap Kaedah Untuk Menerapkan
Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran 38
4.4.1 Kemahiran Berkomunikasi 38
4.4.2 Kemahiran Penyelesaian Masalah 42
4.4.3 Kemahiran Kepimpinan 45
4.4.4 Kemahiran Kerja Berpasukan 47
4.5 Analisis Persepsi Pelajar 4SPH(Perdana)
Terhadap Kebolehan Mereka Dalam Penguasaan
Kemahiran Generik 50
4.5.1 Tahap Penguasaan Kemahiran
Berkomunikasi 50
4.5.2 Tahap Penguasaan Kemahiran
Penyelesaian Masalah 55
4.5.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Kepimpinan 57
4.5.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Kerja
Berpasukan 61
4.6 Kesimpulan 65
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67
5.1 Rumusan 67
5.2 Kesimpulan 68
5.2.1 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik
Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran 68
x
�
5.2.2 Persepsi Pelajar 4SPH (Perdana)
Terhadap Kebolehan Dalam
Penguasaan Kemahiran Generik 70
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 72
5.3.1 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik
Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran. 72
5.3.2 Persepsi Pelajar 4SPH (Perdana)
Terhadap Kebolehan Dalam
Penguasaan Kemahiran Generik 74
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 79
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81-83
LAMPIRAN 84-93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert Lima Mata Untuk Soalan Kajian 1 30
3.2 Skala Likert Lima Mata Untuk Soalan Kajian 2 30
3.3 Pecahan Item Soal Selidik 31
3.4 Skala Likert Untuk Pengukuran Tahap Bagi Soalan Kajian 1 33
3.5 Nilai Min Bagi Menentukan Tahap Penerapan Kemahiran
Generik Melalui Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 34
3.6 Skala Likert Untuk Pengukuran Tahap Bagi Soalan Kajian 2 34
3.7 Nilai Min Bagi Menentukan Tahap Kebolehan Penguasaan
Kemahiran Generik 35
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.2 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kaedah Penerapan Kemahiran Berkomunikasi Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 39
4.3 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kaedah Penerapan Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran 42
4.4 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kaedah Penerapan Kemahiran Kepimpinan Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 45
4.5 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kaedah Penerapan Kemahiran Kerja Berpasukan Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran 47
xii
4.6 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kebolehan Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi 51
4.7 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kebolehan Penguasaan Kemahiran Penyelesaian 55
4.8 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kebolehan Penguasaan Kemahiran Kepimpinan 58
4.9 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Pelajar Terhadap
Kebolehan Penguasaan Kemahiran Kerja Berpasukan 61
xiii
�
�
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Peruntukan Kursus 16
2.2 Model 7 Kemahiran Atribut Graduan UTM 17
4.1 Taburan Kekerapan Pengembalian Borang Soal Selidik 37
xiv
�
�
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPH Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPSS Statistical Packages for Social Sciene
xv �
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 84-89
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 90
C Kesahan Soal Selidik 91-92
D Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 93
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Malaysia kini sedang membangun dan berusaha untuk menuju ke arah
menjadi sebuah negara yang maju. Namun untuk menuju ke arah ini, pembangunan
telah dijalankan dengan pesat. Pembangunan Negara menyebabkan persaingan
menjadi semakin hebat tidak kira dalam apa jua bidang. Persaingan ini juga
termasuklah persaingan pelajar untuk mendapatkan peluang menuntut ilmu
pengetahuan samada di Institusi Pengajian Tinggi ataupun di Institusi Pengajian
Tinggi Swasta.
Namun, ilmu pengetahuan yang dipelajari semasa menuntut ilmu di institusi-
institusi ini masih lagi tidak mencukupi untuk mereka bersaing di pasaran kerja jika
mereka tidak seiringkan dengan penerapan kemahiran generik. Kemahiran generik
yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,
penyelesaian masalah, mempunyai keyakinan diri, beretika, kreativiti dan kemahiran
kepimpinan. Mereka yang memiliki kemahiran generik secara langsung
membolehkan mereka berkeupayaan untuk bersaing di alam pekerjaan yang semakin
mencabar ini. Kemahiran generik bukan sahaja dapat diterap melalui pembelajaran di
kelas semata-matanya tetapi sebaliknya juga perlu bergantung pada usaha individu
2
dalam mengikuti pelbagai jenis aktiviti dan juga melalui cara lain untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran-kemahiran pada seseorang individu itu.
Senario yang sering kita jumpai iaitu terdapat ramai graduan daripada
institusi pengajian tinggi yang mendapat kepujian kelas pertama mengalami masalah
dalam mencari kerja. Keadaan ini disebabkan oleh kegagalan para graduan dalam
mengaplikasikan kemahiran generik yang sepatunya seiring dengan kemahiran
teorikal mereka semasa mereka berada pada alam pekerjaan yang sebenar.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Rosmawati (2000) mendapati bahawa
majikan menganggap kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menjalankan tugas,
kemahiran berkerja kumpulan dan kemahiran inisiatif sebagai kemahiran yang
penting. Kemahiran ini jika dikuasai dengan baik oleh graduan akan membolehkan
mereka kerja dengan lebih baik dan berkualiti. Akan tetapi, secara keseluruhannya
pihak majikan mendapati bahawa pihak institusi pengajian tinggi gagal menyediakan
graduan-graduan yang memperoleh kesemua kemahiran tersebut.
Oleh itu, adalah penting bagi mahasiswa untuk menguasai kemahiran generik
kerana kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia
pekerjaan. Pihak universiti kini menitikberatkan kamahiran generik untuk
menggalakkan pembangunan mahasiswa. Mahasiswa yang dapat menerapkan
kemahiran generik akan banyak membantu mereka dalam persiapan untuk
menceburi alam pekerjaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, persaingan menjadi semakin
hebat tidak kira dalam apa jua bidang terutamanya dalam bidang pekerjaan. Namun,
dengan peningkatan bilangan graduan lepasan Ijazah, persaingan menjadi semakin
3
hebat dalam usaha mencari kerja disebabkan pasaran buruh yang melebihi
permintaan. Walaupun pasaran buruh melebihi permintaan, tetapi masih lagi terdapat
banyak organisasi yang kekurangan pekerja. Keadaan ini disebabkan majikan pada
masa kini bijak memilih graduan yang bukan sahaja mahir pada kemahiran teoritikal,
tetapi pada masa yang sama juga berkebolehan untuk menguasai keadaan sebenar
alam pekerjaan dengan baik (Quek, 2005). Terdapat ramai graduan kini hanya mahir
dalam kemahiran yang berkaitan dengan teoritikal tetapi mereka gagal menyesuaikan
diri dalam alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini kerana mereka tidak dapat
menguasai kemahiran generik dengan baik ketika menjalani pengajian mereka di
institusi pengajian tinggi yang sepatutnya dapat membantu mereka di alam pekerjaan
sebenar.
Antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di
pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran-kemahiran
generik atau soft skill (Hasliza, 2002). Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan
institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri,
kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan terbatas dan
tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Keadaan ini berlaku adalah kerana menurut
Quek (2005), para majikan lebih menumpukan kepada pekerja-pekerja yang
mempunyai ketrampilan generik seperti kemahiran interpersonal, kemahiran
kepimpinan, kerja berpasukan serta kemahiran lisan dan menulis. Para graduan kini
ini tidak dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sewaktu didalam kelas ke
dunia pekerjaan yang sebenar. Kemahiran mereka hanya dalam bidang teoritikal
semata-mata tetapi tidak mampu menyesuaikan diri apabila untuk berada di dalam
alam pekerjaan.
Menurut Houlton dan Thomas (1990), pihak industri beranggap bahawa
adalah lebih effektif sekiranya graduan mendapat kemahiran-kemahiran daripada
kursus universiti yang baik berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri.
Oleh itu, adalah penting bagi pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang
dapat memenuhi kehendak pasaran dan industri.
4
Menurut hasil kajian daripada Hellinghausen dan Myers (1998), mendapati
bahawa sebanyak 71% daripada majikan yang telah dikaji menitikberatkan
kebolehan graduan dalam mengikuti arahan yang diberikan, bercakap dengan jelas,
boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
ketika sesi pembentangan atau perbincangan sedang dijalankan.
Untuk bersaing dipasaran pekerjaan global pada masa kini, para graduan
tempatan harus cemerlang dalam bidang akademik dan di samping itu juga perlu
mempunyai elemen-elemen kemahiran generik (Tengku Mahaleel, 2002). Menurut
beliau lagi, elemen-elemen kemahiran generik akan membolehkan seseorang pekerja
menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang
bidang pekerjaan.
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup merupakan
salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Objektif utama bagi kursus ini ialah untuk membolehkan graduan
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi kemahiran hidup
dan pendidikan dalam merancang, mengimplimentasi dan mengurus aktiviti-aktiviti
berkaitan pendidikan. Penerapan kemahiran generik dilaksanakan dalam setiap
subjek pada setiap semester semasa pelajar tersebut berada di semester satu, dua, tiga
dan empat. Berdasarkan keadaan tersebut, sudah pasti pelajar tersebut akan
mempraktiskan sedikit sebanyak kemahiran generik yang dipelajari semasa
menjalani pengajian mereka. Oleh yang demikan, satu kajian telah dibuat bagi
mengkaji tahap penguasaan terhadap kemahiran generik di kalangan pelajar 4SPH
(Perdana), UTM.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Guru pada masa kini memikul tugas dan tanggungjawab besar kepada
masyarakat dengan peranan di sebuah institusi yang melahirkan generasi pemimpin
yang bakal menentukan masa depan negara. Oleh itu, adalah penting bagi bakal guru
untuk memperlengkapkan diri dari pelbagai aspek supaya mereka berupaya menjadi
seorang pendidik yang baik.
Guru seharusnya mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang
tinggi, mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada
etika perguruan. Dengan ini, guru berupaya untuk mendidik generasi muda dengan
sempurna.
Bakal guru samaada dari maktab perguruan atau penuntut ijazah kini
dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran generik yang diterapkan pada setiap
subjek semasa mereka menjalani pengajian mereka masing-masing. Namun,
kemahiran generik amatlah penting bagi mereka ketika ingin menceburi bidang
masing-masing pada masa akan datang. Persoalannya, adakah semua bakal pendidik
memperolehi kemahiran-kemahiran tersebut ketika menjalani pengajian mereka
masing-masing? Selain itu, jika mereka memperolehi kemahiran-kemahiran tersebut,
sejauhmanakan tahap penguasaan kemahiran tersebut? Daripada persoalan yang
timbul ini, pengkaji berminat untuk mengkaji sejauhmanakah tahap penguasaan
kemahiran generik oleh pelajar 4SPH (Perdana) dalam persediaan untuk menceburi
bidang perguruan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk memenuhi beberapa persoalan, iaitu:
i) Mengenalpasti bagaimana kemahiran generik diterapkan dalam proses
pengajaran & pembelajaran.
ii) Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan
pelajar 4SPH (Perdana).
1.5 Matlamat Kajian
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
sejauhmanakah tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar 4SPH
(Perdana) untuk persediaan menceburi bidang perguruan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
7
1.6 Persoalan Kajian
Secara amnya, persoalan kajian ini melibatkan kemahiran generik yang
dimiliki oleh pelajar 4SPH (Perdana) dan juga tahap penguasaan kemahiran tersebut
sebagai persediaan untuk menceburi bidang perguruan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
Persoalan untuk kajian ini menjurus kepada bagaimanakah kemahiran generik
diterapkan dan apakah tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar
4SPH (Perdana). Persoalan kajian ini ialah:-
i) Bagaimanakah kemahiran berkomunikasi diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran?
ii) Bagaimanakah kemahiran penyelesaian masalah diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
iii) Bagaimanakah kemahiran kepimpinan diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran?
iv) Bagaimanakah kemahiran kerja berpasukan diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
v) Apakah persepsi pelajar 4SPH (Perdana) terhadap kebolehan dalam
penguasaan kemahiran berkomunikasi?
vi) Apakah persepsi pelajar 4SPH (Perdana) terhadap kebolehan dalam
penguasaan kemahiran penyelesaian masalah?
vii) Apakah persepsi pelajar 4SPH (Perdana) terhadap kebolehan dalam
penguasaan kemahiran kepimpinan?
viii) Apakah persepsi pelajar 4SPH (Perdana) terhadap kebolehan dalam
penguasaan kemahiran kerja berpasukan?
Top Related