GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
1.0 PENGENALAN
Saya percaya ramai di kalangan bakal graduan undang-undang masih tercari-cari hala tuju ke
arah mana mereka akan tuju setelah bergelar siswazah. Bagi pelajar di peringkat menengah
barangkali kerjaya sebagai seorang Pegawai Undang-Undang menjadi impian di hati. Ikon
seperti Karpal Singh, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Dato' Wan Mutalib Embong,
Allahyarham Aris Rizal Christopher Fernando, Hj Sulaiman Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim
(sekadar beberapa peguam ternama) menjadi idola mereka. Tidak dinafikan bahawa ikon
yang disebutkan itu bukan sahaja terbilang di dunia perundangan tetapi berjaya mengumpul
harta benda yang mewah di dunia ini. Tarikan utama dunia perundangan adalah duit. Ramai
orang menyangka bahawa title sebagai peguam itu akan menjadikan seseorang itu kaya.
Hakikatnya, menjadi seorang peguam pada masa sekarang adalah tidak sama seperti menjadi
peguam 20 tahun yang lampau. Ikon yang disebutkan di atas sebenarnya telah berusaha
semenjak puluhan tahun yang lalu dan telah menuai hasilnya sekarang. Kerjaya sebagai
peguam sekarang ini harus lari dari sterotaip yang wujud. Pada masa kini, ramai peguam
menumpukan dalam bidang perbankan dan hartanah. Kewujudan pemaju perumahan dan
sektor perumahan yang pesat membangun dari tahun 1980-an telah membantu ramai peguam
untuk berjaya. Statistik terkini menunjukkan peguam yang berdaftar adalah melebihi 13 ribu
orang di seluruh Semenanjung dan lebih 6 ribu peguam berada di Lembah Klang. Bakinya
berselerak di merata negeri.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
2.0 LATAR BELAKANG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
Seorang Pegawai Undang-Undang yang baru 'long call' (istilah bagi yang sudah rasminya
menjadi peguam) selepas menghabisi masa 9 bulan tempoh chambering (praktikal) akan
memperoleh gaji sekitar RM1800 - RM2500 di Kuala Lumpur. Katakanlah, kenaikan gaji
sebanyak RM200 setahun diperolehi maka dalam tempoh 10 tahun gaji yang diperoleh
sebagai seorang Legal Assistant di firma undang-undang mungkin berkisar antara RM4000-
RM5000 Ada di kalangan peguam yang melompat firma (istilah 'lompat' ini sangat sinonim
sekarang dengan tarikh 16 Sept 2008, kononnya ada ahli parti kerajaan akan melompat
kepada pembangkang dan seterusnya menumbangkan kerajaan yang sedia ada), daripada
firma asal ke beberapa firma lain untuk mendapatkan gaji dan imbuhan yang lebih baik.
Namun, pada pandangan saya, gaji sebagai seorang Legal Assistant tidak akan lebih daripada
RM5 ribu sebulan. Jika seseorang peguam ingin mendapatkan pendapatan yang lebih maka
beliau harus mencari kesnya sendiri dan membawa kes itu ke dalam firma. Jika nasibnya
baik, rundingan dengan pekongsi firma berjalan lancar maka peguam itu boleh menuntut
sebahagian besar yuran guaman untuk imbuhan dirinya. Kadar imbuhan itu barangkali antara
30-80 % bergantung kepada setakat mana sumber firma itu digunakan seperti khidmat kerani,
despatch, wang yang didahulukan dan lain-lain lagi.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya
memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang
peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan
akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan
permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya
daripada peguam agar dia boleh memenangi kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman
diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan
membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.
Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya
dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah.
Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah
dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan
dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula
akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri di Malaysia.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
3.0 EXPLORATION
Peringkat ini merujuk kepada permulaan sesuatu perancangan ke arah kerjaya dalam
kehidupan seseorang. Ia merupakan tahap di mana individu masih dalam proses ‘pencarian’
kerjaya yang ingin diceburi. Jika kita lihat kepada kategori umur dalam peringkat ini, ia
adalah dalam lingkungan sehingga sekitar 25 tahun. Ini bermakna, sebahagian besar
peringkat ini digunakan untuk persekolahan dan pengajian di institusi yang lebih tinggi. Ini
termasuklah proses pembelajaran dan percubaan bagi banyak perkara dalam hidup. Individu
lazimnya terpaksa membuat keputusan yang penting pada peringkat ini, jadi maklumat yang
banyak dan tepat amatlah perlu sebelum sebarang keputusan dibuat. Antara sumber-sumber
untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut adalah seperti keluarga, guru-guru, kawan-
kawan dan media. Selain maklumat, sokongan dan latar belakang kewangan keluarga juga
memainkan peranan penting bagi membantu individu dalam tahap ‘discovery’ ini.
Misalannya, jika minat dan kecenderungan sahaja yang wujud tidak mencukupi tanpa sumber
kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Salah satu kekangan
pada peringkat ini juga ialah individu tidak mampu memfokuskan apa sebenarnya bidang
yang hendak diceburi atau pun meletakkan ‘unrealistic job expectation’. Maka, ada yang
mungkin terpaksa ‘trial and error’ beberapa kerja dahulu sebelum mendapat kerja yang
sesuai. Namun demikian, percubaan-percubaan untuk mencari pekerjaan yang sesuai ini
bukan semuanya tidak baik sebab ia juga boleh dilihat sebagai satu pengalaman yang
berharga kepada seseorang. Ini kerana pada masa yang sama, individu dapat meninjau
kerjaya yang berpotensi dan menilai kecenderungan sendiri terhadap kerjaya mana yang
disukai atau bertepatan dengan kemahiran yang dimiliki. Malah ianya penting untuk
menentukan sama ada seseorang itu akan meneruskan sesuatu pekerjaan tersebut.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Ahmad yang lahir di Pulau Pinang amat meminati bidang perundangan sejak dari zaman
beliau sekolah. Beliau telah bercadang dari mula lagi untuk mendapatkan segulung ijazah
dalam Sarjana Muda Perundangan. Pada zaman sekolah menengah lagi Ahmad telah
berjumpa dengan kaunselor di sekolahnya untuk bertanya mengenai personalitinya sekiranya
ingin menceburi di dalam bidang perundangan. Berikut adalah ciri-ciri peribadi yang perlu
ada pada seorang Pegawai Undang-Undang.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGAWAI
UNDANG-UNDANG
Berminat dengan profesion ini
Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Memiliki kemahiran berkomunikasi
Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
Suka membaca
Mengikuti perkembangan semasa
Berdisiplin dan berfikiran matang
Ahmad juga telah mengenal pasti antara syarat-syarat yang diperlukan untuk melanjutkan
pengajian ke bidang perundangan.
SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG PERUNDANGAN
Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang iaitu :
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan JPA dan MARA di luar negara. Syarat
yang diperlukan adalah lulus tidak kurang tiga kepujian dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek sains dan teknikal.
STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu sekurang-kurangnya tiga prinsipal C, para
pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di
UM, UKM, UIAM dan UUM.
Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu, mereka
boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini
mengambil masa empat tahun.
Universiti Teknologi Mara
Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus
matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang.
Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan
dari UiTM, mereka boleh memasuki UM untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
A Level
Bagi mereka yang memiliki A Level, mereka biasanya mengikuti kursus di luar negara
seperti di United Kingdom, , Ireland, Australia dan New Zealand (STPM juga boleh
digunakan) memakan masa empat tahun sementara di United Kingdom dan Ireland
mengambil tiga tahun.
South Ausralian Matriculation
Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke Australia tetapi boleh digunakan untuk kemasukan
ke United Kingdom dan New Zealand.
Sijil Amalan Guaman
Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki
Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian.
Bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain, mereka
bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice)di UM.
Walau bagaimanapun, tanpa sijil ini mereka masih boleh diterima untuk menjawat pelbagai
jawatan di bidang atau jurusan, lain seperti di badan-badan perundangan atau kehakiman
kecuali peguam. Para graduan dari IPT di Singapura, New Zealand dan Australia
dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah
berbeza dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
4.0 ESTABLISHMENT
Pada peringkat kedua, individu sudah berada dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun,
iaitu lebih matang. Ketika itu, selalunya kita telah mempunyai suatu pekerjaan yang stabil,
atau mungkin juga mendapat pekerjaan pertama yang sebenar dan serasi. Dalam tahap ini,
individu akan cuba menentukan matlamat kerjaya mereka. Penting bagi mereka untuk rasa
diterima oleh rakan-rakan sekerja dan persekitaran kerja. Oleh yang demikian, mereka
selalunya ingin membuktikan kemampuan dan kesungguhan dalam kerja yang dilakukan.
Jadi, dalam keghairahan bekerja tersebut, sudah pastilah akan timbul kekeliruan dan
kesilapan dari masa ke semasa. Tapi, ini adalah perkara yang biasa dan boleh diatasi dengan
positif kerana setiap orang belajar dari kesilapan yang dilakukan. Ketika ini juga individu
akan menghadapi ‘dunia pekerjaan’ yang sebenar. Majoriti daripada kita memang memasuki
alam pekerjaan (organisasi) untuk mendapat sesuatu pencapaian. Selain daripada individu,
organisasi juga perlu memainkan peranan penting dalam tahap ini untuk memastikan individu
dapat meneruskan kerja dengan harmoni. Proses penyesuaian kerja dengan individu harus
dilakukan secara bersama di antara individu dan organisasi. Masalah seperti personality dan
‘conflict of interest’ sering berlaku pada tahap ini. Fenomena menukar pekerjaan dapat
dikurangkan jika ada toleransi antara kerja, organisasi dan individu.
Setelah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perundangan. Ahmad telah mula berjinak-
jinak sebagai Legal Assistant di pelbagai firma swasta. Antara tugas Ahmad adalah
Bertanggungjawab menjalankan tugas dalam suasana undang-undang di bawah bimbingan
peguam, termasuk memberi nasihat undang-undang, penyelidikan maklumat untuk kes
mahkamah, dan membentangkan kes-kes di mahkamah. Bermula daripada itu Ahmad mula
mencari peluang pekerjaan di dalam sektor awam sebagai Pegawai Undang-Undang (L41).
Antara syarat-syarat pelantikan adalah seperti berikut:
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9
bulan chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat
kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah
di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang
layak" dan boleh diterima menjadi seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu
memenuhi syarat-syarat berikut:
Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
Mempunyai keperibadian yang baik
Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia
Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk
melayakkan diri.
Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying Examination
yang dikendalikan oleh Lembaga.
Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima
menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus
dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan
oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang
tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang
berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di
universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang
dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act.
Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan
11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa
Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.
Ahmad telah diterima sebagai Pegawai Undang-Undang dengan Gred L41. Ahmad
memulakan kerjaya sebagai Majistret di Balik Pulau. Dia menjalani tempoh latihan amali
selama 3 bulan dan terus menjalankan tugas, terus berkhidmat sebagai Majistret, dan apa juga
memang kita mula bertugas kita tidak ada pengalaman. Sebab di universiti dengan di realiti
menjawat jawatan sebagai pegawai undang-undang itu sangat berbeza. Di universiti kita
belajar tentang undang-undang, tentang teorinya, tetapi apabila kita menjawat jawatan
Majistret kita sebenarnya mengimplementasikan apa juga yang telah kita belajar di universiti.
Jadi terpulang kepada kecekalan dan keyakinan masing-masing apabila terus naik atas kerusi
dan terus mengadili seseorang sebagai majistret. Jadi ia bukan seperti peguam bela atau
peguam cara di mana mereka akan menjalani tempoh latihan amali selama sembilan bulan.
Bagi seorang yang memulakan kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai kelulusan Ijazah
Sarjana Muda Undang-undang gaji mereka sebanyak RM 2085.46
Pegawai Undang-Undang ialah satu profesion yang sangat menarik dan mempunyai masa
depan yang cerah. Profesion ini walaupun kadang-kala nampak agak sukar namun jika kita
betul-betul memahami dan berminat untuk mendalaminya ia tidaklah sesukar mana. Ia juga
mempunyai pelbagai cabang dan boleh dipilih mengikut minat dan kemampuan seseorang.
Bidang guaman ini juga mampu menjadikan seseorang lebih kebertanggungjawaban dan
amanah pada tugas yang diberikan.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak cabaran kepada pengamalnya dan jika tidak
tahan dengan ujian kemungkinan seseorang peguam itu boleh melakukan sesuatu yang
menyalahi etika dan peraturan. Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan timbul kes-kes
di mana pegawai awam pecah amanah, menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika ingin
menjadi Pegawai Undang-Undang seseorang itu perlu mempersiapkan dirinya sama ada dari
segi rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-
perkara yang bertentangan dengan etika.
5.0 MID CAREER
Di peringkat ini individu berada dalam lingkungan umur 35 hingga 50 tahun dan mungkin
akan merasa agak mencabar dalam kehidupan peribadi serta kerjayanya. Ini disebabkan
peringkat ini berperanan membentuk hala tuju kerjaya seseorang untuk jangka masa yang
panjang. Terdapat tiga kemungkinan yang boleh berlaku dalam tahap ini iaitu sama ada
individu akan
i. Meningkatkan prestasi kerja dan mencapai kejayaan yang lebih baik dalam
kerjayanya. Mereka ini selalunya akan bersedia menerima tanggungjawab yang lebih
besar, berdaya saing tinggi dan juga mendapat pulangan atau ganjaran yang menarik.
Individu dalam kategori ini sama ada benar-benar suka dengan kerja tersebut atau
hanya inginkan pencapaian yang tinggi, terpulang kepada matlamat kerja dan personal
mereka.
ii. Meneruskan kerjaya yang sedia ada dengan biasa sahaja. Tidak ramai yang
menunjukkan keinginan untuk pencapaian yang tinggi dan sekadar berpuas hati
dengan apa yang telah dilakukan. Bagi individu yang berada dalam keadaan ini, ada
baiknya mereka menilai semula matlamat kerjaya mereka dan mungkin dapat
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
melakukan sedikit perubahan. Apa yang diperlukan oleh mereka ialah sedikit motivasi
dan galakan serta sokongan daripada majikan, keluarga dan rakan-rakan.
iii. Kemungkinan ketiga ini pula boleh berlaku bila individu menunjukkan prestasi kerja
yang semakin menurun. Pelbagai faktor boleh menjadi alasan untuk keadaan ini.
Salah satu daripadanya ialah ketiadaan minat dan kemahiran dalam melakukan kerja
yang sedia ada. Individu yang berada dalam keadaan ini mungkin memilih jalan
keluar untuk bertukar pekerjaan daripada terus merosot.
Ahmad yang telah mula saya bertugas sebagai Majistret selama empat [4] tahun bermula di
Balik Pulau dan selepas itu dia dipindahkan ke Kangar. Kemudian beliau bertugas sebagai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah tinggi di Pulau Pinang dan menyandang jawatan
sebagai Pegawai Undang-Undang Kanan (L44). Pegawai Undang-undang Gred L41 adalah
layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L44
yang kosong apabila telah:-
a. disahkan dalam perkhidmatan;
b. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
c. melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan dan
d. diperaku oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
Setelah empat (4) tahun bertugas sebagai Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi,
Ahmad telah dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Seksyen di Georgetown Pulau Pinang
dengan jawatan hakiki sebagai Ketua Pegawai Undang-Undang (L48). Semuanya selama
lebih kurang sebelas [11] tahun dalam bidang kehakiman, selepas itu Ahmad berpindah ke
bidang perundangan dan memulakan kerjaya dalam bidang ini sebagai Senior Federal
Council [Peguam Kanan Persekutuan] di bahagian guaman untuk satu [1] tempoh yang
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
sangat pendek iaitu sebulan sebelum dia dipindahkan ke Bahagian Gubalan. Sesudah itu,
agak lama juga tempoh yang Ahmad habiskan di bahagian gubalan iaitu sembilan [9] tahun
sebelum dia dipindahkan sebagai penasihat undang-undang di negeri Melaka sebagai dua [2]
tahun dan kemudiannya penasihat undang-undang di negeri Perak selama setahun dan
kembali ke bahagian Gubalan sebagai timbalan penggubal undang-undang parlimen dan
sekarang sebagai ketua.
Sepanjang tempoh perkhidmatan Ahmad, di dalam dan di luar negara. Kebanyakannya,
bukan semuanya berkaitan dengan perundangan, sebab ia juga mengkhususkan kepada
bidang pentadbiran kerana Ahmad adalah salah seorang manager [pengurus], pengurus,
kerana dalam sebagai peneraju sesuatu bahagian, mengetuai pentadbiran bahagian kami, jadi
pengurusan adalah sesuatu yang dituntut dan selain itu, kursus yang ditawarkan agak luas dan
jabatannya memang memberi penekanan yang besar terhadap keperluan kursus kerana Yang
Berbahagia Tan Sri Peguam Negara, merupakan seorang pegawai yang believe in continuing
education [percaya dengan meneruskan pembelajaran]. Jadi memang mengamalkan sikap
mengutamakan latihan dan kursus dan latihan kursus termasuklah seminar, persidangan dan
sebagainya. Selain perlu menghadiri kursus selama tujuh [7] hari mengikut arahan Jabatan
Perkhidmatan Awam, kita juga turut menghadiri kursus, lain walaupun melampaui tempoh
tujuh [7] hari itu.
Pada tahap ini boleh diselamatkan dengan individu menimbang dan menilai semula
penglibatannya dalam kerjaya yang dimiliki. Contohnya, adakah kerjaya tersebut mencapai
matlamat individu, atau adakah individu mendapat kepuasan kerja yang tinggi. Cabaran-
cabaran seperti hubungan pekerja-majikan, tanggungjawab terhadap keluarga juga mungkin
memberi impak dalam membuat keputusan tentang kerjaya seseorang pada tahap ini.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
6.0 LATE CAREER
Dalam tahap ini, individu lazimnya berada dalam keadaan yang lebih tenang dan matang
dalam kerjayanya. Mereka tidak lagi mementingkan soal persaingan, kenaikan pangkat, gaji
dan soal yang remeh-temeh dalam melakukan kerja. Jika kita lihat lingkungan umur dalam
peringkat ini adalah dalam kategori persaraan iaitu antara 50 hingga 70 tahun. Bagi mereka,
apa yang penting pada ketika itu ialah mendapat pengiktirafan daripada organisasi dan rakan-
rakan sekerja sebagai seseorang yang berpengalaman dalam kerjaya tersebut. Mereka juga
akan mempamerkan prestasi kerja yang selalunya stabil dan menurunkan kemahiran kepada
pekerja-pekerja yang di bawah seliaan mereka. Bagi kakitangan dalam sektor awam,
kebanyakannya akan melalui tahap ini lebih awal kerana umur persaraan adalah di sekitar 55
ke 56 tahun berbanding sektor swasta. Disamping itu, faktor umur dan kesihatan juga
memainkan peranan penting bagi menentukan individu dapat meneruskan kerjayanya atau
tidak.
Pada tahap ini Ahmad telah mempunyai pelapis. Memang itu perlu diutamakan untuk
memastikan bahawa apabila generasi Ahmad meninggalkan bahagian ini akan ada pegawai-
pegawai yang sedia untuk menjawat jawatan ni menyandang jawatan ini dan seterusnya
menunaikan tugas dan Ahmad memang dalam proses melatih, membina kemahiran pada
setiap masa sebab itu adalah perlu. Kalau tidak, jabatan beliau akan mewujudkan satu
kelompangan dan bukanlah satu perancangan yang baik. Perancangan yang baik adalah
memastikan bahawa tidak akan terencat, tidak akan terbantut kesinambungan perlaksanaan
tugas. Jadi golongan pelapis, mengadakan golongan pelapis yang mahir menjadi keutamaan
Ahmad dan sebab dia akan bersara tidak berapa lama lagi, kerana sudah berumur lima puluh
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
dua [52] tahun, jadi golongan pelapis memang sedang dididik dan diasuh untuk mengabil alih
jawatan tersebut
.
Ahmad memang ada kriteria, sifat yang tertentu bagi memilih pelapis yang bersesuaian
dengan seseorang penggubal. Pertama adalah penyabar sebab kerja ini memang menuntut
tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana kami banyak menghabiskan banyak masa dalam
bilik. Selain bertemu dengan pelanggan, masa dihabiskan bersama dengan pegawai, dengan
pensil dengan pembaris dengan getah pemadam, komputer dan rang undang-undang yang
sedang kami semak dan buku-buku perundangan. Ahmad juga perlu berhadapan dengan
kerenah pelanggan yang boleh bertukar fikiran setiap kali bertemu, Ahmad juga mempunyai
banyak masalah untuk memastikan bahawa penggubalan boleh berjalan lancar kerana tidak
ada penggubalan yang boleh penyemakan penggubalan yang boleh dimuktamadkan jika soal
dasar belum diputuskan. Tetapi sebelum kita hendak menggubal umdang-undang, mesti ada
keputusan dasar. Dasar itu yang dibuat oleh pihak kerajaan akan diterjemahkan will be
transformed [akan diubah] untuk dijadikan satu [1] rang indang-undang. Jadi, asasny ialah
satu [1] keputusan dasar mesti dibuat dan Ahmad banyak menghadapi masalah untuk
memastikan kepada dasar itu dibuat secara muktamad sebab kepada dasar perlu diubah dari
semasa ke semasa dan saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana untuk membuat
suatu keputusan dasar, banyak perkara perlu diambil kira, banyak factor yang mempengaruhi
pengmuktamadan pembuatan kepada dasar itu sendiri.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
7.0 DECLINE
Pada peringkat ini, individu terpaksa berundur daripada kerjaya mereka. Dalam lingkungan
umur 70an, ramai yang tidak lagi memikirkan kerjaya sebaliknya menumpukan perhatian
pada aspek-aspek lain seperti keluarga, ketengan fikiran dan berehat. Tetapi bagi yang sedang
atau masih aktif bekerja mereka akan berasa sukar untuk menerima hakikat yang kerjaya
mereka sudah hampir ke penghujungnya, terutamanya jika mereka mendapat pulangan yang
tinggi dari segi kewangan. Namun demikian, tahap ini bergantung kepada persepsi dan
budaya masing-masing. Contohnya, di Jepun atau Amerika Syarikat, individu dalam kategori
ini memang masih aktif dan mampu bersaing dalam kerjaya mereka.
Bagi kebanyakan populasi yang bekerja, usia persaraan mandatori sudah ditetapkan, tidak
kira sama ada anda sudah bersedia ataupun tidak. Tinjauan bebas yang dijalankan baru-baru
ini mendapati bahawa lebih sepertiga daripada rakyat yang sedang menghampiri fasa
persaraan, mempunyai keyakinan diri yang kurang berbanding setahun yang lalu. Ini selaras
dengan petikan Chris Farrel yang berbunyi "Paling menakutkan ialah apabila kita kehabisan
wang. Itulah perasaan gerun yang dirasai setiap pesara.” – pengarang buku "Right on the
Money: Taking Control of Your Personal Finances,"
Bagi Ahmad yang telah pencen ketika ini, dia telah merancang dengan baik dan kini
usahanya membuahkan hasil kerana tabiat menabung telah disemai dalam dirinya sejak
zaman persekolahannya. Dia memberikan keutamaan kepada menabung 10% daripada
gajinya setiap bulan dan tegas mematuhi beberapa daripada prinsip berikut:
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Daftar untuk KWSP pada hari pertama anda bekerja dan mulakan akaun persaraan peribadi
dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda sebagai tambahan kepada
KWSP
Tambahkan tabungan dana persaraan peribadi anda pada peratusan tertentu pendapatan
tahunan anda dengan peningkatan usia
Peruntukkan sebahagian daripada jumlah kenaikan gaji atau bonus tahunan kepada tabung
persaraan anda
Semak semula portfolio pelaburan persaraan anda setiap tahun untuk memastikan wang anda
bertambah selaras dengan pelan persaraan anda
Meskipun Ahmad mungkin mempunyai wang yang cukup untuk persaraannya dia
memegang pada prinsip Berhemat - Belanjawan Persaraan mereka terus tertumpu pada
pelaburan berhemat. Misalan, Ahmad masih memandu kereta buatan Jepunnya yang sudah 10
tahun lamanya. Hasil beberapa tinjauan menunjukkan bahawa 50% orang bimbang mereka
tidak mampu untuk bersara. Sikap pesimis mereka bukanlah tak berasas kerana laporan-
laporan KWSP yang terdahulu mendapati dana persaraan ahli hanya dapat kekal secara purata
selama tiga tahun.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperoleh seberapa banyak manfaat daripada
dana persaraan anda:
Nilai-semula Sasaran
Ada kalanya, kita perlu bersikap realistik mengenai sasaran kita. Jika unjuran menunjukkan
dana tidak cukup untuk menampung gaya hidup tertentu semasa persaraan, perubahan yang
wajar perlu dibuat kepada pelan asal. Ini sebenarnya soal mengenai jangkaan dan berasa puas
hati dengan apa yang kita miliki.
Mengecilkan saiz Rumah
Ada kalanya mengecilkan saiz rumah anda merupakan pilihan yang baik untuk menghasilkan
wang tambahan untuk dana persaraan. Jika cuma anda dan pasangan anda tinggal di rumah
tersebut, yang kini terlalu besar, anda boleh menjualnya dan menggantikannya dengan rumah
lebih kecil. Wang lebihan yang diperoleh daripada jualan rumah lama, selepas membeli
rumah yang lebih kecil, boleh ditambahkan kepada dana persaraan anda. Anda juga mungkin
mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan kejiranan yang tidak begitu mahal atau ke
kota/negeri lain untuk mendapatkan wang tambahan. Ini juga dapat mengurangkan
perbelanjaan harian sekiranya anda berpindah ke tempat yang mempunyai kos saraan yang
lebih rendah.
Libatkan Diri dalam Pekerjaan / Perniagaan Selepas Bersara
Di sini, anda sama ada mahu bekerja atau terpaksa bekerja. Ada kalanya kita tiada pilihan
tetapi untuk terus bekerja. Dengan melibatkan diri dalam pekerjaan selepas bersara atau
memulakan perniagaan sendiri, ini boleh membantu dalam dua cara. Pertama, anda
mempunyai tempoh pengumpulan dana persaraan yang lebih panjang dan kedua, tahun-tahun
persaraan disingkatkan. Namun begitu, anda masih terlalu muda untuk bersara pada umur 55
tahun.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
Optimumkan Keistimewaan Warga Tua
Sebagai masyarakat yang prihatin, negara kita menawarkan warga tua banyak keistimewaan
dan diskaun atas barangan dan perkhidmatan termasuk tambang penerbangan, tren dan LRT,
wayang, penginapan hotel ke tawaran-tawaran hebat di pusat membeli-belah. Semakin
banyak syarikat memberikan insentif untuk mengguna pakai segmen pasaran senior, sebagai
suatu tanggungjawab sosial dan juga untuk memanfaatkan pasaran sasaran yang
menguntungkan bagi perniagaan mereka.
Anda perlu berbelanja secara bijak, tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengurangkan
nikmat-nikmat hidup dengan bersikap terlalu konservatif. Pada peringkat awal persaraan,
anda perlu berhati-hati dan jalani gaya hidup yang seimbang.
Walaupun wang menjadi suatu keperluan dalam dunia hari ini, tapi wang bukanlah segala-
segalanya. Jangan jadikan wang sebagai matlamat asas hidup anda. Kesihatan, keluarga dan
kesejahteraan rohaniah juga merupakan unsur-unsur penting yang menyumbang kepada
kehidupan yang lebih sempurna. Kita harus kerap menderma dan membuat sumbangan, dari
segi masa dan wang, kepada mereka yang kurang bernasib baik. Amatlah penting untuk
mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan kita agar kehidupan ini penuh bermakna.
Pendek kata, bagaimanakah anda mahu dikenangi.
GMGM3063 PENGURUSAN KERJAYA
8.0 KESIMPULAN
Tidak memadai jika sekadar berbekalkan ilmu dan pengajian dan universiti semata-mata
untuk menjadi Pegawai Undang-Undang, kerana banyak faktor lain yang perlu sama
dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri secara mental, disiplin dan kematangan
berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.
Antara tugas seorang Pegawai Undang-Undang ialah menasihati dan menjadi pakar rujuk
yang bijak dan berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesesuaian dengan kes
dan keadaan, menjadi peguam bela dan peguam cara yang berpengalaman, cekap dan mahir
dalam hal-hal pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping mem
perbaiki dan meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah dan undang-undang.
Kerjaya di bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi segala aspek kegiatan manusia,
ekonomi, politik dan sebagainya. Dewasa ini mereka yang berkelulusan di bidang undang-
undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau di swasta seperti di institusi kewangan,
petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat
undang-undang. Contohnya, bagi mereka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma
guaman secara persendirian atau perkongsian.
Top Related