Download - Pengurusan kewangan

Transcript
Page 1: Pengurusan kewangan

Dari segi pengurusan kewangan, pihak kerajaan iaitu Jabatan

Pelajaran Negeri telah memberi peruntukkan kewangan sebanyak 5 ratus ribu

kepada Sekolah Dato’ Sheikh Ahmad pada tahun 2009. Selain itu,

disebabkan sekolah tersebut merupakan kebitaran dalam subjek BM dan

Sains serta sukan hoki, maka pihak sekolah telah menggunakan sumber

kewangan tersebut untuk membina gelanggang hoki. Untuk melahirkan atlet

hoki yang berkualiti, sekolah juga menggunakan sumber kewangan tersebut

mengupah jurulatih bagi melatih atlet sekolah tersebut. Di samping itu, pihak

sekolah telah menggunakan wang tersebut untuk memperbaiki makamal BM

dan juga membina bilik Sains dan Matematik.

Pada tahun lepas bulan Ogos, pihak sekolah menggunakan wang

tersebut untuk mengadakan lawatan ke negeri tempatan. Pihak sekolah juga

mengadakan lawatan ke negara yang lain seperti Singapore, Thailand, Brunei

dan lain-lain. Pada tahun ini, pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke

negara China.

Berdasarkan dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk

menguruskan sumber kewangan yang diberi, jelaslah dilihat bahawa pihak

sekolah menggunakan peruntukkan kewangan yang diberi oleh kerajaan

dengan jimat dan cermat.