PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 1/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
ISI KANDUNGAN
SEKSYEN/ RUJUKAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Tujuan 3
1.2 Skop 3
1.3 Tarikh Kuatkuasa 3
2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 4
2.1 Latar Belakang 4
2.2 Visi 4
2.3 Misi 4
2.4 Matlamat UPM 4
3.0 KEPERLUAN ISMS 5
3.1 Latar Belakang 5
3.2 Pemetaan ISMS 6
4.0 KONTEKS ORGANISASI 7
4.1 Memahami Organisasi 7
4.2 Keperluan dan Harapan Pihak Berkaitan 11
4.3 Skop ISMS 12
5.0 KEPEMIMPINAN 15
5.1 Kepemimpinan dan komitmen 15
5.2 Dasar ISMS 15
5.3 Peranan dan Tanggungjawab 18
6.0 PERANCANGAN 21
6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang 21
6.1.1 Am 21
6.1.2 Penilaian Risiko 21
6.1.3 Pemulihan Risiko 22
7.0 SOKONGAN 23
7.1 Am 23
7.2 Kompetensi 23
7.3 Kesedaran 23
7.4 Komunikasi 24
7.5 Keperluan Dokumentasi 25
8.0 OPERASI 27
8.1 Perancangan dan Kawalan Operasi Pusat Data 27
8.2 Penilaian Risiko 27
8.3 Pemulihan Risiko 28
9.0 PENILAIAN PRESTASI 29
9.1 Pemantauan, Pengukuran, Analisis dan Penilaian 29
9.2 Audit Dalaman 29
9.3 Kajian Semula Pengurusan 31
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 2/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
10.0 PENAMBAHBAIKAN 32
10.1 Ketakakuran dan Tindakan pembetulan 32
10.2 Penambahbaikan Berterusan 33
Rajah 1 Pemetaan ISMS 6
Rajah 2 Hubung Kait ISO 27001:2005 kepada ISO/IEC 27001:2013 11
Rajah 3 Struktur Organisasi ISMS UPM 18
Rajah 4 Proses Penilaian Risiko 21
Jadual 1 Keberhasilan pelaksanaan ISSM di peringkat organisasi dan isu dalaman serta luaran
8
Jadual 2 Pihak berkepentingan serta keperluan mereka 9
Jadual 3 Pertalian dan kebergantungan aktiviti yang dilaksanakan Oleh UPM dan organisasi
9
Jadual 4 Justifikasi pengecualian 12
Jadual 5 Lokasi Skop Pelaksanaan Pensijilan ISMS UPM 14
Jadual 6 Objektif Keselamatan Maklumat UPM 16
Jadual 7 Peranan dan tanggungjawab organisasi ISMS UPM 19
Jadual 8 Kaedah Komunikasi Secara Dalaman dan Luaran 24
Jadual 9 Pilihan Cadangan Kawalan Keputusan Penilaian Risiko 28
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 3/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 1: PENGENALAN
1.1 TUJUAN
Manual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan
Maklumat berlandaskan keperluan Piawaian ISO/IEC 27001:2013 Information Security
Management Systems (ISMS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengurus sistem
keselamatan maklumat selaras dengan semua peraturan keselamatan maklumat yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Manual ini disokong dengan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi) 2014, prosedur, garis panduan, prosedur pengoperasian
piawai (SOP), borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.
1.2 SKOP
Manual ini mengandungi lapan (8) perkara berikut:
a. Perkara 1: Keperluan ISMS;
b. Perkara 2: Konteks Organisasi (Klausa 4);
c. Perkara 3: Kepemimpinan (Klausa 5);
d. Perkara 4: Perancangan (Klausa 6);
e. Perkara 5: Sokongan (Klausa 7);
f. Perkara 6: Operasi (Klausa8);
g. Perkara 7: Penilaian prestasi (Klausa 9); dan
h. Perkara 8: Penambahbaikan (Klausa10).
1.3 TARIKH BERKUAT KUASA
Manual ini berkuat kuasa mulai tarikh 26 Mei 2017.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 4/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 2: MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 LATAR BELAKANG
Universiti Putra Malaysia bermula daripada penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei
1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu.
Sekolah Pertanian tersebut telah dinaiktaraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 3 Jun
1947. Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, kolej ini
telah dinaiktaraf menjadi Universiti Pertanian Malaysia dan diaktakan sebagai satu
Perintah Perbadanan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan
menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 387 pada 29 Oktober 1971. Sebagai sebuah universiti
yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan keperluan pembangunan dalam
pelbagai disiplin, nama Universiti Pertanian Malaysia telah ditukarkan kepada Universiti
Putra Malaysia pada 3 April 1997.
2.2 VISI
Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
2.3 MISI
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan
negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.
2.4 MATLAMAT UPM
Untuk mencapai visi dan misi yang telah diwujudkan, UPM telah menggubal 5 matlamat
seperti yang dinyatakandalam Pelan Strategi UPM 2014 – 2020 iaitu:
Matlamat 1 : Mempertingkatkan kualiti dan daya saing graduan
Matlamat 2 : Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari
Matlamat 3 : Melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat
Matlamat 4 : Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian
Matlamat 5 : Mempertingkatkan kualiti tadbir urus
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 5/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 3: KEPERLUAN ISMS
3.1 LATAR BELAKANG
ISO/IEC 27001:2013 ISMS merupakan piawaian yang menetapkan satu set keperluan
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat. Istilah maklumat, merangkumi koleksi
fakta dalam bentuk kertas atau mesej elektronik bagi mencapai misi dan objektif
organisasi. Maklumat merangkumi sistem dokumentasi, prosedur operasi, rekod
agensi, profil pelanggan, pangkalan data, fail data dan maklumat, maklumat arkib dan
lain-lain.
Pembudayaan ISMS akan mewujudkan sistem penyampaian yang bukan sahaja
memenuhi tuntutan serta kepuasan pengguna dan mematuhi peraturan semasa tetapi
membolehkan sistem penyampaian beroperasi dalam keadaan baik, selamat dan
terkawal.
ISMS turut menyediakan tanda aras (benchmark) tahap pengurusan keselamatan
maklumat Universitiberasaskan piawaian antarabangsa serta memantapkan
perlindungan maklumat dalam aset ICT berteraskan prinsip kerahsiaan, integriti dan
ketersediaan.
ISMS dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dalam Klausa 4: Konteks Organisasi
hingga Klausa 10: Penambahbaikan dalam piawaian ISO/IEC 27001:2013 yang
hendaklah dipatuhi mengikut keperluan piawaian.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 6/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
3.2 Pemetaan ISMS
Ringkasan keperluan bagi Klausa 4 hingga Klausa 10 seperti berikut:
Rajah 1: Pemetaan ISMS
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 7/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 4: KONTEKS ORGANISASI (Klausa 4)
4.1 MEMAHAMI ORGANISASI
Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah universiti penyelidikan yang
terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di
Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah
pusat pengajian dan penyelidikan, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan
warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang
amat disegani.
4.1.1 Proses Utama Universiti melibatkan empat (4) komponen di bawah:
a. Pengajaran dan Pembelajaran
b. Penyelidikan
c. Perundingan dan Perkhidmatan Professional
d. Jaringan Luar
UPM mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan hasrat menjadi sebuah
universiti bereputasi antarabangsa khususnya dalam melonjakkan pencapaian
kedudukan UPM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia dalam penilaian QS
World University Ranking.
Pelan Strategik UPM 2014 – 2020 yang mempertaruhkan lima (5) matlamat dan
sembilan belas (19) objektif strategik untuk memastikan UPM mempunyai daya saing
yang tinggi dalam menawarkan perkhidmatan pengajian tinggi pada peringkat
tempatan dan juga antarabangsa.
Melalui tema strategik iaitu Putra Global 200 yang menjadi teras Pelan Strategik 2014-
2020 itu, UPM telah menetapkan matlamat untuk menghasilkan graduan yang
berkualiti dan berdaya saing, membangunkan inovasi pengajaran dan pembelajaran,
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 8/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
meluaskan pembangunan pelajar bersifat holistik, meningkatkan reputasi akademik
melalui kepelbagaian kepakaran dan pembangunan program, meningkatkan aktiviti
kemasyarakatan dan jaringan industri, RDCE (penyelidikan, pembangunan,
pengkomersilan dan keusahawanan) yang berimpak tinggi, memastikan tadbir urus
dan pengurusan sumber yang cekap dan berkesan.
4.1.2 Penentuan Skop Pelaksanaan ISMS
Dalam melaksanakan ISMS, penentuan skop pensijilan hendaklah mengambil kira
perkara-perkara berikut:
a. Menentukan isu luaran dan dalaman berkaitan dengan matlamatnya yang
boleh mempengaruhi pencapaian keberhasilan ISMS;
b. Menentukan pihak berkepentingan serta keperluan mereka dalam pelaksanaan
ISMS; dan
c. Mengenal pasti perkaitan dan kebergantungan antara aktiviti yang
dilaksanakan oleh UPM dan organisasi luar.
BIL. KEBERHASILAN ISU DALAMAN ISU LUARAN
1. Meningkatkan reputasi
Universiti
i. Pembudayaan pengurusan
keselamatan maklumat
setiap warga UPM
a) Kurang kefahaman
dalam kalangan staf
b) Ketidakjelasan
tanggungjawab dan
proses
ii. Tahapkebolehpercayaan,
integriti dan ketersediaan
data
iii. Kekangan sumber manusia
dan kewangan
iv. Infrastruktur tidak
i. Perubahan Dasar
Kerajaan
ii. Perkembangan
teknologi dan
inovasi yang pantas
iii. Ekonomi tidak
menentu
iv. Ancaman ekologi
v. Ekspektasi
pelanggan terlalu
tinggi
vi. Kriteria penarafan
yang berubah
vii. Gangguan media
sosial
viii. Masalah komunikasi
2. Mengekalkan status
Universiti Penyelidikan (RU)
3. Mengekalkan status Swa
Akreditasi
4. Mencapai kedudukan 200
universiti terbaik dunia (QS
World Ranking) menjelang
2020
5. Mengekalkan status
autonomi tadbir urus
6. Mencapai kedudukan 200
laman web universititerbaik
dalam Webometrics Ranking
menjelang 2020
7. Mengekalkan kedudukan 50
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 9/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
BIL. KEBERHASILAN ISU DALAMAN ISU LUARAN
universiti terbaikdalam
Green Metric World Ranking
menyokong proses
8. Kebolehpasaran graduan
(80% semasa konvokesyen)
9. Melonjakkan jaringan
industri dan masyarakat
10. Memperkasakan UPM
sebagai Pusat
Kecemerlangan Pertanian
11. Mempertingkatkan kualiti
tadbir urus
Jadual 1 : Keberhasilan pelaksanaan ISMS di peringkat organisasi dan isu dalaman serta luaran
BIL. PELANGGAN KEPERLUAN PELANGGAN
1. Pelajar Maklumat peribadi dan akademik pelajar hendaklah
dilindungi
2. Warga UPM Maklumat peribadi hendaklah dilindungi
BIL. PIHAK
BERKEPENTINGAN KEPERLUAN PIHAK BERKEPENTINGAN
1. Ibubapa dan penjaga Maklumat prestasi pelajar hendaklah dilindungi
2. Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM)
Maklumat profil Universiti, pelajar, penyelidikan, sumber
manusia dan kewangan hendaklah dilindungi
3. Penaja Pendidikan Maklumat prestasi pelajar yang tepat
4. Agensi Kerajaan Maklumat yang tepat
5. Pembekal i. Maklumat kontrak yang dipatuhi
ii. Maklumat kerjasama
6. Badan Penarafan Maklumat /data yang tepat
Jadual 2 : Pihak berkepentingan serta keperluan mereka
BIL. AKTIVITI ORGANISASI PERTALIAN/HUBUNGKAIT
1. Pengurusan penajaan
pendidikan pelajar
Penaja pendidikan Sistem Maklumat Pelajar –
Modul Penaja
2. Pemberian dan
penerimaan maklumat
Kementerian
Pendidikan Tinggi
(KPT)
Perkongsian maklumat
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 10/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
3. Pemberian dan
penerimaan maklumat
Agensi Kerajaan dan
NGO
Perkongsian maklumat
4. Penyelenggaraan peralatan Sistem Pengurusan
Aset Tetap UPM
(FAMS)
Penyelenggaraan dilaksanakan
oleh pihak vendor, penjadualan
dan pengesahan perkhidmatan
oleh UPM
5. Penyelenggaraan sistem Sistem Pengurusan
Aset Tetap UPM
(FAMS)
Penyelenggaraan dilaksanakan
oleh pihak vendor, penjadualan
dan pengesahan perkhidmatan
oleh UPM
Jadual 3: Pertalian dan kebergantungan aktiviti yang dilaksanakan oleh UPM dan
organisasi luar
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 11/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
4.2 KEPERLUAN DAN HARAPAN PIHAK BERKAITAN
Rajah 2: Hubung Kait ISO 27001:2005 kepada ISO/IEC 27001:2013
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 12/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
4.3 SKOP ISMS
Dalam menentukan skop pensijilan ISMS UPM, Jawatankuasa Kualiti UPM telah
mengenalpasti skop pensijilan ISMS seperti berikut dengan mengambil kira perkara-
perkara 4.1.2: Penentuan Skop Pelaksanaan ISMS.
Skop pensijilan ISMS UPM adalah seperti berikut:
1. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat hanya melibatkan proses
Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah UPM Kampus Serdang dan Kampus
Bintulu
2. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat Data
bagi proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah
3. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat
Pemulihan Bencana bagi proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah
4.3.1 Pengecualian Skop Pensijilan ISMS
Pengecualian skop pensijilan ISMS proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah
adalah kepada pendaftaran kursus, Meal Plan dan aktiviti kemasukan pendaftaran
pelajar baharu prasiswazah untuk:
i. Pengajian Jarak Jauh;
ii. Program untuk Eksekutif; dan
iii. Antarabangsa.
Justifikasi pengecualian adalah berdasarkan kepada berikut:
BIL. PERKARA JUSTIFIKASI
1. Pengajian Jarak Jauh Kawalan UPM Holding
2. Program untuk Eksekutif Tidak mengikut proses pendaftaran pelajar bagi
kemasukan melalui Saluran Perdana (Pendaftaran
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 13/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
diurus oleh Fakulti)
3. Antarabangsa Luar dari proses pendaftaran pelajar bagi
kemasukan melalui Saluran Perdana
Jadual 4 : Justifikasi pengecualian
4.3.2 KETERANGAN SKOP
Proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah bermula dari aktiviti semakan tawaran
sehingga pendaftaran kolej kediaman di UPM Kampus Serdang dan Kampus Bintulu.
Perkhidmatan operasi Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi proses
Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah yang terlibat dalam skop pensijilan ISMS
merangkumi aktiviti berikut:
a. Pengurusan Pusat Data;
b. Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan ICT; dan
c. Pengurusan Backup Pangkalan Data.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Pengoperasian Pengurusan Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/P001)
b. Disaster Recovery Plan (DRP) UPM (UPM/IDEC/100-23/1/4)
c. Prosedur Penempatan Pelajar Baharu (UPM/OPR/KOLEJ/P002)
d. Prosedur Pengambilan Pelajar Baharu Program Pengajian Prasiswazah
(UPM/PU/PS/P003)
e. Arahan Kerja Permohonan Kad Pintar (UPM/OPR/BKU/AK01/KAD PINTAR)
4.3.3 ASET DALAM SKOP PENSIJILAN ISMS
Aset utama dalam skop pensijilan ISMS UPM adalah seperti di Step 3 - Identification of
Assets di dalam proses penilaian risiko.
Dokumen Rujukan:
a. https://myram.mampu.gov.my
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 14/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
4.3.4 LOKASI SKOP PENSIJILAN ISMS UPM
Lokasi skop pelaksanaan pensijilan ISMS UPM adalah seperti butiran berikut:
LOKASI
Kolej Mohamed Rashid (KMR) Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)
Kolej Kedua (K2) Kolej Sepuluh (K10)
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) Kolej Sebelas (K11)
Kolej Canselor (KC) Kolej Dua Belas (K12)
Kolej Kelima (K5) Kolej Tiga Belas (K13)
Kolej Keenam (K6) Kolej Empat Belas (K14)
Kolej Sultan Aleiddin Suleiman Shah (KOSASS)
Kolej Lima Belas (K15)
Kolej Tun Perak (KTP) Kolej Enam Belas (K16)
Kolej Tujuh Belas (K17) (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan) Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
Pusat Data Utama (DC)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC-BETA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC-EPSILON) Blok 2, UPM-MTDC Server Farm Complex 43400 UPM Serdang Selangor
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPM Kampus Bintulu Sarawak Jalan Nyabau, Peti Surat 396 97008 Bintulu, Sarawak
Jadual 5 : Lokasi Pelaksanaan Pensijilan ISMS UPM
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 15/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 5: KEPEMIMPINAN (Klausa 5)
5.1 KEPEMIMPINAN DAN KOMITMEN
Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi komitmen dengan mewujud,
melaksana, memantau, menyemak, menyelenggara dan menambah baik ISMS dengan
melaksanakan perkara berikut:
a. Memastikan objektif keselamatan maklumat dan Dasar ISMS
diwujudkanselaras dengan Pelan Strategik Universiti;
b. Menerapkan keperluan ISMS dalam proses perkhidmatan UPM;
c. Menyediakan keperluan sumber untuk mematuhi ISMS;
d. Memberi kesedaran berhubung dengan objektif keselamatan maklumat selaras
dengan peraturan semasa dan menetapkan penjagaan keselamatan adalah
suatu proses yang berterusan;
e. Memastikan ISMS mencapai hasil yang telah ditetapkan;
f. Menambah baik keberkesanan ISMS; dan
g. Memperakui peranan dan tanggungjawab dalam keselamatan maklumat.
5.2 DASAR ISMS
5.2.1 Pernyataan Dasar ISMS
Universiti Putra Malaysia beriltizam mengadakan sistem pengurusan keselamatan
maklumat yang berkesan melalui:
a. Pematuhan kepada kehendak organisasi dan perundangan serta peraturan;
b. Pembangunan objektif dan matlamat berdasarkan objektif keselamatan;
c. Komitmen bagi memenuhi keperluan berkaitan keselamatan maklumat; dan
d. Penilaian semula dan pengubahsuaian dasar, objektif dan sasaran untuk
penambahbaikan berterusan.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 16/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
5.2.2 Objektif Keselamatan Maklumat
Pihak Pengurusan UPM telah menetapkan Objektif Keselamatan Maklumat yang
bersesuaian dengan fungsi yang terlibat bagi memastikan semua data dan maklumat
di UPM adalah selamat. Untuk memastikan ISMS dilaksanakan dengan berkesan,
Objektif Keselamatan Maklumat yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
Bil Penyataan Objektif Sasaran pencapaian
1. Memastikan pelajar prasiswazah yang
mendaftar mengemukakan tawaran yang sah
100%
2. Meningkatkan pembayaran yuran pengajian
secara atas talian
80% (UPM Serdang)
60% (UPM Bintulu)
3. Memastikan proses pemulihan sistem aplikasi
pendaftaran pelajar baharu dapat dilaksanakan
≤ 8 jam
4. Memastikan Service Level Agreement (SLA) 95.0
sokongan ICT Pusat Data (rangkaian, sistem
aplikasi dan pangkalan data) terhadap proses
pendaftaran pelajar baharu bebas dari
gangguan setiap semester
95%
Jadual 6: Objektif Keselamatan Maklumat UPM
5.2.3 Pematuhan kepada Perundangan
Pihak Pengurusan UPM telah menetapkanpemakaian Kaedah-Kaedah Universiti Putra
Malaysia (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan disokong oleh Garis Panduan
Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (GPKTMK) sebagai peraturan
keselamatan ICT di UPM.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 17/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
5.2.4 Penambahbaikan Berterusan Terhadap Keselamatan Maklumat
Pihak Pengurusan ISMS perlu membuat penambahbaikan berterusan terhadap
keselamatan maklumat bagi meningkatkan keberkesanan ISMS melalui:
a. Penemuan audit;
b. Analisis pencapaian Objektif Keselamatan Maklumat;
c. Tindakan pembetulan; dan
d. Kajian semula pelaksanaan ISMS.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 18/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
5.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
5.3.1 Struktur OrganisasiISMS
Rajah 3 : Struktur Organisasi ISMS UPM
JAWATANKUASA KERJA ISMS
PASUKAN PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH
KAMPUS SERDANG
PASUKAN PUSAT DATA
PENASIHAT
PASUKAN PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH
KAMPUS BINTULU
SEKRETARIAT (Pusat Jaminan Kualiti)
MESYUARAT KAJIAN
SEMULA PENGURUSAN
MESYUARAT
JAWATANKUASA KUALITI
UPM
PENYELARAS PENILAIAN RISIKO
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 19/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
5.3.2 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi ISMS UPM
PERANAN TANGGUNGJAWAB
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
1. Melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO secara berkala bagi memastikan terus sesuai, mencukupi, dan berkesan;
2. Membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada dasar dan objektif keselamatan ISMS
3. Meneliti laporan yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai.
MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UPM
1. Memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan
pelaksanaan Sistem Pengurusan ISO secara berkala; 2. Membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan
keperluan perubahan kepada pengukuran keberkesanan ISMS 3. Meluluskan sebarang cadangan pindaan dokumen skop
pengurusan; dan 4. Mengambil maklum keberkesanan pelaksanaan ISO di peringkat
Peneraju Proses dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
WAKIL PENGURUSAN
1. Memastikan pembangunan dan pelaksanaan ISMS mematuhi keperluan piawaian; dan
2. Melaporkan pencapaian ISMS dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP).
SEKRETARIAT PUSAT JAMINAN KUALITI
1. Merancang dan mengurus audit dalaman dan audit badan
pensijilan Sistem Pengurusan ISO peringkat UPM; 2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan tindakan penemuan
audit dalaman dan audit badan pensijilan; 3. Membantu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ISMS; dan 4. Membantu dalam pembangunan dan latihan ISMS.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 20/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERANAN TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA KERJA ISMS
1. Memantau keberkesanan pelaksanaan ISMS; 2. Memantau pencapaian objektif kualiti; 3. Melaksana penambahbaikan terhadap dokumentasi, proses dan
perkhidmatan; 4. Menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Sistem
Pengurusan Keselamatan Maklumat; 5. Memantau dan menyemak carta perbatuan ISMS; 6. Membangunkan kriteria penerimaan risiko, tahap risiko dan risk
treatment plan; 7. Melaksanakan keputusan dan tindakan hasil Mesyuarat Kajian
Semula Pengurusan ISMS; 8. Membangun dan menyelenggara pengurusan dokumen dan
rekod pelaksanaan ISMS; dan 9. Mengambil tindakan ke atas tindakan pembetulan, pencegahan
dan peluang penambahbaikan.
PASUKAN PUSAT
DATA DAN
PASUKAN
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
PRASISWAZAH
(KAMPUS
SERDANG DAN
KAMPUS BINTULU)
1. Menyediakan analisis jurang, Statement of Applicability (SoA) dan prosedur berkaitan;
2. Menyediakan prosedur dan kawalan dalam ISO/IEC 27001:2013; 3. Melaksanakan penilaian risiko dan pelan pemulihan risiko; 4. Menyediakan objektif keselamatan dan kaedah pengukuran
keberkesanan kawalan ISMS; 5. Mengukur keberkesanan kawalan ISMS; dan 6. Memantau dan menilai pelaksanaan ISMS. 7. Mengurus dan melaksanakan aktiviti penilaian berisiko; 8. Mengendalikan semakan semula ouput dan dokumen sebelum
disampaikan kepada Penasihat Projek; 9. Menilai keputusan, menilai jurang dan menyediakan laporan
High Level Recommendation (HLR) dan Pelan Pemulihan Risiko.
Jadual 7 : Peranan dan tanggungjawab Organisasi ISMS UPM
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 21/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 6: PERANCANGAN (Klausa 6)
6.1 TINDAKAN UNTUK MENANGANI RISIKO DAN PELUANG
6.1.1 Am
Garis Panduan Penilaian Risiko disediakan untuk menilai tahap risiko supaya
pendekatan dan keputusan yang paling berkesan dikenal pasti bagi menyediakan
perlindungan dan kawalan ke atas aset atau proses di UPM.
6.1.2 Penilaian Risiko
Penilaian risiko aset yang berkaitan dilaksanakan berasaskan Metodologi Penilaian
Risiko Terperinci MyRAM (Malaysian Public Sector ICT Risk Assessment Methodology)
berpandukan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005: Garis Panduan
Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam.
Sebelas (11) langkah utama dalam proses penilaian risiko aset adalah seperti berikut:
Rajah 4 : Proses Penilaian Risiko
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 22/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
6.1.3 Pemulihan Risiko
Perkara yang perlu dikenalpasti dan dilaksanakan semasa proses pemulihan risiko
adalah seperti berikut:
a. Membuat pilihan cadangan pemulihan risiko (menerima, mengurangkan,
memindahkan, atau mengelakkan);
b. Mengenal pasti kawalan yang bersesuaian terhadap cadangan pemulihan risiko
yang telah dipilih;
c. Melaksanakan perbandingan antara kawalan yang dipilih dengan Annex A;
d. Mewujudkan Statement of Applicability (SoA) yang mengandungi kawalan
bersesuaian;
e. Menyediakan Pelan Pemulihan Risiko; dan
f. Mendapatkan kelulusan Pentadbir Proses dan Pentadbir Sistem serta penerimaan
ke atas risiko yang telah dipilih.
Statement of Applicability, SoA menjelaskan justifikasi kawalan dan dokumen rujukan
dalam melindungi keselamatan aset ICT dalam skop ISMS. Pemilihan kawalan dalam SoA
adalah hasil Pemulihan Risiko dan peraturan-peraturan perlindungan aset ICT dalam
Kaedah-Kaedah UPM (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Garis Panduan
Keselamatan Teknologi Maklumat Komunikasi (GPKTMK).
Dokumen Rujukan:
a. Garis Panduan Penilaian Risiko Aset (UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT)
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 23/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 7: SOKONGAN (Klausa 7)
7.1 AM
Pihak Pengurusan UPMtelah menentukan dan menyediakan sumber yang diperlukan
bagi penubuhan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan bagi
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.
7.2 KOMPETENSI
Pihak Pengurusan UPM memastikan setiap staf yang bertanggungjawab ke atas
pematuhan ISMS mempunyai kompetensi yang sewajarnya dengan melaksanakan
perkara berikut:
a. Menentukan tahap kompetensi setiap staf yang menjalankan tugas
keselamatan maklumat;
b. Memberi latihan atau mengambil langkah-langkah lain untuk memenuhi tahap
kompetensi yang diperlukan;
c. Menilai keberkesanan tindakan yang diambil; dan
d. Menyelenggara rekod latihan yang berkaitan.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Pengurusan Latihan Staf Universiti Putra Malaysia
(UPM/SOK/LAT/P001)
7.3 KESEDARAN
UPM menyediakan program kesedaran keselamatan maklumat bagi menjalankan
tugas untuk mencapai objektif keselamatan ISMS.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Pengurusan Latihan Staf Universiti Putra Malaysia
(UPM/SOK/LAT/P001)
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 24/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
7.4 KOMUNIKASI
Pihak pengurusan UPM telah mewujudkan komunikasi yang berkesan secara dalaman
dan luaran berhubung keselamatan maklumat untuk:
a. Menunjukkan komitmen pengurusan keselamatan maklumat;
b. Berbincang dengan penuh tanggungjawab mengenai aspek keselamatan
maklumat dan kesan terhadap UPM;
c. Meningkatkan kesedaran mengenai polisi keselamatan maklumat dan objektif
keselamatan; dan
d. Memaklumkan tentang pelaksanaan ISMS, pemantauan ISMS, audit dan kajian
semula pengurusan kepada staf berkaitan yang bertanggungjawab dalam
proses keselamatan maklumat Universiti.
BIL. PIHAK
BERKAITAN
PERKARA YANG
DIKOMUNIKASI
BILA KOMUNIKASI DILAKSANA
TANGGUNGAWAB MEDIUM
KOMUNIKASI UPM Pihak
berkaitan
KOMUNIKASI DALAMAN
1. Pelajar Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar
Semasa pendaftaran pelajar
Pegawai HEP
Pelajar Hebahan melalui laman web HEPA, portal SMP dan USPOT
2. Staf Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar
Selewat-lewatnya sebulan sebelum proses Pendaftaran pelajar
Pegawai HEP
1. Pusat Data
2. Pusat Kesihatan Universiti
3. Bahagian Keselamatan
4. Pejabat Bursar
1. Program Perutusan Tahun Baru Naib Canselor
2. Taklimat khas pelaksanaan ISMS
3. Latihan pelaksanaan ISMS
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 25/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
KOMUNIKASI LUARAN
3. Pembekal Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar
Selewat-lewatnya sebulan sebelum proses Pendaftaran pelajar
Ketua Bahagian Operasi Aplikasi
Staf Encoral Digital Solution Sdn Bhd (Pengurus Projek : Suhaimi Jantan)
Surat
4. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Maklumat pelajar ditawar masuk ke UPM
Berterusan secara berkala
Bahagian Akademik
Surat
Jadual 8: Kaedah Komunikasi Secara Dalaman dan Luaran
7.5 KEPERLUAN DOKUMENTASI
7.5.1 Am
UPM telah mengurus dan menyelenggara semua keperluan dokumentasi ISMS bagi
memastikan semua dokumen dapat dikesan dan dicapai apabila diperlukan.
7.5.2 Mewujud dan Mengemaskini Dokumen
Melibatkan beberapa perkara penting seperti berikut:
a. Pengenalan dan penerangan yang melibatkan tajuk, tarikh kuatkuasa, tarikh
kemaskini dan sejarah semakan dokumen;
b. Format dan media yang digunakan samada secara elektronik atau cetakan
bertulis; dan
c. Semakan dan pengesahan ke atas setiap dokumen baru atau pindaan.
7.5.3 Kawalan Dokumen
Mengurus, mengawal dan melindungi semua dokumen ISMS. Dokumen ISMS yang
dinyatakan dalam Senarai Utama Dokumen Terkawal selaras dengan Prosedur
Kawalan Dokumen dan Rekod ISO (UPM/PGR/P001).
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 26/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Kawalan rekod dilaksanakan berdasarkan tindakan berikut:
a. Rekod ISMS (rekod fizikal dan elektronik) dan tempoh penyimpanannya dikenal
pasti dalam setiap prosedur ISMS;
b. Tatacara bagi mengurus, mengawal, mengenalpasti, menyimpan, mendapatkan
semula dan melupuskan rekod fizikal dan elektronik didokumenkan; dan
c. Pelupusan rekod ISMS fizikal dibuat mengikut Prosedur Kawalan Dokumen dan
Rekod ISO (UPM/PGR/P001).
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 27/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 8: OPERASI (Klausa 8)
8.1 PERANCANGAN DAN KAWALAN OPERASI
Pihak Pengurusan UPM telah merancang, melaksana dan mengawal proses yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan keselamatan maklumat dan melaksanakan
tindakan yang ditentukan pada Klausa 6.1: Tindakan untuk Menangani Risiko dan
Peluang. UPM juga telah melaksanakan rancangan untuk mencapai objektif
keselamatan maklumat seperti yang telah ditentukan pada Klausa 6.2: Objektif
Keselamatan Maklumat dan Pelan Perancangan.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Pengoperasian Pengurusan Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/P001)
b. Prosedur Pemantauan Operasi Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/P002)
c. Prosedur Kawalan dan Pemantauan Capaian ke Sistem di Pusat Data
(UPM/ISMS/OPR/P003)
8.2 PENILAIAN RISIKO
Penilaian risiko dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun berdasarkan
ancaman, kelemahan (vulnerability) dan impak yang diakibatkan oleh perkara
berikut:
a. Perubahan dasar yang boleh memberi kesan kepada keputusan penguraian
risiko atau penilaian aset;
b. Perubahan kepada teknologi dan proses perkhidmatan;
c. Pembangunan dan penaiktarafan sistem/aplikasi baru;
d. Perubahan struktur organisasi (visi/misi/objektif);
e. Pelaksanaan kawalan baru selaras dengan strategi perlindungan dalam Pelan
Penilaian Risiko; dan
f. Insiden keselamatan maklumat.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 28/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Dokumen Rujukan:
a. Laporan Penilaian Risiko
8.3 PEMULIHAN RISIKO
Pemulihan risiko mengandungi pemilihan kawalan yang diluluskan oleh Pihak
Pengurusan UPM berdasarkan keputusan penilaian risiko.
Pasukan Penilaian Risiko akan mencadangkan kepada Pihak Pengurusan UPM sama
ada untuk mengurangkan, memindahkan, menerima, atau mengelakkan tahap risiko
ancaman tertentu yang wujud di dalam aset tertentu. Penerangan bagi setiap pilihan
keputusan adalah seperti berikut:
CADANGAN KETERANGAN
MENGURANGKAN
Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko adalah kritikal samada HIGH atau MEDIUM. Pengurangan risiko dapat dilaksanakan melalui penambahbaikan dari segi operasi, prosedur, fizikal, individu atau teknikal.
MEMINDAHKAN
Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko tersebut boleh dipindahkan dengan mewujudkan perjanjian perkhidmatan (SLA) antara kedua pihak.
MENERIMA Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko adalah LOW.
MENGELAKKAN
Keputusan ini ditentukan kerana tiada kawalan yang dapat ditentukan samada untuk mengurangkan atau memindahkan risiko kepada pihak ketiga.
Jadual 9: Pilihan Cadangan Kawalan Keputusan Penilaian Risiko
Dokumen Rujukan:
a. Laporan Pemulihan Risiko
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 29/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 9: PENILAIAN PRESTASI (Klausa 9)
9.1 PEMANTAUAN, PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENILAIAN
Penilaian prestasi dan keberkesanan ISMS perlu dilaksana dan ditentukan dengan
menitikberatkan perkara berikut:
a. Perkara yang perlu dipantau dan diukur, termasuk proses dan kawalan ke
atas keselamatan maklumat melibatkan:
i. Petunjuk prestasi
ii. Pengukuran keberkesanan
b. Kaedah untuk pemantauan, pengukuran, analisis dan penilaian yang
berkenaan untuk memastikan hasil yang sah dan tepat;
c. Masa pelaksanaan pemantauan dan pengukuran;
d. Staf yang terlibat dalam pemantauan dan pengukuran;
e. Proses analisis dan penilaian terhadap keputusan pemantauan dan
pengukuran; dan
f. Staf yang telibat dalam membuat analisis dan penilaian terhadap keputusan
pemantauan dan pengukuran.
Dokumen Rujukan:
a. Garis Panduan Pemantauan, Pengukuran, Analisis dan Penilaian
(UPM/ISMS/OPR/GP07/SECURITY METRICS)
9.2 AUDIT DALAMAN
UPM menjalankan Audit Dalaman ISMS pada jangka masa yang dirancang bagi
memastikan ISMS:
a. Akur kepada keperluan ISO/IEC 27001:2013 dan perundangan;
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 30/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
b. Akur kepada keperluan keselamatan maklumat;
c. Dilaksana seperti yang dirancang dan diselenggara dengan berkesan;
d. Menetapkan kriteria audit dan skop pengauditan;
e. Membuat pemilihan juruaudit;
f. Memastikan hasil audit dilaporkan ke pihak pengurusan; dan
g. Menyediakan bukti sepanjang program audit dan hasil pengauditan.
Pelan Audit Dalaman disediakan dengan mengambil kira tahap kepentingan proses
dalam skop yang diaudit serta laporan audit terdahulu. Kriteria, skop,
kekerapan dan kaedah audit akan ditetapkan.
Pemilihan Juruaudit Dalaman adalah berpandukan kepada pengetahuan dalam
bidang teknologi maklumat, keselamatan maklumat, skop perkhidmatan dan
ISO/IEC 27001:2013. Juruaudit tidak dibenarkan mengaudit kerja atau tugasan
sendiri.
Tanggungjawab dan keperluan untuk merancang, melaksana, melapor keputusan
audit dan mengurus rekod dengan merujuk kepada Prosedur Kawalan Dokumen
dan Rekod ISO (UPM/PGR/P001) dan Prosedur Audit Dalaman ISO (UPM/PGR/P004).
Pihak yang diaudit perlu mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera
untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan/pembetulan/pencegahan ke atas
ketakakuran yang dikenalpasti. Tindakan susulan perlu ditentusahkan.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Audit Dalaman ISO (UPM/PGR/P004)
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 31/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
9.3 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ke atas ISMS dijalankan sekurang-
kurangnyasekali setahun.untuk memastikan kesesuaian, kecukupan dan
keberkesanan pelaksanaan ISMS.
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
a. Tindakan susulan hasil kajian semula pengurusan yang terdahulu;
b. Perubahan kepada isu dalaman dan luaran yang melibatkan sistem
pengurusan keselamatan maklumat;
c. Status ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan;
d. Pemantauan dan pengukuran keberkesanan;
e. Penemuan audit;
f. Pencapaian objektif keselamatan maklumat;
g. Maklum balas pihak berkaitan;
h. Hasilpenilaian risiko dan status pelan pemulihan risiko; dan
i. Peluang penambahbaikan.
Keputusan mesyuarat direkodkan dan Jawatankuasa Kerja ISMS
bertanggungjawab memastikan tindakan susulan diambil. Semua rekod yang
berkaitan hendaklah diselenggara dengan sempurna.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 32/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
PERKARA 10: PENAMBAHBAIKAN (Klausa 10)
10.1 KETAKAKURAN DAN TINDAKAN PEMBETULAN
UPM perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk membetulkan punca
ketakakuran daripada terus berlaku.
a. Mengambil tindakan ke atas ketakakuran:
i. Mengenalpasti tindakan yang perlu diambil untuk mengawal dan
memastikan ketakakuran tidak berulang;
ii. Menangani kesan daripada ketakakuran yang berlaku;
b. Menilai keperluan tindakan pembetulan untuk menghapus punca ketakakuran
supaya ia tidak berulang atau berlaku di tempat lain dengan melaksanakan
perkara berikut:
i. Mengkaji semula ketakakuran yang berlaku;
ii. Menentukan punca ketakakuran;
iii. Menentukan sama ada ketakakuran yang sama wujud atau berpotensi akan
berlaku;
c. Melaksanakan tindakan pembetulan yang diperlukan dalam masa yang
ditetapkan;
d. Mengkaji keberkesanan terhadap tindakan pembetulan yang telah diambil; dan
e. Melaksanakan perubahan kepada ISMS, jika diperlukan.
Tindakan pembetulan hendaklah bersesuaian dengan kesan ketakakuran yang
ditemui. UPM perlu menyediakan dokumentasi berikut sebagai bukti:
a. Ketakakuran dan sebarang tindakan yang diambil dan dilaksanakan.
b. Keputusan terhadap sebarang hasil tindakan pembetulan.
PENGURUSAN
Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP
Halaman: 33/33
No. Semakan: 05
No. Isu: 01
MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT
Tarikh: 26/05/2017
‘Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Kawalan Ketakakuran, Tindakan Pembetulan, Tindakan Pencegahan
dan Peluang Penambahbaikan (UPM/PGR/P003)
10.2 PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
UPM perlu membuat penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan ISMS melalui:
a. Pematuhan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat
dan Komunikasi);
b. Penemuan audit;
c. Analisis insiden keselamatan maklumat;
d. Tindakan pembetulan; dan
e. Kajian semula ISMS.
Dokumen Rujukan:
a. Prosedur Kawalan Ketakakuran, Tindakan Pembetulan, Tindakan Pencegahan
dan Peluang Penambahbaikan (UPM/PGR/P003)
Top Related