QGJ3023:FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA
TAJUK: MASALAH ATAU PENYAKIT BERKAITAN SISTEM MUSKULOSKELETAL
SUB TAJUK: PENYAKIT OSTEOPOROSIS
NAMA PELAJAR: LEE SHEAH MINNO. MATRIK: D20112055318
KUMPULAN E-LEARNING: UPSI 2 (A131PJJ)NAMA PENSYARAH: HISHAMUDDIN BIN AHMAD
TARIKH HANTAR: 18-11-2013
PENYAKIT TULANG: OSTEOPOROSISPengenalanPenyakit tulang berperingkat yang berkaitan dengan usia.Jisim tulang yang rendah dan kemerosotan bentuk mikro
tisu-tisu tulang.Tulang yang kurang mampat, lebih boros dan lebih rapuh.Keretakan tulang mudah berlaku apabila menampung
beban.Dibahagikan kepada dua kategori iaitu Osteoporosis
Primer dan Osteoporosis Sekunder.
Osteoporosis PrimerTidak diketahui asal usulnya atau disebabkan proses evolusi (peningkatan usia dan menopaus)
Osteoposis Sekunder
Penyakit yang diwarisi dan diperoleh. (akibat pemakanan dan gaya hidup)
Proses Osteoporosis Proses osteoporosis adalah mengenai
jumlah tulang yang dibentuk dan disingkir oleh badan. Sel osteoblast membina tulang dan sel osteoclast menyingkirkannya ke dalam aliran darah. Jisim tulang mula berkurangan apabila pada usia 30 ke atas kerana proses penyingkiran tulang lebih cepat daripada pembinaan tulang. Proses osteoporosis menjadi lebih gawat pada wanita yang meniti alam putus haid terutama selepas tiga hingga tujuh tahun menopaus.
Tanda dan simptom osteoporosisSering mengalami sakit pinggang dan sakit
belakang.Perasaan otot–otot yang lemah, tidak selesa
serta tidak bermaya.Kehilangan tinggi badan dari masa ke masa.Bentuk tulang belakang menjadi lain dan
badan mulai bengkok.Tulang kaki mulai bengkok.Pergelangan tangan, tulang belakang, tulang
paha ataupun punggung mudah patah akibat terjatuh.
Punca berlakunya osteoporosis Gaya hidup yang tidak sihat:
a) Pengambilan makanan yang kurang kalsium b) Minum alkohol atau minuman ringan yang berkarbonat c) Merokok d) Kurang atau tidak bersenam e) Kurang vitamin D
Atlet yang menggunakan tenaga di tahap aptimum Rawatan kemoterapi Inflamasi kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik Pengambilan sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti
heparin Pendedahan kepada logam berat Penyakit hipertiroidisme (Pengeluaran hormon paratiroid berlebihan
oleh kelenjar tiroid) Kekurangan hormon estrogen ketika menopaus atau pembedahan
membuang kedua-dua belah ovari.
Punca berlakunya osteoporosis (sambungan) Faktor semulajadi:
a)Peningkatan usiab)Hormon Contoh: Wanita yang putus haid (menopaus) kerana kehilangan hormon
estrogen. c)Terlalu kurus
d)Jantina . Wanita mendapat osteoporosis jauh lebih tinggi daripada lelaki.e)Keturunan. Kaum Cina didapati lebih mudah mendapat osteoporosis
daripada bangsa lain kerana genetiknya. f)Etnik bangsa. Wanita Asia dan berkulit putih berisiko lebih
tinggi daripada wanita berkulit hitam.
g)Sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis.
Impak atau kesan osteoporosisMenghadapi kesukaran untuk duduk, berdiri, batuk atau
berdakap kerana kesusutan tulang.Melemahkan kekuatan tulang . Tulang lebih mudah retak
selepas trauma yang ringan.Keretakan pinggul akibat terjatuh.Keretakan pada bahagian pergelangan tulang apabila cuba
menahan badan daripada jatuh.Tulang mudah patah terutama tulang pinggul, pergelangan
tangan, pangkal tulang paha dan tulang belakang.
Impak atau kesan osteoporosis (sambungan)Menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.
a) Menjejaskan kualiti hidup. Contohnya keretakan pinggul.
b) Kehilangan upaya dan pergerakan yang terhad. Pesakit patah tulang terpaksa bergantung hidup pada orang
lain kerana tidak mampu berjalan.
c) Kes yang lebih parah akan membawa kematian kerana bilangan pesakit patah tulang yang disembuhkan terlalu kurang.
Kaedah pengesanan osteoporosia) BMD (Bone Mass Density )- menguji
ketumpatan mineral tulang.b)DEXA (Dual Energy X-ray Absorptiometry)c) Ultrasound dan Quantitative Computed
Tomography (QCT)d)X-ray tulang belakang atau pinggule)Ujian darah atau air kencing – menguji tahap
kalsium, fungsi ginjal dan penyakit-penyakit lain.f)Tahap hormon dalam darah – menguji tahap
hormon T4,TSH,FSH,LH dan testosteron.
Rawatan OsteoporosisRawatan yang umum dilakukan kepada pesakit
osteoporasis adalah :a) Penambahan kalsium dan vitamin Db) Pengambilan ubat c) Pengambilan hormond) Terapi Penggantian Hormon (Hormone
Replacement Therapy)e) Rawatan lain
Rawatan penambahan kalsium dan vitamin DKalsium dan vitamin D berfungsi untuk
mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul.
Pengambilan kalsium yang mencukupi semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko mengalami osteoporosis pada umur 50 atau ke atas.
Orang tua yang mengambil vitamin D sebanyak 800IU sehari bersama kalsium boleh mengurangkan kadar osteoporosis.
Rawatan pengambilan ubat Pengambilan ubat Bisfosfonat (Bisphosphonates) sperti
Alendronate dan Risendronate untuk mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepadatan.
Pengambilan ubat Raloxifene 60mg sehari boleh mengekalkan ketumpatan tulang spina dan pinggul.
Ubat Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) boleh mengurangkan kepatahan tulang terutama tulang belakang.
Kalsitonin (Calcitonin) ialah ubat yang mempertahankan kadar kehilangan tulang dan melegakan kesakitan tulang.
Rawatan pengambilan hormonKaedah untuk merawat osteoporosis kepada
wanita yang menopaus:i) Progestin dan oestrogen untuk wanita yang masih
ada rahim.ii) Ostrogen untuk wanita yang tiada rahim.
Rawatan testosteron untuk pesakit lelaki osteoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
Suntikan hormon paratiroid.
Terapi Penggantian Hormon Terapi pemberian hormon estrogen dan
progesteron.Rawatan boleh membantu wanita yang
menopaus dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan.
Bukan rawatan pertama osteoporosis kerana boleh menyebabkan strok, sakit jantung dan kanser payu dara.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan kekurangan terapi ini sebelum rawatan.
Rawatan lainRawatan herbaNeuropati (Kebolehan badan bersembuh dengan
sendiri)Akupuntur (Rawatan dengan jarum)Homeopati (Ramuan mementingkan keharmonian
badan)Refleksologi (Tekanan yang dikenakan kepada kaki)Hipnoterapi (Mengurangkan tekanan dan
kemurungan)Urut terapi (Mengurangkan tekanan dan
menghilangkan kesakitan)
Tindakan pencegahan osteoporosis
Mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya.Makan makanan yang mengandungi kalsium, protien,
zink, magnesium dan vitamin D supaya mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.
Amalkan cara hidup yang sihat seperti makan makanan yang seimbang, bersenam, berhenti merokok , elakkan minuman yang mengandungi kafein, karbonat dan alkohol.
Mengambil sebanyak mungkin kalsium pada peringkat kanak-kanak dan remaja.
Pengambilan kalsium perlu dikekalkan setelah umur 35 ke atas. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tubuh mengambil simpanan kalsium yang sedia ada di dalam tulang.
Sekian, terima kasih.
Bahan rujukan:
1. http://imedik.org/2010/03/osteoporosis2. http://izieherb.net/osteoporosistulang.htm3. http://www.oocities.org/uitm ot/osteoporosis.htm4. http://www.myhealth.gov.my5. http://id.wikipedia.org/wiki/Osteoporosis6. http://wannuraterapi.wordpress.com7. http://www.elaila.net8. http://e-kesihatan.blogspot.com9. http://www.alhidayah-medic.com10.http://izzeyda-info.blogspot.com11.http://www.webmd.com
Top Related