Download - Penyakit tidak berjangkit

Transcript
Page 1: Penyakit tidak berjangkit
Page 2: Penyakit tidak berjangkit

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT Penyakit tidak berjangkit merupakan penyakit yang tidak memerlukan

vektor atau perantaraan. Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetik dan gaya hidup seseorang individu itu.

Page 3: Penyakit tidak berjangkit

Karies Gigi

Karies gigi ialah masalah gigi berlubang. Ini berlaku akibat tindak balas antara bakteria dengan makanan bergula di

permukaan gigi. Asid yang terhasil dalam tindak balas ini akan melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat

memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

Page 4: Penyakit tidak berjangkit

Penyakit Jantung Penyakit ini terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan

mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kejadian ini disebabkan

saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita akan berasa amat

sakit seperti ada sesuatu yang mencengkam pada bahagian dada.

Page 5: Penyakit tidak berjangkit

Penyakit ini terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana tubuh kita kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon ini bertugas mengawal kandungan gula dalam darah. Penyakit ini boleh menyebabkan luka kita lambat sembuh. Penglihatan kita juga berkemungkinan akan menjadi kabur seterusnya kita akan menjadi buta.

Page 6: Penyakit tidak berjangkit

• Penyakit ini terjadi apabila saluran pernafasan terganggu. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu, pencemaran udara atau cuaca. Penyakit ini menunjukkan simptom batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan

Page 7: Penyakit tidak berjangkit

Penyakit Buah Pinggang

Penyakit ini terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah. Kegagalan ini adalah disebabkan jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan. Kesannya, pesakit akan hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah serta kelihatan lemah.

Page 8: Penyakit tidak berjangkit

Pencegahan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit

1. Bersenam dan bersukan – Kita perlu melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.

Page 9: Penyakit tidak berjangkit

2. Makan makanan seimbang – Kita harus mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Page 10: Penyakit tidak berjangkit

3. Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap – Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita.

Page 11: Penyakit tidak berjangkit

Sekian terima kasih

Disediakan oleh……