Download - Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Transcript
Page 1: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Penyakit Tidak

Berjangkit (NCD) Yang

Bahaya

Page 2: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Penyakit Tidak Berjangkit??? Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor

Berpunca daripada keturunan dan gaya hidup

Contoh :

◦ Kencing Manis;

◦ Lemah Jantung;

◦ Tekanan Darah Tinggi;

◦ Barah/Kanser (semua jenis);

◦ Paru-Paru Berair;

◦ Radang Paru-Paru;

◦ Cirrhosis Hati;

◦ Penyakit berkaitan Buah Pinggang;

◦ Alzheimer;

◦ Batu Karang;

◦ Asthma (semput), Resdung

◦ Penyakit-penyakit genetik

◦ Penyakit autoimune

◦ Penyakit kekurangan zat seperti: Beri beri, Riket, Skurvi, Kudis, Anemia (kekurangan zat besi)

◦ Penyakit gangguan mental atau neurologik

Page 3: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancamankesihatan baru di negara ini dengan jumlahpesakitnya meningkat setiap tahun.

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakanantara 10 penyebab utama yang menyumbangkankepada beban penyakit negara

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakanbahawa 60% (iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlahkematian di dunia disumbang oleh NCD, dan jugamenyumbang kepada beban penyakit (disability life years) dunia.

Punca : ◦ akibat amalan kehidupan tidak sihat

◦ pengambilan diet tidak seimbang

◦ pengambilan tembakau

◦ pengambilan alkohol berlebihan.

Perubahan rutin harian moden seperti kurang aktifjuga menjadi punca utama peningkatan kes penyakit

Page 4: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Obesiti

Page 5: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individuitu mempunyai lemak berlebihan.

Lelaki dikatakan obese sekiranyamempunyai kadar lemak berlebihansebanyak 25% (5). Manakala wanitapula di katakan obese apabila lebihanlemak sebanyak 35%.

Obesiti boleh di ukur menggunakanpenggiraan Body Mass Index – atauBMI (Indeks Jisim Badan).

BMI adalah indeks pengukuran beratbadan berbanding dengan ketinggian.

Page 6: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Seseorang yang pra-obes dan obes

lebih cenderung kepada penyakit

seperti kencing manis, darah tinggi,

penyakit jantung, dan penyakit

"osteoarthritis".

Kegemukan juga memberi gangguan

kepada pergerakan, kegiatan fizikal

dan fungsi sistem tubuh badan.

Page 7: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Adakah saya gemuk?

Anda gemuk (obes) sekiranya

◦ BMI anda ≥ 27.5.

Bagaimanakah saya boleh mengukur

BMI?

Fomula: Berat badan(kg) / [tinggi (m)]²

Page 8: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

IJB (kg/m²) Anda adalah

< 18.5 Kurang berat

badan

18.5-22.9 Berat badan unggul

>23.0 Lebih berat badan

(gemuk)

23-27.4 Pra obes

27.5 dan ke atas obes

Page 9: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Bagaimana saya bolehmencapai berat badan yang unggul?

Rujuk doktor, pegawaipemakanan dan pakarpemakanan.

Capai matlamat untukmengurangkan berat badansecara ansuran. Jangankurangkan berat badan denganmenyekat pengambilanmakanan secara mendadak.

Kurangkan pengambilan kaloridan ubahsuai pemakanan anda.

Bersenam dengan kerapsekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20 minit

Page 10: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Hipertensi / Tekanan

Darah Tinggi

Page 11: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Hipertensi atau tekanan darah tinggi

adalah penyakit yang secara senyap

mengakibatkan banyak komplikasi

dan juga kematian jika tidak dirawat.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan

Morbiditi Kebangsaan II menunjukan

peratus kejadian penyakit ini adalah

24%.

Page 12: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah

pam yang mengecut dan rehat.

Tekanan darah diukur dalam dua

bacaan contohnya, 140/75mmHg

Tekanan sistolik - nombor yang diatas

(140)

Tekanan diastolik - nombor yang bawah

(75)

Page 13: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Kategori Sistolik Diastolik

Normal Bawah 120 Dan Bawah 80

Pre-

hypertensi

120-139 Atau 80-89

Hypertensi 140 dan ke atas Atau 90 dan ke atas

Hypertensi

sistolik

140 dan ke atas Dan Bawah 90

Page 14: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Faktor Risiko (Punca)

Biasanya tidak diketahui walaupun

selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hipertensi boleh

disebabkan oleh:

◦ Penyakit buah pinggang

◦ Ubatan seperti steroid, ubat antiradang

bukan steroid

◦ Faktor keturunan

◦ Alkohol dan merokok boleh meningkatkan

risiko komplikasi hypertensi (termasuk

penyakit jantung dan strok)

Page 15: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Tanda dan gejala Selalunya, hypertensi tidak

menunjukan sebarang tanda dan

gejala.

Pesakit mungkin akan mengalami

tanda-tanda yang tidak spesifik

seperti pening atau sakit kepala

atau lenguh tengkuk.

Pemeriksaan tekanan darah anda

secara berkala di Klinik Kesihatan

berdekatan.

Page 16: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Komplikasi Peningkatan mendadak tekanan darah◦ Boleh menyebabkan kepenatan nafas,

kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, makahendaklah dirawat segera

Tekanan darah tinggi berterusan.

Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-◦ Jantung - kegagalan jantung (heart failure),

serangan jantung(heart attack) dan kematian

◦ Saluran darah - menjadi keras (atherosclerosis)

◦ Buah pinggang - mengakibatkan kegagalanginjal (renal/kidney failure)

◦ Mata - pendarahan dan kerosakan padakawasan sensitif cahaya dalam mata(retinopathy)

◦ Otak - strok/angin ahmar

Page 17: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 18: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 19: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Diabetes Mellitus/

Kencing Manis

Page 20: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronikdimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia.

Di Malaysia satu kajian (Third National Health and Morbidity Survey 2006) menyatakan 20.8-26.2% orang dewasaberumur 50 hingga 64 menghidapi diabetes

Diabetes adalah satu keadaan dimanaparas gula dalam darah adalah tinggi darinormal.

Ia adalah satu daripada faktor utama untukmendapat sakit jantung atau strok.

Page 21: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Diabetes berlaku apabila pankreas

dalam badan tidak lagi menghasilkan

insulin atau badan tidak boleh

menggunakan insulin sendiri dengan

berkesan.

Page 22: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Makanan akan bertukar kepada guladalam badan kita. Insulin akan digunakanuntuk menghantar gula dalam salurandarah ke dalam sel-sel, dimana ia akandigunakan untuk bahan bakar/tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidakboleh dibawa ke dalam sel-sel badan, maka paras gula dalam badan akanmeningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakardan juga ini akan merosakkan tisu-tisuorgan yang didedahkan kepada tahapglukosa yang tinggi.

Page 23: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Apakah tanda & gejala

diabetes?Gejala yang biasa dialami ialah:

Kerap merasa dahaga

Mudah rasa letih

Berat badan menurun walaupun berselera makan

Kerap membuang air kecil

Mudah terkena jangkitan kulit (kulat)

Luka yang lambat sembuh

Penglihatan kabur

Otot lemah

Gatal-gatal di bahagian kemaluan

Kebas tangan/kaki

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa sebarang gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui andaadalah penghidap diabetes.

Jalankan ujian di klinik kesihatanberdekatan.

Page 24: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 25: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Golongan risiko tinggi untuk

mendapat diabetes Berumur 35 tahun atau lebih tua. Usia semakin meningkat, semakin tinggi risiko anda untuk

menghidapi diabetes

Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi

risiko anda menghidapi diabetes.

Impaired glucose tolerance (IGT).

Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes

Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.

Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiranadalah 4.0 kg atau lebih ) .

Tekanan darah tinggi

Tidak aktif - gaya hidup sedentari

Faktor pemakananPengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang

pengambilan makanan berserat

Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Page 26: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Komplikasi Diabetes Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu

banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalamdarah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya bolehmendatangkan pelbagai komplikasi seperti penyakitkardiovaskular (jantung), kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan sistem saraf.

Keadaan kecemasan: Serangan hipoglisemia

Apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Andaakan mengalami sakit kepala, rasa pening, ketar tangandan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawanjika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.

Diabetes Ketoacidosis

Keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. Ia jugaboleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan, atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akanmengalami pengsan dan tidak sedar diri(koma).

Page 27: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Komplikasi kronik(paras gula tinggi berpanjangan)

Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: ◦ Mata

Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta

◦ Saraf Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana

pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini bolehmenyebabkan luka pada kaki dan gangrene

◦ Otak Angin ahmar (hubung dengan strok)

◦ Buah pinggang kegagalan buah pinggang

◦ Jantung Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawaldiabetes dengan baik, ini akan membantumengelakkan atau melambatkan komplikasi

Page 28: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 29: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 30: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 31: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Strok/ Angin Ahmar

Page 32: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Strok adalah satu keadaan di manaberlakunya kesempitan salurandarah ke bahagian otak atausaluran darah pecah.

Sebahagian dari tisu otak akanrosak disebabkan kekuranganbekalan oksigen.

Apabila bahagian tisu otak tersebutrosak, ia akan mati lalu fungsi otakakan hilang.

Di antara tanda/gejala yang ketaraadalah pengsan, tidak sedarkan diridan/atau lemah sebahagian anggota.

Page 33: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Strok/Angin Ahmar adalah penyakit

yang merbahaya yang boleh

mengakibatkan kecacatan kekal

diperingkat dewasa.

Di Hospital Kuala Lumpur data

statistik mencatatkan 30-35 peratus

kematian daripada 1000 kes

penghidap Strok/Angin Ahmar yang

dirawat.

Page 34: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Faktor risiko

Umur terutama apabila meningkat

umur hingga 65 tahun ke atas

Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi

dari wanita.

Sejarah keluarga - Risiko anda lebih

tinggi jika terdapat ahli keluarga yang

menghidap Strok/Angin Ahmar

Page 35: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Faktor risiko

Tekanan Darah Tinggi Kencing manis Paras kolesterol tinggi Merokok Berat badan yang berlebihan Cara hidup tidak aktif (sedentari) Tekanan/stress Pemakanan - kurang serat dan tinggi

lemak Minuman keras - minum minuman keras

yang berlebihan

Page 36: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?

Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan

Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagianmuka, kaki atau tangan secara tiba-tiba

Celaru/keliru, susah bertutur atau memahamipertuturan orang awam secara tiba-tiba

Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu

Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelahmata atau kedua-dua mata

Sukar berjalan, pening atau hilang imbanganatau koordinasi secara tiba-tiba

Sukar menelan

Page 37: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 38: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 39: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 40: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 41: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Chronic Obstructive

Pulmonary Disease (COPD)

Page 42: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Chronic Obstructive

Pulmonary Disease (COPD) Satu keadaan di mana saluran

pernafasan menjadi sempit dan iniadalah sejenis penyakit yang kronik.

Ia terdiri daripada bronkitis kronik danemphysema. Ia berpunca daripadaradang saluran pernafasan dankerosakan tisu paru-paru.

Ia biasanya disebabkan oleh tabiatmerokok.

Kadar kejadian penyakit ini di kalanganlelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.

Page 43: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 44: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Tanda dan simptom

Sesak nafas

Batuk yang berpanjangan

Kahak yang berlebihan

Nafas berbunyi (wheezing)

Dada berasa ketat

Mudah penat semasa bersenam

Keletihan

Gangguan tidur

Pengurangan berat badan

Page 45: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

KomplikasiFizikal

Jangkitan paru-paru yang kerap

Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)

Lemah jantung

Pengurangan berat badan

Psikologi

Kemurungan dan keresahan

Tekanan kepada penjaga

Sosial

Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas danmudah penat semasa bersenam

Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masukhospital dan rawatan yang mahal

Page 46: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 47: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 48: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Pencegahan

Berhenti Merokok - Terapi gantiannikotin/pengurangan keinginan merokokmungkin boleh membantu.

Vaksin Influenza dan Pneumococcal bolehmencegah jangkitan paru-paru.

Rehabilitasi

Rehabilitasi paru-paru menglibatkankepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, fisioterapist anggota dan pegawaidietetik.

Ia melibatkan senaman, pengendalianpenyakit, nasihat pemakanan untuk membantupesakit menjalankan aktiviti seharian.

Page 49: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Osteoarthritis

Page 50: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Arthritis adalah radang yang berlaku disendi-sendi yang menyebabkan sendisakit, bengkak dan kaku. Ianya bolehdi sebabkan oleh mekanisma“autoimmune”, atau perubahan"degenerative"

Jenis-jenis arthritis adalah:◦ Osteoarthritis (OA)

◦ Rheumatoid Arthritis

◦ Infectious arthritis

Page 51: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Tanda-tanda dan gejala

Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul danbahagian bawah tulang belakang terutamasemasa dan selepas aktiviti.

Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaransendi.

Kekerasan sendi.

Sakit di sekitar sendi.

Deformiti.

Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).

Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendilutut).

Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad sertakurang upaya. ◦ sukar melakukan tugasan tertentu.

Page 52: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 53: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Faktor-faktor risiko

osteoarthritis Peningkatan umur

Kegemukan : ◦ di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA

Keturunan: ◦ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.

Pergerakan yang keterlaluan.

Kecederaan sendi yang teruk: ◦ Kepatahan tulang.

◦ Koyak pada bahagian meniscus.

◦ kerosakan pada ligamen

Pekerjaan: ◦ OA sendi lutut di kalangan pekerja.

◦ OA sendi paha di kalangan petani.

Page 54: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 55: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Pencegahan Bersenam dan Bersukan

◦ Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selanghari).

◦ Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi.

◦ Amalan ini dapat meningkatkan tahapkecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung.

Makan Makanan Seimbang

◦ Pelbagaikan pilihan makanan kita.

◦ Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrienyang diperlukan oleh tubuh.

Memeriksa Kesihatan Secara Berkala danTetap

◦ Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahunsekali untuk pemeriksaan kesihatan.

Tidak merokok

Page 56: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Page 57: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Saringan untuk Darah Tinggi

(Hipertensi)

Bagaimana saya boleh mengetahui

saya mengalami darah tinggi?

Periksa tekanan darah anda dengan

menggunakan alat "BP set" atau

sfigmomanometer.

Page 58: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Mengapa perlu mengukur tekanandarah secara berkala? ◦ Ia adalah mustahak untuk menentukan sama

ada anda mengalami darah tinggi atau tidak. 90% daripada orang yang mengalami darahtinggi tidak mempunyai gejala; hanya 10% sahaja yang menunjukkan gejala.

Bilakah saya perlu memeriksatekanan darah?◦ Anda digalakkan untuk memeriksa tekanan

darah sekurang-kurangnya sekali dalamsetahun atau setiap kali anda pergi ke klinikkesihatan/ swasta

Page 59: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Apakah harus saya buat sekiranyatekanan darah saya tinggi?◦ Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik

kesihatan berhampiran. Doktor akanmemeriksa tekanan darah anda beberapakali sebelum mengesahkan anda mengalamipenyakit darah tinggi atau hipertensi.

Page 60: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Ujian saringan Diabetes

Bagaimana caranya membuat ujian

saringan Diabetes?

◦ Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan

Glukosa Darah Rawak dengan cara

mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia

boleh dilakukan bila-bila masa sahaja

mengikut keselesaan anda.

Page 61: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Adakah saya menghidap Diabetes?

◦ Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah

Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah

selanjutnya diperlukan.

Dimana saya boleh membuat ujian

untuk Diabetes?

◦ Hospital dan klinik kerajaan

◦ Hospital dan klinik swasta

◦ Makmal perubatan/patologi swasta

Page 62: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Apakah yang harus saya buat jikaparas glukosa darah saya tinggi?Anda perlu :◦ Merujuk kepada doktor anda, atau

◦ Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran

◦ Ujian pengesahan seterusnya akandijalankan.

Page 63: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Sekian, terima kasih