Download - Peranan Dan Tanggungjawab Guru Penyelaras Bestari

Transcript

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

Peringkat

: Sekolah Menengah dan Rendah

Jawatan

: Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu

bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi Persekolahan.

GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

1Pengajaran dan Pembelajaran

1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.

2Pengurusan ICT Sekolah

2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.

2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran sekolah.

2.5 Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective dan preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke semasa

2.6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.

3Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

3.1 Pentadbir, Guru dan Staf

3.1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam P&P

3.1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

3.1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk berkaitan teknologi pendidikan.untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.

3.1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke- 21 dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.

3.1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform, seperti laman web,

pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan lain-lain untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P

3.1.6 Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan ICT dan memberi khidmat kepakaran dalam mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.

3.1.7 Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru di dalam program pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.

3.2 Murid

3.2.1 Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi

mengalakkan murid untuk membaca, melihat, mendengar dan

bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran yang

menyeronokkan melalui ICT.

3.2.2 Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik

dan membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan,

isu-isu sosial dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di

sekolah.

3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih

kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara

berterusan.

3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi

memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21 supaya murid

dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke

arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang

hayat agar mampu bersaing di peringkat antara bangsa.

3.2.4 Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk

pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah

kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri

3.2.5 Merancang, memantau dan melaksana program bagi

membimbing murid mengakses maklumat melalui

pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada

bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul,

memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat

tersebut.

3.2.6 Merancang, memantau dan melaksana program bagi

Membimbing murid berkolaborasi bersama guru, rakan

sekolah ataupun di luar negara menggunakan teknologi

komunikasi dan media.

3.2.7 Merancang, memantau dan melaksana program Membimbing

murid menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di

sekolah untuk tujuan merancang strategi penyelesaian

masalah dalam pembelajaran mereka.

4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification

Standards (SSQS)

4.1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di

sekolah.

4.2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada

pihak yang berkenaan.

4.3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program

peningkatan budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian

keputusan SSQS semasa.

5. Am

5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti

Pembestarian Sekolah kepada pihak yang berkenaan.

5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah

dari semasa ke semasa.